...

...

Monday, November 9, 2020

1st Ride 2020.. Rimba Cafe..


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Aku harap korang semua dalam keadaan yang sihat sejahtera.. Semoga Allah segera angkat virus Covid-19 dari muka bumi.. Hari ini, aku kembali terasa ingin menulis.. Beberapa perkara yang telah berlaku sepanjang beberapa bulan yang lalu.. Semasa fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan, aktiviti bermotosikal kembali mendapat perhatian.. Ramai mat motor anjurkan program ride ke merata tempat.. Cuma tak digalakkan berkumpul secara berjemaah beramai-ramai, seperti event Y15ZR Festival dan sebagainya..

OK, kali nie nak cerita ride yang aku join pada 31 Ogos 2020.. Ya, pada Hari Kebangsaan.. Dah nama pun cuti umum maka kawan-kawan mengatur ride untuk makan-makan di Rimba Kafe, Kampung Kuala Kedua.. Landmark paling mudah nak ke tempat ini adalah, ambil jalan menghala ke Ulu Legong, ala tempat mandi air panas tue la.. Sebelum sampai ke Ulu Legong, akan nampak Rimba Cafe nie..

Aku keluar rumah dalam jam 8:45 pagi juga la.. Selesaikan urusan di rumah dahulu.. Kemudian refuel di Shell Kepala Batas.. Isi siap-siap, mudah nanti nak gerak tak tercari-cari stesen minyak dah.. Cheewaahhh... 

@Shell Kepala Batas

@Selera Kampung Kak Linda, Tandop

OK, kami berkumpul di kedai Selera Kampung Kak Linda (dekat Tandop) sebab kedai makan sebelah tol Alor Setar (Selatan) tak buka pagi tue.. He he he.. Masa nie ramai dah ada di kedai tue.. Aku makan bihun goreng + telur mata kerbau jer kat sini.. Bila semua kawan-kawan dah sampai (maaf, tak kira pulak berapa orang dari sini.. lagipun dah terlalu lama), kami pun gerak dalam 9:45 pagi.. Kami berhenti refuel di Petron R&R Gurun (S).. Sempat la ambil gambar dahulu..

@R&R Gurun (S)

Selesai semua refuel, kami pun meneruskan perjalanan.. Keluar di susur keluar Gurun, kemudian melalui Jalan Persekutuan.. Gurun - Jeniang - Beris Jaya - Parit Panjang - Baling - Ulu Legong.. Seingat aku la.. Aku pun lupa daaa.. Kami sampai di Rimba Cafe lebih kurang jam 11:45 pagi.. Aku ambil gambar dahulu, kawan-kawan lain terus ke kedai.. He he he...

sampai dah

Bob RS

awal tak kalut

Route 702.. Rimba Cafe Kuala Kedua Baling

Maaf, Maaf, aku tak pasti berapa harga makanan kat sini, Bob yang uruskan.. Kami cuma bayar sahaja berapa yang Bob minta.. Ha ha ha.. Pun aku tak ingat berapa, rasanya tak sampai RM50 pun... OK ape, makan 4 orang satu hidangan.. Kenyang ooo.. Ada ke makan yang tak kenyang ek?? Makan hati la kot, tak pun makan angin.. Kah kah kah..

makan kenyang-kenyang ek

sekitar Rimba Cafe

Dalam jam 1:30 petang, kami pun bergerak dari Rimba Cafe.. Kami berpecah kat sini.. Ada yang nak balik, ada yang meneruskan ride ke destinasi tujuan masa perbincangan di Rimba Cafe (dioang ke Taiping).. Aku balik ke Jitra, ditemani Zul RS (aka Zul RXZ).. Ada geng-geng Kuala Nerang pun balik juga lepas makan.. Tak berapa ingat berapa orang yang ke Taiping, tapi majoriti la.. Tak silap aku, yang makan di Rimba Cafe tue ada la dalam 13 orang.. Kalau tak silap la, kan.. Ha ha ha..

gambar kenangan di Rimba Cafe

kawan-kawan ride

Masa nak ambil gambar sebelum balik dari Rimba Cade, motor tak boleh nak start.. Aku ingat starter kong, rupa-rupanya bateri yang kong.. Elok la, bateri tue pun tak silap aku dekat 4 tahun dah pakai.. Bateri asal motor, setahun jer dah kong.. Koyoko yang nie adalah bateri kedua, pakai dari 2016 rasanya.. OKlah tue, prestasi cemerlang.. He he he.. Nak start motor, kena tolak  dah ala-ala Cub Prix la pulak.. Sabor jer la..

Aku dan Zul, decide nak ikut Jalan Persekutuan jer sampai ke Pendang.. Kisahnya sebab masa on the way pagi tue, ada nampak road block PDRM atas highway, dekat-dekat Gurun.. Nak elak yang tue jer pun sebenarnya, padahal motor takde la masalah ape pun.. Ikut aje la ape Zul nak, ye tak.. Kami refuel di Caltex Kampung Baru, Pendang.. Masa nie tripmeter dah 224.5km.. Alhamdulillah, sampai dengan selamat tanpa kehabisan minyak (masa nie dah tinggal 1 bar, cuak juga sama ada sampai ke Petronas Pendang atau tak).. Lepas refuel, kami berhenti minum di pekan Pendang.. Pekena cendol la.. Portion dia, tak boleh bawa bincang.. Banyak oo, macam gambar kat bawah nie.. Dah memang masih kekenyangan, memang sengkak la perut.. Ha ha ha..

layan cendol di Pendang

Selesai minum, kami gerak balik Jitra.. Naik highway di Pendang, dan lock throttle la lepas tue (eh, lock la sangat).. Kami keluar di Tol Alor Setar (U) dan berpecah kat situ.. Aku berhenti solat dahulu di Masjid Hutan Kampung (sementara masih dalam musafir).. Aku selamat sampai di rumah jam 4:00 petang.. Zul pun selamat sampai rumah la lebih kurang masa tue la..

279.3 km untuk hari ini

Kawan-kawan yang menuju ke Taiping, ditimpa hujan di perjalanan.. Ala, hujan panas kan mainan rider.. Ape nak dikata.. Diorang pun Alhamdulillah selamat sampai di rumah masing-masing dalam 11:00 malam.. Syok la puas makan, ride, siap pakej mandi hujan.. He he he.. Yang diorang sempat 'payung' gambar, makan Yong Tau Fu kat belakang Balai Bomba Taiping jer la.. Yang lain, aku tak pasti la ke mana diorang meronda lagi.. He he he..

kawan-kawan di kedai Yong Tau Fu

Lain kali kita atur ride pula ye.. Kedengaran kata nak repeat ride ke Melaka-Johor.. Sama-sama kita nantikan kisah yang akan datang.. Jumpa lagi.. Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment