...

...

Tuesday, May 9, 2023

berSAWANG.. 😛


sebagaimana tajuk, itulah maksudnya.. berSAWANG.. 😛


lama sungguh aku tinggalkan dunia penulisan ini.. aku sendiri takde jawapan pasti, mengapa ianya terjadi.. rasanya kali terakhir aku menulis adalah mengenai trip ke Melaka.. mungkin juga sewaktu musim pandemik, di antara pelbagai Perintah Kawalan Pergerakan yang pernah dilaksanakan..


namun, hakikatnya.. aku bukanlah sesiapa.. mungkin, aku pun tiada peminat setia yang sudi membaca.. lantaran, aku tidaklah beria-ia untuk menulis atau membicarakan apa-apa..


namun..


namun..


aku juga punya rasa, ada kalanya, untuk mencoretkan ape pengalaman yang aku lalui dalam sayembara kehidupan ini, terutamanya apabila ianya melibatkan DUA RODA yang asyik berputar di jalan raya..


in shaa Allah, aku akan cuba meluangkan masa.. bukan apa, dewasa ini terlalu banyak media sosial yang berupaya menuturkan pengalaman.. paling mudah, berkongsi sahaja melalui telefon.. ke mana?? WhatsApp ada, Instagram ada, Facebook ada, Youtube Channel ada, TikTok pun ada.. lantas, penulisan ini kadangkala melecehkan kerana ianya lebih selesa menggunakan komputer dek kerana sukar menulis dengan sebegini pantas jika di telefon bimbit..


apa pun, aku cuba juga mengisi kekosongan ini jika ada masa..


assalamualaikum, penutup kata dan bicara bagi kali ini...


#RideWithPride

No comments:

Post a Comment