...

...

Saturday, December 10, 2016

short ride to Perlis

Assalamualaikum dan selamat pagi.. Hari ni ada kesempatan pula nak menulis.. So, jom recap @ throwback aktiviti semalam.. Macam di tajuk posting nie la, short ride to Perlis.. Dulu masa aku kerja di Perlis, nak bagi nampak international, diberi la gelaran PERTH-lis..

So, event nie takde sape nak mengaku dia yang rancang.. WhatsApp konon ditaip oleh Lan, tapi guna handset Zul.. Lantak korang la..Macam mana pun, dah janji nak jumpa di RV Point di Tol Jitra.. Jam 3:00 petang hari Jumaat, 9 Disember 2016..

Macam biasa, aku gerak sebagaimana dijanjikan la.. Aku dan Zaidi tunggu diorang kat sana.. Huhuhu.. Tak lama lepas tue, Zul pun sampai.. Kat RV Point nie, baru tengok WhatsApp.. Din suruh tunggu, dia nak ikut.. OK je la.. Tunggu punya tunggu, dalam 3:40 petang baru depa sampai.. Sabar jer la.. Nak buat rombongan nie.. Ramai la katakan.. Din, Lie, Lan dan Azhar (kawan Lan).. So, petang nie kami bertujuh la.. 5 buah Yamaha Y15ZR, dan 2 buah Yamaha 125ZR..

Permulaan perjalanan.. 14260 km..

Selfie dulu.. Hahaha..

Nak jadi cerita, tayar motor Azhar tertusuk skru.. So, kami plan nak pi tampung jer la.. Turun Jitra semula.. Banyak plak cekadak kedai tue (malas nak buka tayar la tue), menyebabkan lambat.. Rasanya 4:30 petang baru gerak dari Jitra.. Ikut jalan ke Changlun, kemudian ke Atau, sebelum keluar di simpang UniMAP.. Ikut sana sampai Padang Besar.. Sampai je Padang Besar, Azhar surrender la.. Tukar je la tayar dekat kedai bertentangan Petronas Padang Besar.. So, ambil masa tu untuk pergi solat Asar la..

Siap semua, terus ke Bazar Padang Besar.. Pekena pulut ayam, pulut mangga jer pun.. Ada yang nak pergi cari barang, depa masuk la bayar.. Aku dengan Zul duduk lepak kat kedai makan jer.. Gerak dari sana dalam 7:00 malam, isi siap-siap minyak kasik penuh balik.. Aku isi RM3.20 (RM1.90/liter) jer untuk penuhkan tank.. Depa semua minyak RON97, aku ja pakai RON95.. Hahaha..

Sekitar Padang Besar..

Kemudian ko gerak terus.. Memandangkan ada yang slow, ada yang laju, maka aku rasa tak sesuai nak berhenti solat di masjid sebelah kanan jalan (kene lintas, takut nanti ada kawan-kawan terlepas).. Cari punya cari masjid, sampai ke Kangar.. Solat la kami di masjid dekat dengan Taman Sena.. Tak pasti nama masjid tue, walaupun dulu aku selalu solat sana, tambah-tambah masa dating dengan wife dulu, back in 2006-2007.. Hahaha..

Lepas solat, terus ke Kuala Perlis.. Lepak kat tepi laut tue jer.. Minum sambil sembang-sembang plan ride yang berikutnya.. Rasanya confirm dah nak ke Cameron Highlands bulan Januari nanti.. 6 orang confirm dah.. Cuma kalau boleh dapat 10 orang, memang cun la.. Tengok la nanti.. So kumpul maklumat dahulu la.. Nanti nak cari home stay la kot.. Mudah sikit nak parking motor, berbanding di hotel..

Sekitar persisiran pantai Kuala Perlis..

Lagi.. Lagi.. Kuala Perlis..

Settle minum, terus gerak.. Kebetulan kat jalan nak ke Jeti Kuala Perlis tue, ada funfair pulak.. Sempat lagi nak ambil gambar.. Hehehe..

Funfair @ Kuala Perlis..

Kami terus gerak balik, memandangkan Din akan kerja pagi esoknya dan nak balik ke Sungai Petani lagi.. Kami balik ikut jalan Alor Setar-Kangar.. Aku, Zul dan Zaidi keluar di Air Hitam.. Yang lain teruskan perjalanan masing-masing.. Sampai di Sungai Korok, hujan mula turun.. Sampai rumah, basah sikit la.. Tapi takpelah..

Alhamdulillah, semua selamat sampai rumah.. Kesian kat Din, berhujan dari Alor Setar ke Sungai Petani.. Tapi tak kisah la kan, berpanas berhujan kan mainan rider.. Jumpa lagi dalam next ride/posting.. Assalamualaikum..

Friday, December 9, 2016

Y15ZR Baru...Kuala Kangsar Again!!?

Assalamualaikum.. Hari ini hari Jumaat, 09 Disember 2016.. Hari apa korang baca entry ini, takde la aku kisah pun kan.. Selamat membaca, dan terima kasih kerana sudi membaca.. Hahaha.. Baik, kalau dulu aku ada menulis mengenai Ride to Kuala Kangsar, sebab ada 2 orang kawan baik aku di office membeli motosikal Yamaha Y15ZR kat sana.. Kali nie, tiba-tiba secara tak disahkan, akan ada lagi ride ke Kuala Kangsar.. Apakah??

Kisah bermula apabila sorang lagi kawan aku yang sebelum ini join ride santai kami naik Yamaha 135LC ES.. Kira OK dah tue rasanya.. Tiba-tiba (eh, berapa banyak tiba-tiba la) dia WhatsApp aku tanya mana nak cari Y15ZR harga lebih berpatutan (kira murah sikit la).. Dipendekkan cerita, dia pun deal dan kira BELI la.. Wah, bertambah la komuniti Y15ZR kat office..

Maka pada hari Selasa, 15 November 2016 kami pun bergerak ke Kuala Kangsar.. Kami?? Yup, ada 5 motosikal yang pergi, bersama kekuatan seramai 6 orang..

RV point kami pagi tue adalah di Tol Alor Setar Selatan (Tandop).. Jam 8:30 kot, janji Melayu.. Aku ambil peluang sarapan dahulu di Kepala Batas.. Lapar katanya.. Pekena peknga+susu lekat, nasi lemak bungkus, dan teh tarik.. PADU!! Untuk menyebabkan keMENGANTUKan.. Hahaha..

sarapan pagi aku

Tengok gambar kat bawah nie, pagi tue memang sejuk.. Siap berkabus lagi, macam kat tanah tinggi.. Siap kena lap la wap air kat visor helmet..

sejuk ooo

untuk ride kali nie, abam Zul nie dah pakai Yamaha tau.. Yamaha 125ZR lagi.. Yelah, penat kot ride naik Honda EX-5 dia macam masa ride santai ke Teluk Batik.. Nie nak bagitau rahsia, motor dia nie senang-senang jer boleh dapat 170km/j.. Gulp.. Seronok sungguh dia bila pi ride nie.. By hook or by crook, nak cuti juga sebab nak pi.. Hehehe.. Last sekali, aku pun terkena walaupun awatnya rasa macam tak nak pergi pun..

abam Zul dan Yamaha 125ZR beliau

Dari Alor Setar tadi, kami sebenarnya cuma 4 buah motosikal iaitu aku, Lie, Zul dan Zaidi.. Lan naik dengan Lie sebab kami memang nak pergi ambil motor dia kat Kuala Kangsar tue.. Kami jumpa Din di R&R Juru, lepas selesai isi minyak.. Perjalanan lancar, dan tak de pun berhenti untuk minum atau ke tandas.. Semangat nak sampai cepat kot..

Kami semua sampai di Advance Vertex, Kuala Kangsar dalam 12:00 tengah hari.. Malangnya runner yang pergi buat road tax belum sampai lagi.. Tapi motor dah siap pun.. Tengok gambar kat bawah.. Puas hati kawan tue dok belek motor baru.. Warna biru-perak pulak tue..

belek motor baru dia sakan betul la

Nak tunggu runner sampai entah bila, kami pergi makan dulu kat Medan Selera Lembah.. Melantak laksa dan cendol, tersandar kekenyangan.. Selesai urusan makan, kami terus ke Masjid Ridzuanniah (sebelah MCKK) dan solat di sana.. Alhamdulillah.. Lebih happy ride dengan kawan-kawan yang nie sebab solat diutamakan.. Kita kan orang Islam.. Selesai solat, kami kembali ke kedai motor tue.. Pergh, siap tukar side mirror 125ZR dah.. Sakan Lan oooiii...




Lepas motor pun dah siap semua, isi minyak dulu kasi penuh.. Kemudian round sekitar Istana Bukit Chandan, dan berhenti ambil gambar di Masjid Ubudiah.. Memula tadi memang tak teringat nak solat kat situ, tue yang pergi Masjid Ridzuanniah.. Sebelum nak balik, ada sekumpulan pelajar-pelajar pondok dari Kulim yang baru selesai solat.. Siap minta nak ambil gambar dengan motor-motor kami.. OK saja.. Kami juga sempat minta mereka doakan keselamatan perjalanan kami..

Destinasi berikutnya, Mee Udang Kuala Sepetang.. Kami ambil keputusan untuk guna Jalan Persekutuan, malas naik highway.. Sampai di Kuala Sepetang, terus cari Salleh Stall nie.. Aku memang suka makan kat sini.. Semua order mee udang special, air masing-masing 2 gelas.. Hahaha..


Lepas dah kenyang, kami bertolak balik la.. Minyak 2T pulak kering, segan nak minta kat Zul.. Nasib baik ternampak kedai motor, beli jer la kat situ.. Naik highway di Kamunting, dan teruskan perjalanan balik.. Lepas isi minyak di R&R Gunung Semanggol, kami berhenti di tepi highway sebelum Exit Bandar Cassia.. Decide nak masuk Penang ke tak.. Last sekali masuk jer la, dah alang-alang sampai..

Sekitar atas Jambatan Penang

Nie first time aku guna Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang) nie naik motor.. Dulu masa sebelum pembukaan rasmi, masa bagi percubaan PERCUMA, dah try pun naik kereta.. Tahun 2013 dulu kot.. Lupa dah.. Sambung balik.. Masa atas jambatan, rasa macam lama sungguh nak sampai.. Yelah, jambatan nie lebih panjang berbanding jambatan lama.. Masuk jer ke Pulau, kami terus ke Queensbay.. Lepak sana sekerap, kemudian decide nak balik..

Queensbay

Lepas jer isi minyak kat Bayan Baru, langit pun hitam.. Hitam sebab nak malam, dan juga sebab nak hujan.. Hu hu hu.. Pecut cari masjid terdekat.. Solat Maghrib+Isyak, dan cuaca masa tue HUJAN.. Stuck kat sana sampai dekat 9 malam.. Masa nie memang takde gambar dah sebab bateri handset dah habis.. Charger tak bawa, powerbank pun tak bawa.. Nasib la..

Bila rasa sesuai nak teruskan perjalanan, kami pun gerak.. Berhenti di R&R Gurun.. Makan malam (dinner) kat sini.. Lepas tue kami pun balik la rumah masing-masing..

Alhamdulillah, semua OK sepanjang perjalanan.. Tapi yang nak tergelak,mungkin kebetulan juga la, setiap kali kami ride santai mesti akan mandi hujan.. Bermula dari pergi Satun, kemudian  Penang, lepas tue Teluk Batik.. Kena hujan juga sikit masa ride petang ke Perlis, dan kini ride ke Kuala Kangsar.. Takpelah, hujan kan rahmat dan anugerah Allah.. Itu jer la catatan perjalanan kali ini.. Assalamualaikum..

Sunday, December 4, 2016

dayride to Teluk Batik

Assalamualaikum... Ini adalah dilema yang aku hadapi.. Apabila dah mula menulis satu cerita, maka tahap kerajinan akan meningkat sikit.. Lepas tue datang la kemalasan, maka lama giler takkan menulis.. Lumrah sebagai manusia la, kan?? Agaknya.. OK, kali nie macam tajuk kat atas tue.. Kami dari Alor Setar buat satu ride santai ke Teluk Batik.. Saje jer, masing-masing antara kami ada kenangan kat Teluk Batik nie.. Layankan aje la..

Balik dari kerja pada 6 Oktober 2016, rasanya masing-masing dah bersemangat nak ke Teluk Batik nie.. Jentera pun dah disiapkan.. Eh, ye ke?? ada yang dok bubuh gambar lepas basuh motor la, lepas lap motor la, lepas polish motor la.. Layankan aje la.. Aku macam biasa la, macam tue juga la motor..  Cuma untuk perjalanan kali nie, akan uji motor aku setelah tukar 2 benda, ECU Unit ApiTech dan juga camshaft Uma Racing.. Saje jer nak test boleh 'pi' ke tak.. He he he...

07 Oktober, bangun awal pagi.. WhatsApp group dah berbunyi dari 4:30 pagi lagi tanya keadaan cuaca.. Yelah, masa tue hujan turun juga la.. Tiba-tiba Zul tak menyahut.. Yelah, hari sebelum tue dah janji nak gerak sekali dengan dia dari Jitra nie.. Dah Zul memang senyap dan tak balas, aku pun keluar isi minyak di Tanah Merah, Jitra.. Tak sempat habis isi minyak, Zaidi pun sampai kat Petronas tue.. So, kami decide nak terus ke RV Point kat Tol PLUS Alor Setar Selatan.. Masuk jer highway kat Kepala Batas, hujan pun turun, makin lama makin lebat.. Kami decide berteduh dulu bawah jejambat.. Macam kat dalam gambar di bawah nie.. Jam 5:00 pagi kot.. Sabar jer la..

hujan.. berhenti dulu jam 5:00 pagi kat sini..

Masa tue baru check WhatsaApp.. Motor Zul rupanya tak boleh nak buka lock disc brake depan.. Kami menganjing jer dalam group, suruh dia ketuk jer.. Kebetulan Suhaimi (Lah) pun dah sampai RV Point kami.. Lie dan Lan tak tahu punca lagi, hujan juga kot.. Seriyat sikit hujan, aku dan Zaidi pederaih jer la.. Sampai di RV point, basah juga la.. Lan dan Lie pun dah sampai rupanya.. Bincang sikit, decide nak teruskan perjalanan jer.. Kami berhenti solat Subuh di R&R Gurun.. Solat pun sejuk jer rasa sebab baju basah, hujan turun sepanjang jalan.. Lepas solat, baca WhatsApp semua, Zul kata dah ketuk lock disc brake tue dan minta kami tunggu dia sampai.. Kami pun minum dulu la.. He he he..

minum dulu.. kat R&R Gurun dan di Changkat Jering..

Lepas Zul sampai, kami pun teruskan perjalanan la.. Syok la dia tak basah langsung sepanjang perjalanan nak ke Gurun.. Minyak motor aku rupanya macam PARAH la consumption dia, tak berapa cun flow dia.. 'Makan' banyak minyak, tak kira gerak slow atau laju.. Aku yang tadi dah isi minyak penuh kat Tanah Merah, kena top-up sikit kat Gurun nie.. Lepas tue kami semua gerak sampai ke Juru.. Bila terputus dengan kawan-kawan (main cilok-cilok punya pasal la nie), kene tunggu di tol Juru la.. Dah kumpul semula, baru gerak sekali.. Kekadang bila macam nie, jadi lupa diri.. Yelah, tak ingat ada kawan yang pakai Yamaha 135LC dan Honda EX-5.. Ye, Honda EX-5.. Kami bukan racist wei, janji mau ride sama ja.. Tak kisah la walaupun yang lain pakai Yamaha Y15ZR..

Sampai di R&R Gunung Semanggol (Bukit Merah), isi minyak la.. Aku memang agak parah la.. Minyak banyak habis.. Isi penuh semula la.. Kawan-kawan pun isi penuh juga la.. Lepas tue kami berhenti sarapan di Changkat Jering.. Ape lagi pilihan yang ada.. Roti canai dan nasi lemak la, makanan kebiasaan rakyat Malaysia kan.. Zul yang makan nasi lemak kerang + telur,  kemudiannya sakit perut.. Ha ha ha.. Sabar jer la bro.. Jadi kenangan jugak tue..

selfie sat kat R&R Gunung Semanggol (Bukit Merah)

Kami teruskan perjalanan melalui Jalan Persekutuan la.. Nak ke Teluk Batik, mana ada highway.. Kena keluar di Changkat Jering la.. Sampai di Pantai Remis, Zul nak isi minyak.. Aku pun kena top-up la.. Masa nie memang frust la.. Motor takde la laju mana pun boleh pi, setakat 142 km/j jer pun.. Lebih 5 km/j daripada standard cut-off.. Hu hu hu.. Akhirnya kami sampai di Teluk Batik dalam 11:45 pagi.. Alhamdulillah.. Pakaian yang basah kena hujan tadi, lepas berpanas seketika masa dalam perjalanan, kering akhirnya.. Kami lepak tepi laut jer la.. Lunch kami hari tue, roti+airkrim.. Teringat zaman sekolah rendah dahulu, selalu beli di kantin masa rehat.. He he he.. Kami tak solat Jumaat pun hari tue, musafir kan.. Sambil-sambil tue, kenangan kena ada la.. Ambil la gambar sekitar Teluk Batik..

mula-mula kena susun motor la.. bukti dah sampai..

aku dah motorku..

he he he.. kenangan nak ingat sampai bila-bila nie..

Dalam 2:15 petang, kami pun bertolak dari Teluk Batik.. Ke Lumut, tak jauh pun.. Berhenti beli makanan laut kat kedai yang selalu aku pergi la.. Maaf, nama kedai aku lupa.. Tapi bersarapan Shell kat jalan ke Jeti Limit tue la.. Kemudian kami pun berhenti solat di masjid berdekatan Jeti Lumut (Jeti ke Pulau Pangkor).. Ingat tau, kami nie walaupun ride, tapi solat in shaa Allah masih terjaga.. Destinasi lepas tue Jeti Lumut.. Sempat la pusing-pusing cuci mata kat sana.. He he he.. sempat juga ambil gambar kat bawah nie, depan Pejabat Pos di Jeti Lumut..

aku kena jaga beg.. hu hu hu..

Lepas tue, isi minyak bagi penuh dulu la.. Destinasi kami lepas tue ke kedai motosikal la.. Cari la jalan pergi TKC Southern Motor.. Ala, tadi dah perasan pun.. Dekat dengan Tesco Manjung.. Sampai di sana, tengok-tengok la apa yang patut.. Ada yang tengok helmet, baju hujan, malah ada yang tengok motor yang dipamerkan kat situ.. Aku melepak aje la.. Takde benda nak cari pun.. Masa nie langit pun mula gelap dah.. Teruskan perjalanan lepas tue ke Watali Motor di Ayer Tawar.. Aku nie bukanlah expert jalan kat daerah Manjung nie.. Pakai redah, dan ingat-ingat lupa jer.. Lama dah kot keluar dari Perak, dan kalau balik rumah mak abah pun tak ronda pun kawasan selain Ipoh.. Ha ha ha.. Kami cari Watali Motor pun dalam hujan kot.. Sampai juga la di pekan Ayer Tawar tue.. Ada tawaran menarik camshaft CMS T2 (RM99 rasanya) maka aku terus beli la lepas tanya kat Juma (Kawan Y15ZR Kedah).. Masa nie perut dah mula pedih sebab tak lunch kan.. Plan mulanya nak makan mee udang di Kuala Sepetang kena cancel la sebab perut memang dah tak boleh tahan pun.. Ingat tank motor jer ke kena isi?? Perut pun kene isi tau..

Setting lain, kalau jumpa jer kedai makan terus berhenti.. Dah ketaq perut oii.. Dah masuk jalan kampung, memang takde kedai makan la.. Lagipun hari hujan.. Sabar jer la.. Sampai la di Sungai Batu, Pantai Remis.. Dah la dalam keadaan basah sebab hujan, sampai jer kedai makan semua terus order sup.. Ada sup ayam, sup daging, sup tulang.. Masing-masing diam jer.. Aku siap order keropok (kedai Siam kan biasa ada keropok ikan nie) sebab nak alas perut sementara tunggu nasi sampai, tapi..... sekejap jer dah clear keropok tue.. Masing-masing lapar.. Bila nasi sampai jer dengan telur dadar, dah ngap.. Sup tak sampai lagi masa tue.. Semua senyap, lapar punya pasal.. Licin ooo semua makan, tibai habis termasuk sambal belacan.. Siap nasi tambah lagi (sorang ½ pinggan).. Habis makan jer, semua tersandar.. Baru mula bercakap dan bergelak.. Dah kenyang kan.. Lega seleganya.. Alhamdulillah.. Nak gerak balik pun macam malas.. Padahal jauh lagi kot perjalanan.. Gelak tak ingat dunia mengenangkan perjalanan hari tue sampai tak lunch.. Masa nie baru tau kenapa Zul dengan Lah diam, depa dah pekena roti masa kat Watali Motor tadi.. Patut la!!

muka kekenyangan.. dalam tue ada muka orang keletihan.. ha ha ha..

kami solat di masjid berdekatan Panchor.. Lepas solat jer, hujan turun semula.. Lah yang tadi kental bersama kami, dah tak tahan.. Pakai la baju hujan.. Kami lagi 5 orang tetap macam tue juga.. Ha ha ha.. Minyak aku dapat bertahan sampai di Juru, lega juga la.. Lepas top-up minyak kat situ, terus perjalanan balik.. Sampai di Gurun, berhenti lagi minum dan sembang sebelum nak balik.. Sampai dekat dengan Tandop, brek belakang aku lekat (jam) lagi.. Nasib baik Zaidi dan Lie tak jauh dan perasan.. Depa berhenti teman sekejap la.. Lan, Lah dan Zul dah pecut kat depan.. Zaidi teman aku sampai Tanah Merah.. Kat Tanah Merah, aku top-up minyak lagi.. Nampak tak, kuat giler mentekedarah minyak.. Tak silap aku, minyak motor aku sepanjang perjalanan hari nie adalah RM43 camtu la.. Padahal jarak perjalanan dalam 575 km jer.. Sabor jer la..

Apa pun, pengalaman kali nie agak best la.. Bila difikirkan, setiap kali kami geng-geng HSB ride, mesti akan tempuhi hujan dan basah.. Alah bisa tegal biasa.. Kata RIDER, kan?? Jumpa lagi lain kali.. Next ride, akan cerita ke Kuala Kangsar.. Apakah?? Jeng Jeng Jeng (macam Upin Ipin).. Assalamualaikum..

round Penang

Assalamualaikum.. 27 Ogos 2016 punya cerita nie.. Hari nie dah 4 Disember 2016.. Punya la lama aku 'peram' cerita nie.. Korang nampak tak tahap kesibukan aku nie.. Hahaha.. By the way, korang semua apa khabar?? Harap-harap semuanya OK la ye.. Aku, Alhamdulillah OK sahaja..

Ini pun boleh kata perjalanan yang tak dirancang.. Seingat aku la.. Mulanya macam semua nak pergi, sekali Zaidi dan aku macam tak boleh nak pergi.. Rasanya macam pagi tue hujan.. Lagi la rasa malas.. Sekali dalam 8:30 pagi tue diorang pun masih belum decide.. Ada yang kata nak pergi Sungai Petani aje la.. Lepas tue tetiba, Zaidi kata dia nak pergi, walaupun kurang sihat.. Aku pun bersiap, dan setuju nak pergi sama la.. Sebab musim hujan, dan tak de la kata nak pergi Penang, aku pun bawak helmet Xdot jer.. Jumpa kawan-kawan di Hentian Sebelah Kobah, Pendang.. Lama juga la Azli, Roslan, Suhaimi, Zaidi tunggu aku.. Padan muka, ajak lagi..

Last sekali, ke Penang jugak.. Haru betul.. Follow jer la.. Memula pergi Rope Walk.. Pusing tengok barang, Zaidi pun rehat jer.. Kurang sihat kan.. Lepas tue pergi makan kat Medan Selera sebelah Stadium Bandaraya tue.. Aku tak berapa nak selera.. Makan nasi ayam pun tak habis..

Elok nak ke Batu Ferringhi, sekali hujan lebat.. Berteduh dulu kat Caltex.. Reda sikit, kami jalan.. Hujan sat lepas tue, redah jer sampai Masjid Terapung kat Tanjung Bungah tue.. Lepas solat dan rehat, teruskan perjalanan.. Nak pi layan 'kona' kat Balik Pulau kan..

sekitar Batu Ferringhi..

Cuaca pun dah mula OK.. Tak panas pun.. Terus jalan sampai Teluk Bahang.. Layan jer la.. Hehehe..

nak selfie jugak.. bagi chance la wei..

Layan 'kona' sampai lupa kawan-kawan ooo.. Memang syok kan.. Minat.. Sampai kat Balik Pulau, layan jer la durian yang ada.. nak harap Musang King, D24 dan yang tip-top, memang takdak la.. Layan jer la.. Alhamdulillah, Suhaimi belanja katanya.. Terima kasih kawan.. Moga bertambah rezeki.. Lepas tue pakat-pakat tapau sorang sebiji bawa balik.. Aku pun sama.. RM35 kot.. Tapi isi dia sedap, puas hati..

sedap juga.. nama dah lupa..

Lepas tue terus patah balik masuk bandar Georgetown.. Lepak Padang Kota sekejap.. Balik Tanah Besar naik feri.. Hehehe.. Nasib baik tunggu sekejap jer..

penat tunggu feri..

Dah sampai ke Tanah Besar, kami berhenti makan pula kat R&R Gurun.. Lapar kot.. Dalam dok pilih lauk, ternampak tanda harga tue.. Nak tergelak aku.. Ada pulak SEEKOR telur mata.. Memang la telur tue kalau nak kata mewakili seekor ayam.. Hahaha..


Balik tue terus pederaih highway.. Syok oo.. Sampai rumah, rehat jer la.. Puas juga la walaupun ride sekejap jer, pusing Pulau Pinang jer pun.. Tak jauh mana.. Jumpa lagi.. Ada beberapa cerita lagi nak upload.. Kalau korang peminat setia (eh, ada ke??) dan tunggu cerita daripada aku, bawa-bawa bersabar ek.. Assalamualaikum..

Sunday, April 17, 2016

Gang Office...Tanyongpo Returns...

assalamualaikum...he he he...hari nie banyak betul masa aku nak menulis...lama tak mengadap laptop secara berterusan semnanya...dulu memang la selalu mengadap laptop sebab selalu buat urusan 'kerja'...tapi la nie 'kerja' tue dah ditinggalkan pun...bukan rezeki aku la kot kan...

so, kali nie cerita mengenai satu lagi perjalanan ke Tanyongpo, Satun...kali nie ada yang berhajat nak ke sana...sebab teringin nak berjalan-jalan ke sana, disamping nak makan makanan laut...padahal makanan laut yang ada kat Kuala Kedah, Kuala Perlis dan sewaktu dengannya tue pun lebih kurang sama jer...

takpelah, dah orang berhajat kan...diorang set tarikh, dan aku ON aje la...maka tarikh yang dipersetujui adalah hari Sabtu 9 April 2016...sebelum memulakan perjalanan, baca BISMILLAH la...semoga semuanya dipermudahkan, tanpa sebarang masalah...lepas tue, ambil gambar milage dulu la...so, sebelum memulakan perjalanan milage di odometer merekodkan 8,151 km...aku keluar rumah dalam 7:50 pagi lepas kawan-kawan yang nak pergi tue call bagitau dah sampai di tol Jitra...

jom kita mulakan perjalanan

lepas tue, terus ke Changlun la...berhenti makan dulu di kedai Jan Nasi Jagung...lama juga tak ke sini, rasanya dalam 5 bulan juga la...dulu masa kerja di Perlis, tiap-tiap minggu sekurang-kurangnya sekali sarapan kat sini...takpelah pun...pagi nie 4 orang jer la yang makan...lagi 2 orang dah kenyang katanya dah makan...takpelah...selesai makan, isi minyak sikit kat Petronas Changlun...tak berapa ingat sebenarnya isi berapa, sebab satu transaksi tapi kongsi motor isi...aku isi dalam RM5.00 jer kot...

teruskan perjalanan, dekat depan tue sikit jer...pergi ke pengurup wang dulu la...hari nie tukaran wang adalah RM1 (8.81Baht)...masing-masing tukar dalam RM 100, dapat la 881Baht rasanya...banyak meningkat juga la sejak kali terakhir aku ke Siam iaitu RM1 (8Baht) jer...cukup la kot, nak pergi makan aje pun...

sekitar Changlun, Jalan Padang Besar, Wang Kelian

masa turun bukit di Wang Kelian, aku hampir jadi mangsa juga la...silap bajet selekoh kot...ingatkan dah habis selekoh, rupanya itu selekoh patah yang terakhir...overshoot, nasib baik lori dari depan tak laju sebab dia naik bukit kan...kalau tak, tak tahu la nak jadi ape...depan sikit sebelum nak isi minyak sepenuh-penuhnya di Caltex, kami pergi masjid dulu...solat sunat Dhuha, tak lama mana pun...jadi rasa rugi dan ralat kalau tertinggal dengan sengaja...lepas solat, isi minyak di Caltex...aku penuhkan tank dalam RM3.50 jer...

sampai di border dalam 9:30 pagi...orang pun tak ramai...tapi ada la beberapa big bikers kat sana...aku tegur dan tanya diorang nak ke mana...Phuket Bike Week jugak...takpelah, semoga selamat perjalanan pergi dan balik brader sekalian...diorang tanya kami nak ke mana, cuma bagitau makan-makan di Satun dan balik la petang nanti...kat sini isi borang macam biasa la...tapi kali nie aku kene 'pow' la dengan Imigresen...cop pasport tue la...dia minta juga RM1...bagi jer la...masa nak buat pelepasan kastam, sini macam aku pernah cerita dulu la...sama jer macam hari tue, RM5...nie selfie muka-muka kami masa dok tunggu siap pelepasan kastam nak bawa masuk kenderaan ke Siam...

ha ha ha...baru half way nie...

tak laju pun kami gerak...dalam 80-90 km/j...nak buat macam mana, kene fikirkan fuel consumption kawan yang bawa motor 2 lejang (ada sebuah Dinamik)...dalam kita berhati-hati, pemandu kat Siam nie yang terlebih rakus pulak...lampu isyarat dah kuning, maka kita sedia la nak berhenti...tapi ada beberapa insiden diorang lagi tekan sebab nak langgar juga lampu isyarat...siap bunyikan hon lagi...sebelum sampai destinasi pertama, ada sorang rider nie nak kena 'sapu' dek kerakusan pemandu Siam nie...kalau kena la, dengan aku sekali kena 'sapu' la jawabnya...nasib rider tue pun pandai, walaupun dia terpaksa langgar lampu merah tue la...kebetulan, dia berhenti depan kedai yang kami nak pergi nie...macam tau-tau aje...

inilah destinasi pertama kami...walaupun bahasa memisahkan, tapi sopan santun terjaga...siap jamu kami dengan air sejuk (air kosong) dan air kopi panas lagi...sedap ooo...sambil membelek-belek nak tengok barang apa bersesuaian...ada la beli beberapa barang, murah sikit kot kalau beli datang sendiri dan puas hati...sebelum nak balik, diorang siap minta nak ambil gambar...maka, inilah hasilnya...siap ada member yang dapat topi (cap) free lagi...UNTUNGLAH!!!

Yamana Satun

lepas ambil yang nie, depa minta Facebook pulak...

siap minta Facebook kita pulak...aku dah la jarang sangat layan Facebook nie...sampai dia kena Private Message (PM) aku dulu sebab aku tak bagi siapa pun add aku dalam Facebook nie...ha ha ha...tapi masa nie aku punya line telefon Siam dah kiok, tak top-up punya pasal...nasiblah, tak boleh nak surfing la...lain kali masuk sana la baru top-up kot...

tak jauh dah perjalanan, maka sampailah kami ke Tanyungpo...sebelum pergi kedai makan, berhenti ambil gambar kejap di tengah-tengah panas rembang nie...masa nie jam rasanya 1:00 petang (12:00 tengah hari waktu Siam)...

selfie

geng rider

kami berenam

sampai di kedai makan, biasalah ambil gambar dulu la...ini aje la gambar yang ada...yang dapat topi (cap) cemey (free) tue, sakan aih depa...tak buka langsung...

tepi laut...syok angin ooo...

order macam biasa la...tak banyak mana pun...makan kerabu telur belangkas, ikan jenahak dan siakap serta order ketam cili la...siap order aiskrim kelapa dulu...appetizer konon-kononnya...silakan tengok gambar...nak ajak makan pun, benda dah lama lepas...he he he...

aiskrim nyioq

main dish..kerabu telur belangkas...

jenahak masak cili-stim, siakap 3 rasa...

teringat kisah datang hari tue pasal kawan berhenti makan awal sebab tergigit cili padi...nie pun macam kisah yang sama nak berulang...mujur semua makan pedas, sebab cili thai nie memang pedas sungguh...merecik peluh di dahi...ha ha ha...lastly semua kenyang...nak jadi cerita, sampai sudah ketam cili tak sampai...maka bila tanya, rupanya dia silap hantar meja lain...kami pun tersandar kekenyangan dah masa tue...tak minat dah la...lain kali datang la pulak (kot baw family masing-masing) kalau nak pekena pun...

tak habis selfie...tue ha bil makan...

makan kali nie tak mahal mana...cuma dalam 1200Baht (RM136) jer...6 orang share, lagi la tak terasa kan...sebelum balik buat la ape pun yang patut...pergi tandas ke, selfie ke, hisap rokok ke, ambil angin ke...bukan senang nak datang lagi pun kan...

nak juga...selfie nie macam hobi baru aku pulak...

tak solat kat kedai makan tue...kami gerak patah balik menuju pekan Satun...jumpa masjid (rasanya nie masjid ketiga atau keempat yang kelihatan sejak bertolak dari kedai) dekat nak sampai pekan Satun dah...jadi kami pun bersolat kat sini...gilir-gilir la...3 orang solat dahulu, lepas tue 3 orang lagi...yang penting BERJEMAAH...alhamdulillah...
  
inilah masjidnya...tulis jawi tue, kita pasti boleh faham kan...

sampai di border tak pasti jam berapa...cuma bila dah masuk malaysia tue dalam 6:00 petang la...aku tengok jam masa kat Caltex lepas siap isi minyak, masa tue baru dapat line telefon...berderu-deru Whatsapp masuk...ha ha ha...kawan-kawan yang lain siap shopping kat border tue tadi...aku cuma duduk minum air kat kedai jer...malas nak cari apa pun...ha ha ha...masuk kat border tue sebenarnya hujan dah turun...basah sikit la pun...lepas isi minyak tue ingatkan dah reda...tapi masa naik turun bukit di Wang Kelian semua slow la sebab takut jatuh, jalan licin kan...

sampai di simpang nak ke Padang Besar / Kangar, nampak gelap aje langit...sah nak hujan la...tak jauh mana dari Timah Tasoh, kami ditimpa hujan lebat...berhenti tepi jalan rumah pakcik mana tah...minta izin berteduh...aku la yang melayan pakcik dan makcik tue sembang...lama juga kot sembang...tengok dah reda sikit, teruskan perjalanan lepas ada kawan sorang nie cakap Alor Setar tak hujan...rupanya masa kami kat Beseri, hujan lebat semula...dah alang-alang basah, redah jer la...sorang aje antara kami yang bawa baju hujan...untunglah...tadi dapat topi cemey, nie ada baju hujan pulak...bagus persediaan dia nie...kami jer yang tak beringat...

sampai lebih kurang dekat Felda Chuping, tak hujan dah...sabor jer la...masuk Changlun, sempai sprint test lagi...masa nie memang Dinamik tue keluar taring la...ha ha ha...berhenti makan di Napoh...terima kasih kawan yang membelanja...lupa pula, masa kat kedai tue baru la nak check Facebook...dan kalau tak percaya, ini la bukti diorang dah masukkan dalam page kedai diorang...wah...famous seketika...dapat la kawan Facebook dari Siam kan...ha ha ha...

ha ha ha..

terbaiklah!!!

lepas makan tue, lepak sembang dan kemudian masing-masing bawa haluan pulang ke rumah untuk berehat...esoknya hari Ahad kan kerja...

8467 km, selepas balik dari Tanyongpo...

jadi milage untuk perjalanan pergi dan balik ini adalah sebanyak 316 km sahaja...tak jauh mana pun kan...tapi tue pun dah cukup melenguhkan pinggang dan badan...satu sebab mungkin diorang tak biasa rie jauh lagi (aku dah biasa), dan satu lagi adalah sebab kena hujan (aku pun dah biasa sebab kena 2 kali masa naik Cameron Highlands)...tapi takpelah, janji keseronokan ride tue ada...next trip, tak fikirkan lagi...in shaa Allah akan ada la...dengan kawan-kawan yang mana, belum tahu lagi...siapa yang ajak, dan kalau aku pun free, aku akan join...tue jer la...Assalamualaikum...

Saturday, April 16, 2016

trip otak SEMINIT...Ulu Legong...

assalamualaikum...sementara nak solat Asar kan...ape salahnya tulis satu lagi entry...he he he...nie semua gara-gara otak seminit Jumaat...sabor jer la...hari Khamis malam Jumaat (7 April 2016) tetiba jer ajak ke Air Panas Ulu Legong...padahal minggu sebelum tue (1 April 2016) dia dah pi pun sana, gaya camtu juga otak seminit...cuma malam tue aku takde la nak join pun...ha ha ha...lantak la pun...ha ha ha...

sebab rasa bersalah dengan event otak seminit minggu lepasnya (1 April 2016) tue, maka kali nie aku SETUJU la...kebetulan wife aku balik kampung, aku tak tau atas urusan ape pun...maka aku duduk sorang la kan...aku memang OK aje la...kebetulan kan...dan kali nie tak berapa ramai jer la...aku, Jumaat dan Syahmi...3 orang aje la...lepas kemas beg, aku pun keluar rumah dalam 10:15 malam...kebetulan ada makanan daripada hamper yang main bowling hari tue, maka aku bawa la biskut dan kacang tanah...Coca Cola sekali...ha ha ha...meter motor masa keluar rumah 7905 km...


walaupun 5 bar minyak, tapi nie macam setengah tangki aje...


jumpa diorang kat Petron Jalan Sultanah...lepas diorang isi minyak (aku tak isi pun pasal dah ada minyak, cukup kot), kami minum dulu...lepas minum baru gerak...masuk highway dalam 10:50 malam...

masuk highway, terus full throttle...kali nie agak terkejut la...minyak diorang baru turun 1 bar, minyak aku dah berbaki 3 bar...sampai Jeniang, turun lagi 1 bar...aku dah memang cuak la...sampai ke tak nie...sampai di Sik, minyak tinggal 1 bar...tue pun nasib baik sampai...isi full tank 3 motor, RM15...sebelum sampai Sik, ada pulak motor LC mana poyo merempit dengan kami...aku buat bodoh jer la sebab minyak tak banyak...Jumaat la yang dok layan dia...lantak la pun...

sampai di Ulu Legong dalam 12:20 tengah malam...Alhamdulillah...Jumaat belanja masuk tue...sekepala RM6 rasanya...terus salin baju dan berendam la...he he he...

amik gambar motor dulu...bukti dah sampai...

semangat betul Jumaat dan Syahmi mandi...lepas diorang turun dalam 5 minit baru aku turun...orang pun ramai masa nie...layankan aje la...syok ooo, lama tak pi sini...keadaan dah abnyak berubah...last pergi sini 2009 kot, masa mula-mula posting kat Perlis dulu...hu hu hu...

selesai mandi dalam 2 pagi...aku tak tahan dah berendam...mengantuk lagipun...naik, dan amik gambaq nie dulu sebelum aku tidoq...he he he...tidoq aje kat kawasan lapang dalam tue...aku dalam keadaan baju basah mandi tue tidoq...sejam lebih juga aku lena...Jumaat dan Syahmi mandi la kot masa tue...

selfie sebelum tidur...

dalam 4:00 pagi aku terjaga...lepas tue terus berendam semula...Jumaat dan Syahmi terus lena kot lepas tue...he he he...takpelah, diorang dah siap tukar baju...baru selesa nak tidoq katanya...dalam 5:30 pagi aku pun naik la...lenguh kaki dan segala bagai lagi...tak larat nie...macam mana la nak balik...ha ha ha...lepas aku tukar baju, azan subuh berkumandang...aku pun pergi solat dulu kat surau dalam tue...lepas solat, baru kami kemas barang dah balik...sempat la juga ambil gambar kat depan tue...

dan lagi...

dalam 6:45 pagi, kami gerak la dari Ulu Legong...terus balik, sebab plan nak sarapan kat Sik...he he he...sebelum tue, singgah sekejap ambil gambar jer kat Lata Mengkuang...musim kemarau kan, air pun tak banyak...tapi sejuk juga la kalau nak mandi pun...tapi kami dah puas mandi pun kat Ulu Legong, maka takde rasa pun nak mandi...

sebelum balik dari Ulu Legong...6:42 pagi...

oh ya, jarak semalam antara rumah aku dan Ulu Legong nie ada la dalam 123 km jer...takde la jauh sangat pun kan...tapi sebab jalan malam, rasa macam jauh jugak la...dengan tak biasa jalan tue lagipun...takpelah pun...he he he...janji dah selamat sampai dan selesai mandi puas-puas kan...

Lata Mengkuang

selfie...suka hati aku la...

lepas makan kat Sik, kami terus balik ke Alor Setar...berhenti isi minyak di Caltex R&R Gurun jer la...masa nie banyak la motor besar kat sana...on the way pergi Phuket Bike Week agaknya...boring dari Gurun tue, maka pulas full throttle la kami bertiga atas highway...sekejap laju, sekejap perlahan...he he he...sampai di Alor Setar, sempat lagi minum kat Hutan Kampung...lepas minum, baru balik rumah masing-masing...sampai rumah dalam 10:45 pagi...masuk rumah, lena terus la...bangun pergi solat Jumaat jer la lepas tue sebab hari Jumaat kan...

dah sampai rumah...

so, jarak perjalanan pulang dari Legong adalah 123 km...keseluruhan perjalanan adalah 246 km...takde la jauh mana...paling penting, selamat pergi dan balik tanpa masalah...Alhamdulillah...

itu aje la cerita ke Ulu Legong...lepas nie kalau ada cerita lain, aku update...in shaa Allah...sekian untuk kali ini...Assalamualaikum...