...

...

Saturday, December 21, 2019

3rd Day Ride 2019 (Cameron Highlands)

jom ride

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera.. Salam Permotoran Serata-rata.. Hehehe.. Apa khabar korang?? Harap sihat hendaknya.. Kalau tak sihat, makan ubat dan berehat secukupnya..

Kali nie aku nak cerita pasal ride tak tentu hala.. Kenapa aku cakap macam tue?? Sebab ride nie walaupun dah lama dirancang, tapi macam² dugaan datang sebelum dapat direalisasikan.. Mulanya memang tunggu kawan kami yang sorang tue, Din balik bertugas di Kedah.. Din seorang PTD yang baru dilantik bulan November lepas..

Asalnya ride yang dirancang adalah 5 peserta.. Max Rody dan Idris adalah penganjur bersama.. Manakala peserta pula adalah aku, Jat dan Din.. Tunggu punya tunggu, akhirnya Din balik mai bertugas kat Kedah.. Jadi kami atur ride ke Cameron Highlands pada 19 Disember 2019.. Aku dah siap² ambil cuti pada 19&26 Disember sebab habiskan cuti gantian yang ada.. Akhirnya dapat tahu result PT3 akan umum pada 19 Disember.. Jat tak mampu pula pul ikut, kami tunda perjalanan ke petang.. Jat OK dah.. Lepas tu kata tak boleh pula kalau bermalam.. Adjust pi adjust mai, kami tukar ke 18 Disember pula.. Ride balik hari..

Destinasi?? Tak tentu hala lagi.. Sekejap nak pergi pusing Penang, sekejap nak pergi Teluk Batik, sekejap nak pergi Taiping, dan banyak lagi tempat dirancang.. Last sekali, siap² aje la barang untuk ride.. 17 Disember malam tue masih tak tahu nak ke mana.. Barang tak pack pun.. Penganjur kata baju hujan diHARAMkan bawa.. So tak bawa la.. Dah la malam tue hujan di Jitra nie, sampai ke pagi 18 Disember tue..

Janji nak jumpa di Tol Alor Setar Utara jam 8:30 pagi.. Disebabkan masih hujan, aku pun keluar beli sarapan untuk family.. Sambil aku pun makan la.. 8:30 pagi keluar rumah, jumpa di Tol Alor Setar Utara tue la.. Elok dalam perjalanan, selisih dengan Idris.. Kami berdua tunggu kat Tol Alor Setar Utara sampai Max Rody sampai.. 

menunggu di Tol Alor Setar Utara

Ambil gambar dahulu

Jat tak sampai² pun.. Oh ya, Din kena "gari" dengan isteri.. So lesen tak lepas la.. Takpelah pun.. Sekali Jat call bagitau dah terlepas ke Tol Alor Setar Selatan.. Kami bertiga gerak ke sana la pula.. Sampai sana, diorang sarapan dahulu.. Aku dah kenyang.. Masa nie, tak tahu lagi nak ke mana.. So decide nak mandi sungai di Taiping.. Jalan pun tak tahu.. Aku decide, kalau kami sampai Taiping dalam 11:30 pagi, kami terus ikut plan Cameron Highlands balik hari.. Dalam 9:20 pagi kami bertolak dari Tol Alor Setar Selatan..

Jom gerak, jam 9:20 pagi


di Tol Alor Setar Selatan

Dalam 9:45 pagi kami sampai R&R Gurun (Selatan).. Isi minyak dah buat ape yang patut dahulu la.. Sambil² tue ambil gambar.. Aku refuel RM7.28 (3.5 liter) RON95 kat Petron..

R&R Gurun (Selatan)

R&R Gurun (Selatan) lagi

Kami teruskan perjalanan dan berhenti sekejap di Petron Hentian Sebelah Sungai Bakap, sebab ada yang nak refuel.. Dalam 15 minit jer berhenti.. Kemudian teruskan perjalanan dan berhenti lagi refuel di Hentian Sebelah Bukit Gantang.. Aku refuel RM7.19 (3.46 liter) RON95 kat sini.. Lepas tue Jat perasan motor Max Rody punya penutup ekzos longgar.. So, tinggal 1 skru jer.. Buka dulu kat situ la, lebih baik dari hilang terpelanting di highway..

Pomen sat

Kami teruskan perjalanan di tengah hari membahang tue.. Elok sampai di Simpang Pulai jam 1:30 petang.. Alhamdulillah, hampir separuh  perjalanan dah selesai..

Tol Simpang Pulai

Lunch

Kami makan tengah hari di Restoran Warisan Bonda, depan Balai Bomba Simpang Pulai.. Makan 4 orang RM32.80 rasanya.. Layankan aje la.. Cuaca mula mendung dan hujan rintik².. Aku ajak diorang cepat ke Petronas, boleh solat siap².. Aku chow dulu, tak jauh dari kedai tue, hujan lebat turun.. Basah juga la aku.. Sampai Petronas, terus parking dan berteduh.. Aduh, basah.. Tengok handset, kawan² tak jadi gerak dari kedai.. So, aku selesaikan solat dahulu.. Tak lama lepas tue, hujan reda.. Kawan² pun sampai.. Basah sikit jer, berbanding aku.. Diorang pun solat.. Lepas solat, kami refuel.. Aku isi RM4.47 (2.15 liter) RON95 kat sini..

So, dah alang² basah kami pun mula daki Cameron Highlands.. Sebab plan sebelum 6:00 petang nak turun semula.. Cuaca ada tempat hujan, ada yang dah lepas hujan.. Jalan raya agak basah.. Takde antara kami yang melayan selekoh pun, tegak aje.. Hahaha.. Aku pun tak teringin nak layan la kalau sorang².. Lagipun aku sorang takde sweater, sejuk yakmat kot.. Tapi aku yang sampai dahulu kat tempat orang selalu berhenti ambil gambar berdekatan Banjaran Cafe..

sampai separuh jalan dah

yeah, coverset lain

indah ciptaan Allah

semua sampai dah

ambil gambar lagi

Kami teruskan perjalanan.. Sejuk ooo.. Baju hampir kering, cuma jeans la masih lembab.. Sejuk pun, pulas tetap pulas.. Hehehe..

layan sikit

Akhirnya sampai di sempadan Perak-Pahang.. Kami berhenti ambil gambar dahulu.. Kat sini cuaca dah elok, tak hujan pun.. Tapi sejuk laaa..

sampai Cameron lagi

kenangan

Kami teruskan lagi sikit, dah alang² sampai.. Sebab nak terkencing, kami berhenti di Green View Garden.. Sambil cuci mata dan beli sikit² bagi yang berhajat.. Max Rody yang banyak beli pun, sayur dan ubi rasanya.. Hahaha.. Aku, tak beli ape pun..

Green View Garden

Tandas kat situ, bagi aku agak berbau.. Tak jaga elok pun, walaupun orang tak ramai.. Sejuk ooo, nak kencing pun jenuh cari.. Hahaha.. Aku beli set kek tiramisu dan strawberry milkshake RM23.90 dan makan share dengan kawan².. Lagipun masih kenyang lunch tadi..

layankan aje

Kami teruskan perjalanan menjelajah Cameron Highlands.. Akhirnya kami turun dalam jam 5:30 petang macam tue la.. Tak berapa pegang telefon untuk ambil gambar sebab telefon letak dalam beg (risau hujan).. Tue yang tak berapa ingat masa.. Kami berhenti minum dan makan di gerai tepi Petronas Simpang Pulai.. Layan sambil masih rasa sejuk (sebab seluar basah), kami order maggi goreng dan kuewteow goreng.. Alhamdulillah, kenyang..

kuewteow goreng dan barli suam

Mulanya nak solat kat Petronas jer.. Tapi orang makin lama makin ramai.. Kami nak tukar pakaian lagi untuk solat.. Jadi decide gerak dahulu dan berhenti solat di Hentian Sebelah Bukit Gantang.. Elok jer masuk highway, kawan² ada jer belakang aku.. Aku pun tak laju, dalam 90km/j jer.. Sekali kat terowong Menora, tak nampak diorang dah.. Jadi sebelum sampai R&R Sungai Perak, aku berhenti tepi jalan.. 5 minit juga tunggu, baru diorang sampai..

tunggu kawan²

Kami teruskan aje perjalanan.. Masa nie aku duduk belakang sekali.. Follow Jat, punya slow.. 80km/j jer, nak potong pun takut².. Aku yang naik seriau.. Last sekali aku pun tak tahan daulat.. Pecut sekejap sebab takut mengantuk.. Aku dan Max Rody tunggu diorang sampai Hentian Sebelah Bukit Gantang.. Lepas parking motor, kami ke tandas selesaikan ape yang patut.. Aku "mandi" dan bersihkan diri.. Tukar pakaian (kami bawa pakaian extra sebab mulanya rancang nak mandi sungai).. Kemudian solat berjemaah..

Selesai solat, rehat sekejap di wakaf.. Baring² seketika.. Kemudian teruskan perjalanan ke Pak Mat Western.. Isi minyak dahulu kat Caltex Hentian Sebelah Bukit Gantang.. Aku refuel RM8.31 (3.99 liter) RON95.. Lepas tu motor takleh start.. Error-1 naik.. Dulu selalu juga jadi, tapi bila on off (ada skill dia), biasanya boleh.. Tapi kali nie tak boleh.. Sudah.. Takkan nak tunda, jauh lagi kot.. Aku buka coverset, dan cabut sambungan ECU.. Then sambung balik.. Alhamdulillah, boleh start.. Terus pasang coverset (depan aje pun), dan bergerak la..

Lama aku "mengasuh" Jat masa nak hala ke Pak Mat Western nie.. Max Rody dan Idris dah pecut ke depan.. Lama² aku pun naik mengantuk.. Tak boleh tahan.. Kat Bandar Baharu aku pecut tinggal Jat.. Aku jumpa Max Rody dan Idris dekat area Bandar Cassia rasanya.. Aku terus pecut jer, dan sempat saing dengan RS sebiji.. Aku tunggu diorang kat Shell  Juru.. Max Rody dan Idris sampai tak lama lepas tue.. Jat pun muncul lepas tue.. Dah regroup, kami gerak ke Pak Mat Western..

Sampai kat Pak Mat Western dalam 11:00 malam.. Orang pun tak ramai dah.. Makanan sekejap aje sampai.. Kami semua order Mix Grill.. Hehehe.. Harga makanan dalam RM91.60 rasanya.. Masa nie collect duit la, tambah tolak bagi adil kat semua untuk kos makan sepanjang ride nie.. Anggaran seorang dalam RM37.00 sahaja.. Tak mahal mana pun, kan..

Mix Grill, Pak Mat Western

Dalam jam 12:00 tengah malam kami pun gerak pulang.. Ada yang laju, ada yang perlahan.. Sampai di Sungai Petani, aku dah mengantuk giler.. Nyanyi pun tak jalan dah.. Nasib Max Rody ada belakang.. Buka visor, sembang sat 2-3 baris, terus lega.. Kami teruskan sampai R&R Gurun (Utara).. Aku refuel di Caltex R&R Gurun.. RM8.55 (4.11 liter) RON95 kat sini tau.. Kemudian kami rehat sekejap dan ke tandas.. Buang apa yang patut..

Max Rody keluar di Tol Alor Setar Utara, Jat keluar di exit Kepala Batas, aku dan Idris keluar di Bandar Darul Aman.. Alhamdulillah, jam 2:25 pagi aku sampai di rumah.. Perjalanan hari ini selesai.. Boleh jer ride ke Cameron Highlands balik hari.. Itu pun lewat dah bertolak dari Alor Setar pagi tue.. Penat memang penat.. Sampai rumah, aku mandi dan terus tidur.. Khamis, 19 Disember aku cuti.. So takde la rushing nak ke pejabat.. Kawan² aku semua bekerja Khamis tue.. Padu la korang..

So, itu aje la.. Jumpa lagi nanti.. In Shaa Allah ada ride lagi 25 Disember nie.. Tapi destinasi belum pasti lagi.. Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment