...

...

Monday, March 23, 2020

1st Ride Trip 2020.. Pahang - Terengganu.. Part 2

Assalamualaikum.. Masih dalam cubaan mencari mood.. Entah kat mana silap tadi masa menaip Part 1, sebelum nak publish berlaku tersilap paste, lepas tu nak padam yang tersilap tue, seluruh cerita yang dah ditulis tu terpadam.. memburukkan keadaan, lepas tu dia autosave (yang dah kosong tue).. undo pun takleh buat ape.. so, kalau masih ada gambar jer di Part 1 tue, maksudnya aku belum tulis semula la cerita tue.. Tapi kalau dah ada, maknanya aku dah buat replacement story la.. Anyway, korang boleh baca Part 1 tue kat SINI jer..

OKlah, kita sambung cerita.. Malam tue tidur tak berapa nyenyak, macam kat Ipoh juga la.. Walaupun tidur agak awal, tapi bangun pun awal.. Jam 5:00 pagi aku dah bangun.. Belek-belek handset dahulu, lepas tu mandi dan solat.. Pagi tue, berjemaah Subuh.. Alhamdulillah.. Sempat juga la buat tahlil untuk arwah keluarga (yang mana dah pergi tinggalkan kami sekeluarga)..

Jam 7:30 pagi, semua dah bersiap pun.. Susun motor elok-elok depan homestay, untuk ambil gambar.. Oh ya, motor Puyeng problem masa datang Kuantan semalam.. Coolant kering.. Detect pun masa kami dah sampai Petronas KM26 Jalan Gambang tue.. Jadi malam tu Puyeng ke worksyop kawan dia untuk perbaik.. Harap hari ni OK la..

amik turn awal, tak kalut nanti


semua 21 buah motor depan homestay


layankan aje dari pelbagai sudut



kawan-kawan ride kali ini



dapat rehat, muka ceria.. jom ride..

Kami bergerak dalam 7:45 pagi, rasanya.. Aku pun dah lupa.. Destinasi sarapan pagi, di kedai Nasi Kerabu Kemira terletak berdekatan Petronas Tanjung Lumpur (dekat kedai pomen yang aku pergi semalam).. Malangnya terlalu awal, nasi dagang belum ready.. Maka kami kebanyakannya makan nasi lemak.. Janji perut terisi, sudah la.. Jauh lagi perjalanan..

on the way sarapan pagi.. amir dan bob..

sarapan pagi

Selesai makan (dan aku pun selesai ke tandas, serta solat Dhuha), kami pun bergerak.. Rasanya dalam 8:30 pagi.. Ikut jalan biasa sahaja, untuk ke Cherating.. Aku follow sahaja mana diorang pergi, aku duduk last sekali la katakan.. Sampai di simpang Pelabuhan Kuantan, aku ambil alih sebab diorang tersilap jalan.. Aku lead sampai Cherating.. So, kami berhenti ambil gambar dekat sini.. Lama juga aku tak ke Cherating, last 2002 rasanya.. Lagipun takde ape pun kat sini..


ambil gambar kenangan


posing la ikut suka


lan, amir, puyeng, nasir, saiful


bob, ustaz, bashir, lie, puyeng, saiful

lan, bob, bashir

di Royale Chulan


Pantai Cherating


Ramai-ramai di Pantai Cherating


kita pun ada juga

Sempat la juga beli nira kat gerai tepi simpang.. sebotol 500ml RM5.00, tapi tak berapa padu macam kat Kedah la.. Boleh layan la.. Hahaha.. Kami gerak dari Cherating jam 10:40 pagi.. Lama juga, hampir sejam kat situ.. Susun motor memang perlu kesabaran.. Tahniah kawan-kawan..

Kami berhenti di Shell Chendor untuk refuel dan rehat.. Aku refuel RM8.80 (4.231 liter) kat sini.. Kemudian beli air sebab panas terik dah, cepat rasa dahaga.. Elok jalan dalam 1km, sampai di Gerbang Selamat Datang ke Terengganu.. Geng depan dah jauh terlepas, kami kat belakang berhenti pula ambil gambar.. Hahaha..

sempadan Pahang - Terengganu

Kemudian kejar semula kawan-kawan di hadapan la.. Kami ikut Jalan Persekutuan (tak masuk LPT pun) untuk ke Kuala Terengganu.. Kami sempat juga la "main hujan" masa dekat Paka ke Kuala Dungun.. Tak lebat, maka tak perlu pakai baju hujan.. Tapi basah juga la kan.. Berhenti rehat dan refuel di Petronas Rantau Abang..




ride to Kuala Terengganu

Dah alang-alang sampai, kena la ambil gambar kat papan tanda macam nie.. Bukti motor Y15ZR aku tue dah sampai.. Hehehe.. Menyebabkan aku ketinggalan jauh dari kawan-kawan, kes berhenti nie la sebab patah balik ambil stokin aku yang terbang.. Hahaha.. Memandangkan kami musafir, tak bersolat Jumaat la.. 

Rantau Abang

Kami berhenti pekena air kelapa kat Pantai Kelulut, Marang.. Masa nie dah masuk Zohor pun.. Perut pun lapar dah sebenarnya, tapi plan nak makan kat Kuala Terengganu.. Tahan dulu la..




di Pantai Kelulut

Kemudian berhenti singgah ambil gambar kat Masjid Tengku Tengah Zaharah (masjid terapung) di Kuala Ibai.. Lepas ambil gambar, terus gerak ke Pantai Batu Buruk..




di Taman Awam Kuala Ibai

Masa nie terpisah, kawan-kawan di hadapan pergi sebelah depan masjid.. Kami yang di belakang, terus ke Pantai Batu Burok.. Sementara tunggu kawan-kawan, aku refuel kat Petronas Batu Buruk, RM9.20 (4.423 liter)..

Elok nak parking motor kat gerai tepi jalan di Pantai Batu Burok, Bob disapa sekumpulan awek (student).. Kami order makan, lantak kat Bob la.. Kami semua makan nasi ayam petang tue (sebab dah jam 3:30 petang).. Lepas makan, kami berpecah.. Yang nak ke Pasar Payang, satu group.. Yang nak terus ke homestay, satu group.. Aku balik ke homestay, sebab takde nak beli ape pun kat Pasar Payang.. Nanti la datang lain kali untuk shopping pula..

Bob ditemuramah

lunch di Pantai Batu Burok

Homestay nie paling besar, dan ambil dua unit, macam di Kuantan pembahagian.. Kat sini baru aku dapat tidur atas katil.. Hehehe.. Tapi share dengan ustaz.. Lie taknak tidur dengan ustaz dah macam di Ipoh dan Kuantan.. Hahaha.. Oh ya, homestay nie kat pinggir bandar iaitu di Gong Badak.. Nak ke sini dari Pantai Batu Burok tadi, sempat la melalui Drawbridge (jambatan angkat) tue.. Terpegun seketika la masa lalu tue..

Dalam jam 6:00 petang, aku keluar pusing ke Kompleks Sukan Gong Badak dengan Lie, Lah, Anuar dan Ustaz.. Saja pusing ambil gambar.. Dan kebetulan ada rider tengah training race, maybe untuk cub prix.. Kami pun layan kejap la.. Hahaha.. Lepas tue terus balik homestay.. Alhamdulillah, Maghrib dapat berjemaah di surau berdekatan.. Aku buat jamak sekali la dengan Isyak..

di Kompleks Sukan Gong Badak

Dalam 9:00 malam, kami keluar dinner.. Terima kasih kawan-kawan yang atur makan.. Memang terbaik.. Dan diorang siap tempah dah untuk makan di Nasi Dagang Atas Tol keesokannya.. Malam tue lepas makan buat mesyuarat sikit.. Perbelanjaan agak tinggi, maka kami collect lagi RM50 setiap orang..


dinner di Gong Badak

Lepas makan, terus ke drawbridge untuk ambil gambar.. Memandangkan hari Jumaat (weekend), orang ramai la.. Kami pun ambil setakat yang boleh jer la..





sekitar drawbridge

Kemudian nampak PDRM buat road block.. Kami ambil jalan jauh la untuk masuk bandaraya.. Takpelah pun, at least pusing jalan-jalan kan.. Tak takut pun nak lalu road block, cuma malas nak bersesak-sesak.. Destinasi kami, macam dalam gambar di bawah.. Kat signboard I ❤ KT tue jer pun..

I ❤ Kuala Terengganu

Selesai di situ, kami pun balik ke homestay.. Balik homestay, aku pun tidur.. Perjalanan hari ini tak jauh mana pun.. Tapi tetap penat la.. Hahaha.. Alhamdulillah semua OK.. Nanti aku sambung bahagian akhir bagi ride nie.. Hehehe.. Jumpa lagi.. Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment