...

...

Saturday, December 21, 2019

3rd Day Ride 2019 (Cameron Highlands)

jom ride

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera.. Salam Permotoran Serata-rata.. Hehehe.. Apa khabar korang?? Harap sihat hendaknya.. Kalau tak sihat, makan ubat dan berehat secukupnya..

Kali nie aku nak cerita pasal ride tak tentu hala.. Kenapa aku cakap macam tue?? Sebab ride nie walaupun dah lama dirancang, tapi macam² dugaan datang sebelum dapat direalisasikan.. Mulanya memang tunggu kawan kami yang sorang tue, Din balik bertugas di Kedah.. Din seorang PTD yang baru dilantik bulan November lepas..

Asalnya ride yang dirancang adalah 5 peserta.. Max Rody dan Idris adalah penganjur bersama.. Manakala peserta pula adalah aku, Jat dan Din.. Tunggu punya tunggu, akhirnya Din balik mai bertugas kat Kedah.. Jadi kami atur ride ke Cameron Highlands pada 19 Disember 2019.. Aku dah siap² ambil cuti pada 19&26 Disember sebab habiskan cuti gantian yang ada.. Akhirnya dapat tahu result PT3 akan umum pada 19 Disember.. Jat tak mampu pula pul ikut, kami tunda perjalanan ke petang.. Jat OK dah.. Lepas tu kata tak boleh pula kalau bermalam.. Adjust pi adjust mai, kami tukar ke 18 Disember pula.. Ride balik hari..

Destinasi?? Tak tentu hala lagi.. Sekejap nak pergi pusing Penang, sekejap nak pergi Teluk Batik, sekejap nak pergi Taiping, dan banyak lagi tempat dirancang.. Last sekali, siap² aje la barang untuk ride.. 17 Disember malam tue masih tak tahu nak ke mana.. Barang tak pack pun.. Penganjur kata baju hujan diHARAMkan bawa.. So tak bawa la.. Dah la malam tue hujan di Jitra nie, sampai ke pagi 18 Disember tue..

Janji nak jumpa di Tol Alor Setar Utara jam 8:30 pagi.. Disebabkan masih hujan, aku pun keluar beli sarapan untuk family.. Sambil aku pun makan la.. 8:30 pagi keluar rumah, jumpa di Tol Alor Setar Utara tue la.. Elok dalam perjalanan, selisih dengan Idris.. Kami berdua tunggu kat Tol Alor Setar Utara sampai Max Rody sampai.. 

menunggu di Tol Alor Setar Utara

Ambil gambar dahulu

Jat tak sampai² pun.. Oh ya, Din kena "gari" dengan isteri.. So lesen tak lepas la.. Takpelah pun.. Sekali Jat call bagitau dah terlepas ke Tol Alor Setar Selatan.. Kami bertiga gerak ke sana la pula.. Sampai sana, diorang sarapan dahulu.. Aku dah kenyang.. Masa nie, tak tahu lagi nak ke mana.. So decide nak mandi sungai di Taiping.. Jalan pun tak tahu.. Aku decide, kalau kami sampai Taiping dalam 11:30 pagi, kami terus ikut plan Cameron Highlands balik hari.. Dalam 9:20 pagi kami bertolak dari Tol Alor Setar Selatan..

Jom gerak, jam 9:20 pagi


di Tol Alor Setar Selatan

Dalam 9:45 pagi kami sampai R&R Gurun (Selatan).. Isi minyak dah buat ape yang patut dahulu la.. Sambil² tue ambil gambar.. Aku refuel RM7.28 (3.5 liter) RON95 kat Petron..

R&R Gurun (Selatan)

R&R Gurun (Selatan) lagi

Kami teruskan perjalanan dan berhenti sekejap di Petron Hentian Sebelah Sungai Bakap, sebab ada yang nak refuel.. Dalam 15 minit jer berhenti.. Kemudian teruskan perjalanan dan berhenti lagi refuel di Hentian Sebelah Bukit Gantang.. Aku refuel RM7.19 (3.46 liter) RON95 kat sini.. Lepas tue Jat perasan motor Max Rody punya penutup ekzos longgar.. So, tinggal 1 skru jer.. Buka dulu kat situ la, lebih baik dari hilang terpelanting di highway..

Pomen sat

Kami teruskan perjalanan di tengah hari membahang tue.. Elok sampai di Simpang Pulai jam 1:30 petang.. Alhamdulillah, hampir separuh  perjalanan dah selesai..

Tol Simpang Pulai

Lunch

Kami makan tengah hari di Restoran Warisan Bonda, depan Balai Bomba Simpang Pulai.. Makan 4 orang RM32.80 rasanya.. Layankan aje la.. Cuaca mula mendung dan hujan rintik².. Aku ajak diorang cepat ke Petronas, boleh solat siap².. Aku chow dulu, tak jauh dari kedai tue, hujan lebat turun.. Basah juga la aku.. Sampai Petronas, terus parking dan berteduh.. Aduh, basah.. Tengok handset, kawan² tak jadi gerak dari kedai.. So, aku selesaikan solat dahulu.. Tak lama lepas tue, hujan reda.. Kawan² pun sampai.. Basah sikit jer, berbanding aku.. Diorang pun solat.. Lepas solat, kami refuel.. Aku isi RM4.47 (2.15 liter) RON95 kat sini..

So, dah alang² basah kami pun mula daki Cameron Highlands.. Sebab plan sebelum 6:00 petang nak turun semula.. Cuaca ada tempat hujan, ada yang dah lepas hujan.. Jalan raya agak basah.. Takde antara kami yang melayan selekoh pun, tegak aje.. Hahaha.. Aku pun tak teringin nak layan la kalau sorang².. Lagipun aku sorang takde sweater, sejuk yakmat kot.. Tapi aku yang sampai dahulu kat tempat orang selalu berhenti ambil gambar berdekatan Banjaran Cafe..

sampai separuh jalan dah

yeah, coverset lain

indah ciptaan Allah

semua sampai dah

ambil gambar lagi

Kami teruskan perjalanan.. Sejuk ooo.. Baju hampir kering, cuma jeans la masih lembab.. Sejuk pun, pulas tetap pulas.. Hehehe..

layan sikit

Akhirnya sampai di sempadan Perak-Pahang.. Kami berhenti ambil gambar dahulu.. Kat sini cuaca dah elok, tak hujan pun.. Tapi sejuk laaa..

sampai Cameron lagi

kenangan

Kami teruskan lagi sikit, dah alang² sampai.. Sebab nak terkencing, kami berhenti di Green View Garden.. Sambil cuci mata dan beli sikit² bagi yang berhajat.. Max Rody yang banyak beli pun, sayur dan ubi rasanya.. Hahaha.. Aku, tak beli ape pun..

Green View Garden

Tandas kat situ, bagi aku agak berbau.. Tak jaga elok pun, walaupun orang tak ramai.. Sejuk ooo, nak kencing pun jenuh cari.. Hahaha.. Aku beli set kek tiramisu dan strawberry milkshake RM23.90 dan makan share dengan kawan².. Lagipun masih kenyang lunch tadi..

layankan aje

Kami teruskan perjalanan menjelajah Cameron Highlands.. Akhirnya kami turun dalam jam 5:30 petang macam tue la.. Tak berapa pegang telefon untuk ambil gambar sebab telefon letak dalam beg (risau hujan).. Tue yang tak berapa ingat masa.. Kami berhenti minum dan makan di gerai tepi Petronas Simpang Pulai.. Layan sambil masih rasa sejuk (sebab seluar basah), kami order maggi goreng dan kuewteow goreng.. Alhamdulillah, kenyang..

kuewteow goreng dan barli suam

Mulanya nak solat kat Petronas jer.. Tapi orang makin lama makin ramai.. Kami nak tukar pakaian lagi untuk solat.. Jadi decide gerak dahulu dan berhenti solat di Hentian Sebelah Bukit Gantang.. Elok jer masuk highway, kawan² ada jer belakang aku.. Aku pun tak laju, dalam 90km/j jer.. Sekali kat terowong Menora, tak nampak diorang dah.. Jadi sebelum sampai R&R Sungai Perak, aku berhenti tepi jalan.. 5 minit juga tunggu, baru diorang sampai..

tunggu kawan²

Kami teruskan aje perjalanan.. Masa nie aku duduk belakang sekali.. Follow Jat, punya slow.. 80km/j jer, nak potong pun takut².. Aku yang naik seriau.. Last sekali aku pun tak tahan daulat.. Pecut sekejap sebab takut mengantuk.. Aku dan Max Rody tunggu diorang sampai Hentian Sebelah Bukit Gantang.. Lepas parking motor, kami ke tandas selesaikan ape yang patut.. Aku "mandi" dan bersihkan diri.. Tukar pakaian (kami bawa pakaian extra sebab mulanya rancang nak mandi sungai).. Kemudian solat berjemaah..

Selesai solat, rehat sekejap di wakaf.. Baring² seketika.. Kemudian teruskan perjalanan ke Pak Mat Western.. Isi minyak dahulu kat Caltex Hentian Sebelah Bukit Gantang.. Aku refuel RM8.31 (3.99 liter) RON95.. Lepas tu motor takleh start.. Error-1 naik.. Dulu selalu juga jadi, tapi bila on off (ada skill dia), biasanya boleh.. Tapi kali nie tak boleh.. Sudah.. Takkan nak tunda, jauh lagi kot.. Aku buka coverset, dan cabut sambungan ECU.. Then sambung balik.. Alhamdulillah, boleh start.. Terus pasang coverset (depan aje pun), dan bergerak la..

Lama aku "mengasuh" Jat masa nak hala ke Pak Mat Western nie.. Max Rody dan Idris dah pecut ke depan.. Lama² aku pun naik mengantuk.. Tak boleh tahan.. Kat Bandar Baharu aku pecut tinggal Jat.. Aku jumpa Max Rody dan Idris dekat area Bandar Cassia rasanya.. Aku terus pecut jer, dan sempat saing dengan RS sebiji.. Aku tunggu diorang kat Shell  Juru.. Max Rody dan Idris sampai tak lama lepas tue.. Jat pun muncul lepas tue.. Dah regroup, kami gerak ke Pak Mat Western..

Sampai kat Pak Mat Western dalam 11:00 malam.. Orang pun tak ramai dah.. Makanan sekejap aje sampai.. Kami semua order Mix Grill.. Hehehe.. Harga makanan dalam RM91.60 rasanya.. Masa nie collect duit la, tambah tolak bagi adil kat semua untuk kos makan sepanjang ride nie.. Anggaran seorang dalam RM37.00 sahaja.. Tak mahal mana pun, kan..

Mix Grill, Pak Mat Western

Dalam jam 12:00 tengah malam kami pun gerak pulang.. Ada yang laju, ada yang perlahan.. Sampai di Sungai Petani, aku dah mengantuk giler.. Nyanyi pun tak jalan dah.. Nasib Max Rody ada belakang.. Buka visor, sembang sat 2-3 baris, terus lega.. Kami teruskan sampai R&R Gurun (Utara).. Aku refuel di Caltex R&R Gurun.. RM8.55 (4.11 liter) RON95 kat sini tau.. Kemudian kami rehat sekejap dan ke tandas.. Buang apa yang patut..

Max Rody keluar di Tol Alor Setar Utara, Jat keluar di exit Kepala Batas, aku dan Idris keluar di Bandar Darul Aman.. Alhamdulillah, jam 2:25 pagi aku sampai di rumah.. Perjalanan hari ini selesai.. Boleh jer ride ke Cameron Highlands balik hari.. Itu pun lewat dah bertolak dari Alor Setar pagi tue.. Penat memang penat.. Sampai rumah, aku mandi dan terus tidur.. Khamis, 19 Disember aku cuti.. So takde la rushing nak ke pejabat.. Kawan² aku semua bekerja Khamis tue.. Padu la korang..

So, itu aje la.. Jumpa lagi nanti.. In Shaa Allah ada ride lagi 25 Disember nie.. Tapi destinasi belum pasti lagi.. Assalamualaikum..

7th Ride 2019 (Lapaq Western)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Apa khabar korang hari nie?? Harap semua dalam keadaan yang baik.. Hehehe.. Aku?? Alhamdulillah OK jer.. OK, kali nie nak cerita pasal ride ke Lapaq Western, Dulang Kecil, Yan, Kedah.. Tak jauh mana pun..

Kami plan nak pergi pada petang Khamis, 5 Disember 2019.. Ada la kot dalam 10 orang nak pergi pada mulanya.. Kalau tak silap aku la.. Kami decide nak jumpa di Petronas Tandop, dalam jam 8:30 - 9:00 malam.. Aku pun keluar rumah dalam 8:00 malam, sampai di Petronas Tandop dalam 8:30 malam.. Isi minyak siap² la.. Tank pun dah agak kering, tinggal 2 bar kot..

Isi bagi penuh tangki

RM11.33 (5.447 liter) juga la kena isi.. Aku pakai RON95 aje, marhaenis la katakan.. Lepas isi minyak, aku pun ke surau dan solat Isyak.. Lepas solat, aku tunggu tepi Petronas jer.. Tak lama lepas tue, nampak Nasir (RXZ) dan Chop (LC) sampai..

motor aku dan chop

Tak lama lepas tue, Lie pun sampai.. Dia baru balik solat di masjid berdekatan.. Kami lepak minum di gerak tepi Petronas.. TQ Lie, belanja minum.. Lie tak ikut pun, sebab motor belum siap.. Yelah, upgrade nak lebih kelajuan la katakan.. Tak lama lepas tue, Lah pun sampai.. So, dah ada 4 orang la..

Beberapa minit kemudian, Bashir, Bob, Amir, Dee dan Wan pun sampai.. Acuwan takleh sampai, dia kata akan turut serta kemudian sebab pergi ziarah kematian dahulu.. So kami pun gerak ikut jalan Persekutuan jer.. Tak perlu naik highway pun.. Hehehe..

Kami sampai di Lapaq Western dalam jam 10:00 malam.. Orang masih ramai masa tue, kebetulan ada yang buat sambutan birthday rasanya.. Tapi takde la tunggu lama sangat untuk dapatkan makanan.. Bagus juga service kat sini.. Pantas..

Lapaq Western

Kami 9 orang

Aku order chicken grill.. Tapi tak ingat la set apa sebab ada tambahan sausage dan wedges nie.. Alhamdulillah, habis sebab lapar.. Aku minum barli suam kalau tak silap la..

Chicken Grill

Elok aku habis makan, Acuwan pun sampai dengan NVX dia.. So, kami ada 10 orang dah la.. Seperti bilangan yang dirancang petang tadi..  Hahaha.. Lepas semua orang dah selesai makan dan borak, kami pun gerak la.. Malam masih awal lagi.. Decide nak naik highway di Gurun, dan lepak sekejap di R&R Gurun..

Masuk jer highway, semua pulas habis.. Hadoii.. Wan terlepas simpang masuk R&R Gurun tue, mungkin sebab tak teringat nak lepak situ.. Sambil dia test mesin yang baru jer upgrade.. Takpelah.. Masa kami duduk di kerusi kat R&R Gurun tue, dia dah sampai berhampiran Pendang dah.. Kami 9 orang pekena kopi o panas pula.. Minum pun tak habis, masih kekenyangan..

Keluar dari R&R Gurun, masing² asyik nak test mesin.. Test la korang.. Aku santai² jer.. Sampai la motor RXZ Nasir "jem panas" sebelum sampai Pendang.. Bob dan Bashir tunda sampai di Tol Alor Setar Utara.. Acuwan keluar di Tol Alor Setar Selatan, tinggal kami 8 orang terus gerak lepas tue..

Jam 1:00 pagi kami dah keluar di Tol Alor Setar Utara pun.. Lepak sini pulak.. Sapa yang masih tak puas sembang, maka teruskanlah sembang.. Hahaha.. Pasal motor Nasir, rupanya stop cock dia tutup, dan lupa nak buka masa nak gerak dari R&R Gurun tue.. Cisss.. Sabor jer la.. Takpelah, save minyak dah orang tunda kan.. Hahaha..

Bob and the gang

aku, layan handset jer

Chop dan Bob

Nasir

Dee dan Bashir

Lah

Diorang nie sembang pasal nak ride ke mana pada Krismas (25 Disember).. Aku mungkin tak ikut sebab plan nak balik Ipoh, jadi tak berapa nak ambil tahu juga la.. Mungkin nak ke Rimba Cafe, Baling.. Ikut suka korang la kan..

Dekat jam 1:45 pagi, ada yang dah makin lekeh.. Sampai boleh terlena kat side mirror motor la.. Hahaha.. Dia siap salam semua orang, konon lepas tue orang akan gerak balik la.. Siap start motor lagi.. Rupanya kawan² lain buat bodoh jer teruskan sembang².. Kawan pun malu la nak mengaku kalah, tue yang sampai lena kat side mirror pun takpa, janji tak kalah.. Ini macam punya orang pun ada ka..

Inilah dia.. Nama dirahsiakan..

Dalam jam 2:00 pagi, kami pun bersurai.. Alhamdulillah semua sampai rumah masing² dengan selamat.. Perjalanan malam nie dalam 135 km jer.. Takde la jauh mana pun.. Ituj aje la cerita ke Lapaq Western.. Bagi aku, OK la kedai nie.. Boleh jengah lagi.. Jumpa lagi ye.. Assalamualaikum..


Sunday, October 27, 2019

koleksi helmet

Assalamualaikum.. Bila dah kembali menunggang motosikal, nak kata rider pun macam takde la hebat sangat, nak kata biker pun terasa tak layak pun, jadi anggap aje la mat motor.. Bila dah guna motosikal sebagai pengangkutan harian, yang kadangkala untuk pergi ride ke mana-mana, terdapat keperluan untuk helmet yang selesa.. Nak jalan jauh kot, kena selesa la kepala kita, selain perlu berkualiti dan selamat melalui pengujian badan bertauliah seperti SIRIM dan lain-lain..

Helmet kegunaan harian, biasa-biasa jer la.. Dulu ada la pakai LTD, LTD Sports, MS88, X-Dot dan lain-lain.. Tapi bagi kegunaan ride yang sesuai dengan motor kapcai, aku pernah la pakai ARC, KYT, GiVi, Index dan MHR..

Ini antara helmet yang pernah aku pakai.. Ada yang dah jual pun..


KYT Hellcat Plain White

KYT Venom Kasma Daniel


KYT Venom Azlan Shah


KYT Venom Malaysia-Singapore

KYT Venom Merdeka 61

GiVi M30.3 Yuzy Edition

Koleksi Pada Suatu Ketika

KYT NFJ Merdeka 62

MHR Petronas


Dan ini pula antara helmet yang teringin nak beli.. Kalau ada rezeki, akan cari juga la..

NHK OneXOX TKKR


KYT Marvel (Spiderman, Venom, Black Panther)

KYT NFJ ZR15 Zizan Razak

KYT NFJ Fabio Quartararo

KYT NFJ Petronas SRT

Buat masa nie, helmet KYT Hellcat Plain White, GiVi Yuzy Edition dan MHR Petronas dah dilepaskan kepada orang pun.. Sayang memang la sayang terutama yang GiVi Yuzy Edition sebab keluarannya hanya 1,000 unit.. Yang aku punya tue, nombor siri 487/1000.. Yang KYT NFJ ZR15 Zizan Razak tue dah tempah pun.. in shaa Allah bulan Disember nanti dapat.. Target lepas ini yang Petronas SRT sebab dengar kata masa MotoGP Grand Prix Malaysia akan dijual di Litar F1 Sepang pada harga istimewa, RM380 sahaja.. Kebetulan, in shaa Allah aku ada kat KL minggu tue (Final Piala Malaysia, Kedah vs JDT pada 2 November) kerana hadir mesyuarat di Putrajaya.. Sama-sama kita tunggu jer la.. Hehehe..

Jumpa lagi ye kawan-kawan.. Assalamualaikum..

Rim Bangsawan??

berminat??


Orange Spit Fire

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Fenomena Y15ZR ataupun Ysuku memang semakin menjadi-jadi.. Sejak pengeluaran pertama di Malaysia pada 2015, telah 4 tahun motosikal tersebut berada dalam pasaran Malaysia..

Pelbagai jenis modifikasi yang wujud di pasaran.. Ada yang upgrade sistem enjin, tak kira la dengan tukar ECU, camshaft, block kit, gearbox dan pelbagai jenis lagi.. Ada yang tukar kosmetik luaran.. Pelbagai jenis bagai cendawan tumbuh selepas hujan..

Baru-baru ini pengeluar rim terkenal, Excel Asia pun turut membuat penawaran pre-order Forged Rim berharga RM2250 (murah RM200 berbanding ramalan harga runcit disyorkan).. 3 pilihan warna, Orange Spit Fire, Blue Electro dan Red Heat..

Umum tahu, yang terkenal sebagai "rim bangsawan" nie adalah RCB FG510 yang ada kalanya harga sampai RM6,000 (termasuk artis yang buat marketing YouTube channel diorang melalui pasaran modifikasi motosikal Ysuku).. Rim FG510 nie dulu masa tahun 2014 tak silap aku dalam RM2,500 jer sepasang dibuat khas untuk Yamaha LC135 5 Speed.. Hehehe..

FG505

FG510

Dan sekarang, lambakan produk lebih kurang sama..  Korang boleh search/google jenama-jenama yang ada tue, dari serendah-rendah RM500 sehingga semahal-mahal "harga yahudi".. Cuma untuk aku, aku kurang berkenan kenapa design rim tersebut buat seakan-akan FG510 tue.. pelbagaikan la design, baru best..

cutting yang sama.. cun..

warna titanium.. cun woo..

Itu aje la.. Takde ape pun.. Ada rezeki, aku pun nak sarung rim Excel tue.. Sebab nak cari FG510 memang harga dah tak masuk akal.. Terjun lubang, bengkok juga rim tue.. Ayaq mataa.. Huhuhu.. Jumpa lagi, Assalamualaikum..