...

...

Wednesday, November 11, 2020

3rd Ride Trip 2020.. Ride to Melaka - Johor.. Part 3..

assalamualaikum dan salam sejahtera.. sementara masih ada waktu rehat tengah hari (hari ini aku bekerja di pejabat dalam PKPB nie), kita gunakan masa yang ada untuk menulis.. jangan curi masa kerja untuk buat hobi kita, itu salah.. he he he..

kisah yang lepas, aku dah cerita tentang perjalanan pergi ke melaka (hari pertama), dan ke KK40H dan mee besen (hari kedua).. maka tibalah hari penghabisan bagi kembara ini.. memandangkan 4:00 pagi aku dah terjaga, maka aku sarankan korang buatlah ibadat malam (jika ada kerajinan).. lepas solat Subuh, aku pun bergegas keluar ke dobi layan diri di sebelah Petronas Semabok.. aku sampai dalam 6:20 pagi.. kedai baru nak buka, dan aku nampak signboard beroperasi mula 9:00 pagi.. aku pun tanya orang yang buka kedai tue (taukey la kot), dah buka ke belum.. dia kata dah.. so, aku pun selesaikan dobi pakaian aku.. bukan apa, aku selesa macam nie.. dah balik rumah nanti, tak payah fikir pasal nak basuh baju.. tambahan dah penat, kan..

dobi layan diri

kelaparan, maka aku ke Petron berdekatan (jalan kaki jer) sebab Petronas sebelah nie belum buka.. aku beli roti Gardenia dan Milo.. makan kat luar dobi tue la.. dalam jam 8:00 pagi, semua urusan dah siap.. aku ke Petron dan refuel siap-siap.. kemudian aku pun pulang ke homestay, dan kemas barang.. kawan-kawan beli sarapan, pagi nie kami makan capati dan roti canai.. dalam 9:30 pagi, kami pun keluar dari homestay.. terima kasih Faeez Homestay, Taman Pertam Jaya di atas perkhidmatan yang baik dan selesa.. kami ke Petronas Semabok untuk kawan-kawan refuel.. kami bercadang nak ke Gerobok Salai, Pedas untuk makan tengah hari.. hari masih awal, kan.. lagipun masih kenyang makan sarapan..

Petronas Semabok

sampai di persimpangan Hospital Pantai Melaka, aku perasan ada skru kat tayar belakang motor awang.. aku bagitau, dan awang cabut dan buang skru tue.. aku pun rasa sikit jer kena.. sebelum masuk tol Ayer Keroh, awang hon dan panggil sebab tayar belakang tue keluar angin.. nasib baik aku perasan.. kawan-kawan lain dah ke hadapan, masuk highway.. aku dan awang patah balik, mencari kedai tayar/motor di sekitar MITC.. pusing-pusing juga la.. last sekali jumpa juga kedai.. alhamdulllah, boleh tampung 'cacing' jer.. kawan-kawan lain tunggu di Hentian Sebelah Ayer Keroh (U).. aku dan awang kemudiannya jumpa kawan-kawan di sana.. kami gerak sekali la ke Gerobok Salai..

motor awang

kawan-kawan sempat posing sini lagi

aku pula sempat posing di sempadan Negeri Sembilan

kawan-kawan posing lepas tol Pedas-Linggi

kami ke Geronok Salai, malangnya kedai tutup hari tue.. ada yang kata sebab ada kes positif Covid-19. entah la.. aku ajak diorang ke kedai Pak Raub (patah balik), itu pun tutup juga.. akhirnya kami makan di kedai Induk Salai (dekat aje dengan Pak Raub).. belah sini, makanannya kebanyakan masak lemak cili api la.. kami ambil ayam salai, daging salai, jangek salai dan macam-macam lagi la.. jangek tue tau ke ape dia?? kalau tak tau, itulah kulit lembu.. ada banyak nama lain bagi kulit lembu nie kan.. ada yang panggil kikil, belulang dan sebagainya.. sedap, walaupun ada rasa pedas-pedas cili api.. he he he...

nampak sedap tak??

brppp, alhamdulillah

dalam 12:30 tengah hari, kami bergerak menuju ke Port Dickson.. ikut Jalan Persekutuan sahaja, melalui Linggi.. lama dah aku tak lalu jalan nie.. Alhamdulillah, kali nie lalu jalan macam baru turap lain.. maka, lebih selesa la.. dulu teringat lalu sini, jalan berlubang-lubang.. kalau lalu malam, gelap dan menakutkan.. kami sampai di Port Dickson dalam 1:15 petang.. berehat di Pantai Purnama (dulu aku panggil Pantai Poli) sebab tak ramai orang di sini.. dalam jam 2:00 petang, kami pun bergerak.. niat nak lepak di Dataran Teluk Kemang, last sekali tak jadi sebab dah jauh terlepas (kes cari tempat nak buang air kecil)..

sekitar Pantai Purnama

akhirnya kami berhenti solat di Petronas Port Dickson.. tak lupa, refuel siap-siap di sini sebab tak tahu nak berhenti mana lepas tue.. kami gerak dari sini dalam jam 3:00 petang.. naik higway Port Dickson-Mambau, dan kemudiannya naik highway PLUS.. terus menghala ke Utara..

Petronas Port Dickson

TQ Bashir share video

masih sempat.. sempadan Selangor

kumpulan kami terputus bila kelompok hadapan berhenti di Hentian berdekatan Dengkil.. aku masa nie last sekali.. aku perasan kawan-kawan yang berhenti, tapi ada depan aku dalam 6 buah motosikal nie (aku, lan, lie, firdaus, bangmie dan kholid) teruskan perjalanan.. diorang nie tak perasan kot kawan-kawan yang berhenti tue.. jadi kami pun teruskan jer la perjalanan sampai di R&R Rawang (U).. kami refuel di sini, dan tak lama lepas tue kawan-kawan lain pun sampai.. berehat sekepa, kemudian kami teruskan perjalanan.. cuaca ada nampak macam nak gelap-gelap dah.. masa nie, perjalanan kami masih belum ditimpa hujan la.. alhamdulillah..

penat ke tue lan oii

kami teruskan perjalanan.. dalam 5km nak sampai Tanjung Malim, hujan mula turun.. aku, lah dan lie, teragak-agak nak berhenti pakai baju hujan kat tepi jalan atau tak.. last sekali, redah juga la.. basah la juga kena hujan yang semakin lebat.. kami berhenti berteduh di bawah jejambat sebelum keluar Tanjung Malim (yang ada signboard Lembah Bernam tue).. kawan-kawan yang di belakang pun sampai tak lama lepas tue, ada yang siap pakai baju hujan walaupun dah kena hujan (basah la di dalam).. abang anas jer terlepas ke depan, dia tak perasan kami berhenti kot.. takpelah, jumpa di Tapah nanti aje la macam dirancang.. ada seorang brader naik BMW GS bagitau hujan sekitar situ jer.. di Slim River dan Sungkai tak hujan.. lepas dia gerak, kami pun gerak walaupun masih hujan.. aku last sekali yang gerak, lepas simpan semua barang dalam box GiVi.. ha ha ha.. yang mana memang dah basah, tak sarung baju hujan pun.. redah aje..

hujan la pulak

aku pun redah sahaja.. lock throttle sebab dah jauh kena tinggal.. tinggal kawan-kawan (bila dah jumpa diorang la), laju tue sebab nak keringkan pakaian.. he he he.. ternampak abang anas berhenti cucuh rokok kat area Slim River.. betul la cakap brader BMW GS tue, memang tak hujan lepas tue.. tapi elok 2 km nak sampai R&R Tapah, hujan mula turun.. Alhamdulillah, baju aku kering (cuma jeans lembab sikit area button - situ memang susah nak kering).. dan aku sampai di Petronas R&R Tapah sebelum hujan makin lebat.. kawan-kawan yang lambat, sempat la kena hujan sebelum sampai di R&R Tapah tue.. termasuk abang anas (yang gatal buka baju hujan siapa suruh.. ha ha ha)

hujan lagi.. solat tetap kena buat tau..

kami decide nak solat siap kat situ.. lepas solat, kami pun gerak dalam 8:00 malam dari R&R Tapah.. plan nak berhenti makan di Bukit Merah.. hujan lagi (kami semua pakai baju hujan dah masa nie), tapi sampai di Gopeng jer.. kami jalan dekat-dekat supaya tak terputus.. susah kalau jadi apa-apa nanti bila malam dan cuaca hujan.. lepas jer Gopeng tue, cuaca elok.. ada yang mula buka langkah la.. laju slow, laju slow.. aku pulak terpaksa sebab nak kira orang, cukup atau tak.. lepas siap kira, aku ke belakang semula.. sampai di Hentian Sebelah Bukit Gantang, kami berhenti refuel.. tayar motor Nasir kurang angin, try pam di Caltex pun dua-dua pam tak masuk angin.. so, next stop di R&R Gunung Semanggol.. kami buka baju hujan, simpan, dan gerak..

masa nie lah dan aku di depan.. masuk jer kawasan R&R Gunung Semanggol, lah termasuk salah jalan.. dia termasuk ke kawasan parking tambahan (tak berturap), terlanggar lubang di permulaan kawasan, hilang kawalan, jatuh.. aku di belakang, tak sempat brek.. cuma mengelak ke tepi, dan dengan harapan lah atau motor dia tak melintang depan aku.. kelajuan rasanya 30 kmj sahaja.. aku mengelak, dan nampak lah jatuh dah.. ustaz firdaus belakang aku kata nasib sempat brek.. memang bahaya laluan tue, orang tak perasan sebab ada lampu cerah di persimpangan tue.. tambah pulak dengan penat, lapar, dan sejuk boleh jadi silap jalan.. patut pihak PLUS letak kon kat situ tak bagi masuk sebab hari tue Jumaat, tak banyak lori pun dan parking tambahan tue tak digunakan pun.. atau alternatif, nak buat parking pun selenggara la elok-elok.. sama ada turap tar atau jangan biar berlubang.. lepas accident tue, ada satu lagi group motor pun 'terbabas' masuk laluan tue.. sebab diorang pun kata nampak macam yang tue laluan utama.. nasib baik diorang tak rodok kami, sebab diorang nampak kami berhenti kat situ.. lah pulak, kami cuci luka dia.. nampak tak berapa teruk, tapi motor cuma patah stand depan aje la dan calar-calar.. lah kata OK untuk ride balik.. kami berhenti di Petron R&R Gunung Semanggol, beli roti dan air.. tak jadi makan di Bukit Merah.. dan kami cari klinik berdekatan untuk bawa lah.. takde.. jadi kami decide nak ke KPJ Bandar Perda.. lepas semua dah selesai, kami pun bahagi semula baki duit yang ada (kami semua decide berpisah di situ)..

accident di R&R Gunung Semanggol

lah bawa motor bashir, bashir bawa motor lah masa nie.. terus ke KPJ Bandar Perda.. aku berhenti cuci muka di Shell lepas tol Juru (kawan-kawan dah gerak).. terpaksa sebab aku dah mengantuk sangat, badan pun melekit.. aku sampai lewat sikit di KPJ Bandar Perda tue la.. sebab SOP Covid-19 nie, lambat sikit la segala proses.. akhirnya selesai juga dalam 3:00 pagi.. semua dah penat.. masa nie tinggal aku, lah, lie, lan, ustaz firdaus, bashir, nasir, bangmat, kholid, brie dan bangmie.. abang anas dan awang terus balik ke sungai petani.. lepas tue bashir dan bangmat pi hantar motor (bangmat nak follow balik kuala nerang, tapi motor tinggal di penang).. kami semua refuel dahulu di Shell Seberang Jaya.. kami jumpa semula bashir dan bangmat di Hentian Sebelah Sungai Muda.. kat Hentian Sebelah Sungai Muda nie, bangmat dan lah naik motor lie, lie naik motor lah.. kami pun gerak balik.. masa nie, aku dah mengantuk yakmat oiii...

kami berhenti di Shell R&R Gurun.. aku berhenti cuci muka sekali lagi.. harap-harap segar la.. kawan-kawan ada yang refuel di sini juga.. kami bersalam-salaman, dan bergerak balik lepas tue.. aku dok rasa ada beberapa kawan dah ke depan.. jadi, aku pun kejar la.. sementara segar tak berapa mengantuk lepas cuci muka, pecut la.. cari punya cari, tak jumpa.. jadi, maafkan aku kawan-kawan.. aku mengantuk sangat dah.. ha ha ha.. alhamdulillah aku sampai rumah dalam jam 4:00 pagi.. masuk rumah, terus urus diri.. tak boleh nak tidur pun.. maka, lepas solat Subuh baru tertidur.. dalam jam 11:30 pagi baru bangun.. lega sikit dapat tidur dalam 5 jam.. petang tue, aku bantai tidur lagi, dalam jam 2:30 petang sampai 5:30 petang.. ha ha ha.. qada tidur yang tak cukup sepanjang ride..

ride kali nie, berbeza dengan ride sebelumnya.. biasalah, setiap ride itu akan ada ceritanya.. namun, sebenarnya, itulah yang menguatkan ukhwah kita dalam bersabahat.. orang putih kata BROTHERHOOD.. perjalanan ride ini mencatatkan lebih kurang 1,820 km .. masa ke kedai mamu (pomen) untuk tukar minyak enjin, dia pun terkejut dan kata "bukan baru tukar ke"... tapi bila aku cakap baru jer balik ride johor, dia tak kata apa la.. ha ha ha.. sebelum ride nie aku tukar minyak enjin, bacaan odometer adalah 43,220 km.. hari aku tukar minyak enjin lepas balik ride, bacaan odometer dah 45,040 km.. alhamdulillah, minyak enjin tak kering.. syukur sangat dah, setting yang agak sedap aku rasa.. untuk ride ini, disebabkan minyak petrol takdelah semahal mana, maka aku ambil kesempatan isi RON97, RON100 (Petron) dan V-Power Racing (Shell).. jumlah pengisian minyak adalah RM111.85 sahaja (tak tahu berapa liter sebab campur-campur minyak)..

OK lah, itu sahaja cerita untuk kali ini.. majulah industri permotoran untuk malaysia.. ride 2020 melabuhkan tirai rasanya, tambahan pelaksanaan PKPB di kebanyakkan negeri.. tahun 2021, in shaa Allah akan dimulakan dengan ride trip ke Terengganu.. jumpa lagi.. terima kasih kerana membaca.. assalamualaikum..

 

3rd Ride Trip 2020.. Ride to Melaka - Johor.. Part 2..

antara helmet-helmet yang digunakan

asssalamualaikum dan salam sejahtera.. bertemu lagi di lembaran ini.. kali ini, aku nak sambung mengenai pengalaman ride ke melaka-johor bagi hari yang kedua.. gambar helmet kat atas tue, takde lain adalah kerja si kholid.. cukup gemar dia buat macam tue, untuk shoot TikTok.. ha ha ha.. sabar jer la...

aku cuma dapat tidur selama 3 jam (3 pagi - 6 pagi) pada hari tersebut.. nie gara-gara bersembang dengan abang anas, lepas balik dari melepak dengan kawan-kawan batch EPIK pada malam sebelumnya.. lepas bangun solat Subuh, selesaikan ape yang patut la kan.. dalam jam 7:30 pagi (mungkin la), bashir dah keluar membeli sarapan.. pagi tue kami makan nasi lemak dan bihun goreng... siapa awal, boleh pilih nak makan ape... siapa lambat, bedal ape sahaja yang tinggal la.. he he he...

pagi di Melaka

dalam jam 8:30 pagi, kami semua dah bersiap (kecuali aku)... aku solat dahulu, memandangkan 8:30 pagi elok dah waktunya.. lepas siap solat, aku pun turun bawah dan keluar rumah.. gambar-gambar di bawah diorang ambil sementara na tunggu aku la.. sorry guys.. lagipun awalnya kita plan nak bertolak jam 9:00 pagi kan.. sabar jer la..

kholid - firdaus - brie - bashir - lan

destinasi pertama, Petronas Semabok.. kat sini beberapa motor refuel, termasuk aku.. yelah, semalam aku tak refuel pun di R&R Jejantas Ayer Keroh (S) tue.. he he he... kasi isi full tank macam biasa la.. senang sikit.. dah siap semua, kami pun bertolak.. untuk kali nie, kami terus naik highway di Ayer Keroh.. tak macam tahun lepas, kami ikut Jalan Persekutuan dan masuk highway di Bukit Gambir..

Petronas Semabok

sempat la Nasir pergi buat nombor plet belakang yang terjatuh semalam, di kedai berhampiran yang diorang jumpa.. lepas selesai, terus perjalanan ke Kari Kambing 40 Hari (KK40H) Yong Peng la.. throttle on!! he he he..

OK, dah sampai sempadan Johor

kami meneruskan perjalanan, dan ada yang nak refuel.. kami berhenti di R&R Pagoh (S).. aku berhenti ambil gambar jer la.. lagipun tak jauh mana pun antara semabok-pagoh nie..

R&R Pagoh (S)

tahun nie, kami tak turun di YOng Peng, sebaliknya kami turun di Ayer Hitam.. rasa macam jauh pula, sebab kena patah balik kan.. tapi, layankan aje la.. kami sampai di Ayeh Hitam dalam jam 11:00 pagi, dan tiba di KK40H dalam 10 minit lepas tue.. mak aiii, ramainya makhluk di sini.. sebab mematuhi SOP PKPP, maka sorang jer yang beratur untuk pesan makanan.. yang lain-lain, tunggu di sekitar la.. bila dah dapat ambil pesanan, baru kedai akan atur di mana tempat untuk makan.. kiranya tak boleh nak chop tempat siap-siap la.. bagus juga macam nie, sebab siapa ada makanan dahulu, dia makan, dan lepas tue boleh gerak keluar..

dah sampai Ayer Hitam dan KK40H

sakan diorang posing ooo

alhamdulillah, beriani kambing 3 talam

kami pesan beriani kambing sebanyak 3 talam, ada pun 13 orang jer kan... tue pun makan tak habis.. banyak sangat kot.. lagipun kami dah makan nasi lemak pagi tue.. sabar jer la.. oh ya, kami sampai di KK40H tue kan jam 11:10 pagi, kami dapat makanan dalam jam 11:50 pagi.. lama juga la menunggu kan... makan tak lama mana pun.. dalam 12:20 tengah hari kami dah selesai makan.. jadi, ambil gambar di sekitar la sebagai bukti sampai.. nak kata ambil sebagai kenangan pun, mungkin juga la.. bagi yang pertama kali sampai.. aku dah banyak kali sampai pun, maka tak berapa nak kisah sangat la..

kenyang, semua gembira

firdaus - bashir - awang

ambil gambar, kenangan kan

kemudian kami terus pulang ke Melaka.. ye, pulang ke Melaka.. hasrat awal nak lajak ke Johor Bahru, tak kesampaian juga kali nie.. mungkin juga sebab cuaca panas terik, tak larat nak ke JB semata-mata nak pusing dan bergambar (hey, itu kan tujuan asalnya ride nie??).. ada juga idea nak ke Muar, tapi masalahnya ada apa di sana?? nak makan mee bandung muor, kenyang lagi kot makan nasi beriani nie.. tue yang last sekali decide balik Melaka, petang nanti keluar pekena coconut shake Kelebang.. OK, shoot balik jom..

kami masuk semula highway di Yong Peng.. mulanya aku nak isi minyak di Yong Peng, tapi tak jadi la.. dalam hati yakin juga la minyak sampai kot ke R&R Pagoh (U) nanti untuk refuel.. masa tue minyak ada 3 bar lagi di meter motor aku.. kawan-kawan yang lain minyak masih banyak la kot, sebab diorang last isi di R&R Pagoh (S) masa nak menghala ke KK40H tue.. takpe, kami pun teruskan perjalanan.. ada yang bila masuk highway terus lock throttle (penat la kot), ada yang rileks santai jer.. aku di tengah-tengah.. kejap laju, kejap perlahan.. sampai bila dah tinggal 2 bar, aku pun rasa jauh lagi nak sampai R&R Pagoh (U), aku pun risau.. aku laju sikit supaya aku tak duduk belakang sekali (kalau habis minyak, naya nanti).. so, bila aku dah potong beberapa orang, aku lega sikit la.. aku lock throttle bila dah mula nampak signboard R&R Pagoh (U) tue.. dalam 5km sebelum sampai kot.. elok-elok sampai Shell R&R Pagoh (U), minyak pun habis.. ALHAMDULILLAH, lega satu perkara.. kawan-kawan yang awal-awal lock throttle tadi pun dah lama sampai kot.. masa nie ada beberapa group motor yang berhenti sama kat situ, baru balik KK40H juga rasanya.. sebab mengantuk, pekena Nescafe dahulu la.. he he he.. sambil beli air mineral, untuk back-up..

memulakan kembali perjalanan, bila ada beberapa group motor nie, maka akan mula ada aksi kejar mengejar la.. seronok-seronok jer pun.. aku pun join sekali la, dah minyak pun banyak dah.. ha ha ha.. sempat la berhenti di signboard sempadan Melaka macam di bawah nie.. ha ha ha... selesai ambil gambar, terus lock throttle balik.. kejar satu demi satu, sampai duduk di depan sekali.. aku keluar di Ayer Keroh.. 5 minit juga tunggu, baru kawan-kawan sampai.. ha ha ha..

sempadan Melaka

then, kami terus ke signboard macam kat bawah nie.. gerbang "Selamat Datang ke Melaka".. ride tahun lepas, kami tak sempat ambil gambar di sebelah sini (sebelah selamat jalan, ada ambil gambar sebelum balik ke Kedah)..


Selamat Datang ke Melaka

lepas dah selesai semua, kami pun balik ke homestay.. sebenarnya, bagus juga balik awal nie.. aku boleh la ambil peluang untuk tidur, tapi semuanya terkubur sahaja.. boleh baring aje la, tak rasa nak tidur pun.. he he he.. tapi boleh mandi, dan solat siap-siap tue dah cukup bersyukur la.. dalam jam 5:30 petang, kami semua keluar.. tak jadi ke Coconut Shake Kelebang, kami ke Mee Besen.. Order 7 mangkuk mee besen (yang paling kecil).. tue pun rasanya jenuh nak habiskan.. aku dah bagitau jangan tamak, tak percaya.. ha ha ha.. tapi aku dan bangmat (kongsi besen) settle licin wooo.. he he he..

sambil bincang taktikal fantasy football

liputan abang anas, macam pengulas sukan daa

kekenyangan

lepas makan dalam jam 6:45 petang, kami pun gerak ke Banda Hilir.. aku cuma bawa diorang ikut jalan dan tempat yang aku tahu la.. yelah, nama jer kampung di Melaka.. tapi aku tak pernah la menetap di Melaka nie.. cuma, arwah abah la orang Melaka.. kami memang jarang balik lepas arwah tok meninggal.. cuma sesekali ziarah keluarga paklong di Telok Mas.. so, kami ke sekitar Stadhuys, Muzium Samudera, dan Menara Taming Sari sahajalah, lagipun dah malam masa tue.. nak pergi banyak tempat piun, diorang ambil gambar sikit punya lama daaa.. takpe, bagi peluang.. bukan selalu nak sampai nak motor kan..



sekitar the Stadhuys









sekitar Muzium Samudera

sekitar Menara Taming Sari

plan nak lepak Dataran Pahlawan, tapi tengok macam takde ape sangat pun.. pusing sampai ke Pantai Kelebang, pun macam takde ape nak dibuat lepak situ.. yelah, dah malam.. nak cari apa pun.. pusing-pusing, last sekali ada yang cakap nak balik homestay.. aku pun hantar la diorang balik dahulu.. ingatkan ada yang nak keluar semula, tapi bila sampai rumah semua pun masuk.. amboi, takmau mengaku kalah ekk masa awal-awal tue.. sampai rumah, rupanya semua penat.. ha ha ha.. aku seorang yang keluar.. ada satu tempat aku nak pergi ambil gambar, Kg. Morten.. dah diorang tak nak ikut, suka hati korang la.. so, aku layan gambar dan tengok river cruise di kawasan Kg Morten tue..


sekitar Kg. Morten

laluan river cruise

this is Melaka

dalam 9:30 malam, aku pun balik ke homestay.. penat dah rasa dan aku kena berehat.. esoknya nak balik ke Kedah, belum tahu berapa lama pula masa perjalanan.. aku sampai di homestay dalam 9:45 malam, terus naik mandi dan solat.. kemudian berehat sekejap, turun bawah tengok TV sekejap, dan naik tidur.. kawan-kawan semua keluar minum di kedai berdekatan.. ikut suka korang la.. ha ha ha.. malam tue aku dapat tidur dalam jam 12:00 tengah malam, sampai 4:00 pagi.. lepas tue dah tak boleh tidur.. takpelah.. apa pun, syukurlah dapat juga tidur dalam 4 jam.. OKlah, nanti aku sambung lagi cerita penghabisan yer ride kali nie.. till then, assalamualaikum..

Monday, November 9, 2020

3rd Ride Trip 2020.. Ride to Melaka - Johor.. Part 1..

siap sedia

assalamualaikum dan salam sejahtera.. telah lama dirancang program ride ke Melaka-Johor nie.. ada versi tentatif yang rancang untuk lajak sampai ke Johor Bahru (JB) bagi memuaskan hati dapat ronda sampai ke selatan tanah air semenanjung malaysia.. ada versi yang hanya nak menuju ke Kari Kambing 40 Hari (KK40H) Yong Peng.. jadi, untuk tau ke mana kami pergi akhirnya, tunggu dan baca dari part 1 sampai part 3.. in shaa Alah..

untuk ride kali ini, sebelum berlaku gelombang kedua covid-19, pada asalnya ada lebih kurang 20 orang yang booking tempat.. terpaksa dihadkan kepada 20 orang bagi memastikan keselesaan di homestay yang ditempah (homestay yang sama seperti tahun 2019).. siap dah ambil deposit lagi dari yang dah confirm nak pergi bagi memastikan tiada perubahan fikiran saat akhir yang boleh menjejaskan sedikit perjalanan dan perancangan.. oh ya, kenapa diulang ride ke tempat yang sama?? kerana pada tahun lepas (2019), ada ramai kawan-kawan yang tak dapat nak pergi berikutan masalah masing-masing.. perbandingan ride 2019 dan 2020 ini, hanya beberapa orang yang sama join sekali lagi.. aku, bashir, nasir, bangmat (lan penang) dan kholid.. yang lain, tak pernah follow lagi.. akhir sekali, cuma 13 orang yang confirm untuk pergi.. takpelah, layankan aje.. tak boleh nak paksa bagi yang ada komitmen lain..

untuk ride kali ini, aku terpaksa siapkan cuci motor awal-awal sebab tak semat nak basuh dekat-dekat nak pergi tue.. macam dalam gambar di atas.. 24 oktober 2020 dah siap basuh motor.. malam sebelum nak pergi tue pun, motor kotor sikit-sikit.. tapi biarkan aje la.. oh ya, ride adalah pada 28-30 oktober 2020 yang lepas.. baru lagi dalam 2 minggu lepas.. he he he.. ride kali nie, aku pakai helmet KYT NFJ Kasma Daniel 2019, beli lagi.. ha ha ha.. dah suka nak kumpul helmet, harga berpatutan, beli aje la.. cuma visor tue aku ambil daripada helmet KYT NFJ merdeka 62.. tak larat asyik nak kena beli visor jer.. tumpor.. ha ha ha.. tahun lepas kami ride pada 17-19 oktober 2019, boleh baca kat SINI coretan kisah ride yang tue..

@Jitra

aku keluar dari rumah dalam 7:45 pagi.. kami berkumpul di Tol Alor Setar (S) dalam jam 8:15 pagi.. yang sampai awal, aku, kholid, bashir, nasir, brie, dan bangmie.. kami la yang 'buka kedai' kat situ.. makan apa yang patut (perut lapar kot)... kemudian sementara tunggu kawan-kawan yang lain sampai, aku pergi solat dahulu di surau berdekatan.. balik kembali ke kedai makan, lie, lah, lan, dan ustaz pun dah sampai.. dalam 8:45 pagi kami bertolak..

Tol Alor Setar (S)

kami semua refuel di Petron R&R Gurun.. kat sini aku refuel RON100 (kebetulan minyak murah kan sekarang nie).. kemudian sembang-sembang lagi sekejap, terus bertolak ke Shell Sama Gagah, Seberang Jaya.. Kat Shell, jumpa bangmat dan awang.. so kat sini dah 12 orang la kami.. ada yang berhenti beli air dan makanan (eh, korang lapar lagi ke??).. tak lama lepas tue kami ke R&R Juru (S) sebab ada sorang lagi tunggu di sana, abang anas.. lepas 'kutip' semua, kami pun bertolak menuju ke Melaka.. kami berhenti refuel sekejap di Petron R&R Gunung Semanggol (S).. berhenti kat sini pun agak lama, sampai perut pun jadi lapaq.. dan diorang taknak ke Nasi Bamboo Sg Klah pun, sebab dah terbiasa.. bukan ada apa pun.. so, kami decide turun Ipoh.. tapi suruh aku yang bawa diorang.. alamak, masalahnya aku pun bukan tau sangat kedai makan yang sedap-sedap di Ipoh.. 

Shell Sama Gagah (S)

akhir sekali, aku bawa diorang ke Nasi Ayam Fuziah, cawangan Meru Raya.. senang, tak payah masuk pekan Ipoh.. kami sampai situ dalam 12:15 tengah hari, dan makan kenyang-kenyang.. dalam 1:00 petang, kami pun mula gerak.. masa nie perasan plet belakang motor nasir dah lucut (jatuh).. nak cari kedai buat plet area tue pun tak jumpa, jadi decide terus sahaja ke Melaka.. sebelum naik highway, kami semua refuel di Petronas Meru Raya.. kemudian, meluncur terus ke Selatan..

Nasi Ayam Fuziah, Meru Raya

macam-macam aksi dan gaya ada sepanjang perjalanan.. alhamdulilllah, cuaca panas sepanjang hari tersebut.. kalau tahun lepas (2019) bermula di simpang pulai dah mula hujan.. kami meneruskan perjalanan ke Hentian Sebelah Behrang.. refuel sekali lagi di sini, ada RON100.. balun lagi.. ha ha ha.. berehat lama juga kat sini, beli air untuk hilangkan dahaga dan tambah gula (untuk tenaga).. dah puas berehat, dalam jam 3:30 petang kami gerak dari sini..

@Hentian Sebelah Behrang

banyak aksi pecut memecut, potong memotong, kejar megejar.. siap jalan saimh dengan Yamaha SRE pun ada.. laju beb motor tue.. sampikan akhirnya, geng pun terputus.. so, kami kumpul semula di Hentian Sebelah Sungai Buloh (S).. sementara tunggu kawan-kawan, ada yang ambil gambar dan sebagainya.. macam kat bawah nie.. ha ha ha..

Hentian Sebelah Sungai Buloh (S)

dah kumpul semua, kami pun bertolak.. ambil laluan NKVE dan seterusnya masuk ELITE.. jadi kami tak perlu turun (keluar) dari highway PLUS.. disebabkan di Lembah Klang masih dilaksanakan PKPB maka ada road block di setiap tol keluar dari highway.. kami semua takde dapatkan surat kebenaran pun sebab kami bukannya nak turun ke Lembah Klang pun.. nak lalu jer untuk sampai ke Melaka.. nie pun kawan yang buat perjalanan dari Johor ke Perak beberapa hari sebelum tue yang maklumkan tiada sekatan jalan raya di atas highway.. kami berhenti refuel di Petron R&R Dengkil.. ada lagi RON100, maka balun aje la.. rasa lain kuasa pecutannya.. entah, psikologi kot sebenarnya tue.. OK, layan video nie dulu.. sorry kualiti kureng.. mula² buat pakai FilmoraGo, tak boleh upload sebab fail besar sangat.. 2nd edit dengan VivaVideo.. jenuh pecah la pixel video nie.. ha ha ha..

kualiti kureng

R&R Dengkil (S).. lie buat teruk pulak..

tengok jam, dah 5:00 petang.. masih belum solat lagi kami semua.. rasanya tak sempat kalau nak solat di homestay.. maka, kami decide untuk berhenti solat di Petronas R&R Seremban (S).. kami pun solat di R&R Seremban, terputus dengan beberapa rakan.. kholid, bangmie dan abang anas terus sampai ke Seremban.. diorang kemudian cari kedai pomen sebab rantai motor bangmie ada masalah sikit..

R&R Seremban

lepas selesai semua, kami pun bertolak.. kami berhenti di R&R Jejantas Ayer Keroh.. ada yang refuel kat sini.. aku tak refuel pun sebab dah nak sampai Melaka pun.. kami sampai di Tol Ayer Keroh dalam jam 7:00 malam.. contact kawan-kawan yang terputus tadi, bagitau kami tunggu di homestay sahajalah.. Kami sampai di homestay dalam 7:30 malam (lebih kurang tahun lepas la juga).. aku duduk sebilik dengan ustaz (tahun lepas aku duduk seorang).. he he he.. dah sampai, kami pun mandi dan solat.. selesaikan ape yang patut..

tak lama lepas tue, kawan-kawan yang lain pun sampai.. bincang la nak makan di mana malam tue.. google sahaja, maka decide nak ke Asam Pedas Power.. lain sikit berbanding Asam Pedas Claypot Kota Laksamana (yang paling biasa aku pergi).. kami pun makan sambil berborak malam tue.. entah berapa kali minta tambah otak-otak.. letak jer, habis.. jenuh lapaq sebenarnya diorang nie.. ha ha ha..

Asam Pedas Power

Dinner @Asam Pedas Power Perigi Hang Li Poh

Dinner @Asam Pedas Power Perigi Hang Li Poh

Dinner @Asam Pedas Power Perigi Hang Li Poh

dalam 10:30 malam, kami pun pulang.. aku sambung pula keluar jumpa kawan-kawan satu batch EPIK.. kami jumpa berdekatan Hotel Cowboy, kat kedai Asam Pedas Ayie Real.. thanks Ajip, Khairi dan Acap yang layan sembang.. sampai hampir 1 pagi kami borak-borak, lama tak jumpa la katakan..

Supper @Asam Pedas Ayie Real

balik rumah, sambung sembang lagi.. mendengar pulak kisah dan celoteh abang anas.. aku dapat lelapkan mata jam 3:00 pagi.. adoii.. jam 6:00 pagi dah bangun solat subuh.. rabak mata oi... OKlah, nanti kita sambung part 2 untuk hari berikutnya.. tue pun kalau aku ada kerajinan nak menulis.. aku upload gambar dahulu ek, yang mana aku rajin buat collage.. video, kalau aku rajin nanti aku update.. ha ha ha.. tue jerk la.. assalamualaikum..