...

...

Sunday, October 27, 2019

koleksi helmet

Assalamualaikum.. Bila dah kembali menunggang motosikal, nak kata rider pun macam takde la hebat sangat, nak kata biker pun terasa tak layak pun, jadi anggap aje la mat motor.. Bila dah guna motosikal sebagai pengangkutan harian, yang kadangkala untuk pergi ride ke mana-mana, terdapat keperluan untuk helmet yang selesa.. Nak jalan jauh kot, kena selesa la kepala kita, selain perlu berkualiti dan selamat melalui pengujian badan bertauliah seperti SIRIM dan lain-lain..

Helmet kegunaan harian, biasa-biasa jer la.. Dulu ada la pakai LTD, LTD Sports, MS88, X-Dot dan lain-lain.. Tapi bagi kegunaan ride yang sesuai dengan motor kapcai, aku pernah la pakai ARC, KYT, GiVi, Index dan MHR..

Ini antara helmet yang pernah aku pakai.. Ada yang dah jual pun..


KYT Hellcat Plain White

KYT Venom Kasma Daniel


KYT Venom Azlan Shah


KYT Venom Malaysia-Singapore

KYT Venom Merdeka 61

GiVi M30.3 Yuzy Edition

Koleksi Pada Suatu Ketika

KYT NFJ Merdeka 62

MHR Petronas


Dan ini pula antara helmet yang teringin nak beli.. Kalau ada rezeki, akan cari juga la..

NHK OneXOX TKKR


KYT Marvel (Spiderman, Venom, Black Panther)

KYT NFJ ZR15 Zizan Razak

KYT NFJ Fabio Quartararo

KYT NFJ Petronas SRT

Buat masa nie, helmet KYT Hellcat Plain White, GiVi Yuzy Edition dan MHR Petronas dah dilepaskan kepada orang pun.. Sayang memang la sayang terutama yang GiVi Yuzy Edition sebab keluarannya hanya 1,000 unit.. Yang aku punya tue, nombor siri 487/1000.. Yang KYT NFJ ZR15 Zizan Razak tue dah tempah pun.. in shaa Allah bulan Disember nanti dapat.. Target lepas ini yang Petronas SRT sebab dengar kata masa MotoGP Grand Prix Malaysia akan dijual di Litar F1 Sepang pada harga istimewa, RM380 sahaja.. Kebetulan, in shaa Allah aku ada kat KL minggu tue (Final Piala Malaysia, Kedah vs JDT pada 2 November) kerana hadir mesyuarat di Putrajaya.. Sama-sama kita tunggu jer la.. Hehehe..

Jumpa lagi ye kawan-kawan.. Assalamualaikum..

Rim Bangsawan??

berminat??


Orange Spit Fire

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Fenomena Y15ZR ataupun Ysuku memang semakin menjadi-jadi.. Sejak pengeluaran pertama di Malaysia pada 2015, telah 4 tahun motosikal tersebut berada dalam pasaran Malaysia..

Pelbagai jenis modifikasi yang wujud di pasaran.. Ada yang upgrade sistem enjin, tak kira la dengan tukar ECU, camshaft, block kit, gearbox dan pelbagai jenis lagi.. Ada yang tukar kosmetik luaran.. Pelbagai jenis bagai cendawan tumbuh selepas hujan..

Baru-baru ini pengeluar rim terkenal, Excel Asia pun turut membuat penawaran pre-order Forged Rim berharga RM2250 (murah RM200 berbanding ramalan harga runcit disyorkan).. 3 pilihan warna, Orange Spit Fire, Blue Electro dan Red Heat..

Umum tahu, yang terkenal sebagai "rim bangsawan" nie adalah RCB FG510 yang ada kalanya harga sampai RM6,000 (termasuk artis yang buat marketing YouTube channel diorang melalui pasaran modifikasi motosikal Ysuku).. Rim FG510 nie dulu masa tahun 2014 tak silap aku dalam RM2,500 jer sepasang dibuat khas untuk Yamaha LC135 5 Speed.. Hehehe..

FG505

FG510

Dan sekarang, lambakan produk lebih kurang sama..  Korang boleh search/google jenama-jenama yang ada tue, dari serendah-rendah RM500 sehingga semahal-mahal "harga yahudi".. Cuma untuk aku, aku kurang berkenan kenapa design rim tersebut buat seakan-akan FG510 tue.. pelbagaikan la design, baru best..

cutting yang sama.. cun..

warna titanium.. cun woo..

Itu aje la.. Takde ape pun.. Ada rezeki, aku pun nak sarung rim Excel tue.. Sebab nak cari FG510 memang harga dah tak masuk akal.. Terjun lubang, bengkok juga rim tue.. Ayaq mataa.. Huhuhu.. Jumpa lagi, Assalamualaikum..

4th Ride Trip 2019.. Melaka..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Apa khabar?? Harap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera.. Kali nie nak cerita pasal Ride to Melaka.. Ride yang setakat ini paling jauh dalam tahun 2019.. Ride nie sebenarnya dah lama dirancang, tak silap tahun 2017, lepas balik ride ke Kota Bharu.. Tapi masa tue cadangan dan tentatif dah keluar pun, tapi tak terlaksana sebab ada pelbagai halangan.. Takpelah, lepas 2 tahun pun akhirnya terlaksana.. Siap lajak ke Johor lagi.. Tapi setakat Ayer Hitam aje la.. Hajat nak lajak ke CIQ Sultan Iskandar tak mendapat sambutan, makna kata tiada yang berani bila aku ajak..

pakai helmet nie jer ke Melaka

Untuk ride kali nie, ikutkan aku tak boleh nak pergi sebab tuntutan kerja.. Mulanya sebab ada event pada 20 Oktober 2019.. Ride nie pula dirancang antara 17-19 Oktober 2019.. Tapi lepas dah clear tugasan untuk event tue, jadi aku pun OK untuk join ride nie.. Sebelum tue pada awal bulan Oktober, macam-macam ujian melanda.. Bermula handset aku nie rosak, terpaksa keluar dalam RM200 (duit untuk ride).. Repair jer la, sebab nak beli handset baru pun tak mampu lagi.. Pakai selagi boleh.. Bukan orang kaya pun..

Untuk ride kali nie, awal bulan Oktober aku dah pergi tukar minyak enjin pun.. Macam biasa, pakai Petronas Sprinta F700.. Ride kali nie akhirnya cuma 11 orang.. Rakan-rakan HSB langsung tak join, ada kekangan dan urusan masing-masing.. Aku pun kurang maklum..

Dah, panjang betul introduction.. Jadi pada 17 Oktober 2019, kami pun ride ke Melaka.. Awal pagi, hantar anak-anak ke sekolah dahulu..


Hantar Hakimi ke sekolah

Dalam 7:40 pagi aku aku bergerak ke tempat kumpul di Tol Alor Setar (Utara).. Mungkin kat sini paling ramai, sebab kumpul ahli dari Jitra - Alor Setar - Kuala Nerang..


sekitar Kedah

Aku sampai di Tol Alor Setar (Utara) tepat jam 8:00 pagi.. Seorang pun tak kelihatan.. So, check WhatsApp, ada yang ajak minum dahulu la, ada yang bagitau tengah tunggu ahli lagi..

kawan-kawan

Aku putuskan untuk gerak dahulu dan tunggu di Petron R&R Gurun.. Aku sampai di R&R Gurun dalam 8:40 pagi.. Aku solat siap-siap supaya nanti kawan-kawan tak perlu tunggu aku.. Sebab tue juga aku decide gerak dahulu, bukan sebab kawan-kawan lambat atau tak tepati masa.. Jangan salah faham..


tunggu kawan-kawan

Lepas solat, aku isi minyak di Petron R&R Gurun.. Isi RM4.99 (2.400 liter) jer sebab dari Jitra tadi minyak dah agak penuh, rasanya la.. Tak lama lepas tue, Jan pun sampai.. Kemudian kami lepak minum Nescafe tepi jalan.. Kawan-kawan lain pun sampai.. Kelihatan 8 orang lagi yang muncul.. Surprisingly, Azam pun muncul dalam masa yang sama.. So, kami ada 11 orang dah sekarang.. Aku, Jan Y15, Bashir Y15, Nasir LC, Yusof LC, Paruto LC, Azam LC, Nazri Y15, Yusof RS, Kholid RS, Puying 125ZR.. Kami teruskan perjalanan dan berhenti di Shell Sungai Dua, Lan Y15 dah tunggu kat sana..


12 orang di Sungai Dua

Kat sini, kami serahkan duit untuk ride.. Kali nie Nasir pegang duit.. Kutipan kami adalah RM200/orang.. Kebiasannya memang kutip lebih sikit.. Senang nanti tak perlu kutip 2-3 kali.. Hehehe.. Lama juga lepak kat sini.. Sebab plan nak makan tengah hari kat Nasi Bamboo Sg Klah, jadi mana yang belum makan alas perut dahulu la dengan roti dan dan lain-lain.. Aku kekenyangan sebab dah makan nasi kat rumah..

Kami teruskan perjalanan, aku dan Azam sampai dahulu di R&R Gunung Semanggol.. Dia tegur air ape leaking kat motor aku.. Rupanya satu tin Nescafe yang aku beli kat R&R Gurun tadi bocor.. Hahaha.. Meleleh nescafe.. Aku berhenti basuh motor kat Petronas.. Kemudian buang aje Nescafe tue.. Kawan-kawan pun dah siap isi minyak.. Kami teruskan perjalanan..

layankan aje

Kami berhenti isi minyak di R&R Sungai Perak.. Kat sini aku refuel RM9.40 (4.530 liter) jer.. Tapi masa nie dah tinggal 2 bar jer minyak.. Takdan sampai Simpang Pulai la.. Hahaha.. Kawan-kawan ada yang refuel di Petronas Hentian Sebelah Simpang Pulai lepas tue..

Petronas Simpang Pulai

Elok gerak jer dari Hentian Sebelah Simpang Pulai, nampak cuaca mendung kat depan.. Punya gelap.. Decide pakai baju hujan.. Yang takde, pasrah aje la.. Memang betul pun, hujan turun setompok-setompok.. Kalau tak pakai baju hujan, lenjun juga la.. Kami berhenti sekejap di R&R Tapah.. Ada yang nak refuel kat sini.. Aku terus masuk surau untuk solat Zohor + Asar kat sini.. Mudah selesaikan awal, sebab Maghrib + Isyak boleh buat di homestay Melaka nanti.. Kalau pakaian kotor dalam perjalanan lepas nie pun tak berapa kisah dah..


Akhirnya sampai ke Nasi Bamboo Sg Klah dalam jam 2:15 petang.. Hidangan kami (Aku, Jan, Azam, Bashir, Paruto) macam kat bawah nie.. Hidangan kawan-kawan lain takdan nak ambil gambar.. Lapar sangat, makan tak toleh kiri kanan dah..



makan kenyang-kenyang


Nasi Bamboo Sg Klah

Selesai makan, ambil gambar sikit.. Kemudian teruskan perjalanan.. Jauh lagi kot.. Tapi Azam tak jadi ikut kami, dia patah balik Kedah dengan seorang member budak Yan yang dia jumpa di Nasi Bamboo tadi.. Kami refuel di Petron Hentian Sebelah Behrang.. Aku isi RM12.28 (5.902 liter) kat sini.. Minyak motor aku pun dah berkelip-kelip masa tue.. Kami teruskan perjalanan sebab rasa kelewatan dah.. Janji nak refuel di Petron R&R Jejantas Sungai Buloh, tapi bila aku sampai situ depa tak masuk pun.. Biar aje la.. Aku refuel juga la RM5.07 (2.487 liter) kat sini.. Dah seorang, aku pun decide nak ikut KL aje la.. Sampai di Tol PLUS Jalan Duta, haruslah ambil gambar dahulu.. Bukti dah sampai..


checked!!

tol PLUS Jalan Duta

Pastu Bashir call aku, rupanya diorang kat Shell Jalan Duta tue.. Regroup balik sambil tunggu Puyeng.. Lepas dah ambil gambar, teruskan perjalanan.. Jalan agak sesak, jam 5:00 petang lagipun orang dah mula balik kerja..Tambahan hujan rintik.. Kami regroup semula di BHPetrol Sungai Besi sebelum teruskan perjalanan.. Kemudian ada yang berhenti isi minyak di Petronas R&R Seremban..


R&R seremban

Tak sampai beberapa minit, kami kami berhenti bawah jejambat exit Bandar Ainsdale.. Sarung baju hujan semula sebab langit gelap di hadapan..

jejambat Bandar Ainsdale

Tak lama lepas bergerak, rasanya sebelum Senawang.. Motor Chop LC tiba-tiba mati.. Nasib baik masa buat break away tu aku kat belakang.. Jadi aku nampak kejadian tue.. Kawan-kawan lain dah memecut kat depan.. Chop try start, tak hidup.. Enko pun sama.. Kena decide, makin gelap.. Last sekali aku tunda jer la.. Apa pilihan lagi yang ada?? Sampai masuk Melaka, tiba-tiba Paruto muncul di belakang.. Terkejut juga aku.. Ingatkan dia ada masa break away tadi tue.. Rupanya memang dia slow kat belakang, tak tahu sebab apa.. Dia tolong tunda sekejap sementara aku hilangkan lenguh kaki.. Pastu kata tak biasa tunda, jadi aku tunda semula la.. Akhirnya 7:15 malam kami keluar di Tol Ayer Keroh.. Alhamdulillah.. Tak lama lepas tue kawan-kawan pun sampai, diorang berhenti isi minyak di R&R Jejantas Ayer Keroh..


sampai Melaka

So, Bashir lead lepas tue untuk ke homestay di Taman Pertam Jaya.. Rumah tue tue kelihatan OK, selesa.. Alhamdulillah.. Aku masuk, mandi, solat dan berehat..

Esoknya (18 Oktober 2019), kami plan nak ke Kari Kambing 40 Hari (KK40H) di Yong Peng.. Tapi pagi tue aku dah sarapan pun, lapar sangat.. Lagipun malam sebelumnya tu penat, makan pun tak lalu dah.. Dalam 9:00 pagi kawan-kawan gerak ke Roti Canai Kayu Arang, Bachang.. Aku gerak ke sana juga dalam 9:30 pagi.. Ramai yakmat la, dah lewat pergi.. Kalau nak pergi sini elok dalam 7:30 pagi..

homestay


Roti Canai Kayu Arang

Aku malas tunggu, jadi aku decide nak ronda dan ambil gambar sekitar Melaka.. Korang layankan aje la gambar-gambar nie ek.. Hahaha..










Dalam 10:30 pagi aku dah sampai rumah.. Tak lama lepas tue, kawan-kawan pun sampai.. Kami bersiap untuk ke KK40H.. Lepas mekanik yang nak perbaik motor Chop tu sampai dan dan ambil motor, kami pun gerak.. Aku punya cuak lalu jalan ke Muar tue, sebab tak tahu stesen minyak kat mana.. Mujur la jumpa Shell Sungai Rambai.. Kat sini refuel RM12.17 (5.851 liter) punya la minyak nak habis dah.. Sempat beli Nescafe Latte Intenso kat sini.. Layankan aje..


on the way to KK40H


Kami ikut jalan dalam, budak kat Shell yang bagitau jalan nie.. Lalu ikut Ledang, pastu masuk highway di Bukit Gambir.. Yang nak pecut, pecut la.. Kami regroup kat Hentian Sebelah Yong Peng..


on the way ke KK40H

Keluar jer highway, kami ikut jalan dalam la.. Jauh juga nak ke KK40H nie.. Dalam 125 km dari homestay kami.. Bila lalu jalan nie, teringat tahun 2008 dahulu dok ulang alik KL-BP setiap minggu.. Parah poket ooo, zaman student la katakan.. Jam 1:05 petang kami pun sampai di KK40H.. Alhamdulillah..


sampai sudah ke KK40H

kenangan di KK40H

Kami order nasi beriani kambing.. Satu talam dalam RM48.00 kalau tak silap.. Kenyang makan tengah hari tu, dan lepas makan kami berehat kat pondok yang disediakan.. Aku pun solat siap-siap la.. Kawan-kawan teruskan perjalanan balik ke Melaka.. Aku berpecah dengan diorang kat Ayer Hitam.. Aku menghala ke Universiti Tun Hussein Onn (UTHM).. Saje teringin nak ambil gambar kat sana.. Dah alang-alang sampai.. Lagipun 30 minit jer dari KK40H..

