...

...

Monday, November 9, 2020

2nd Ride Trip 2020.. Hometown Attack..

jom gerak

assalamualaikum dan salam sejahtera.. sementara ada masa (aku curi-curi masa menulis dengan guna handset nie) di pejabat.. hari nie adalah hari pertama PKPB yang melibatkan banyak negeri (kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang).. aku datang pejabat macam biasa la.. banyak kerja-kerja nak diselesaikan lagi..

baru-baru ini aku mendapat tugasan yang memerlukan aku ke pejabat di Perak.. aku pun, hanya menjalankan amanah dan menurut perintah sahajalah.. maka, aku pun bergegas la ke Perak.. oleh kerana tugasan takde memerlukan bawa pakaian dan kelengkapan yang banyak, aku decide nak ride sahaja.. syok apa ride nie.. ha ha ha..

sejak masuk highway, memang lock throttle jer la.. dah nama pun ride solo, membosankan kot.. jadi, layankan aje la.. ride kali nie aku me'rasmi'kan penggunaan KYT Merdeka 62 (tahun 2019).. 1st time beli KYT-NFJ, diorang cakap kena turun satu saiz.. maka, yang nie aku beli saiz M.. rupanya, agak ketat.. nie pun, layankan aje la padding yang menekan pipi.. dah la pipi makin gemuk.. ha ha ha..

aku refuel siap-siap di Jitra, nak kurangkan berhenti supaya cepat sampai.. ha ha ha.. lepas tue, aku refuel sekali lagi di Shell Hentian Sebelah Sungai Bakap (S).. masa nie perjalanan baharu 142 km.. tak berani ambil risiko kalau nak ke R&R Gunung Semanggol.. kalau ada ramai yang follow, berani juga la.. kalau solo ride, baik ambil langkah berhati-hati..

Shell Hentian Sebelah Sungai Bakap (S)

Alhamdulillah, aku selamat sampai rumah di Ipoh setelah 2 jam 30 minit menungang.. kebas satu badan aih.. ha ha ha.. bila tiada orang di rumah, maka pekerja-pekerja kedai berdekatan rumah ambil kesempatan parking depan rumah aku la.. sabar jer la.. nampak tak kereta belakang tue.. kalau ikut jahat hati, kalau sagat sampai calar pun ape aku kisah.. tapi kita timbang rasa la.. he he he..

sampai rumah

alamak, kelaparan pula.. maka aku pun keluar mencari makan.. kali nie pekena mee kicap berkuah kari kat kedai sebelah Kedai Mat Jasak (kedai nie, esok la kita pergi pula).. boleh tahan la rasanya.. lepas habis makan, aku bergegas ke kedai NoorJahan Bakery.. beli Bun Currant (kismis) dan 2 ketul donut.. donut nie masa aku sekolah, harganya 20 sen sahaja.. he he he..

kenyang tersandar

OK, tugas aku di sini (macam gambar di bawah).. aku, lebih kurang bantu-bantu aje.. nak melebih-lebih, tak pandai.. kan kan.. dari pagi sampai petang (macam waktu bekerja biasa) la aku kat sini..

pejabat JKKP Perak

habis kerja, aku ke Warung Mat Jasak.. kali nie pekena mee kicap dan kuah sup.. semalam, memang aku nak ke sini juga (dah biasa makan sini).. tapi semalam orang ramai waktu aku sampai tue, tue yang ke kedai disebelahnya tue..

mee kicap berkuah sup

malam tue, disebabkan aku kekurangan pakaian (baju pejabat) maka aku ke dobi dahulu la.. siap-siap basuh baju di rumah, lepas tue ke dobi untuk guna dryer sahaja.. bagus la dobi nie, ada cara bayaran alternatif, iaitu guna kad debit.. senang dan mudah, tak perlu tukar duit/token.. tapi rezeki kurang baik, cuaca hujan pula lepas tue.. berkampung la aku sampai hampir 12:00 malam kat situ.. sabar jer la..

hujan oh hujan di kedai dobi

esoknya lepas habis kerja, aku pun bertolak pulang ke Kedah.. dengan pakaian kerja, terus pederaih motor.. macam biasa, refuel dahulu di Petronas Jelapang.. kemudian terus lock throttle.. di sepanjang highway, hujan turun kadangkala sahaja.. rintik-rintik.. sempat la juga nak basah.. sabar jer la.. gambar kat bawah, aku dah sampai Petronas R&R Juru (U).. refuel kat sini, dan terus perjalanan balik ke Kedah.. sampai di Kedah, jam 1:15 petang.. hati tak berapa sedap..

layan spec abah² jer nie

Petonas R&R Juru (U)

Alhamdulillah, perjalanan dipermudahkan tanpa musibah.. rupanya, bearing di hub sprocket pecah.. patut la dengar bunyi macam tak berapa sedap.. mulanya ingatkan sebab rantai kurang minyak, rupanya bearing.. hujung minggu tue baru sempat nak pergi tukar.. ape pun, seronok bermotosikal nie.. janji jaga diri dan berdisiplin la.. jangan nak fly sepanjang masa.. itu jer la buat masa nie.. nak sambung buat kerja.. assalamualaikum

No comments:

Post a Comment