jom balik Ipoh
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.. blogger picisan macam aku nie, jarang nak online update pun disebabkan kesibukan tugasan harian.. namun, aku memang rindu nak menulis.. dah memang sebab aku nie jenis suka membebel kot.. membebel bertempat la.. ha ha ha..
OK, kali nie nak cerita pasal SOLO RIDE aku balik Ipoh.. kira ride juga la nie sebab melibatkan bermalam kan.. niat asal, cuma nak pergi tengok bolasepak jer.. Perak lawan Selangor, Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 2019.. sebelum tue pernah juga pergi game Perak vs Pulau Pinang (perlawanan kumpulan).. yelah, nanti kalau pergi FINAL semata-mata, cakap kita nie Bangsa Final pulak.. yang kenal aku, tahu la sejarah dan fanatik aku terhadap bolasepak Perak.. sebab tue sampai hari nie walaupun dah duduk perlis-kedah sejak 2003, tak pernah tukar pun sokongan kepada Perlis atau Kedah, meskipun masa 2005-2006 Perlis sangat kuat (perak pun kalah game piala malaysia kat kangar - aku pergi tengok kot).. dan lepas tue, giliran Kedah pula sangat kuat, siap sapu bersih semua piala di Malaysia tahun 2007 dan 2008 macam tue la rasanya.. he he he..
so, perjalanan aku bermula pada 20 September 2019.. sebab wife dan anak-anak taknak duduk rumah masa tue, kami pun balik kampung wife aku.. diorang naik kereta, aku naik motor (sebab aku nak terus gerak ke Ipoh esoknya).. isi minyak bagi penuh di Petronas Pendang, tak silap aku dalam RM10.00 juga la.. malam tue tidur di rumah mentua aku la.. gerak dari rumah dalam 6:00 petang, sampai di rumah mentua dalam 7:00 petang juga la.. kemudian, aku bertolak ke Ipoh pada 21 September 2019.. gerak dalam jam 9:00 pagi, kalau lambat nanti cuaca makin panas.. tambahan keadaan berjerebu masa tue..
jom gerak
aku berhenti beli air, roti dan isi minyak di Petronas Hentian Sebelah Sungai Bakap.. refuel dalam RM11.00 juga la.. lepas selesa sikit dah minum air dan makan roti, teruskan perjalanan.. bila solo ride nie, memang akan pulas (full throttle) aje la.. dah takde kawan nak teman.. ha ha ha..
Petronas Hentian Sebelah Sungai Bakap
aku sampai rumah dalam jam 11:30 pagi.. tak ada siapa di rumah.. mujurlah aku ada kunci rumah yang mak bagi hari tue.. he he he.. mak balik kampung sebab nak uruskan urusan yang patut sebab kemudiannya dia nak pergi melancong ke China.. aku pun OK aje la..
konker parking di rumah
bila takde selera nie, aku pun menapak ke Speedmart 99 depan rumah.. macam-macam aku beli.. panadol la, maggi la, hot chocolate 3 in 1 la, biksut la.. konon malas nak keluar cari makan.. untuk lunch tue, aku layan maggi me goreng pedas giler.. sebelum-sebelum nie, memang tak pernah aku makan semangkuk seorang diri.. biasanya aku akan makan lebihan atau kongsi maggi haikal.. haikal cukup suka makan yang pedas nie, baik ramen baik maggi.. hadoiii.. aku siap buat telur goreng untuk makan dengan maggi nie.. menitik air mata juga la, pedas yakmatt ooo.. nak hilangkan rasa pedas tue pun ambil masa.. he he..
balun.. sedap oo.. tapi pedas giler la..
malam tue aku tak sihat.. sakit kepala (mungkin sebab makan maggi tue kot, atau tak jaga makan).. aku makan panadol, kemudian tertidur.. sampai lewat malam juga la.. malam tue baru bangun solat (kan boleh jamak, so tak berkejar-kejar sangat la).. kemudian lapar, aku pun keluar beli nasi.. makan kat rumah aje.. tue pun tak habis, sebab tak selera..
esoknya, hari Ahad.. pagi tue aku keluar beli sarapan.. alhamdulillah dah semakin OK.. kemudian aku selesaikan kerja-kerja yang aku nak buat.. petang sikit, aku pun basuh baju kat rumah.. kemudian aku pergi kedai dobi untuk keringkan baju.. sambil-sambil tue layan Nescafe Latte kegemaran..
Nescafe dan aku, tidak boleh terpisah..
balik rumah, kemas beg.. senang nanti terus gerak aje.. kemudian mood lonely pun menerjah.. tengok satu sudut rumah, rasa sedih pulak.. berlinang juga air mata nie.. rindu kot.. walaupun takde la meriah dan kecoh mana pun bila semua balik, tapi kami semua OK aje pun.. entah la.. gambar-gambar lama tue..
ada gambar arwah abah dapat APC sebelah tue..
dan kemudian aku terlihat koleksi majalah Roda-Roda aku dari tahun 1998 (tahun aku mula guna motosikal lepas dapat lesen P).. mungkin mak nak buang kot semua nie, menyemak.. aku kemas dan susun ikut keluaran.. ada juga yang miss sebab student kan masa tue.. duit kering, tak beli la.. he he he.. ada lagi yang latest punya majalah, yang nie dah bawa ke Kedah la.. yang lama-lama jer kat Ipoh.. harap nanti dapat bawa balik Kedah la, kalau tak kena buang.. he he he..
Koleksi Roda-Roda aku
lepas maghrib terus ke stadium perak.. sempat isi minyak di Petronas Manjoi, kali nie refuel RM9.00 sahaja.. aku sampai di stadium perak dalam 7:45 malam.. terus pergi beli makanan (kacang dan air).. then masuk aje la stadium.. kawasan aku selalu duduk dah agak ramai.. jadi aku terus duduk dekat dengan pintu aku masuk (gate A).. belakang gol, dekat dengan The Supporters (ultras Perak)..
KEJOR YOB KEJOR!!
yang sempat aku ambil gambar
dalam 9:00 malam perlawanan bermula.. dalam 15 minit, Perak pun GOL.. gempita stadium menyambut gol Brendan Gan.. sebab cuaca jerebu, ada water break tak silap lepas 30 minit perlawanan.. camtu la separuh masa pertama dan kedua..
0-0 dan kemudian 1-0 sampai tamat
pasukan Perak menang 1-0 (untuk akhirnya kalah 3-1 di Shah Alam minggu berikutnya).. aku pun terus pulang ke Kedah lepas perlawanan sebab esoknya (Isnin) adalah hari bekerja.. oh ya, Ahad tue aku ambil cuti la semata-mata nak tengok perlawanan bolasepak nie.. menang, berbaloi.. ha ha ha.. perjalanan pulang aku, terus full throttle sebab malam, gelap, seorang diri.. berhenti isi minyak di Petronas R&R Juru dan kemudian terus balik rumah.. 2 jam 45 minit tak silap aku, termasuk berhenti isi minyak, minum dan makan roti dalam 15 minit.. OK lah tue kan, sesuai dengan keadan motor aku yang standard tue..
itu sahaja perjalanan ride balik Ipoh, sambil tengok rumah, dapat tengok perlawanan bola sepak.. ha ha ha.. nanti aku cerita ride yang lain, especially ride ke Melaka.. jumpa lagi.. assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment