...

...

Monday, March 23, 2020

1st Ride Trip 2020.. Pahang - Terengganu.. Part 1

Hampir 2 jam aku menaip kisah ini.. Sekali macam mana entah boleh terpadam.. Sedih la juga.. Nanti ada mood aku taip semula, yang pastinya takkan sama dah isinya macam mana yang aku dah taip tue.. Layan gambar aje la dulu.. Huhuhu...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Semoga anda semua berada dalam rahmat Allah, di kala Malaysia sekarang melalui fasa Perintah Kawalan Pergerakan bagi mencegah penularan Coronavirus (COVID-19).. Bagi diri aku dan keluarga, Alhamdulillah sihat sejahtera.. Hmm, baru berkesempatan untuk menulis mengenai Ride Trip pertama tahun 2020, iaitu ke Pahang dan Terengganu..

Sebenarnya, aku tak berani nak beri komitmen awal untuk ride ini memandangkan kemungkinan dipanggil untuk bertugas.. Namun sehingga masuk bulan Mac, tiada panggilan.. Jadi, aku anggap boleh la join ride nie.. Ride ini memang dah lama dirancang, kalau tak silap selepas pulang dari ride trip ke Melaka bulan Oktober 2019.. Tambahan pula beberapa ketika sebelum ride ini berlaku beberapa salah faham, 'perang dingin', menyebabkan aku rasa taknak dah join ride.. Tue yang sampai jadi ride ke Kelantan tempoh hari.. Tapi tue la, manusia merancang, Allah merancang, tapi perancangan Allah itulah yang terbaik.. Aku juga bukanlah jenis nak berdendam pun.. Takde manfaat.. So, lupakan apa yang dah jadi dan start fresh.. Bukan nak cari masalah atau musuh pun dalam hidup nie.. Tapi taktau la kalau korang jenis macam tue..

Ride kali ini, adalah khas nak ke Cherating (taktau juga ada apa sana, last aku ke sana pun 2002 dahulu rasanya).. Kemudian nak pekena Nasi Dagang Atas Tol di Kuala Terengganu.. Sebab tue ride ini merentasi Pahang dan Terengganu.. Perancangan awal adalah, hari pertama dari Alor Setar ke Kuantan (tidur di Kuantan), hari kedua dari Kuantan ke Kuala Terengganu (tidur di Kuala Terengganu), hari ketiga dari Kuala Terengganu ke Alor Setar.. Tapi setelah dikaji semula dan kerisauan penat, maka diawalkan sedikit iaitu bertolak pada malam hari dan bermalam di Ipoh.. Ride ini berlangsung pada 4 - 7 Mac 2020.. 4 Mac tue bertolak pada petang dan malam (ada 2 trip), manakala kawan-kawan 3rd trip dari Penang (bertolak awal pagi 5 Mac)..

OK, back to the trip.. 4 Mac 2020 tu aku masih bekerja.. Kawan-kawan yang masih bekerja, ada yang ambil half-day.. Aku pun ingat nak ambil half-day, tapi boss pula tiada kat pejabat.. Kesudahnya, aku balik jam 5:30 petang.. Balik dari pejabat, terus refuel di Petronas Taman Tengku Maheran.. Memang dah hampir kering tangki, tue yang refuel RM12.31 (5.918 liter).. Sampai rumah, terus cuci motor terutamanya rantai.. Selesai cuci semua dalam 7:30 petang.. Kelam kabut mandi, solat Maghrib, dan hantar anak tuisyen.. Patah balik ke rumah, makan dan solat Isyak.. Tue pun dah mencatat 30 km.. Lepas tue, baru keluar rumah dalam jam 8:50 malam.. Aku reset dulu trip meter, kali nie nak catat perbatuan (milage) untuk trip nie.. Aku terus ke RV Point di Tol Alor Setar (S), untuk gerak sekali dengan Lah dan Lie..

tol Alor Setar (S)

Lie sampai, diikuti Lah.. Sembang-sembang sekejap, sambil tengok WhatsApp.. Oh ya, kawan-kawan lain ada yang bertolak pada sebelah petang (14 buah motosikal).. Masa diorang feed info, diberitakan ada road block di Tol Sungai Dua.. Jadi kami pun decide nak keluar di Tol Bertam (malas nak hadap road block).. Jam 9:45 malam, kami pun bergerak dari Tol Alor Setar (S)..


kawan-kawan yang bertolak pada petang hari


gerak awal, rehat awal

Kami bertiga berhenti sebentar di Petron R&R Gurun sebab plet motor Lah jatuh antara Alor Setar - Pendang.. Aku macam perasan ada benda jatuh, tapi tak sangka la tue plet motor sebab aku duduk paling belakang.. Nasib baik Lah ada bawa plet spare, pasang yang tue dahulu la.. Masa nie, kawan-kawan yang bertolak pada sebelah petang dah sampai di R&R Gunung Semanggol.. Kami terus bergerak lepas tu, ke tol Bertam.. Masa keluar highway, aku rasa tak berapa sedap hati.. Tayar rasa 'lari'.. Tak pasti la masalah tayar, atau fork.. Tapi biarkan aje la.. Kami berhenti di Petronas Kepala Batas, aku refuel RM8.09 (3.889 liter).. Masuk semula highway, dan terus menuju ke Ipoh.. Di Ipoh, kami rancang nak tidur di rumah family aku.. So, boleh la rehat dan mandi berbanding rancangan asal nak berehat di surau tol Jelapang.. Ramai kot, 17 orang (asalnya semua 22 orang nak bertolak sama-sama, tapi last minute seorang tarik diri sebab urusan keluarga)..

Kami sampai di tempat kawan-kawan berhenti minum (dekat area rumah aku dah) hampir 1:00 pagi.. Elok sampai pekan Jelapang, hujan turun.. Basah sikit la kami bertiga.. Hahaha.. Order minum, tapi aku sempat 2-3 teguk jer sebab tak dahaga sangat pun.. Sampai di rumah, terus buat apa yang patut.. Untuk kawan-kawan, maaf la kalau kurang memuaskan.. Yelah, rumah pun kadang-kadang jer jenguk.. Tapi harap korang selesa la ye.. Oh ya, sekarang kami dah seramai 17 orang iaitu:

1. Syam MCS (aku)
2. Lah JRJ
3. Lie JRJ
4. Lan AKN
5. Dee JRN
6. Bob VV
7. Firdaus (Ustaz) KEM
8. Bashir VBM
9. Amir PNK
10. Nasir PPD
11. Anuar MDC
12. Chop JTN
13. Kholid JTK
14. Munir KES
15. Mie PNP
16. Naim KEP
17. Hafiz SYA

Aku tidur kat atas, dengan Lie dan Ustaz.. Bagi diorang tidur atas katil, sebab menghala air-cond.. Aku jenis tak boleh tido direct air-cond lama-lama, nanti selesema.. Hahaha.. Pagi tue, kami solat Subuh berjemaah.. Alhamdulillah.. Dalam 7:00 pagi kami dah keluar, susun motor untuk ambil gambar.. Diberitakan kawan-kawan seramai 4 orang dari Penang dah sampai di Petronas Hentian Sebelah Simpang Pulai (S)..

di Silibin


Aku terpaksa refuel di Petronas Kg Manjoi.. Kat sini, refuel RM10.67 (5.130 liter).. Meter minyak pun dah berkelip-kelip.. Kami masuk ke highway PLUS melalui Jalan Kuala Kangsar.. Kami tiba di Petronas pada jam 7:40 pagi.. Kawan-kawan yang lain refuel, beli makanan alas perut, jumpa 4 orang kawan tue, dan kumpul duit untuk trip nie.. Kali nie, Bob sebagai pemegang amanah.. Kutip RM175/orang.. So,.dah ada 21 orang dengan pertambahan:

1. Lan VCP

2. Puyeng DCY
3. Nazri JTN
4. Saiful PNN


di Petronas Hentian Sebelah Simpang Pulai (S)


Kami teruskan perjalanan, dan berhenti di R&R Tapah (S) untuk sarapan pagi.. Oh ya, aku sendiri suka nak duduk belakang sepanjang ride nie, kira macam sweeper la.. Sarapan pagi tue, aku cuma pekena nasi lemak.. Tue pun rasanya banyak kot, walaupun RM5.00 jer.. Minum air kosong (mineral) jer.. Lepas makan, ke surau sekejap la tunaikan apa yang patut.. Selesai, terus ke motor dan bersedia untuk teruskan perjalanan..


di R&R Tapah

Kami meneruskan perjalanan dan aku cuma sempat ambil video seperti di bawah.. Maaf kalau kurang memuaskan, beginner la katakan.. Hehehe..


layankan aje


Kami berhenti refuel di Petron Hentian Sebelah Behrang (S).. Memandangkan kami semua decide tak berhenti dah lepas tue, aku pun refuel RM7.39 (3.553 liter).. Kami teruskan perjalanan dan keluar di Tol Tanjung Malim.. Ikut jalan Persekutuan menghala ke Genting Highlands..

di Batang Kali


Jalan Ulu Yam - Genting Highlands

Baru nak test corner jalan Ulu Yam - Genting Highlands, terus tak jadi.. Selekoh pertama pun dah membuang.. Tak berani nak teruskan la, nanti payah kalau jadi apa-apa.. Sedih juga sebab biasanya 'ratah' selekoh, tapi kali nie tak dapat buat.. Duduk belakang sekali aje la.. Hahaha.. Ambil corner pun TEGAK aje.. Sabor jer la.. Kemudian masuk semula ke highway Gombak - Karak.. Kumpul semula dengan kawan-kawan lepas Tol Bentong.. Destinasi makan tengah hari kami adalah di Lemang To'ki (aku 1st time ride sampai sini)


Bentong


layankan


sedap tue


aku pun nak buat kenangan juga

Kami sampai di Lemang To'ki sedang elok waktu tengah hari, tak silap 12:30 tengah hari.. Bob uruskan order lemang.. Manakala yang lain perut Melayu, lapar nasi kot.. Aku cuma ambil nasi dan ayam masak kicap, sambil kongsi patin tempoyak Lah dan Lie.. Pukul keliling.. Jimatkan belanja.. Oops, lupa pula.. Aku ambil kuih limas (tepung pelita) juga.. Hehehe.. Selesai makan, aku 'lari' kejap untuk refuel di Petronas Bentong RM5.95 (2.860 liter), dan ke Kedai Eco untuk beli getah untuk pasang di raga motor untuk elak barang terpelanting.. Beli dua unit, untuk Lah sekali.. Nak cari kedai motor untuk tukar minyak enjin, macam tak sempat.. Masa nie milage sejak last tukar minyak (sebelum ride ke Kelantan) dah 1,800 km rasanya.. Tak sempat nak tukar minyak enjin di Jitra (sebenarnya tak kira betul-betul, sedangkan sebelum ride nie rupanya milage dah 1,300 km).. Tue la, sebab sebelum nie pakai meter Uma Racing, ada peringatan tukar minyak enjin.. Nie sebab pakai meter standard semula, kena catat la setiap kali tukar.. Hadoiii.. Sabor jer la..


riders yang handsome belaka


kami sampai dah Lemang To'ki

Lebih kurang satu jam jer kat sini.. Kami teruskan perjalanan.. Cuaca sangat panas.. Maka kami berhenti di Shell R&R Temerloh.. Ada yang refuel, ada yang beli air, ada yang solat.. Aku dah niat untuk solat di homestay, sebab lebih selesa bila dapat mandi dahulu sebelum tunaikan solat..


R&R Temerloh

Elok sahaja nak bergerak dari situ, tiba-tiba spring tongkat motor aku putus.. Hadoii.. Minta plastik kat jurujual Shell tue untuk ikat tongkat, disamping ada kawan yang bagi cable tie.. Terima kasih.. Kami teruskan perjalanan lepas tue.. Jalan landai, ada yang test mesin.. Ikut suka korang la.. Aku pun kebosanan, sekejap laju sekejap perlahan la.. Hehehe.. Nak sampai di exit Gambang, meter minyak pun mula berkelip.. Yelah, last isi tadi kat Bentong..


Exit Gambang

Aku teruskan perjalanan ke Kuantan, berhenti refuel di Petronas KM26 Jalan Gambang.. Kali ini isi RM10.00 (4.807 liter).. Kat sini Puyeng cakap motor dia ada masalah, coolant kering.. Kami semua decide nak ke homestay dahulu.. Aku lead jalan ke Tanjung Lumpur (ikut signboard aje pun).. Dekat nak sampai homestay, Bashir yang uruskan homestay lead jalan.. Alhamdulillah, sampai di Qayra Inn Homestay, Kg Derhaka, Tanjung Lumpur, Kuantan jam 5:00 petang rasanya.. Homestay nie adalah unit berkembar (kami sewa kedua-dua unit).. Satu rumah 10 orang, satu rumah 11 orang.. Aku ambil master bedroom, duduk dengan Lie dan Ustaz (macam arrangement di Ipoh).. Lepas mandi, dah segar, barulah solat jamak dan qasar (Zohor dan Asar).. Jarak perjalanan dari Jitra ke Kuantan adalah kira-kira 714 km.. Fuh, jauh juga kan.. Tapi nie sebab ada singgah ke Ipoh dan Bentong la.. Kalau tak, mungkin kurang lagi.. Ikut Google Maps, Jitra - Kuantan hanya 665 km jer..


di Qayra Inn Homestay

Settle semua urusan, aku ajak Lie keluar Kuantan sambil nak pergi repair motor.. Lie kata nak rehat.. So, aku keluar sorang la.. Aku menghala ke Kuantan, dan jumpa bengkel dekat Petronas Tanjung Lumpur.. Kira-kira 5 km dari homestay.. Tapi terpaksa beli minyak enjin di Petronas tue (Sprinta F500 jer ada), dan tukar di bengkel kerana bengkel hanya ada minyak enjin yang biasa jer.. Minyak F500 tue harga RM31.00.. Dah la tue, kena katok upah + penapis minyak + spring tongkat = RM25.00.. Layankan aje la.. Kalau dia tipu pun, aku anggap sedekah aje..


servis motor sekejap

Lepas selesai servis dan repair motor, aku teruskan perjalanan pusing Kuantan.. Yelah, sebab dalam hemat aku malam tue kalau nak pusing Kuantan nanti keadaan dah malam.. Nak ambil gambar apa pun kalau malam.. Esoknya dah la nak ke Cherating dan Kuala Terengganu.. Ala, nak pusing kejap jer.. Eh, Kuantan nie last aku datang kalau tak silap bulan Julai 2019 sebab urusan SPA.. Dan tahun 2002 dulu aku kerap juga datang Kuantan, maka ingat lagi la jalan kat sini, berubah pun sikit-sikit jer.. Jom, ronda dahulu..


sekitar menara teruntum


sekitar padang MPK


Masjid Negeri


Masjid Negeri


Stadium Darul Makmur


Kuantan City Mall

Sekejap jer, dalam jam 7:00 malam aku dah sampai di homestay.. Kawan aku di Kuantan bagitau boleh jumpa malam tue.. So, aku bagitau kawan-kawan ride yang aku tak join dinner dengan diorang.. Aku tunggu Abadi ambil, dan kami pergi makan.. Sorang lagi kawan (Khir Jo) tak dapat join sebab tak sihat.. Selesai makan, Abadi ada urusan lain.. Dia hantar aku ke homestay, berkunci la pula.. Lagipun kawan-kawan pergi makan di Ana Ikan Bakar Petai.. Aku tunggu di luar homestay aje la..


kawan-kawan di Ana Ikan Bakar Petai

Tak lama lepas tue, beberapa kawan pun balik.. Tak pasti la sama ada diorang tak larat nak ronda, atau sebab kesian kat aku.. Apa pun, terima kasih ye.. Masuk rumah, selesaikan apa yang patut, dan tidur.. Lie dan Ustaz, hanyut lagi awal dari aku.. Hahaha.. Kawan-kawan yang lain, ada yang keluar ke Teluk Chempedak macam dalam gambar kat bawah nie..


kawan-kawan di Teluk Chempedak

Jadi, itulah yang sempat aku coretkan untuk ride trip hari pertama.. akan disambung untuk hari kedua (dah ada pun), dan yang ketiga.. Sekian, terima kasih.. Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment