...

...

Tuesday, March 24, 2020

1st Ride Trip 2020.. Pahang - Terengganu.. Part 3

To be concluded..

Sabar ya... Sabar... 
(DAH SIAP UPDATE PUN)




OK, aku upload dahulu gambar yang dah siap buat collage.. Gambar pun tak habis lagi nie.. Nanti aku buat cover story pula..

------------------------------------------------------------

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera.. Masuk hari ketujuh Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) dikuatkuasakan di Malaysia.. Malam ini penuh WhatsApp mengenai esok hari gajj penjawat awam.. Untunglah, kerja tak penuh sebulan pun pada Mac, namun dibayar gaji penuh.. Apa pun, syukurilah dan nanti bila dah masuk kerja bertugaslah dengan lebih baik dan dedikasi.. Sama-sama doakan supaya COVID-19 segera lenyap di bumi Malaysia khasnya, dan di seluruh dunia amnya..

Masih mencari mood untuk menulis bahagian terakhir ride event ke Pahang - Terengganu ini.. Gambar-gambar telah habis dibuat collage, dan dimuat naik petang tadi.. Tinggal nak menulis nie jer.. Apa pun, korang boleh baca di sini PART 1 dan PART 2.. Maka, tak perlu nak scroll back ke apa.. Mudah begitu..

Malam sebelumnya, agak nyenyak tidur.. Yelah, dapat tidur atas katil kan.. Bangun jam 6:00 pagi macam biasa, dan terus mandi.. Kemudian ke surau berhampiran untuk solat Subuh berjemaah.. Balik ke homestay, kemaskan barang.. Dalam jam 7:30 pagi, dah mula berkumpul kat luar homestay.. Dua unit homestay yang kami sewa, tapi rumahnya bertentangan antara satu sama lain, dipisahkan oleh padang permainan.. Hahaha.. Lewat bergerak sebab tuan homestay nak ambil gambar kami semua dahulu.. Akhirnya kami bergerak jam 7:45 pagi, menuju ke Nasi Dagang Atas Tol Cawangan 3 di Losong.. Tak berapa jauh, lagipun kawan-kawan dah buat tempahan jam 8:00 pagi..


di depan homestay


di homestay.. nak balik dah

Kami tiba di Nasi Dagang Atas Tol jam 8:05 pagi.. Orang pun memang ramai.. Alhamdulillah, ada tempat sebab dah buat tempahan kan..





Cuma makanan agak lambat sampai la.. Bob order 30 pinggan nasi dagang, RM30 keropok lekor, dan aih teh ais madu 20 gelas.. Dee tak nak minum teh ais, sebab takut mengantuk rasanya.. Takpelah pun, asalkan makanan habis.. Sementara tunggu makanan, ambil gambar dahulu la..








nasi dagang atas tol cawangan 3

Jam 9:05 pagi, kami pun bergerak.. Lagipun ramai lagi orang tunggu tempat duduk untuk makan.. Bukalah kat mana pun Nasi Dagang Atas Tol nie, tetap penuh ooo.. Kami menuju ke Kg Losong, nak cari kerokok losong (lekor) dan keropok keping.. Aku cuma beli keropok losong, keropok jejari, dan sos pencicah.. Keropok keping tak beli sebab masih ada yang dibeli di Kelantan hari tue.. Lagipun penuh barang dalam box, aku bawa pakaian banyak.. Sumbat juga la yang dibeli tu ke dalam box..


keropok losong

Selesai membeli belah, kami menuju ke jambatan angkat (drawbridge) untuk ambil gambar pada sebelah siang.. Alhamdulillah, orang tak ramai.. Kami ke tempat yang kami ambil gambar malam sebelumnya.. Masing-masing pun ambil gambar kenangan la.. Hehehe..


di atas jambatan angkat


kawan-kawan ride


naim, puyeng, lie, amir


aku pun nak juga


geng geng geng


posing sampai lebam


kholid, dee, lan akn, lie, anuar, bob

Selesai ambil gambar, kami bertolak pulang.. Ada la singgah di beberapa kedai keropok di tepi jalan, sebab ada kawan-kawan yang masih mencari dan belum puas shopping.. Hahaha.. Last sekali berhenti sekejap di Petronas Merang, Setiu.. Aku refuel kat sini, RM6.10 (3.227 liter).. Oh ya, mulai 7 Mac harga RON95 turun daripada RM2.08 kepada RM1.89 seliter.. Namun, aku tetap isi RON95 la sepanjang ride trip nie..

Lepas tue kami teruskan perjalanan dan singgah sebentar di Pantai Penarek.. Ambil gambar dahulu kat Laman Seri Rhu 10.. Dataran tue la..


Rhu 10

Kami berhenti rehat (makan dan minum) sambil menikmati angin pantai kat kedai Ombak Pantai.. Order air kelapa, dan goreng tepung (ikan, udang dan sotong).. Aku tak makan pun sebab kekenyangan sarapan pagi tadi.. Hehehe.. Cuma ambil gambar jer la..






di Pantai Penarek


udang, sotong, ikan (celup tepung)

Dalam jam 12:45 tengah hari, kami pun bergerak dari situ.. Hampir sampai di Permaisuri, kami terpecah gara-gara beg Munir nak terjatuh.. Bob dan aku di belakang sekali, maka kami tunggu la.. Kemudian ada simpang 3, kami ambil ke kiri melalui Kampung Guntung.. Bashir tau jalan nie sebab kami pernah lalu masa ride ke terengganu tahun 2018 dulu.. Kejar punya kejar, tak jumpa.. Sah la kot, diorang ikut jalan ke Kampung Raja.. Aku lead jalan lepas tue, Bob dan Munir ikut jer.. Kami sampai di Shell Gual (ingat nak tunggu kat situ), sekali dah tutup Shell tue.. Contact kawan-kawan lain ikut group WhatsApp jer.. Diorang nak lajak sampai Tok Bali.. Kami bertiga pun teruskan perjalanan, sebab dah decide nak jumpa di Machang..

Akhirnya kami berhenti rehat di Petron Machang.. Kami sampai dalam jam 1:45 petang.. Aku beli aiskrim (lapar) dan air.. Lepas tue solat jamak dan qasar siap-siap.. Kawan-kawan ada yang sampai situ jam 3:00 petang.. Diorang solat, kemudian lepak dengan kami.. Diorang pun berpecah dua, sebab ada yang dah malas nak ikut pusing shopping kot.. Batch last sampai dekat 4:00 petang.. Dah rehat semua, kami pun teruskan perjalanan..

Kami tiba di Petron Batu Melintang jam 5:15 petang.. Motor Puyeng ada masalah lagi.. Buka dan check, suspect penutup radiator tak function.. Sementara Puyeng pergi cari di kedai sparepart, kami pun rehat kat situ.. Aku refuel RM9.60 (5.079 liter) sebab nak main bukit sat lagi kan.. Jam 6:00 petang kami bergerak.. Aku belakang sekali jaga line.. Try masuk selekoh pertama, stabil.. Oh, rupanya masalah dari awal ride trip nie adalah angin tayar depan kurang.. Adoiii.. Aku dah pam angin masa kat Petronas Rantau Abang hari Jumaat tue.. Maka, gatal nak layan selekoh la.. Tinggal la Bob di belakang.. Seorang demi seorang, aku cuba kejar dan potong.. Sampai la duduk depan sekali.. Lepas tue jadi boring duduk depan sendirian, tunggu kawan-kawan semula.. Seorang demi seorang potong aku.. Akhirnya aku yang paling lewat tiba di Hentian Titiwangsa.. Diorang dah siap berhenti, siap susun motor dan ambil gambar lagi.. Takpelah pun..

bob VV


lie JRJ


lan AKN




puyeng, nasir, kholid, nazri


saiful, anuar, amir, ustaz


puyeng, nasir, kholid, hafiz


kawan-kawan ride

Dah kumpul semua, dah puas ambil gambar, kami pun bergerak menuju Gerik.. Macam tadi juga, biarkan kawan-kawan pergi dahulu dan kemudian aku kejar.. Syok ooo.. Skrip yang sama macam tu juga la.. Aku tunggu kawan-kawan di Tasik Banding, sempat la berhenti ambil gambar di kereta kebal nie.. Hehehe..


kereta kebal

Dalam 5 - 10 km nak sampai Petron Kampung Bendang Riang, minyak motor Puyeng habis.. Nasib baik ada abang-abang sado (Bob dan Dee) tunda motor.. Aku boleh la ambil gambar.. Kami berhenti di Petron tersebut dan refuel, aku isi RM6.65 (3.518 liter) kat situ.. Dah siap isi, baru perasan Munir belum sampai.. Dia belakang sekali rupanya..


motor Puyeng habis minyak

Lepas semua dah sampai, kami pun bertolak.. Alamak, layan laluan Gerik - Baling pada waktu malam lagi.. Malam nie agak menguji kesabaran.. Kawan-kawan dah memecut ke depan, aku dan Bob 'mengasuh' Munir yang kelihatan kurang selesa lalu jalan tersebut pada waktu malam.. Jumpa kawan-kawan semula di BHPetrol Padang Lengkuas.. Kami decide nak makan malam di Restoran Sri Landak kat Kupang.. Tapi kedai tue tutup pula, kami makan di kedai berhampiran.. Macam-macam hal la kat kedai makan tue.. Takpelah, malas nak tulis.. Janji semua dapat makan kira OK la.. Sebelum nak gerak, Bob pulangkan duit baki yang ada, seorang dapat dalam RM41.00 semula.. Kiranya jumlah perbelanjaan makan dan homestay untuk ride trip nie adalah RM174.00 seorang.. Murah la tue.. Dalam jam 10:15 malam kot baru kami bergerak dari Kupang.. Bersalaman dengan kawan-kawan yang akan ambil jalan lain untuk pulang (berpisah kat jalan).. Lan VCP dan Anuar ikut jalan ke Kulim, yang lain masih ikut group utama.. Puyeng, Mie, Nasir, Kholid, Chop, Saiful, Nazri balik ikut Jeniang ke Kuala Nerang.. Munir kemudian balik ke Sungai Petani..

Kami tiba di Shell R&R Gurun (U) dalam 11:30 malam.. Solat jamak dan qasar kat sini.. Yang tinggal masa nie cuma aku, Lie, Lah, Lan, Ustaz, Naim, Hafiz, Bob dan Bashir.. Amir dan Dee gerak balik berdua masa kami solat, ada urusan kot.. Kami pun balik la ke rumah masing-masing.. Ustaz, Naim dan Hafiz, hilang terus.. Lan AKN dan Lie keluar di Tol Alor Setar (S).. Lah, Bob dan Bashir keluar di Tol Alor Setar (U).. Aku yang last sekali, keluar di Bandar Darulaman..

di Shell R&R Gurun (U)

Aku terus ke Petronas Taman Tengku Maheran.. Refuel RM8.78 (4.645 liter).. Aku tiba di rumah dalam jam 1:00 pagi.. Alhamdulillah, ride trip kali ini mencatatkan 1,518.10 km.. Jauh juga tue, macam je Johor Bahru rasanya..

Jumlah penggunaan minyak adalah sebanyak RM60.10 (28.894 liter) + RM31.13 (16.471 liter) = RM91.23 (45.365 liter).. Perjalanan adalah 1,548.1 km.. Purata penggunaan bahan api adalah RM5.89/100 km; ataupun 2.93 liter/100 km: ataupun 34.12km/liter.. Kira OK la kot, kan..


Alhamdulillah, sampai rumah

Itu jer la coretan ride trip kali ini.. Jumpa lagi di masa akan datang.. Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment