...

...

Monday, October 9, 2017

2017 8th Ride Event.. Cameron Highlands Strikes Back!!

jumlah penggunaan minyak

Assalamualaikum.. Apa habaq hangpa semua.. Harap² sihat la na.. Baru ja selesai ride ke Cameron Highlands bersama rakan² Y15ZR Kedah (ramai muka baru, tak kenal sangat pun sebab tak selalu pergi TTS dah).. Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat pulang..

Saja suka bagi gambar resit minyak tue.. jumlah penggunaan adalah sebanyak 
RM43.86 (18.604 liter), terbahagi kepada dua iaitu RM28.46 = 11.572 liter (RON97) dan RM15.40 = 7.032 liter (RON95).. Terpaksa isi RON95 setelah sekian lama sebab masa berhenti di stesen minyak tue tak dijual RON97 la.. Mudah.. Hahaha..

mulakan perjalanan

Aku memulakan perjalanan dari rumah jam 7:00 pagi.. Isi minyak di Petronas Bandar Darulaman.. Kemudian terus ke RV Point (bawah jejambat tol Alor Setar Utara).. Masa aku sampai, Fendy dan sorang lagi dah sampai.. Sorry lupa nama, takdan nak kenal semua pun.. Tunggu satu persatu Mai.. Last sekali yang plan mulanya nak gerak jam 7:30 pagi dari situ berlanjutan ke 8:30 pagi rasanya.. Berhenti sarapan pagi do R&R Gurun.. Ambil kesempatan untuk ke surau la, sebab tak tahu nak berhenti mana pula kejap lagi.. Lagipun aku minum her kat sini, tue pun tak habis.. Kenyang makan baki satay masa kat rumah sebelum keluar tue.. Yelah, tak baik membazir makanan kan.. Ada yang isi minyak.. Ada yang ambil gambar.. Aku lepak tepi jalan sambil sembang² jer..

sarapan pagi

Kami lalu masuk sahaja di Hentian Sebelah Tikam Batu.. Sorang brader ada tunggu sana, panggil dia Mee jer.. Tak silap, dari Terengganu.. Plet motor pun TBU.. Dia follow kami dan lepas tue nak terus balik Terengganu lepas tue.. Lepas exit Bertam pun ada yang join  lagi.. Kemudiannya kami berhenti di R&R Juru.. Aku pun isi minyak kat sini.. Banyak scene bergambar aku terlepas, mungkin atas sebab aku pun segan, tak berapa kenal kan..

Shell R&R Juru

Teruskan perjalanan lepas tue sampai ke R&R Gunung Semanggol.. Masa nie kenderaan berbaris panjang.. Aku agak Ada road block sebab ada nampak Polis Trafik "tembak" kat area Nibong Tebal.. Kena tahan la juga, tapi takde la kena saman pun.. Tapi rasa ada bebudak konvoi yang kena.. Benda nie bagi aku subjektf, ambil contoh masa aku dan kawan² kena di Taiping hari tue la.. Semua tue nasib jer la.. Tak ambil tahu pun la.. Buat ape nak ambil tahu, sakit hati ja pasal saman² nie..

Aku keluar di Ipoh, sebab nak uruskan bil kemasukan anak² ke Ipoh Specialist hari tue.. Kawan² lain teruskan perjalanan ke Simpang Pulai.. Lama juga urusan walaupun orang tak ramai.. Aku pun teruskan perjalanan.. Isi minyak di Petronas Jalan Gopeng.. Terpaksa isi RON95 kat sini.. Baru rasa lapar, jadi beli sandwich dan 100 Plus.. Jadi la.. Tengok WhatsApp dan tanya² kat kawan² tapi takde respon.. Aku assume diorang atas motor mendaki ke Cameron.. So, aku pun try "kejar"..

sandwich makanan tengah hari Aku

Kejar punya kejar.. Tak jumpa.. Aku pun tetap kejar masa nak solat Jumaat.. Sampai di sempadan, berhenti sekejap la ambil gambar.. Masa nie dah 1:20 petang.. Dah masuk waktu Zohor pun.. Eh, korang jangan muntah tau bila tengok gambar tue.. Ha ha ha..

sempadan Perak-Pahang

Dah salin baju warna merah-hitam pula

Aku sampai di Masjid Kampung Raja dalam 1:35 petang.. Dah nak habis khutbah pertama.. Terus ambil wudhu.. Tak lama lepas tue, solat Jumaat la.. Aku terus jamakkan dengan Asar.. Lepas solat, check WhatsApp langsung senyap sunyi.. Aku pun gerak terus ke Tanah Rata.. Tapi sebelum tue aku ke Maybank Kampung Raja, masukkan duit untuk bayar kad kredit.. Kalau tak, otak asyik nak belanja duit jer kalau ada cash kat tangan.. Hahaha..

masjid Kampung Raja

Sampai di Sungai Palas, aku belok ke Ladang Teh Boh.. Sementara nak sampai ke tempat minum tue, berhenti seketika kat tempat yang cantik pemandangannya.. Gambar jer la boleh jadi kenangan dah sampai sini.. Hehehe..

sejuk semnanya nie..18°C rasanya..

"sejuk" mata bila tengok pemandangan ladang teh

Penat petang tue sampai aku pun terlena.. Bila bangun jadi lapar.. Datang pertama kali ke Pasar Malan Brinchang yang dah pindah ke Golden Hills.. Tapi biasalah, Jumaat malam Sabtu.. Punya ramai manusia kat sini.. Layankan aje la.. Semua orang ada hak nak bercuti, ye tak..

sejuk.. 14°C kot..

Lepas tue macam biasalah ronda ambil angin malam.. Ke Pasaraya Jimat nak cari Maggi, 100 Plus dan coklat untuk kunyah-kunyah.. Hahaha..

Jimat.. Memang berbaloi..

Gambar-gambar kat bawah nie sekitar Tanah Rata.. Lepas selesai ronda, pekena air panas dulu kat kedai Siam Pattani.. Dulu pernah lepak dengan kawan di PTSS masa kami observe pelajar praktikal (latihan industri)..

dekat hotel depan Kelab Golf

dekat area stesen bas tanah rata

Malam tue check juga ramalan kaji cuaca.. Tengok macam hari Sabtu akan hujan dalam 2 petang ke atas.. Walaupun ada bawa baju hujan, tapi memang tak seronok pun kalau mandi hujan.. Sejuk yang bertambah sejuk, pemandangan jadi terhad, dan sakit tangan kena hujan (aku tak pakai glove).. Walaupun itu cumalah ramalan kaji cuaca kan..

ramalan cuaca.. 11 pagi mula hujan..


Esoknya aku decide nak balik awal.. Kawan-kawan masih nak enjoy suasana di Cameron Highlands.. 9:00 pagi lepas sarapan aku pun gerak.. Isi RON95 di Petronas Brinchang dan terus gerak turun.. Layan juga la selekoh turun tue.. Puas.. Itu je boleh cakap tentang perasaan layan selekoh.. Layan kona orang cakap.. Hahaha..

pagi.. nak balik dah..

berhenti lagi kat sini..

Sampai di sempadan Perak-Pahang dalam 9:45 pagi.. Ambil gambar lagi la.. Jalan pun makin sibuk, ramai juga yang naik ke Cameron Highlands pagi tue.. Sampai di tempat berhenti yang biasa orang lepak ambil gambar tue, aku pun berhenti jugak la.. Ambil gambar sikit, sebelum nie takde lagi rasanya kontena nie.. Tak silap, tuan dia aktif juga dalam group Y15ZR Silverstate (Perak)..

layan..layan..

"menakluk" Route 185: Ipoh - Cameron Highlands

port biasa berhenti

Kemudiannya aku berhenti isi minyak di Petronas Sungai Perak.. Masa nie dah isi RON97 semula la.. Start dari sini terserempak banyak kumpulan bermotosikal la.. Diorang nak ke Santai Anak Utara (SAU) 5.0 di Sungai Petani la tue.. Macam-macam gaya dan perangai.. Sabar jer la..

Kemuncak dia waktu sampai di Shell Juru, dok rev sana sini.. Memekak macam takde akal, macam baru dapat naik motor, senang kata macam batak dan perak dapat motor.. Nak show off kat sapa pun tatau.. Aku isi minyak di Petronas Juru, pun sama keadaan bebudak nak ke SAU macam di Shell Juru tadi tue.. Elok nak masuk highway Sungai Dua, nampak banyak mat-mat motor nie kelam kabut nak patah balik.. Sampai nyaris nak langgar aku.. Rupanya ada 2-3 orang Polis Trafik tunggu lepas tol.. Patutlah.. Aku lalu macam biasa jer, takde pun kena tahan.. Nasihat aku kepada anak muda, tak salah bermotosikal.. Tapi pastikan semua sempurna, dari fizikal diri kita dan motosikal, dari segi dokumen diri kita dan motosikal.. Jadi takde ape nak takut kalau jumpa penguatkuasa macam Polis, JPJ, dan sebagainya.. Sampai di Pendang, hujan turun.. Tapi aku dan seorang budak naik LC decide nak redah.. Elok lepas jer area Tokai, cuaca panas semula.. Hehehe.. Berbaloi la redah hujan, seluar je basah sikit..

Aku berhenti solat di Tol PLUS Hutan Kampung.. Solat siap-siap lebih mudah.. Kemudian teruskan perjalanan pulang ke rumah.. Aku sampai rumah dalam 2:00 petang.. Mandi dan keluar semula ke UTC untuk bayar bil Indah Water.. Dekat sejam lebih tersangkut kat jalan stadium, sebab jalan ditutup untuk pertandingan basikal Jelajah Malaysia.. Sabar jer la.. Apa pun, ride kali nie mencatat hampir 700 km.. Dah sampai masa nak servis dan tukar minyak enjin la.. Hehehe.. Jumpa lagi.. Assalamualaikum..

sampai dah rumah.. meter minyak pun berkelip-kelip dah tue..