Sampai jer di Parit Raja, teringat kenangan lama la.. Kelas kat Kampus Bandar, beli barang di Pasaraya Wellward, dan lain-lain kedai makan la.. Sampai di UTHM rupanya tengah minggu konvokesyen ke 19.. Ambil gambar mana yang sempat aje la.. Lagipun kena fikir nak solo ride balik Melaka lagi.. Kat Shell Bandar Universiti, aku refuel RM7.30 (3.51 liter) untuk pulang ke Melaka.. Aku ikut jalan dalam jer, dari Parit Raja - Parit Yaani, Parit Sulong - Pagoh.. Masuk semula highway di Pagoh.. Masa aku sampai sempadan Melaka, kawan-kawan dah sampai homestay pun..

sampai dah Parit Raja


Wellward

Dewan Peperiksaan F2 yang legend


sekitar UTHM


Pagar UTHM berdekatan Masjid


Pagar Lama UTHM


jom gerak balik Melaka

So, aku pun ubah rancangan la.. Aku keluar highway ikut Jasin.. Kemudian ikut jalan dalam ke Telok Mas.. Jom balik kampung.. Sempat la jumpa sepupu, Kak Chik Rohana.. 3 orang anak dia jer ada di rumah.. Salah seorang anak dia kemalangan bulan Februari lepas.. Sedih juga tengok.. Moga tabah hadapi ujian Allah ini.. Korang tolong doakan Nabil (anak buah aku tue) sihat seperti sediakala ek.. Sejam juga kat sini.. Dalam 6:25 aku gerak balik ke homestay.. Kawan-kawan pun dah call sebab diorang nak keluar.. 8 minit aku sampai homestay, sebab dekat aje.. Terus keluar pusing bandar..

ronda Sekolah Henry Gurney

balik kampung di Teluk Mas

Aku bawa diorang pusing sekitar Banda Hilir jer la.. Yelah, tarikan untuk ke Melaka nie banyaknya di kawasan tumpuan pelancong di sekitar Banda Hilir.. Ala, tempat-tempat aku pusing pada sebelah pagi tue la.. Hahaha..

jom ronda-ronda

Banda Hilir

sekitar Banda Hilir


sekitar the Stadhuys


Muzium Samudera


kawan-kawan di Muzium Samudera


sekitar Menara Taming Sari


sekitar Menara Taming Sari


Kemudian aku pun dah tak tahu nak ke mana, terus ke Asam Pedas Claypot di Kota Laksamana untuk makan malam.. 7:30 malam dah makan malam tau.. Hehehe.. Malam tu kami kami pekena asam pedas ikan pari (Chop LC jer yang makan asam pedas ikan kembung).. Alhamdulillah, kekenyangan..


Asam Pedas Claypot

Usai makan bergerak ke Pantai Klebang.. Takde ape pun bagi aku.. Cuma cuak minyak nak habis.. Hahaha.. Akhirnya jumpa Shell Klebang.. Refuel RM12.00 (5.769 liter) bagi penuh semula tangki bagi perjalanan balik Kedah nanti..

ronda ke Klebang

Sampai di homestay, Kamil ajak keluar pula.. Dia ambil aku di homestay dan lepak kedai minum.. Lama giler tak jumpa member Politeknik nie.. Dalam 11:00 malam aku kat homestay dah, kena rehat sebab nak balik ke Kedah esoknya.. Masa balik homestay, motor Chop pun dah ada.. Diorang dok basuh motor.. Hehehe..

Sabtu, 19 Oktober 2019.. Tiba masa untuk pulang ke Kedah.. Awal pagi aku dah keluar cari kedai dobi.. Senang basuh baju siap-siap.. Lagipun tau musim hujan kan.. Jumpa di kawasan Banda Hilir juga la.. 


nampak tak?? hahaha

Sampai je rumah, simpan baju dalam beg siap-siap.. Bashir pun bawa balik nasi lemak untuk sarapan.. 9:30 pagi lepas semua dah selesai, kami pun bertolak pulang..


jom balik


good bye Melaka

Kami masuk highway di Ayer Keroh dan terus bergerak menuju ke Kuala Lumpur.. Sebelum masuk highway, sempat juga bergambar kenangan kat papan tanda Selamat Jalan.. Hahaha.. Kawan-kawan berhenti isi minyak di R&R Seremban.. Aku just berhenti rehat jer la..


Di Nilai kami berpecah.. Bashir dan Parut masuk KL, sebab Bashir ada urusan.. Aku ke Putrajaya sekejap.. Kawan-kawan lain ikut ELITE dan NKVE.. Rancangan jumpa di R&R Rawang.. Aku pun bersegera sebab nak pusing Putrajaya..


jom Putrajaya










jom gerak

Sempat la juga ambil gambar sekitar Putrajaya.. At least dah sampai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan nie.. Hehehe.. Aku pun gerak masuk ELITE di Tol Putrajaya.. Alamak, minyak tinggal 2 bar masa nie.. Tak tahu sempat sampai Subang ke tak.. Tapi bedal aje la, dah lambat.. Alhamdulillah sampai di Petron dekat-dekat Subang.. Refuel semula RM12.09 (5.814 liter).. Pecut dan pecut, akhirnya sampai sama-sama dengan kawan-kawan di R&R Rawang.. Fuh, lega.. Masa kat sini, kawan-kawan dari Kedah dah sampai Ipoh (nak makan sekali dengan kami semua dan gerak balik Kedah sama-sama)..


Kami berhenti rehat sebentar di Hentian Sebelah Tanjung Malim.. Bashir dan Paruto jumpa kami kat sini.. Lepas dah cukup rehat, kami terus bergerak..

panas.. rehat seketika..

Berhenti refuel di Shell  R&R Tapah, RM9.67 (4.649 liter).. Aku solat Zohor + Asar dahulu lepas isi minyak tue.. Senang bila dah selesaikan kewajipan awal-awal.. Kami terus bergerak ke Nasi Vanggey, Ipoh.. Sampai di sini dalam 3:40 petang.. Semua kelaparan.. Walaupun aku sangat jarang makan di Vanggey nie, makan juga la.. Nak buat camana, kan.. Nak balik rumah pun, mak bukan ada kat rumah.. Hahaha..


azam dan kawan-kawan

Selesai makan, kami pun bertolak pulang ke Kedah.. Perasan diorang berhenti dekat tol Jelapang, tapi sebab aku depan sekali tak berhenti dah la.. Lagipun dah terlepas.. Sekali Paruto pun datang, kata nak gerak dahulu (mungkin nak tengok bola Kedah vs Pahang).. Aku pun OK jer, sambil ride perlahan tunggu kawan-kawan sampai.. Takde jugak.. Last sekali aku aku masuk Hentian Sebelah Bukit Gantang, sarung baju hujan (sebab nampak gelap di depan).. Elok keluar dari Hentian Sebelah, hujan lebat.. Aku gerak jer la solo, sambil mencari Paruto.. Laju sungguh dia, aku sampai di Shell Juru pun tak jumpa dia.. Check WhatsApp, rupanya aku potong dia masa dia pakai baju hujan.. Huhuhu.. Masa di Shell Hentian Alor Pongsu aku refuel RM10.25 (4.928 liter)..

hujan lebat

Dalam jam 7:00 malam kami semua jumpa semula di Shell Juru.. Kemudian Nasir sebagai pemegang duit, pulangkan semula duit lebihan yang ada.. Dapat la semula RM60.00, kiranya belanja ride ke Melaka ni cuma RM140.00 jer la.. Hehehe.. Masing-masing gerak laju walaupun hujan.. Penat kot, dan lagipun dah nak sampai rumah.. Tak risau dah kalau motor masalah pun..

Kami sampai di Shell R&R Gurun dalam 8:00 malam.. Aku solat di sini siap².. Memandangkan ada yang basah kuyup, tak jadi nak pergi makan.. So, lepas minum sikit dan dan berehat, kami pun bersalaman.. Kot tak jumpa dah masa keluar highway..


hentian terakhir

Aku yang terakhir keluar di Bandar Darul Aman.. Terus pergi refuel di Petronas Taman Tengku Maheran.. Kali ini kena penuhkan semula tangki, isi RM11.24 (5.403 liter).. Jam 8:55 malam, aku pun sampai di rumah.. Alhamdulillah semua OK sepanjang perjalanan.. Milage tak silap aku dalam 1,600 km juga la.. Isi minyak dalam RM106.46 (51.183 liter) untuk perjalanan kali ini.. Semoga jumpa lagi.. Assalamualaikum..

perbelanjaan keseluruhan minyak..
cuma di Shell Bandar Universiti takde resit..

bonus dan tambahan sikit nie:
video sepatutnya satu clip jer.. tapi sebab blogspot buat had 100MB untuk satu video, aku terpaksa buat 3 petikan la.. asalnya video ni satu clip jer tau.. kalau tak lawa kualiti dan gambar yang aku masuk tue ‘lari’ maaf la.. source file dah terpadam, jadi ada yang tue jer la.. nie last update.. 3 hari aku menulis entry nie, sampai wife pun marah aku asyik pegang handphone.. sabor jer la..

part 1

part 2

part 3