Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Diharapkan korang semua dalam keadaan sihat sejahtera.. Dah hampir 2 minggu ride trip ini berlangsung, kalau tak silap kami bertolak dari Alor Setar pada 28 Februari 2019, dan pulang ke Alor Setar pada 2 Mac 2019.. Makan BULAN oo.. Ha ha ha..
Berhenti seketika.. Dapat berita dari rakan di Kedutaan Malaysia di New Zealand.. Ada kes yang berlaku di masjid sewaktu nak solat Jumaat di Christchurch.. Mohon doa kalian semua untuk keselamatan semua umat Islam di sana, khususnya warganegara Malaysia.. al-Fatihah..
OK, sambung kembali.. Program nie dah dirancang sebulan awal.. Ikutkan nak buat program ke Johor pada Januari, tapi ditunda dan akhirnya dibatalkan.. Kawan-kawan minta aku draf tentatif cadangan kalau ada... Ride 3 bukit ini pun aku pernah rancang sekitar pertengahan 2018, tapi tak jadi.. Ini kali, KASIK JADIK la.. Alhamdulillah, penyertaan ramai.. Ada yang last minute tarik diri, last minute join.. Tapi itu lumrah la.. Masing-masing ada urusan, kadangkala tak dapat dielak..
Setelah dah booking homestay (pening urus homestay kali nie sebab tatau berapa jumlah yang nak pergi), ada 18 orang.. homestay muat dalam 14 orang jer.. mula nak kena cari homestay extra, dan pelbagai cadangan back-up yang lain.. Akhir sekali, yang turn up pada malam 28 Februari tue, cuma 12 orang.. Plan dah plan, pergi juga la.. Tak silap aku, ini list yang final.. Kalau salah, harap maafkan..
1. Syam
2. Bashir
3. Lie
4. Lah
5. Lan VCP (kawan Lah)
6. Mie (kawan Lah)
7. Nasir (kawan Lah)
8. Jan
9. PakLong
10. Dee
11. Firdaus / Yeen
12. Amir
sebelum memulakan perjalanan
So, meter aku adalah meter baru.. Dah isi minyak full tank, maka perjalanan sebelum bertolak tue di meter dah mencatat 3.3km (Trip B).. Zaidi dah WhatsApp ajak gerak sekali sebab dia dari Tunjang.. Kami jumpa depan Kem Sultan Abdul Halim, Jitra.. Awal giler, jam 9:20 malam kami dah gerak.. Padahal nak kumpul di Tol Alor Setar (Selatan) jam 10:00 malam..
jumpa Dee di Kem Sultan Abdul Halim
Kami sampai di Tol Alor Setar (S) dalam 9:35 malam.. Awal lagi.. Tak lama lepas aku dan Dee sampai, Yeen pun sampai.. Tak lama lepas tue, Amir pun sampai.. Amir nie aku terlupa nak ajak gerak sekali, sebab dia pun dari Kepala Batas.. Tak kisah la, janji dah sampai tempat kami nak kumpul.. Aku dan Amir memang bawa box.. Senang nak isi barang, tak payah kendong beg dah.. Lie sampai kat kami tak lama lepas tue..
kumpul di Tol Alor Setar (S)
kumpul di Tol Alor Setar (S)
Manakala di Tol Alor Setar (Utara) pun ada kawan-kawan berkumpul.. Lah dan kawan-kawan dia tunggu kat sana.. Kawan-kawan dia tak pernah ride dengan kami lagi.. Tak silap nama Mie (Y15ZR) dan Nasir (LC v1 5S).. Bashir pun join diorang kat sana.. Berempat la.. Dah selesai semua, diorang bergerak menuju kami yang dah memang ada kat Tol Alor Setar (S)..
kumpul di Tol Alor Setar (U)
kumpul di Tol Alor Setar (U)
Kami 9 buah motosikal menuju ke R&R Gurun (S).. Kat sana Jan dah tunggu dengan PakLong.. Diorang pernah ride dengan kami masa ke Terengganu tahun 2018.. Memang kaki pecut dan meleper diorang nie.. Motor kuat la katakan.. He he he.. Kami sampai di R&R Gurun (S) dalam 10:40 malam.. Aku pun terus refuel minyak di Petron.. Masa nie kalau tak silap, RON97 harga RM2.38/liter.. Kat sini aku isi RM3.20 (1.345 liter)
refuel di Petron R&R Gurun (S)
jan dan paklong tunggu di R&R Gurun (S)
Kami teruskan perjalanan dan kemudiannya berhenti di Shell Seberang Jaya.. Kat sana, Lan VCP (sepupu Lah) join kami.. VCP tue plet motor dia.. So, complete 12 orang la.. Kami cruising tak laju pun, dalam 110 km/j jer.. Motor yang paling mentekedarah minyak adalah motor PakLong.. So, kita stop refuel di R&R Gunung Semanggol.. Masa nie dah jam 12:20 pagi rasanya.. Semua masih segar.. Aku refuel juga, RM5.30 (2.226 liter).. Berhenti sekejap lepas tue terus gerak untuk minum di Hentian Sebelah Bukit Gantang (S)..
refuel di Petronas R&R Gunung Semanggol (S)
Kami sampai di Hentian Sebelah Bukit Gantang (S) dalam 1:00 pagi.. Hajat di hati, aku nak pekena nasi lemak bungkus.. Tapi, tak kesampaian.. Nasi lemak sudah habis.. Maka minum Nescafe tarik aje la.. Oh ya, lupa nak bagitau.. Perut aku memulas sejak sebelum ride nie lagi.. Dua hari sebelum ride rasanya.. Dah bagitau nak tarik diri dari ride, tapi kawan-kawan tak bagi.. Terpaksa pergi juga la.. Ini menyebabkan selera makan aku tak berapa nak ada sepanjang ride nie..
rehat sebentar di Hentian Sebelah Bukit Gantang (S)
nak gerak dari Hentian Sebelah Bukit Gantang (S)
Dah selesai rehat dan borak, kami teruskan perjalanan.. Cuaca alam mula menunjukkan rasa sejuk.. Tapi aku jer yang masih 'kebal' tak pakai sweater.. Kami berhenti rehat dan refuel di Hentian Sebelah Simpang Pulai (U).. Masa nie dah jam 2:30 pagi pun.. Tanda keletihan dah kelihatan, tambahan aku sendiri tak sempat berehat sebelum bertolak.. Memang badan lesu.. Ada yang dah mula ambil minuman tenaga, untuk kekal segar.. IKHTIAR tue penting.. Semua nak tunjuk masih kuat, walaupun...... sambung sendiri la.. Aku refuel RM5.10 (2.142 liter)..
refuel di Petronas Hentian Sebelah Simpang Pulai (S)
meregangkan otot dahulu
Bergerak dari sini, masing-masing buat haluan sendiri.. Ada yang dah koyak throttle ikut kemampuan, nak uji jentera masing-masing.. Kami dah berpecah.. Aku masih follow kelompok hadapan.. Tak lama lepas tue, aku sendiri rasa keletihan.. Aku biarkan kelompok hadapan pergi dahulu, ingat nak tunggu geng-geng yang di belakang (salah sorangnya Bashir).. Elok jer kelompok hadapan melepasi aku, aku pun mula khayal.. Mengantuk.. Nasib tak terjun parit tepi highway jer.. Aku berhenti kat flyover exit Sungkai, surrender.. Buka box, keluarkan sweater.. Pakai sweater, dan buat senaman sikit bagi segar.. Alhamdulillah OK sikit.. Pulas balik, kejar kelompok hadapan.. Teruskan perjalanan dengan lancar.. Sampai di Hentian Behrang (S) kami buat unplanned stop.. Sebab rasa macam kawan-kawan yang di belakang tak kelihatan walaupun kami yang di hadapan dah perlahan.. Yang sampai awal di sini, refuel aje la sebab mungkin dah tak berhenti di R&R Ulu Bernam (S).. Aku refuel RM5.45 (2.288 liter).. Lama menunggu kawan-kawan untuk regroup.. Last sekali yang sampai, Bashir dan Dee.. Dee 'mengasuh' Bashir yang dah memang keletihan.. Rupanya diorang berhenti kat R&R Tapah (S) sebab tak larat.. Sampai jer kat sini, Bashir tak kira apa dah.. Dia surrender, lena kat wakaf.. Kami menunggu aje la..
refuel dan rehat di Petron Hentian Sebelah Behrang (S)
rider down.. mengantuk teruk dia nie
Tak jauh dah nak ke destinasi yang kami plan nak berehat (walaupun aku pun tak sure kat sini boleh rehat ke tak).. Mula-mula aku 'mengasuh' Bashir, tapi aku pun naik mengantuk sama kalau cruising 70 - 80 km/j.. Aku pun mula koyak throttle nak sampai cepat kat Tol Tanjung Malim.. Aku sampai sana 5:30 pagi.. Tengok takde kawan-kawan.. Sudah.. Diorang salah faham kot, mesti diorang masuk R&R Ulu Bernam (S).. Aku pun lock motor, masuk surau.. Try nak lelapkan mata.. 5 minit lepas tue, dengar bunyi motor kawan-kawan.. Diorang pun masuk sama surau tue, lelapkan mata.. Tapi surau kecil, tak ramai yang boleh masuk baring.. Yang lain duduk melepak kat luar.. Sorry geng, aku pun tak pasti pasal tempat rehat nie.. Sabar jer la..
baring sat di surau Tol Tanjung Malim
Masuk jer Subuh, kami terus solat.. Kemudian kami lepak kat luar surau.. Masa nie baru ambil collection.. Seorang RM150.00 jer.. So, dalam tangan ada RM1800.00 la.. Oops, tapi ada 2 orang yang tak jadi join tapi dah bagi deposit.. Duit tue diorang niatkan sedekah kepada kami, maka ada tambahan RM70.00 la.. Dalam tangan waktu ini, ada RM1870.00 la.. Banyak ooo.. Dalam 7:00 pagi kami teruskan perjalanan ke Batang Kali.. Plan nak sarapan kat sini.. Sampai di Shell Batang Kali, aku call kakak aku.. Tanya kedai makan mana sedap.. Terus kami terjah kedai makan tue.. Dekat aje dengan Shell nie..
sarapan pagi di Batang Kali
muka ada senyum balik
Aku tau, semua kepenatan.. Aku pun sama jer.. Ceria sikit lepas dapat makan dan minum, duduk rehat dan bersembang.. Pagi nie makan dalam RM75.00 tau.. Agak murah la.. Sebelum nak gerak dari kedai makan, Nasir habaq nak cari kedai motor sebab dia suspect bearing tayar depan dia pecah.. So, kami decide nak lepak kat Masjid Bandar Baru Batang Kali.. Sempat juga aku jumpa kakak aku, dan salam.. Dia cuma pesan hati-hati ride jer la.. Di masjid, nampak keadan masjid selesa pula.. Decide untuk mandi agar lebih segar dan selesa.. Dalam 9:00 pagi semua selesai bersiap.. Next, nak cari kedai motor pula la.. Oh ya, kat sini seorang kawan Jan (Bulat) dari Shah Alam join kami.. Ada 13 buah motosikal la..
siap mandi dan rehat di Masjid Bandar Baru Batang Kali
Selesai tukar bearing, kami pun bergerak.. Destinasi pertama, Genting Highlands.. Syok naik bukit waktu pagi-pagi, udara nyaman.. Masing-masing mula meratah selekoh ikut kemampuan.. Akhirnya kami sampai di Genting Highlands jam 10:00 pagi.. 6 buah yang sampai awal, ambil gambar siap-siap sambil tunggu kawan-kawan yang lain..
kelompok hadapan
semua sampai dah di Genting Highlands
ambil gambar dahulu
posing selagi larat
kawan baru kita, Mie
bagi la chance
lama ooo tak sampai Genting
ada garden lagi tau
skycab
First World Hotel
Genting International Convention Centre
jom turun
sekitar Genting Highlands
Tak lama lepas tue, semua terpisah.. Sebab utama, nak ambil gambar punya pasal.. Sekali dengan aku, siap pusing Genting Highlands lagi sekali, sebab nak cari kawan-kawan.. Perjalanan masih jauh, tue kena kumpul cepat untuk turun..
video turun Genting (part 1)
video turun Genting (part 2)
Masa turun nie terpisah lagi.. Tengah sedap meratah selekoh, tengok-tengok aku dengan PakLong jer, macam masa naik tadi.. Lepas bulatan Goh Tong Jaya, ada nampak Jan.. Tunggu punya lama, baru kawan-kawan lain sampai.. Tapi Jan dan Bulat, takde.. Jenuh call pulak, rupanya diorang salah ambil simpang di bulatan.. Diorang menuju Genting Sempah.. So, diorang kena patah balik la.. Kami teruskan perjalanan, tak laju pun sebab nak tunggu semua kumpul semula.. Aku, Amir dan PakLong berhenti refuel di Petronas Batang Kali.. Kali nie aku isi RM5.60 (2.353 liter)..
refuel di Petronas Batang Kali
Kami decide tunggu Jan dan Bulat di Petron di jalan menghala Kuala Kubu Bharu.. Kat sini, Bashir siap tukar sprocket depan lagi.. Kami yang dah sampai lama, ambil peluang berehat dan isi perut dengan makanan ringan seperti roti, biskut, ais krim.. Bila semua dah berkumpul, kami bertolak menuju Fraser's Hill.. Lemang To'Ki dah ligat berputar dalam kepala nie, lapar tau.. Jalan yang awalnya luas dan lebar, semakin mengecil bila melalui jalan nak menuju ke Raub/Fraser's Hill tue.. Tapi ada jer yang semakin laju nak layan selekoh.. Jan dan Bulat, aku follow jer la.. Sampai satu selekoh dah aku asyik mengasak, Bulat nak slow down la.. Aku kata, jalan aje la.. Terus main selekoh.. Tak lama lepas tue, banggg.. Accident.. Jan terkejut kot kat selekoh tue, terus dia naik.. Hentam sebuah Toyota Avanza nie.. Aku dengan Bulat berhenti nak tengok trafik.. Sementara tunggu kawan-kawan lain sampai.. Masa nie dalam 12:45 tengah hari.. Sementara nak tunggu semua selesai bincang, dah 1:30 tengah hari.. Masalah pula di sini, line telefon takde.. Takleh nak check Balai Trafik terdekat di mana untuk buat laporan kemalangan tue..
kemalangan kecil di jambatan Sungai Gumut
Kami decide nak teruskan ke Fraser's Hill.. Serius, mata mula mengantuk.. Beberapa kali kelihatan ada yang nak overshoot, mengantuk rasanya tue.. Last sekali kami berhenti dalam jarak tinggal 18km nak sampai ke Fraser's Hill.. Jan pun pening kepala dah.. Semua pun tak larat waktu nie, tambah lagi pula sebab belum makan.. Hajatnya nak ke Lemang To'Ki.. Oh ya, kat tempat kami berhenti, Alhamdulillah ada line.. So, kami google la nak kena buat report accident tue kat mana.. Kena turun balik ke Kuala Kubu Bharu, Balai Trafik kat sana.. Serius, kelihatan ramai yang mental dah koyak.. Tak terkecuali, aku pun sama la.. Kami sepakat, batalkan plan nak terus naik ke Fraser's Hill, dan Lemang To'Ki.. Jadi, kena plan naik Cameron Highlands ikut Tapah la.. Tak boleh kalau tak pergi pula, sebab homestay dah bayar..
merehatkan diri, mental koyak dah
Jam 3:45 petang kami turun semula ke Kuala Kubu Bharu.. Memang keadaan mengantuk sangat.. Beberapa kali aku pun overshoot, dan hampir kemalangan juga.. Last sekali aku kena hon dengan Honda City sebab masuk jalan dia, terus pump adrenaline.. Segar terus!! Aku pecut la layan selekoh sebab takmau mengantuk dah.. Sampai di Balai Trafik Kuala Kubu Bharu, Jan pergi buat report, dan Amir temankan.. Kami yang lain, cari kedai makan.. Lapar sungguh.. Sambil tunggu urusan Jan selesai.. Lama sungguh.. Jam 6:30 petang baru Jan sampai di kedai makan.. Kesian kat Jan, gigi patah akibat accident tue.. Nak makan pun susah.. Sabarlah kawan.. Nanti balik Alor Setar, pergi repair gigi kat HSB.. Kami dah selesai makan, ada yang pergi solat di masjid berhampiran.. Belanja makan di sini, RM220.00 jer.. Murah ooo.. Kami order 3 set (siakap 3 rasa, kailan ikan masin, daging masak merah, telur dadar, tomyam campur).. Air takyah kira la memang tambah order.. Lepas tue nak kena repair motor Jan pula, seab brek belakang lekat.. Akhir sekali, 7:30 malam baru kami dapat bertolak dari Kuala Kubu Bharu.. Bulat pun gerak nak balik Shah Alam.. Aku fikir pula, jenuh nak naik Cameron Highlands malam-malam buta.. Ikut Tapah pula tue..
Kami masuk highway di Tanjung Malim.. Semua berderu-deru memecut.. Tapi motor ECU standard macam aku, apa boleh buat.. 137 km/j jer la paling laju pun.. Kami berhenti dan kumpul semula di R&R Tapah (U).. Regroup.. Aku pun refuel kat sini, RM8.00 (3.361 liter).. Masa nie serius, tak larat dah.. Tapi gagahkan juga.. Sebab homestay dah bayar.. Tuan homestay pun beberapa kali call dah tanya kat mana.. Sabar bang, sabar..
refuel di Petronas R&R Tapah (U)
Terima kasih Dee dan Bashir yang lead jalan naik ke Cameron Highlands.. Aku yang dari duduk belakang sekali, memang tak tahan.. Mengantuk.. Terus duduk belakang Bashir.. Itu pun ada beberapa kali nyaris nak hentam Bashir, sama-sama letih kot.. Sampai di Ringlet, Dee suruh aku lead.. Sejuk kot.. Aku pun dah segar masa nie.. Tak lama lepas tue di Habu, ada R25 potong.. Gaya macam mengacah.. Sabar jer la.. Aku dan Amir kat depan masa nie.. Dah boring slow, aku kejar R25 tue dan potong sebelum sampai Tanah Rata.. Ha ha ha.. Puas hati meratah selekoh malam-malam buta.. Tapi nasib baik la aku tak accident kat sini, ada pulak anjing jenis mengusik dan mengacah pengguna jalan raya.. Kawan-kawan lain pun ada yang kena juga.. Sabor jer la.. Aku sampai di Golden Hills jam 10:35 malam.. Terus call tuan homestay..
tunggu tuan homestay
Elok semua kawan-kawan sampai, tuan homestay pun sampai.. Dia lead kami ke rumah.. Selesaikan bayaran homestay, lepas tue kami masuk rumah dan landing kejap.. Legakan badan.. Perut lapar juga sejuk-sejuk nie.. Kami 8 orang keluar cari makanan.. Bashir, Dee, Jan, PakLong tak ikut sebab penat dah.. Kami pun bedal aje la kedai dekat homestay.. Makan dan tapau untuk kawan-kawan.. Belanja makan malam tue, RM85.00 jer.. Kemudian aku dengan Yeen ke Brinchang.. Sejuk ketaq wooo naik motor.. Nak beli Maggi Cup Tomyam punya pasal jer, sebab kat 7-Eleven tu habis Maggi Cup Tomyam.. Beli 12 cup kot, RM35.00 juga habis..
Tak lama lepas tue dapat perkhabaran geng Azam (member Jan) nak datang juga.. Kami semua OK jer.. Rupanya diorang dah bertolak dari Kedah petang tue.. Diorang sampai ke homestay dalam jam 1:00 pagi.. Aku dah lena kot masa tue.. Sebab lepas balik makan, aku pun mandi dan solat.. Kemudian tidur sebab memang perlukan rehat yang baik..
Esok pagi lepas solat Subuh, kami ramai-ramai makan Maggi Cup tue.. Ada gunanya kan.. Dah tau pun memang kebulur kalau duduk kat sana.. Sejuk kan.. Lepas settle makan, ada yang mandi.. Dalam 8:00 pagi kami jalan kaki mencari kedai yang sediakan sarapan.. Nak keluar rumah, tengok penuh parking.. ada kot 17-19 buah motosikal.. Layankan aje la.. Kami jalan kaki, sekali yang ada kedai makan yang malam tadi tue jer.. Hadap jer la.. Tapi sebab aku takde selera, aku minum teh o panas jer la.. Kami siap beli bungkus untuk kawan-kawan di rumah (Bashir, Dee dan Amir memang tak bangun lagi).. Tambah pula beli roti di 7-Eleven.. Pagi tue habis RM85.00 juga la..
sarapan pagi
penuh, 19 buah motosikal
Kami rehat di homestay jer, sambil borak-borak.. Kacau Bob dan Lan AKN sekali, ajak jumpa di Butterworth untuk dinner sekali.. Siap video call tue.. Ha ha ha.. Lepas semua dah bangun dan bersiap, tuan rumah pun dah tanya nak check out jam berapa.. Kami keluar homestay dalam 12:15 tengah hari.. Lepas serah kunci, kami pun gerak.. Suhu kat Cameron Highlands masa nie 22°Celcius ooo..
jom gerak, suhu 22°C
bergambar kenangan
Destinasi pertama, Kea Farm.. Aku cuma beli strawberi dan coklat.. Tue pun habis dalam RM45 kot.. Nasib baik muat nak isi dalam box, cuma kena keluarkan baju hujan jer la letak dalam bakul.. He he he..
sekitar Kea Farm
shopping sekitar Cameron Highlands
BOH Tea Centre
Kemudian kami menuju ke BOH Tea Centre, Sungei Palas.. Nasib la naik motor, senang nak bergerak.. Kalau kereta, 1001 dugaan dengan tekanan la.. Ha ha ha.. Ambil gambar dan beli sedikit bekalan la.. Aku cuma beli teh jer la.. Lagipun box dah penuh.. Ha ha ha..
PakLong, LIe, Yeen, Bashir, Syam
hero Lorong Seri, Bashir
hero Alor Gajah, Amir
Hero Yan, Azam
Selesai di sini, kami pun gerak.. Amir nak beli teh (tadi dia tak beli di Kea Farm).. Jadi kami berhenti dekat dengan Kuala Terla, yang kedai dekat dengan Rose Valley tue.. Sempat lagi Lan ambil gambar aku macam kat bawah nie.. TQ Lan..
TQ Mr Photographer
Kemudian kami berhenti di BHPetrol Blue Valley.. Ada yang isi minyak, ada yang makan, ada yang minum.. Lepas teruskan perjalanan, bermula la aksi turun bukit.. Meratah selekoh.. Syok.. Aku yang pertama sampai di Petronas Simpang Pulai.. Hangit enjin motor.. Ha ha ha.. Start hari ini, RON97 berharga RM2.43/liter.. Aku refuel RM7.00 (2.880 liter) kat sini.. Tak lama lepas tue, Azam pun sampai dan beberapa rakan.. Aku ambil kesempatan, terus solat di sini.. Kemudian baru tau Amir dan Bashir dah terlepas, siap masuk highway dah.. Nasib tak baik, minyak Bashir habis (padahal dia dah bagitau aku masa kat Blue Valley, ada 3 bar lagi.. Aku siap bagitau isi nanti di Simpang Pulai.. Dia boleh tak perasan stesen minyak Petronas tue.. Adoiii..).. Nasib baik, dia belum lepas tol Ipoh.. So, boleh keluar di tol Ipoh, dan cari stesen minyak.. Nasib la Amir ada, boleh tunda dia.. Kami tunggu diorang patah balik, sempat la yang lain solat.. Lepas semua dah ada, kami berhenti makan di kedai berhadapan Balai Bomba Simpang Pulai.. Aku takde selera, minum dan ratah papadom aje la.. Makan kali nie, RM85.00 jer pun..
refuel di Petronas Simpang Pulai
Masuk jer highway, ada yang dah koyak throttle.. Aku dan beberapa yang lain tinggal di belakang, 7 orang kot.. Sampai di View Point Ipoh, Jan perasan beg galas dia tertinggal.. Dia dan beberapa orang patah balik (dia syak tertinggal di Petronas Simpang Pulai).. Aku, Lah dan Mie terus gerak ke Hentian Sebelah Bukit Gantang (U).. Rupanya ramai lagi yang dah ada kat situ.. Aku kelaparan, sempat makan nasi lemak 2 bungkus.. Sempat buang air besar lagi.. Ha ha ha.. Tercapai hajat hari tu nak makan nasi lemak..
peace yawww
Dalam 7:15 malam kot baru kami gerak dari situ.. Semua pakat koyak throttle, tinggal kami la 7 orang kat belakang.. Aku pun dah penat.. Masa kat Bandar Baharu, aku mula koyak throttle.. Lock throttle, tapi tak dapat jumpa sesiapa pun.. Sampai kat Tol Juru, baru jumpa Dee.. Kawan-kawan ramai yang dah sampai, dan berhenti rehat kat sini.. Aku refuel RM8.55 (3.519 liter) kat sini.. Tak lama lepas tue, semua kawan pun sampai.. Acu Wan pun ada sama, dengan NVX dia..
refuel di Shell Juru
So, ajak Acu Wan sekali dinner kat Restoran Wajibali.. Sampai jer kat situ, Bob dan Lan pun sampai sama.. Makan sampai kenyang kami semua.. Total belanja makan malam tue, RM135.00 jer pun.. Kira balik semua perbelanjaan, ada baki RM550.00 lagi..
pekena nasi gulai ayam kampung di WajibAli
Sebelum nak balik, kena la pulangkan baki kepada kawan-kawan.. Sebab yang nie last makan sekali.. Nak pulangkan RM50.00 setiap orang, tak cukup duit pula.. So, aku pulangkan RM45.00 setiap orang.. Baki dia, aku ambil untuk masuk dalam tabung ride.. RM55.00 ada kat aku..
refuel di Shell R&R Gurun (U)
Lan VCP balik ke Sungai Dua, jadi kami 16 buah motosikal kot balik ke Utara.. Masing-masing berpecah lepas di Bertam.. Kami berhenti solat di R&R Gurun (U), dan kemudian refuel.. Aku isi RM5.02 (2.066 liter) kat sini.. Lepas tue masing-masing koyak throttle la.. Tak perasan diorang keluar di exit mana.. Aku pun ditinggalkan orang.. Last sekali balik dengan Dee jer, sampai Jitra..
Untuk nak tahu berapa fuel consumption, aku berhenti isi minyak di Petronas Taman Tengku Maheran.. Kat sini refuel RM3.10 (1.275 liter) jer.. Kemudian aku pun terus balik rumah la..
refuel di Petronas Taman Tengku Maheran
Alhamdulillah, jam 11:57 malam 2 Mac 2019, aku sampai di rumah.. Milage yang tercatat adalah 1016.3 km.. Tolak 3.3 km di awal perjalanan, maka trip kali ini mencatatan 1013 km sahaja.. Jumlah isi minyak dan penggunaan, RM56.32 (23.455 liter).. Purata adalah 43.19km/liter.. OKlah tue kot.. Motor aku pakai ECU standard, cuma tukar block CMS 63mm sahaja..
selamat sampai rumah
Itulah sahaja catatan perjalanan kali ini.. in shaa Allah, dalam rangka untuk perjalanan ke Kelantan pada 1 Mei 2019.. Jumpa lagi di masa hadapan.. Assalamualaikum..