Y15ZR Kuning
assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua.. didoakan semoga kita semua berada dalam rahmat dan lindungan Allah S.W.T. dan sihat hendaknya.. musim kemarau baru bermula, rasanya.. jadi minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi..
pada 16 Januari 2019, aku dikejutkan dengan satu berita.. tiba-tiba seorang rakan yang dahulunya takde pun pernah cakap nak beli Y15ZR, ajak ke Bukit Mertajam untuk ambil Y15ZR yang baru dia beli.. padahal tak berapa lama sebelum nie dah beli sebuah LC135.. maka aku pun berbelah bahagi.. tak tolong, kawan.. maka, aku OK aje la..
lepas habis kerja pada hari Khamis, 17 Januari 2019, kami bertolak.. kawan aku nak tren KTM Komuter dari Alor Setar ke Bukit Mertajam, kemudiannya ambil grab untuk ke kedai motor tersebut.. aku naik motor jer dari Alor Setar, sekadar nak teman kawan tue nanti dalam perjalanan pulang ke Alor Setar.. tapi cuaca petang tue mendung, dan ada yang bagitau yang di sesetengah tempat dah hujan.. serba salah jadinya.. baju hujan tak bawa pun.. nekad la, nak tolong kawan..
jam 3:45 petang aku keluar dari pejabat.. hampir sampai di Tol Alor Setar (Utara), hujan rintik pun turun.. aku teruskan perjalanan sahaja.. alhamdulillah aku lalu selepas hujan sepanjang perjalanan.. ada hikmahnya aku bertolak jam 3:45 petang tue kot.. aku sampai di Petron R&R Gurun dalam 4:15 petang.. terus refuel minyak, dalam RM7.65 (3.446 liter).. oh ya, pagi tue sebelum masuk kerja aku dah refuel RM8.00 (3.604 liter)..
di Petron R&R Gurun (S)
alhamdulillah, tak hujan pun bila teruskan perjalanan.. aku sampai di Shell Sungai Dua dalam 4:45 petang.. sempat layan Tealive dahulu, lama tak pekena.. habiskan kredit dalam kad jer.. lepas tue, solat Asar sebelum teruskan perjalanan..
tealive Shell Sungai Dua
selesai solat, aku tengok WhatsApp.. kawan tue kata apps Grab dia problem, dan minta aku ambil dia.. aduhh.. so, aku pun terus ke KTM Bukit Mertajam.. kena kari pulak, aku dah sampai, kawan aku entah di mana.. aku sampai sini dalam jam 5:15 petang.. batang hidung tak nampak.. sekali dia sampai kat aku, hujan turun selebatnya.. mujur sekejap aje, dalam 30 minit kot..
di KTM Bukit Mertajam
hujan lebat daa.. teduh dulu
bila dah reda hujan, kami pun ke kedai motor tue berpandukan GPS member aku tue.. akhirnya sampai ke Kedai Motor KAHR jam 6:10 petang.. alhamdulillah.. banyak koleksi motor kat kedai nie..
Movistar Edition (Y15ZR Y125ZR, NVX)
legend, Yamaha TZM 150
khusyuk kawan aku uruskan semua berkaitan motor dia, sampaikan tak perasan aku ambil gambar dia.. hehehe.. welcome to Y15ZR club..
kuning buat abang pening
siap ambik gambar ooo
kemudian kami gerak dari kedai motor tue.. isi minyak di Petron Jalan Kolam, berdekatan kedai.. kawan aku solat Asar di sini.. refuel RM7.50 (3.378 liter) yang kawan aku sponser.. TQ brader.. lepas solat, terus gerak.. menggagau juga ikut signboard nak balik ke Alor Setar.. hahaha..
refuel di Petron
kami berhenti pekena char kuew teow di Sungai Dua.. lega boleh makan, lapar kot.. hahaha.. kawan belanja, kita makan aje la..
char kuew teow special
dalam perjalanan, sempat ambil video nie.. pendek jer la, lagipun cuaca dah gelap sebab malam.. hehehe..
kami plan nak solat di Shell R&R Gurun (U).. kami sampai sini dalam 8:45 malam..
gambar di Shell R&R Gurun (U)
aku tak nak ambil risiko, walaupun yakin minyak cukup untuk balik rumah.. so, refuel jer la.. kali nie RM6.35 (2.860 liter).. kemudian kami teruskan perjalanan.. tak jauh dah.. tapi badan dah penat pun masa nie..
refuel di Shell R&R Gurun (U)
kami pekena teh tarik di Kepala Batas, sebelum pulang ke rumah.. layankan aje la.. hehehe..
aku sampai rumah dalam jam 10:15 malam.. alhamdulillah semua lancar dan selamat, tak basah kena hujan.. syukur ke hadrat Ilahi..
dah sampai rumah pun
jumlah perjalanan hari ini sejauh lebih kurang 215km sahaja.. pengisian minyak hari tue dalam RM29.50 (13.28 liter).. tapi masih ada baki banyak lagi la.. layankan aje la.. tak lama lepas tu kawan aku bagi gambar odometer dia.. 121 km jer dari Bukit Mertajam tadi..
121 km.. lenjan..
itu aje la cerita teman kawan pergi ambil motor baharu di Bukit Mertajam.. sekian, terima kasih daun keladi.. nanti ada umur yang panjang, kita jumpa lagi.. assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment