Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Fenomena Y15ZR ataupun Ysuku memang semakin menjadi-jadi.. Sejak pengeluaran pertama di Malaysia pada 2015, telah 4 tahun motosikal tersebut berada dalam pasaran Malaysia..
Pelbagai jenis modifikasi yang wujud di pasaran.. Ada yang upgrade sistem enjin, tak kira la dengan tukar ECU, camshaft, block kit, gearbox dan pelbagai jenis lagi.. Ada yang tukar kosmetik luaran.. Pelbagai jenis bagai cendawan tumbuh selepas hujan..
Baru-baru ini pengeluar rim terkenal, Excel Asia pun turut membuat penawaran pre-order Forged Rim berharga RM2250 (murah RM200 berbanding ramalan harga runcit disyorkan).. 3 pilihan warna, Orange Spit Fire, Blue Electro dan Red Heat..
Umum tahu, yang terkenal sebagai "rim bangsawan" nie adalah RCB FG510 yang ada kalanya harga sampai RM6,000 (termasuk artis yang buat marketing YouTube channel diorang melalui pasaran modifikasi motosikal Ysuku).. Rim FG510 nie dulu masa tahun 2014 tak silap aku dalam RM2,500 jer sepasang dibuat khas untuk Yamaha LC135 5 Speed.. Hehehe..
FG505
FG510
Dan sekarang, lambakan produk lebih kurang sama.. Korang boleh search/google jenama-jenama yang ada tue, dari serendah-rendah RM500 sehingga semahal-mahal "harga yahudi".. Cuma untuk aku, aku kurang berkenan kenapa design rim tersebut buat seakan-akan FG510 tue.. pelbagaikan la design, baru best..
cutting yang sama.. cun..
warna titanium.. cun woo..
Itu aje la.. Takde ape pun.. Ada rezeki, aku pun nak sarung rim Excel tue.. Sebab nak cari FG510 memang harga dah tak masuk akal.. Terjun lubang, bengkok juga rim tue.. Ayaq mataa.. Huhuhu.. Jumpa lagi, Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment