...

...

Saturday, March 14, 2020

Y15ZR matte grey


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Apa khabar korang hari nie?? Semoga kita semua dalam keadaan yang sihat sejahtera.. Jaga diri dan kesihatan, terutamanya dalam keadaan satu dunia berjaga-jaga akibat penularan wabak Coronavirus (COVID-19).. Di malaysia juga dah mencatat dalam 158 kes positif (dimaklumkan 32 kes telah sembuh).. Maklumat sehingga semalam (13 Mac 2020)..


Sebenarnya tiada apa nak tulis pun.. Tapi memandangkan dah bersawang blog aku nie, maka aku pun menulis la.. Last aku menulis pun tak silap bulan Januari, tentang dyno motor Y15ZR aku tue..


Oh ya, aku telah mendapat satu coverset Y15ZR v2 warna matte grey.. Orang Kedah sebut, kelabu sebam.. Hahaha.. Yelah, sarung colour scheme baharu yang orang dok pakai sekarang la.. Tapi aku masih mengekalkan kepala v1 (mana ada modal cekang nak tukar v2 pun), dan pakai mudguard yang sama (matte black) sebab aku pakai USD fork..


Sebenarnya coverset nie aku dah dapat dalam akhir Disember 2019.. Tapi sebab kemalasan nak buka coverset, maka pada hari Jumaat 17 Januari 2020 (lepas dah buat dyno tue) baru ada kerajinan nak buka coverset..


Namun demikian, pada 21 Februari 2020 tergerak hati nak buat photoshoot kat kawasan bendang (sawah padi) berdekatan rumah.. Hehehe.. Buat masa nie, pakai dahulu la coverset nie.. Dalam masa yang sama, masih mencari Movistar 2017@2018 untuk disarung bersama Forged Rim Excel yang bakal diterima pertengahan April nie.. Sama-sama kita nantikan.. Jumpa lagi di masa hadapan.. Bakal ada cerita tentang Dayride ke Kelantan, dan 1st Ride Event 2020: Kuantan-Kuala Terengganu.. Gambar pun takdan nak buat collage lagi.. Tue jer la.. Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment