...

...

Sunday, March 17, 2019

3rd Ride 2019 (Pak Mat Western)

Assalamualaikum dan Salam Hormat.. Harap² korang semua sihat sejahtera.. Kali nie sembang pasal ride dekat² aje la.. Haaa, 12 Mac aritu ada TTS kat Arab Kitchen.. Sambil bincang tentang plan nak ke Kelantan pada 2 Mei 2019, tiba² ada yang cadangkan nak ride dekat² melepas gian.. Padahal baru jer kot balik dari ride GFC.. 

Jadi, lahirlah idea Ride Kemaih Cendoii.. Mulanya plan nak buat pada 15 Mac 2019, Jumaat malam Sabtu.. Tapi terpaksa diawalkan ke 14 Mac 2019 sebab ada jemputan kenduri pembukaan kedai Brader Tayar pada 15 Mac 2019 tue.. Orang dah jemput, kena hadir la kot.. Support business orang kita la katakan..

Bashir, awal lagi dah letak gambar motor Bob . Petanda Bob akan join agaknya, walaupun Jumaat pagi dia kerja.. Kononnya la..

RS150R Bob

sebelum bertolak

Aku lambat sikit sebab pergi belikan dahulu makanan untuk family, baru la aku keluar.. Kira² 8:25 malam baru aku keluar.. Berhenti refuel di Shell Kepala Batas, RM11.51 (4.679 liter) RON97.. Kemudian aku teruskan perjalanan ke RV Point di Tol Alor Setar (S)..

jom gerak

Jadi kami sepatutnya berjumpa di Tol Alor Setar (S), janji jam 8:30 malam.. Aku lewat sikit, dalam 8:45 baru sampai.. Masa nie, Bob, Bashir dan Yeen dah sampai.. Tak lama lepas tu nampak banyak la MPV Polis, JPJ dan sebagainya.. Ada operasi bersepadu hala masuk dan keluar Tol Alor Setar (S), berhadapan Tesco Stargate.. Kami tunggu Basri yang nak join.. 

Bashir dan Bob

Tunggu Basri

Dalam 9:25 malam kami pun gerak.. Sebab nak jumpa Azam dan kawan² di Hentian Sebelah Kobah.. Kami sampai sana dalam 9:45 malam rasanya.. Ramai yang join.. Ada kot 8 buah motosikal lagi.. Sorang tue tak boleh nak join lepas tue sebab tayar pancit.. Terpaksa la dia patah balik, kawan² dia semua dah laju koyak throttle.. 

Hentian Sebelah Kobah

Aku jumpa semula dengan kawan² yang laju² nie di R&R Gurun (S).. Berhenti kat sini sebab Jan pun join, dia tunggu kat situ.. Dah puas borak seketika, kami terus gerak.. Geng yang laju, memang sentiasa koyak throttle.. Langsung tak nampak kelibat.. Aku dan Basri refuel kat Shell Seberang Jaya, kali nie RM8.39 (3.411 liter) jer.. 

refuel di Shell Seberang Jaya, sebelum tue kumpul di Gurun

Dah alang² Jan ada dengan kami, dia lead jalan ke Pak Mat Western la.. Malam tue orang agak ramai juga la walaupun kami sampai dekat 11:00 malam dah.. Aku tak berapa nak lapar dah masa sampai nie, mungkin sebab lambat makan dan dah masuk angin.. Aku just order air tembikai dengan chicken grill.. Alhamdulillah, makan habis la sebab sikit jer pun.. Kawan² makan yang grand punya la..

sekitar Pak Mat Western

layankan aje

muka happy dapat ride

14 buah motosikal

jumlah bil

Dalam 12:00 malam, ingat nak gerak dah.. Sekali collect la duit ikut bill yang dia dah bagi siap², kira la bahagian masing².. Sekali dapat tau ada kawan yang belanja.. Alhamdulillah.. Moga murah rezeki beliau..

Kami pun gerak balik.. Macam biasa, masuk jer highway terus tak kelihatan geng laju nie.. Aku tinggal di belakang dengan Bob dan Yeen.. Sesekali diorang pun pecut tinggalkan aku.. Sabor jer la, mentang² motor aku tak laju.. Kami bertiga ke R&R Gurun (U) sebab aku nak refuel.. Kat sini baru jumpa beberapa kawan, Amir, Bashir, Basri dan sorang lagi..

refuel di R&R Gurun (U)

Aku refuel RM7.40 (3.008 liter) kat sini.. Lepas refuel, borak sekejap.. Then gerak balik la.. Aku balik saing Amir terus ke Kepala Batas.. Sampai di rumah dalam 1:00 pagi juga la.. Fuel consumption mungkin tak berapa tepat sebab sampai hari nie aku belum refuel semula.. Tapi lebih kurang la pengiraan nie.. Pengisian RM27.30 (11.098 liter) untuk perjalanan 255km, purata adalah 22.93km/liter.. Parakkk.. Itu jer la cerita kali ini.. Jumpa lagi di lain cerita.. Assalamualaikum.. 



No comments:

Post a Comment