...

...

Wednesday, November 11, 2020

3rd Ride Trip 2020.. Ride to Melaka - Johor.. Part 3..

assalamualaikum dan salam sejahtera.. sementara masih ada waktu rehat tengah hari (hari ini aku bekerja di pejabat dalam PKPB nie), kita gunakan masa yang ada untuk menulis.. jangan curi masa kerja untuk buat hobi kita, itu salah.. he he he..

kisah yang lepas, aku dah cerita tentang perjalanan pergi ke melaka (hari pertama), dan ke KK40H dan mee besen (hari kedua).. maka tibalah hari penghabisan bagi kembara ini.. memandangkan 4:00 pagi aku dah terjaga, maka aku sarankan korang buatlah ibadat malam (jika ada kerajinan).. lepas solat Subuh, aku pun bergegas keluar ke dobi layan diri di sebelah Petronas Semabok.. aku sampai dalam 6:20 pagi.. kedai baru nak buka, dan aku nampak signboard beroperasi mula 9:00 pagi.. aku pun tanya orang yang buka kedai tue (taukey la kot), dah buka ke belum.. dia kata dah.. so, aku pun selesaikan dobi pakaian aku.. bukan apa, aku selesa macam nie.. dah balik rumah nanti, tak payah fikir pasal nak basuh baju.. tambahan dah penat, kan..

dobi layan diri

kelaparan, maka aku ke Petron berdekatan (jalan kaki jer) sebab Petronas sebelah nie belum buka.. aku beli roti Gardenia dan Milo.. makan kat luar dobi tue la.. dalam jam 8:00 pagi, semua urusan dah siap.. aku ke Petron dan refuel siap-siap.. kemudian aku pun pulang ke homestay, dan kemas barang.. kawan-kawan beli sarapan, pagi nie kami makan capati dan roti canai.. dalam 9:30 pagi, kami pun keluar dari homestay.. terima kasih Faeez Homestay, Taman Pertam Jaya di atas perkhidmatan yang baik dan selesa.. kami ke Petronas Semabok untuk kawan-kawan refuel.. kami bercadang nak ke Gerobok Salai, Pedas untuk makan tengah hari.. hari masih awal, kan.. lagipun masih kenyang makan sarapan..

Petronas Semabok

sampai di persimpangan Hospital Pantai Melaka, aku perasan ada skru kat tayar belakang motor awang.. aku bagitau, dan awang cabut dan buang skru tue.. aku pun rasa sikit jer kena.. sebelum masuk tol Ayer Keroh, awang hon dan panggil sebab tayar belakang tue keluar angin.. nasib baik aku perasan.. kawan-kawan lain dah ke hadapan, masuk highway.. aku dan awang patah balik, mencari kedai tayar/motor di sekitar MITC.. pusing-pusing juga la.. last sekali jumpa juga kedai.. alhamdulllah, boleh tampung 'cacing' jer.. kawan-kawan lain tunggu di Hentian Sebelah Ayer Keroh (U).. aku dan awang kemudiannya jumpa kawan-kawan di sana.. kami gerak sekali la ke Gerobok Salai..

motor awang

kawan-kawan sempat posing sini lagi

aku pula sempat posing di sempadan Negeri Sembilan

kawan-kawan posing lepas tol Pedas-Linggi

kami ke Geronok Salai, malangnya kedai tutup hari tue.. ada yang kata sebab ada kes positif Covid-19. entah la.. aku ajak diorang ke kedai Pak Raub (patah balik), itu pun tutup juga.. akhirnya kami makan di kedai Induk Salai (dekat aje dengan Pak Raub).. belah sini, makanannya kebanyakan masak lemak cili api la.. kami ambil ayam salai, daging salai, jangek salai dan macam-macam lagi la.. jangek tue tau ke ape dia?? kalau tak tau, itulah kulit lembu.. ada banyak nama lain bagi kulit lembu nie kan.. ada yang panggil kikil, belulang dan sebagainya.. sedap, walaupun ada rasa pedas-pedas cili api.. he he he...

nampak sedap tak??

brppp, alhamdulillah

dalam 12:30 tengah hari, kami bergerak menuju ke Port Dickson.. ikut Jalan Persekutuan sahaja, melalui Linggi.. lama dah aku tak lalu jalan nie.. Alhamdulillah, kali nie lalu jalan macam baru turap lain.. maka, lebih selesa la.. dulu teringat lalu sini, jalan berlubang-lubang.. kalau lalu malam, gelap dan menakutkan.. kami sampai di Port Dickson dalam 1:15 petang.. berehat di Pantai Purnama (dulu aku panggil Pantai Poli) sebab tak ramai orang di sini.. dalam jam 2:00 petang, kami pun bergerak.. niat nak lepak di Dataran Teluk Kemang, last sekali tak jadi sebab dah jauh terlepas (kes cari tempat nak buang air kecil)..

sekitar Pantai Purnama

akhirnya kami berhenti solat di Petronas Port Dickson.. tak lupa, refuel siap-siap di sini sebab tak tahu nak berhenti mana lepas tue.. kami gerak dari sini dalam jam 3:00 petang.. naik higway Port Dickson-Mambau, dan kemudiannya naik highway PLUS.. terus menghala ke Utara..

Petronas Port Dickson

TQ Bashir share video

masih sempat.. sempadan Selangor

kumpulan kami terputus bila kelompok hadapan berhenti di Hentian berdekatan Dengkil.. aku masa nie last sekali.. aku perasan kawan-kawan yang berhenti, tapi ada depan aku dalam 6 buah motosikal nie (aku, lan, lie, firdaus, bangmie dan kholid) teruskan perjalanan.. diorang nie tak perasan kot kawan-kawan yang berhenti tue.. jadi kami pun teruskan jer la perjalanan sampai di R&R Rawang (U).. kami refuel di sini, dan tak lama lepas tue kawan-kawan lain pun sampai.. berehat sekepa, kemudian kami teruskan perjalanan.. cuaca ada nampak macam nak gelap-gelap dah.. masa nie, perjalanan kami masih belum ditimpa hujan la.. alhamdulillah..

penat ke tue lan oii

kami teruskan perjalanan.. dalam 5km nak sampai Tanjung Malim, hujan mula turun.. aku, lah dan lie, teragak-agak nak berhenti pakai baju hujan kat tepi jalan atau tak.. last sekali, redah juga la.. basah la juga kena hujan yang semakin lebat.. kami berhenti berteduh di bawah jejambat sebelum keluar Tanjung Malim (yang ada signboard Lembah Bernam tue).. kawan-kawan yang di belakang pun sampai tak lama lepas tue, ada yang siap pakai baju hujan walaupun dah kena hujan (basah la di dalam).. abang anas jer terlepas ke depan, dia tak perasan kami berhenti kot.. takpelah, jumpa di Tapah nanti aje la macam dirancang.. ada seorang brader naik BMW GS bagitau hujan sekitar situ jer.. di Slim River dan Sungkai tak hujan.. lepas dia gerak, kami pun gerak walaupun masih hujan.. aku last sekali yang gerak, lepas simpan semua barang dalam box GiVi.. ha ha ha.. yang mana memang dah basah, tak sarung baju hujan pun.. redah aje..

hujan la pulak

aku pun redah sahaja.. lock throttle sebab dah jauh kena tinggal.. tinggal kawan-kawan (bila dah jumpa diorang la), laju tue sebab nak keringkan pakaian.. he he he.. ternampak abang anas berhenti cucuh rokok kat area Slim River.. betul la cakap brader BMW GS tue, memang tak hujan lepas tue.. tapi elok 2 km nak sampai R&R Tapah, hujan mula turun.. Alhamdulillah, baju aku kering (cuma jeans lembab sikit area button - situ memang susah nak kering).. dan aku sampai di Petronas R&R Tapah sebelum hujan makin lebat.. kawan-kawan yang lambat, sempat la kena hujan sebelum sampai di R&R Tapah tue.. termasuk abang anas (yang gatal buka baju hujan siapa suruh.. ha ha ha)

hujan lagi.. solat tetap kena buat tau..

kami decide nak solat siap kat situ.. lepas solat, kami pun gerak dalam 8:00 malam dari R&R Tapah.. plan nak berhenti makan di Bukit Merah.. hujan lagi (kami semua pakai baju hujan dah masa nie), tapi sampai di Gopeng jer.. kami jalan dekat-dekat supaya tak terputus.. susah kalau jadi apa-apa nanti bila malam dan cuaca hujan.. lepas jer Gopeng tue, cuaca elok.. ada yang mula buka langkah la.. laju slow, laju slow.. aku pulak terpaksa sebab nak kira orang, cukup atau tak.. lepas siap kira, aku ke belakang semula.. sampai di Hentian Sebelah Bukit Gantang, kami berhenti refuel.. tayar motor Nasir kurang angin, try pam di Caltex pun dua-dua pam tak masuk angin.. so, next stop di R&R Gunung Semanggol.. kami buka baju hujan, simpan, dan gerak..

masa nie lah dan aku di depan.. masuk jer kawasan R&R Gunung Semanggol, lah termasuk salah jalan.. dia termasuk ke kawasan parking tambahan (tak berturap), terlanggar lubang di permulaan kawasan, hilang kawalan, jatuh.. aku di belakang, tak sempat brek.. cuma mengelak ke tepi, dan dengan harapan lah atau motor dia tak melintang depan aku.. kelajuan rasanya 30 kmj sahaja.. aku mengelak, dan nampak lah jatuh dah.. ustaz firdaus belakang aku kata nasib sempat brek.. memang bahaya laluan tue, orang tak perasan sebab ada lampu cerah di persimpangan tue.. tambah pulak dengan penat, lapar, dan sejuk boleh jadi silap jalan.. patut pihak PLUS letak kon kat situ tak bagi masuk sebab hari tue Jumaat, tak banyak lori pun dan parking tambahan tue tak digunakan pun.. atau alternatif, nak buat parking pun selenggara la elok-elok.. sama ada turap tar atau jangan biar berlubang.. lepas accident tue, ada satu lagi group motor pun 'terbabas' masuk laluan tue.. sebab diorang pun kata nampak macam yang tue laluan utama.. nasib baik diorang tak rodok kami, sebab diorang nampak kami berhenti kat situ.. lah pulak, kami cuci luka dia.. nampak tak berapa teruk, tapi motor cuma patah stand depan aje la dan calar-calar.. lah kata OK untuk ride balik.. kami berhenti di Petron R&R Gunung Semanggol, beli roti dan air.. tak jadi makan di Bukit Merah.. dan kami cari klinik berdekatan untuk bawa lah.. takde.. jadi kami decide nak ke KPJ Bandar Perda.. lepas semua dah selesai, kami pun bahagi semula baki duit yang ada (kami semua decide berpisah di situ)..

accident di R&R Gunung Semanggol

lah bawa motor bashir, bashir bawa motor lah masa nie.. terus ke KPJ Bandar Perda.. aku berhenti cuci muka di Shell lepas tol Juru (kawan-kawan dah gerak).. terpaksa sebab aku dah mengantuk sangat, badan pun melekit.. aku sampai lewat sikit di KPJ Bandar Perda tue la.. sebab SOP Covid-19 nie, lambat sikit la segala proses.. akhirnya selesai juga dalam 3:00 pagi.. semua dah penat.. masa nie tinggal aku, lah, lie, lan, ustaz firdaus, bashir, nasir, bangmat, kholid, brie dan bangmie.. abang anas dan awang terus balik ke sungai petani.. lepas tue bashir dan bangmat pi hantar motor (bangmat nak follow balik kuala nerang, tapi motor tinggal di penang).. kami semua refuel dahulu di Shell Seberang Jaya.. kami jumpa semula bashir dan bangmat di Hentian Sebelah Sungai Muda.. kat Hentian Sebelah Sungai Muda nie, bangmat dan lah naik motor lie, lie naik motor lah.. kami pun gerak balik.. masa nie, aku dah mengantuk yakmat oiii...

kami berhenti di Shell R&R Gurun.. aku berhenti cuci muka sekali lagi.. harap-harap segar la.. kawan-kawan ada yang refuel di sini juga.. kami bersalam-salaman, dan bergerak balik lepas tue.. aku dok rasa ada beberapa kawan dah ke depan.. jadi, aku pun kejar la.. sementara segar tak berapa mengantuk lepas cuci muka, pecut la.. cari punya cari, tak jumpa.. jadi, maafkan aku kawan-kawan.. aku mengantuk sangat dah.. ha ha ha.. alhamdulillah aku sampai rumah dalam jam 4:00 pagi.. masuk rumah, terus urus diri.. tak boleh nak tidur pun.. maka, lepas solat Subuh baru tertidur.. dalam jam 11:30 pagi baru bangun.. lega sikit dapat tidur dalam 5 jam.. petang tue, aku bantai tidur lagi, dalam jam 2:30 petang sampai 5:30 petang.. ha ha ha.. qada tidur yang tak cukup sepanjang ride..

ride kali nie, berbeza dengan ride sebelumnya.. biasalah, setiap ride itu akan ada ceritanya.. namun, sebenarnya, itulah yang menguatkan ukhwah kita dalam bersabahat.. orang putih kata BROTHERHOOD.. perjalanan ride ini mencatatkan lebih kurang 1,820 km .. masa ke kedai mamu (pomen) untuk tukar minyak enjin, dia pun terkejut dan kata "bukan baru tukar ke"... tapi bila aku cakap baru jer balik ride johor, dia tak kata apa la.. ha ha ha.. sebelum ride nie aku tukar minyak enjin, bacaan odometer adalah 43,220 km.. hari aku tukar minyak enjin lepas balik ride, bacaan odometer dah 45,040 km.. alhamdulillah, minyak enjin tak kering.. syukur sangat dah, setting yang agak sedap aku rasa.. untuk ride ini, disebabkan minyak petrol takdelah semahal mana, maka aku ambil kesempatan isi RON97, RON100 (Petron) dan V-Power Racing (Shell).. jumlah pengisian minyak adalah RM111.85 sahaja (tak tahu berapa liter sebab campur-campur minyak)..

OK lah, itu sahaja cerita untuk kali ini.. majulah industri permotoran untuk malaysia.. ride 2020 melabuhkan tirai rasanya, tambahan pelaksanaan PKPB di kebanyakkan negeri.. tahun 2021, in shaa Allah akan dimulakan dengan ride trip ke Terengganu.. jumpa lagi.. terima kasih kerana membaca.. assalamualaikum..

 

No comments:

Post a Comment