...

...

Thursday, March 31, 2016

Good bye MSeki Gold

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.. Pendek sahaja cerita kali ini.. Sebagai kenangan pernah pakai dan memiliki.. Chewah..

gambar dengan coverset airbrush milik Kirin

Pada 1 Mac 2016, maka rim emas MSeki yang aku beli sebelum ini telah bertukar hak milik.. Ada orang berminat nak beli, takpelah kita jual aje la.. Mana tahu ada rezeki untuk pakai rim yang lain.. Maka sempat la aku ambil gambar rim tersebut bersama tayar baru (milik pemilik baru).. Dia tukar pakai Corsa (depan R99 belakang R93).. Memang kemas dan aku pun terus tanpa teragak-agak guna pula duit juai rim tue untuk beli sepasang tayar Corsa R99.. Tayar tue aku dapat pada 3 Mac 2016..

motor masuk rim dan tayar asal

Corsa R93 kat rim lama MSeki.. Bye..

tukar pakai set asal.. pulangkan set jerung kembali..

malam 1 Mac 2016 tue juga aku buka dan pasang kembali set asal motor (Movistar).. Dan aku pulangkan set jerung pada 3 April 2016.. Terima kasih ye Kirin sebab bagi pinjam dan bergaya sekejap.. Hehehe..

Fikir punya fikir nak pakai rim apa, akhirnya aku beli aje la rim lain dan dah tukar pun pada motor aku.. Jadi la, boleh simpan rim asal.. Ye tak.. Kali nie aku beli aje rim X1R warna biru (masuk la kot dengan warna Movistar).. Hehehe.. 

dan dalam masa yang sama seminggu lepas aku pasang rim dan tayar tue kot, jadi perbalahan sikit dalam group Kedah.. Pelik juga, kes melawak pasal sport rim pun jadi isu.. Katanya aku siap merajuk hal takleh nak advance sport rim RCB yang ada orang beli.. Pelik juga.. Memang aku pelik la.. Siapa yang buat cerita.. Huhuhu..

Kebetulan aku ada beli stiker Movistar yang lain, aku pun pasang pada coverset putih aku (buang stiker Jupiter MX King yang lama).. Jadi aku kacuk pula warna putih dan biru.. Hehehe.. Tapi sekarang nie, full coverset putih aku pakai.. Cuma tue la, takdan nak ambil gambar.. Lain kali la aku post..

ban (tayar) Corsa Platinum R99

lepas tukar tayar dan rim X1R

bagak..sangkut sikit..layankan sahaja..

besaq gedabak..

Jadi tue jer la cerita kali nie.. Nasihat aku, jangan terus terjah orang tanpa kita tahu cerita.. Jumpa, berdepan, sembang, lebih baik daripada terus terjah dan beremosi.. Kerana kalau dah buat macam tue, kesan dia memalukan.. Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.. Dan ada juga pepatah yang kata luka di kulit patutnya berbekas, luka di hati parutnya sangat sukar dihapuskan.. Maka berhati-hati dengan kata-kata.. Jangan tambah perisa, jangan memandai-mandai, jangan mengata tak tentu pasal.. Eh, panjang pulak penutup aku nie.. Assalamualaikum..

motor baru kawan

Assalamualaikum.. Lama sangat tak menulis.. Segan nak cakap, tapi itulah hakikatnya.. Aku busy.. Betul, sampai tak ada masa nak menulis.. Entah, dari dulu memang minat aku membaca, menulis.. Tapi mungkin bukan yang berbentuk ilmiah macam nak buat kajian, dokumen, dan yang berkaitan.. Aku suka menceritakan mengenai pengalaman, dan mungkin hidup aku..

Jadi, kisahnya bermula kura-kira pada 15 Februari kalau tak silap la.. Lingkungan tarikh tue.. Bermula dari renew insuran, lepas tue pergi tengok motor LC baru, dan kemudian diorang buat perkiraan sendiri, mungkin lebih berbaloi ambil Yamaha Y15ZR nie.. Jadi masa tue baru la diorang cari aku.. Sebab ape?? Sebab stok kat sini ambil masa yang agak lama, sebulan paling cepat rasanya.. Aku pun atas rasa sahabat, nak tolong.. Cari sana sini, tanya dalam group Whatsapp Kedah, Utara, Perak, Malaysia yang aku ada join.. Ada yang bagi contact kedai.. Aku call, negotiate, cuba close deal.. Daripada nak bayar hutang, last sekali 'pejam mata' depa bayar cash.. Depa, maksudnya lebih dari seorang.. Mula-mula boleh deal seorang biru-perak, seorang merah-hitam.. Sekali kedai silap, maka tertunda seminggu.. Takpalah.. Maka last sekali, dua-dua ambil merah-hitam..

Bila kedai bagitau motor dah siap, maka diorang berdua jadi tak sabar nak ambil motor.. Motor lama masing-masing dah letgo la katakan.. Kedai nie korang rasa kat mana?? Kuala Kangsar Bhai.. Jauh tue.. Maka pada 25 Februari 2016, lepas jer waktu kerja kami terus ke sana.. Masalah-masalah ada banyak sebenarnya, tapi aku malas nak cerita la.. Bukan apa, intro nie pun dah panjang dah.. Maka, terima kasih SAIFUDIN yang  sudi ikut, malah hantar kami ke sana.. Lepas pekena nasi kandar Haji Ramli, kami pun bertolak.. Dari Alor Setar pun dah jam 4:00 lebih..

owner duduk rehat kat belakang

Sampai di Kuala Kangsar (Advance Vertex) jam 6:00 petang.. Diorang settle urusan, then negotiate pasal helmet.. Ikut diorang la.. Dalam 6:30 petang kami pun ke Masjid untuk solat Asar.. Jadi nie la motornya.. Smart!! Welcome to the Y15ZR brotherhood and community..

motor lie

dan lagi ushar LC baru

Y15ZR

Y15ZR

Lepas solat, isi minyak dan gerak balik Kedah.. aku tumpang motor Lah.. bonceng dulu la.. ikut hati baik naik kereta dengan Din jer.. tapi kesian diorang lak yang bawa motor tue..

belakang MCKK nie

lie dan motor baru

bye bye Kuala Kangsar

kat Hentian Sebelah Bukit Gantang, ingat nak solat.. Tapi tak jadi.. Maka kami solat di Hentian Sebelah Taiping.. Masa di Bukit Gantang, Lie suruh aku bawa motor dia dan dia bonceng.. Hampeh betul la.. Orang baru beli motor la patut bawa, baru la RIDER..

solat maghrib dan isyak

Hentian Sebelah Taiping

dan lepas tue sepanjang perjalanan aku kene bawa motor Lie.. Lagi sakit hati.. Hahaha.. Makan malam di Kawasan Rehat dan Rawat Gunung Semanggol (Bukit Merah), lepas tue isi minyak dan minum di Petronas Hentian Juru..

Kami sampai di Alor Setar jam 11:15 malam.. Pi late dinner aka supper dulu kat Hutan Kampung.. Sebelum tue ambil kereta aku di office.. Selesai makan, semua balik rumah.. Esok dan lusa, tak dengar khabar berita.. Ciwi tak habis la kot dengan motor baru.. Biarlah, berhak untuk rasa camtu kan.. Lagipun penat lelah kerja dan simpan duit, apa salahnya habis sikit untuk kenderaan yang nak memudahkan urusan kerja kita..

Jumpa lagi lain kali.. Cerita lepas nie pun tatau bila aku nak tulis.. Susah taip pakai handset nie.. Hahaha.. Safe ride semua.. Hati-hati di jalan raya.. Assalamualaikum..