assalamualaikum... apa khabar korang semua?? harap dalam keadaan sihat sejahtera.. buat ape bermusuh kalau boleh berkawan.. tapi jangan la jenis tisu sangat.. dengan kawan², tolak ansur kena banyak.. nie kira mukaddimah la..
dyno...... ape fungsi dyno?? korang pernah dengar ke dyno?? tuning?? pernah dengar tak?? kalau tak, google la.. kan maklumat kini di hujung jari sahaha.. untuk kali ini, ini versi aku la mengenai dyno nie.. sama ja dyno dan tuning nie, iaitu kita set semula (remap) ECU kita supaya dalam keadaan optimum.. ECU tau tak?? Engine Control Unit.. ada yang panggil Electronic Control Unit.. fungsinya bagi mengawal aktiviti enjin..
jadi apa kaitan DYNO nie?? di atas dyno machine la kita boleh tahu tetapan dan prestasi jentera.. apa yang akan di set oleh tuner, adalah menetapkan setiap setting.. yang paling penting adalah kadar bahan bakar (supaya tak terlebih atau terkurang) bagi menjimatkan kos.. tak semestinya upgrade bore besar, minyak akan jadi parak.. cuma biasanya ia berkadaran la, kadar bahan bakar dengan sesaran enjin..
semasa motor di atas dyno machine, jentera akan diperah dari low rev ke high rev di setiap gear bagi memastikan jentera lancar.. disamping itu, air-fuel ratio (AFR) pun kita boleh tahu.. kita juga boleh tahu berapa kelajuan maksimum yang boleh dicapai, berapa daya kilas (tork) dan kuasa maksimum (hp)..
kadar bagi dyno ini berbeza ikut tempat, tuner, machine yang digunakan.. sesaran enjin juga kadangkala mempengaruhi..
selamat ke dyno nie?? TIADA JAMINAN.. ada jer berlaku enjin pecah semasa proses dyno akibat ketidaksempurnaan setting enjin.. ada kala minyak set tak cukup, menjadikan enjin liar, knocking dan pecah..
ape pun, selamat berdyno bagi yang nak mencari setting yang baik untuk jentera korang.. bagi aku, aku baru jer dyno Y15ZR aku Khamis lepas.. antara sebabnya adalah sebab tukar ekzos.. so try tengok la berapa power aritu.. boleh la, untuk stock modified geli² macam aku nie.. bukan buat banyak pun..
mencari setting terbaik
itu aje la.. jumpa lagi.. assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment