...

...

Friday, December 21, 2018

kembali ke coverset Y15ZR

assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. harap korang semua dalam keadaan sihat dan gembira.. aku?? in shaa Allah dalam keadaan baik, cuma lembik sikit la lepas bersukan di Bukit Merah Laketown Waterpark.. hehehe.. 

memandangkan aku bercuti sampai cuti umum Krismas, dan hari Krismas nanti ada ride ke Teluk Batik, maka kena la rajinkan diri tukar coverset nie.. saje jer, rasa dah boring pakai MX King OEM yang beli hari tue.. set biru robot nie aku beli dari seorang guru yang bertugas di Banting.. beli masa aku datang kursus di Petaling Jaya bulan April hari tue kot.. aku pun lupa, lama dah..

semalam, balik dari office aku terkena hujan.. dah alang-alang basah, maka kena rajinkan "bersenam" la petang tue.. jadi inilah hasilnya.. cuma, mudguard takdan nak tukar lagi la.. sayang nak tebuk mudguard original, kena cari mudguard OEM (kebetulan hitam) tue la.. ada kot dalam kotak.. yang merah tue dah kena tebuk pun rasa genang ayaq mata, set original Exciter merah putih kot (la nie mana ada dah)..

so, tue jer la.. nak rehat sekejap.. lepas Maghrib nak keluar makan, aku dan keluarga sudah lapar.. hehehe.. tue jer la.. assalamualaikum..





Thursday, December 20, 2018

Day Ride to Teluk Batik 2018

jom mulakan perjalanan

assalamualaikum dan salam sejahtera.. apa khabar?? aku Alhamdulillah sihat sejahtera.. cuma masih agak kepenatan.. semalam buat day ride ke Teluk Batik.. anggaran perjalanan dalam 600 km juga la.. keluar rumah jam 7:20 pagi, dan sampai semula ke rumah jam 12:45 tengah malam.. ha ha ha.. ambil, nak sangat ride kan..

jadi, day ride ke Teluk Batik ini sempena cuti umum Hari Natal.. ala, Krismas la tue.. macam yang tertulis kat tentatif yang bawah tue, perancangan, jadual dan peserta yang akan sertai.. tapi Allah menentukan, segala apa pun yang kita rancang.. jadi, ride kali ini dapat menghimpunkan 12 buah motosikal.. 8 buah Yamaha Y15ZR, 2 buah Honda RS150R, 1 buah Yamaha LC135 dan Yamaha R25.. semua 4 lejang punya la.. hehehe..

jadual asal, berkumpul di kedai makan tepi Tol Alor Setar (S).. aku keluar rumah lewat sikit (dalam 7:20 pagi) sebab cari sarapan untuk family.. tapi gerai yang aku biasa beli, semua tutup.. jadi pulang hampa.. tak sarapan la aku.. aku sampai di RV Point tu dalam 7:40 pagi.. kawan-kawan masih ada yang belum sampai, dan ada yang bersarapan.. terima kasih Lah, kerana belanja makan pagi nie.. aku cuma berselera minum teh-o panas sahaja.. tak lalu nak makan.. kutipan untuk ride kali ini, RM60 seorang.. untuk memudahkan proses pembayaran di kedai makan..

setelah semua sampai lebih kurang jam 8:00 pagi, kami bertolak ke Teluk Batik.. perancangan awal, nak berhenti di R&R Gurun (S) dan R&R Gunung Semanggol (S) untuk isi minyak.. jadi, ambil gambar dahulu la.. maaf sebab kualiti gambar atau video kurang memuaskan sebab semua aku ambil cuma dari perkongsian dalam group WhatsApp sahaja.. kali nie aku cuba masukkan video sekali (pakai Photo Grid sahaja).. ala, bukan expert pun.. layan aje la..


jom. 10 buah motosikal


lagi 2 buah motosikal

untuk makluman, aku tak sempat isi minyak sepenuhnya siap-siap sebab dah ada hampir penuh dalam tangki.. cuma dah bergerak dalam 31.7 km (dalam gambar mula-mula tue).. jadi, aku teruskan perjalanan.. di R&R Gurun (S) baru refuel.. Petron RON97 sebanyak RM5.80 (2.32 liter).. kemudian kami ambil dahulu gambar kenangan.. kami gerak dari R&R Gurun dalam 8:30 pagi.. masa nie milage motosikal aku dah 89.0 km.. kiranya dari rumah dah bergerak dalam 57.3 km la..


di Petron R&R Gurun (S)

kami seterusnya bergerak ke Shell Sungai Dua.. berhenti sekejap kat sini, unscheduled stop.. tak lama lepas tue, kami teruskan perjalanan ke Petron R&R Gunung Semanggol.. kami sampai jam 11:00 pagi, rasanya la.. sebenarnya aku dah lupa sebab takde ambil gambar dengan handset aku.. kalau ada ambil, senang nak tengok melalui timestamp.. takpelah.. layan aje la.. aku tak refuel kat sini sebab minyak baru turun 1 bar.. terkejut juga sebab tak memecut, kelajuan malar, 1 bar tue boleh pergi dalam 88km.. mungkin meter kecoh juga kot.. ha ha ha..



video dari Bashir, diambil di Bertam

sempat lagi Bashir ambil video macam kat atas nie.. video tue panjang juga la, dekat 2 minit.. aku cut jer la (masuk part aku dah la, ha ha ha) sampai jadi 30 saat jer.. jadi la kan.. sekitar Bertam rasanya, sebelum sampai ke tol Sungai Dua..

di Petron R&R Gunung Semanggol (S)


di Petron R&R Gunung Semanggol (S)

masa kat Terong, Lan sempat ke kedai motor untuk tukar minyak enjin.. sempat la kami berehat sekejap, satu lagi unscheduled stop.. masa nie aku sempat tanya member yang duduk di Manjung, kedai makan tengah hari yang agak sedap.. siap jer Lan tukar minyak enjin, kami sambung perjalanan.. hmm, berdekatan rumah wan, sempat aku ambil video.. suka-suka jer pun.. video kat bawah nie la.. ha ha ha.. mak aku belum balik sini lagi, mungkin kat Ipoh lagi la kot.. takpelah pun.. kami semua teruskan perjalanan

video di rumah wan, di Matang King!!

kami tiba di Sitiawan dalam jam 12:30 tengah hari.. aku memang dah kelaparan sangat masa nie.. sabar jer la.. aku refuel di BHP Sitiawan.. banyak stesen minyak baru dekat area sini, termasuk kat area Manjung Point.. masa nie milage aku dah 299.0 km.. maknanya dari full tank di R&R Gurun (S) tadi, sampai ke sini, dah 210.0 km clocked.. lupa pula, refuel sebanyak RM9.00 (3.59 liter)..

refuel di BHP Sitiawan

lepas teruskan perjalanan, kedai makan yang member aku cadangkan tue kelihatan terlalu ramai orang.. Restoran D' Warisan dan Restoran Silaturrahim.. jadi kami pun terus ke Teluk Batik jer.. makan aje kat kedai yang ada kat sana.. ha ha ha.. kene katok pun, katok la.. duit ada banyak kan, untuk perbelanjaan makan.. macam-macam yang kami makan, cuma gambar takde yang ambil kot sebab semua kelaparan.. gambar beratur ambil makanan, ada la.. hahaha.. keseluruhan bil, RM177 untuk 12 orang makan.. dalam RM15 seorang.. biasalah tue agaknya.. layan aje la.. kan kan..

sekitar kedai makan dan parking motor

selesai makan, kami duduk tepi pantai.. panas terik juga, cuaca memang baik.. angin ada, tapi sepoi-sepoi bahasa aje la.. ada yang offer untuk naik bot, tapi macam mahal juga la.. nego punya nego, tak capai kata putus.. maka, tak payah la kan.. kemudian, Bob belanja kami makan aiskrim roti.. terima kasih Bob, moga sentiasa murah rezeki hang..

lepak tepi pantai.. panas yakmattt..

aiskrim roti

gambar kenangan di Teluk Batik


gambar kenangan di Teluk Batik

selesai semua aktiviti bergambar di Teluk Batik, kami teruskan perjalanan ke Jeti Lumut.. niat nak membeli sedikit ole-ole la.. ikan bilis dan sotong kering jer.. sebelum nak shopping tue, kami solat dahulu di Masjid al-Adly.. dekat jer dengan jeti.. selesai solat dan berehat sebentar, baru la shopping.. masa nie baru sekitar jam 4:00 petang.. kami shopping kat Hasil Laut Jamilah, kebetulan Bob biasa datang sini masa bawa pelancong.. dapat la kot 'special price', kononnya la..

depan Hasil Laut Jamilah

kami gerak terus ke Taiping.. cadangnya nak pekena roti bakar arang kat Fadzil House.. sekali, TUTUP daa.. takpelah pun.. pusing sekitar Taiping, last sekali lepak kat Medan Penjaja belakang Balai Bomba.. pekena yong tau foo jer la.. he he he.. 

layan..layan..


nampak sedap, kan??

dalam 7:00 malam, kami gerak untuk ke Restoran Wajib Ali, Butterworth.. diorang nak pekena nasi kandar gulai ayam kampung.. layankan aje la, walaupun hakikatnya dah lama aku stop makan kat kedai mamak nie.. takpelah pun.. kami berhenti solat dahulu kat Petron R&R Gunung Semanggol (U), selesai awal mudah sikit.. kalau kena hujan ke ape ke lepas tue, takde kisah sangat.. Kami gerak lepas solat, dalam 8:45 malam.. kami berhenti isi minyak di Shell Juru, sebab aku tak yakin minyak motor aku cukup untuk refuel di Shell Pantai Bersih.. kat sini aku isi RM8.95 (3.58 liter) sampai di Butterworth dalam 9:45 malam juga la.. makanan simple aje, macam dalam gambar di bawah.. nasi putih, gulai ayam kampung, telur masin, dan papadom..



masing-masing menjamu selera

dalam 10:45 malam, kami gerak pulang.. aku singgah sekejap di Tol Sungai Petani (U) sebab ada nak ambil barang.. kawan-kawan yang lain teruskan perjalanan ke R&R Gurun (U) sebab cadangnya kami nak minum kat sana.. lepas ambil barang, aku pun solo ride ke R&R Gurun (U) la.. kena tunggu jam 12:00 tengah malam pula untuk tukar syif kerja, ada kawan-kawan yang nak isi minyak.. selesai isi minyak, kami pun gerak.. masa nie hujan mula turun, renyai-renyai jer la.. aku sampai di rumah dalam 12:45 tengah malam.. alhamdulillah, semua selamat.. milage terakhir, 610.1 km.. perjalanan hari ini berjumlah 578.4 km sahaja.. semua lancar, syukur.. perbelanjaan lebih kurang RM 23.75 (9.49 liter).. purata anggaran, 64.29 km/liter, ataupun RM 3.89/100 km.. OKlah tue.. anggaran kasar jer pun.. semoga berjumpa lagi di lain lembaran.. assalamualaikum..

sampai di rumah.. 610.1 km..


--------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Salam Permotoran.. Kat bawah nie adalah tentatif perancangan "Ride To Teluk Batik" yang dianjurkan oleh kawan-kawan.. Lama sungguh tak ride.. Last ride rasanya pergi Karnival Gen Blu Yamaha masa pelancaran Yamaha R15 di Stadium Batu Kawan.. Takpelah, kita tengok jadi macam mana nanti ride nie.. Lama tak menulis, rasa kekok pun ada juga.. Ape² nanti aku update lain.. Assalamualaikum.. (20/12/2018)

--------------------------------------------------------------------------


dah ready untuk ride.. tapi gambar lama nie.. 

RIDE TO TELUK BATIK
Tarikh: 25/12/2018 - Selasa
Jam: 7:30 pagi
Anggaran kutipan: RM60/orang

Senarai Peserta:
1. Otai Roslan
2. Bob
3. Bashir
4. Bang Lah m putih stail
5. Zul legend
6. Sham - in shaa Allah
7. Cek Art - in shaa Allah
8. Fawwaz newbies
9. Die  - in shaa Allah

Tentatif program
7:30 pagi - Berkumpul di Tol Alor Setar (S) dan sarapan pagi;
8:30 pagi - Bertolak ke Teluk Batik.. Berhenti isi minyak di Shell R&R Gurun (S);
10:30 pagi - Berhenti isi minyak di Shell R&R Juru (S);
1:15 tengah hari - Berhenti solat, makan tengah hari dan isi minyak;
2:30 petang - Pusing² sekitar Teluk Batik;
4:00 petang - Bertolak balik dan singgah Taiping pekena roti bakar;
6:30 petang - Berhenti isi minyak di Petronas R&R Juru (U);
8:00 malam - Berhenti solat;
8:30 malam - Pekena nasi arab Bertam terbaikkk.. ;
10:00 malam - Berhenti di R&R Gurun (U) pekena Kopi O;
11:00 malam - Balik ke rumah masing².

Semoga pejalanan kita selamat pergi dan selamat sampai balik.. Aaminnn..

2018 3rd Day Ride

assalamualaikum dan salam sejahtera.. walaweiii, lama giler tak menulis.. cerita yang nak disampaikan nie pun dah basi sebenarnya.. hahaha.. tapi untuk tujuan dokumentasi, tulis juga la.. suka hati aku la, blog personal aku kan..

ceritanya berlaku pada 29 Julai 2018.. Hong Leong Yamaha Malaysia anjurkan Karnival Gen Blu di Stadium Batu Kawan.. banyak la kedai motor yang anjur RIDE ke tapak karnival.. tak silap aku, karnival ini juga untuk perasmian Yamaha R15 yang baharu tue.. lebih kurang 2 minggu sebelum event, aku dan kawan-kawan mendaftar bawah Heap Keong Motor (HK Motor) Alor Setar.. sebab ape?? sebab dapat duit belanja RM50 untuk makan dan minyak.. selain tue dapat baju t-shirt dan sarapan pagi..

aku bertolak dari rumah jam 7:30 pagi.. dah janji nak jumpa kawan-kawan di Masjid Zahir, malas nak ke HK Motor terus.. 
sebelum memulakan perjalanan

sementara tunggu kawan-kawan nak sampai, ambil gambar.. bukan selalu nak ada peluang macam nie.. hahaha..

kenangan depan Masjid Zahir

dah kumpul semua (aku, Lah, Lie. Lan, Dee dan Bashir), baru kami gerak ke HK Motor.. ramai dah kat sana.. kami daftar dahulu, dapat duit RM10 dan sarapan.. untuk elakkan orang ‘lari’ sebelum sampai Stadium Batu Kawan, diorang bagi baucer RM40 untuk ditebus wang tunai di sana.. faham, kan?? so, dalam 9:00 pagi baru bertolak dari Alor Setar.. ingatkan konvoi ada la jurupandu arah, rupanya bebas.. jadi suka hati la, janji sampai.. masa nie Syahril dah join tapi naik motor EX5 dia, dan Bob sekali naik RS150R dia la.. sampai di highway, motor Syahril problem.. dia patah balik untuk ambil motor LC.. kami semua tunggu dia kat R&R Gurun.. tak lama lepas tue, Syahril sampai dan kami pun gerak la..

nak gerak dah nie

kami sampai di Stadium Batu Kawan dalam 11:30 pagi kot.. kami geng yang last tebus baucer tue.. so, dapat dah la RM50 yang dijanjikan.. hehehe.. kami pun roger Jan, dia ke sana dengan geng taman katanya.. lepas tue kami pun ronda dalam khemah yang disediakan.. macam gambar kat bawah nie la.. koleksi motor-motor Yamaha.. hehehe..

ada yang berminat??

boleh buat ilham

tak lama lepas tue, perasmian Yamaha R15 dan minyak enjin terbaharu.. layankan aje la dalam kepanasan terik mentari tue.. tak lama pun kami kat sana, lagipun aku takde nak beli ape.. tak beli ape, maknanya takde isi borang untuk cabutan bertuah.. so, kami decide nak gerak.. kami pi makan kat area Kuala Juru, bawal goreng la yang top kat sebelah sini.. hahaha.. gambar tak jumpa pula untuk tempek.. maaf la, sebab kisah lama kan..

lepas makan, kami berhenti solat dahulu.. selesai solat, kami gerak ke Pantai Merdeka.. isi perut lagi.. aku cuma makan lai chi kang jer la.. kekenyangan lagi.. sendat dah perut nie.. 

lai chi kang Pantai Merdeka

dalam 4:30 petang aku minta diri dahulu.. aku kena ambil anak-anak sekolah jam 5:45 petang.. aku gerak solo aje la.. lepas isi minyak di Tikam Batu, terus naik highway la.. bila seorang diri ride, memang majoriti adalah full throttle la.. hahaha.. aku sampai di sekolah anak-anak jam 5:35 petang.. terus ambil anak-anak dan balik rumah.. 

so, hari tue milage clocked dalam 310 km.. OK lah tue, Jitra - Batu Kawan - Jitra aje pun.. enjoy juga la, sebab ride nie kadangkala jadi ketagihan.. hehehe.. itu jer la.. jumpa lagi nanti.. assalamualaikum..

selamat sampai rumah

Sunday, October 7, 2018

Salin Baju Sat..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. LAMA sungguh tak menjenguk blog nie.. Merata-rata sawang eh.. Hahaha.. Sebenarnya ada cerita yang dah lama nak update, mengenai Karnival GenBlue Yamaha di Batu Kawan sempena pelancaran Yamaha R15.. Tapi entah, lupa dan takde mood.. Terus lupa nak upload dan buat story.. 

Kebetulan, memang awal Oktober aku ke Putrajaya atas urusan kerja.. Jadi aku pun contact seller di KL sebab teringin nak pakai coverset OEM (walaupun ramai yang pernah bagitau set nie tak berapa perfectly fit macam orimotor ataupun HLYM).. Tapi sebab nak cuba, layankan aje la.. So contact juga la seller tue dan dapat la harga yang agak OK.. RM250 satu set OEM.. Mungkin korang ada yang dapat lagi murah, itu rezeki masing-masing la.. 

Bila tanya kat kawan-kawan (kot la ada yang nak selit order), ramai pula berminat.. Aku tanya seller berapa banyak yang boleh muat dalam kereta.. Dia kata maybe 5.. So, aku open kirim untuk 4 set jer la, dah 1 set aku punya.. Hahaha.. 5 set yang aku order adalah:

1. MX King Black Matte
2. MX King Grey Yellow Matte
3. Exciter GP Blue
4. Exciter GP Blue
5. Exciter RC White

Jadi, hari Khamis 4 Oktober 2018 aku pun balik ke Kedah.. Sempat la hantar dahulu 2 set kat member di Tol Alor Setar (Selatan).. Aku terus pasang coverset aku bila sampai kat rumah.. Sebab sebelum ke Putrajaya tue, aku dah buka coverset siap-siap.. Tapi sebab ada banyak nyamuk malam tue, tak pasang habis pun.. Aku sambung pasang hari Jumaat pagi.. Dan di bawah ini la hasilnya.. Boleh la, sesuai harga dia la.. 

MX King Black Matte 2018

Petang tue, lebih kurang lepas Asar, member aku pun datang rumah.. Minta pasangkan untuk dia.. Aku OK jer.. 5:00 petang mula buka, 6:15 petang dah siap pasang.. Alhamdulillah dimudahkan.. Lagipun kawan nie siap bantu buka inner hitam dari coverset lama untuk dipindahkan ke coverset baru nie.. Dan hasilnya adalah kat bawah nie.. 

Exciter GP Blue 2018

kelihatan motor aku macam monster.. sebab USD fork tue kot

Hari nie, Ahad 7 Oktober 2018.. Aku tanya seorang kawan tue sama ada dia dah pasang ke belum coverset.. Rupanya dah selesai.. Yang nie lagi meriah, siap pasang spoiler (carrier) merah dan tampal emblem Yamaha tue.. Sakan, sakan.. Nampak kemas dan elok.. 

Exciter RC White 2017

Yang Exciter GP Blue lagi satu belum pasang.. Member tue pun sibuk sebab wife dia baru bersalin hari ini.. Seorang lagi kawan yang beli MX King Grey Yellow Matte tue, khabarnya dah siap pasang pun.. Kira OK la tue.. Sebenarnya tak susah pun nak buka dan pasang coverset nie, cuma perlu kesabaran dan teliti jer la.. Kalau takde elemen nie, silap-silap klip pada coverset tue boleh patah, skru dan wiring pun boleh terlupa pasang.. Tak pasal-pasal kena buka semula nanti.. 

So, itu aje la cerita buat masa nie.. Jumpa lagi di masa akan datang.. Assalamualaikum.. 

Wednesday, June 27, 2018

Break Fast Ride to Butterworth

Restoran WajibAli Nasi Kandar

assalamualaikum dan selamat pagi.. aku menulis nie sementara nak menunggu sahur, lepas tengok game Argentina vs Nigeria.. lega la Argentina boleh layak 2nd round World Cup, walaupun pada awalnya rezeki macam menjauhi mereka.. hahaha.. cerita bola pulak.. dulu yelah, minat juga Argentina.. sekarang tidak sama sekali..

semalam, 26 Jun 2018.. tiba-tiba Basir mengajak lepak makan.. aku pun berkira-kira nak pergi ke tak sebab masih berpuasa.. dia dok ajak, dan kata sempat.. sempat ape tah.. aku pulak kebetulan datang kerja sekali dengan wife, kena tunggu dia ambil aku dari tempat kerja, nak ambil anak-anak lagi.. tapi Alhamdulillah la, sampai rumah dalam 6:00 petang.. siap-siap, dan keluar dalam 6:15 petang.. aku pakai sandal aje, dah ingat dekat-dekat aje..

kena isi minyak dahulu la.. walaupun minyak baru turun 1 bar.. isi di Petronas Taman Tengku Maheran, Jitra.. RM5.50 RON97 (2.12 liter).. lepas tue terus ke tempat nak jumpa, di Tol Alor Setar (Utara).. aku sampai dalam 6:30 petang, macam dijanjikan la..

isi minyak dahulu

kesian Din tunggu lama di Tol Sungai Dua

RV Point, Tol Alor Setar (U)

rupanya kena getah juga la.. seorang pun tak sampai lagi.. tak lama lepas tue Basir dan member dia (Hafiz) sampai.. ingatkan bertiga jer, rupanya ada lagi.. tak lama lepas tue, Syahril dan 2 orang lagi (Najimi dengan Bob) sampai.. jadi kami berenam la.. destinasi?? Bagan aka Butterworth.. dah la masa tue 6:40 petang dah.. kebetulan ada juga yang puasa sama hari tue.. dan Nidzomudin (Din) tunggu di Tol Sungai Dua, nak join sama katanya..

masuk jer highway, berdesup diorang memecut.. hilang dari pandangan seorang demi seorang.. aku tak berani nak rembas lagi.. tahan je la nafsu tue.. puasa lagipun, kan?? jumpa diorang balik di R&R Gurun.. ada yang isi minyak.. yang berpuasa beli air siap-siap sebab tau dah tak sempat sampai Bagan sebab masa nie dah 7:15 petang..

6 orang kami dari Alor Setar

aku berbuka puasa sambil pulas throttle.. buka puasa 7:37 malam, kebetulan masa tue dekat area Bertam dah.. minum air laici Fruit Tree tin jer.. layan.. sampai di tol Sungai Dua dalam 7:45 malam.. jumpa Din dan terus gerak.. berhenti isi minyak di Petron Sungai Dua, ada yang minyak dah kering.. selesai isi minyak, terus ke destinasi yang hendak dituju..

destinasi tersebut, macam dalam gambar paling awal sekali.. Nasi Kandar WajibAli.. dekat area Maybank Butterworth @ Bagan.. memang tak pernah rasanya makan kat sini.. terus ambil nasi, lauk macam biasa aku la.. ayam goreng, kobis, telur masin, papadom.. kawan-kawan lain lagi sakan depa makan.. order hantar nasi ke meja.. hebat-hebat.. depa tak habaq kat kita, saja biaq kita pi beratoq amik makanan.. takpalah, habuan buka puasa kan.. jarak tempat nie dari rumah aku lebih kurang dalam 110 km juga la.. muaafir dah tue.. hehehe..

makan sampai kenyang

yang penting, ada tempat solat kat sini.. jadi lepas makan, boleh solat.. takde la terkejar-kejar nak cari masjid/surau.. Maghrib kan pendek waktunya.. selesai solat, aku tanya diorang nak ke mana.. diorang nak ke Penang, naik feri.. aku macam malas la, lagipun takde ape nak cari.. so, aku decide nak balik la.. takpe, biasa dah aku solo ride nie.. lepas salam dan lambai-lambai, kami pun gerak.. aku terus ke Petron Jalan Jelawat (ala, jalan utama nak ke Seberang Jaya), dekat lepas tol ape tah kat sana.. dekat depan kilang Intel kot.. aku pun lupa dah.. hahaha..

isi minyak dahulu kasik penuh semula

kat sini aku isi RM7.85 RON97 (3.03 liter).. aku gerak dari situ dalam 9:10 malam.. terus naik highway Utara-Selatan.. bila sorang nie ikut mood juga la.. kekadang laju kekadang perlahan.. aku cuma maintan 8,000 rpm jer.. speed dalam 110kmj jer.. ikut kelajuan highway la.. hahaha.. tapi minyak parah jugak la.. sampai rumah, dah tinggal 2 bar jer.. kuat jugak minyak.. adehh.. dalam kepala dok fikir penyesalan jer.. sabor jer la.. nak buat macam mana, kan..

isi minyak

dah sampai rumah

aku sampai rumah jam 10:15 malam.. hari nie clocked milage sebanyak 225.4 km.. jauh juga la tue, macam dari Jitra nak balik Ipoh dah.. hehehe.. ape pun, Alhamdulillah semua OK.. sampai rumah terus WhatsApp member la untuk bagitau dah sampai.. kawan-kawan pulak 'payung' gambar diorang dalam feri nak ke Penang.. diorang balik jam berapa pun tak tau la.. hahaha.. apa pun, rasanya semua selamat kot.. jumpa lagi di lain lembaran, kalau ada lagi ride event / day ride / ride otak seminit.. hahaha.. assalamualaikum..

seronok depa ke Penang

Sunday, June 24, 2018

2018 2nd Day Ride

penuh gallery handphone.. haha..

assalamualaikum dan salam sejahtera.. masih belum terlewat untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir dan Batin.. tapi sebenarnya cerita nie dah lama pun.. cuma, aku memang malas dan takde mood nak menulis.. entah la kenapa.. event nie, adalah Day Ride kedua dalam tahun 2018.. seminggu sebelum event nie, aku ride ke Pulau Pinang mencari sepinggan nasi kandar.. hahaha..

tapi, ride nie dirancang awal.. berbeza dengan ride ke Penang pada 3 Mac 2018 tue, yang tue betul la ride otak seminit.. yang nie sebab nak langkau sempadan, kena plan la juga.. lagipun aku pun tak ingat jalan, lama dah tak ke Thailand.. so, kebetulan event nie ramai yang join.. termasuk yang aku tak kenal pun.. kawan atas kawan.. tapi ape ada hal, layankan aje la.. ride tetap ride la kan..

beberapa hari sebelum ride, aku ke money changer di Aman Central.. sebab dok tengok kadar tukaran macam OK jer.. RM1 = THB8.. aku tukar sekali untuk kawan-kawan, jumlah semua RM375 (THB3000).. THB500 untuk Lie, Lah, Lan dan Dee.. baki THB1000 aku punya la.. dah tanya dalam group pun, takda siapa nak kirim lagi.. so, OK la.. aku assume semua pandai-pandai nak tukar sendiri la..

sebelum mulakan perjalanan pada 10 Mac tue, aku isi minyak dahulu di Petronas Taman Tengku Maheran.. kena check semula penyata kad kredit dan harga minyak, baru la ingat.. hahaha.. pagi ini isi RM10.60 RON97 (4.29 liter).. kemudian jumpa Dee di area Taman Siswa.. kami berdua dari Jitra, akan kumpul dengan kawan-kawan lain di persimpangan lampu isyarat Pokok Sena.. 

mulakan perjalanan di Petronas TTM

tak dan jalan jauh, Dee sakit perut.. singgah di masjid dekat Banai sekejap la.. Dee memerut dahulu.. hahaha.. aku pekena Nescafe tin yang beli di Petronas tadi.. sambil tue, boleh ambil gambar motor.. hahaha..

masjid Banai

tepat jam 8:00 pagi kami sampai di tempat yang dijanjikan.. seorang pun tak nampak kelibat.. sabar jer la.. tak lama lepas tue, muncul ahli yang kami tak kenal.. tapi OK jer, kita kenal-kenal la.. Bad (SYM 250), Syamel (tumpang Bad), Pija Y15ZR, Jan 125ZR.. rasanya la.. aku dah lupa, maklumlah kenal setakat hari tue jer.. lagipun masa aku menulis nie, depa semua dah keluar group WhatsApp pun..

aku dan Dee

tak lama lepas tue, Lan, Lie, Syahril, kawan Syahril (nama lupa pulak mamat naik LC biru-perak tue).. Lah paling dekat, tapi paling lambat sampai.. ha ha ha.. kami 10 buah motosikal terus ke Kompleks CIQ Kota Putra (masuk Thailand ikut Durian Burung/Ban Prakop).. singgah isi minyak di Shell & Caltex Kuala Nerang.. aku tak isi minyak pun sebab masih full rasanya.. bila sampai di CIQ Kota Putra, jumpa Iqbal (dah pernah jumpa sebab sekali ke Terengganu) dan kawan dia PakDee.. jadi rasanya kami hari tue 12 buah motosikal la.. masa di CIQ Kota Putra, terjumpa kawan Y15ZR Kedah yang kerja sebagai Imigresen kat sana.. sempat la borak sekejap, tanya jalan.. lagipun dah lama, takut lupa..

sempadan Malaysia - Thailand

di sini, berbeza dengan Bukit Kayu Hitam/Dannok.. kat sana pekan dia 'hidup', jadi mudah nak dapatkan simcard Thailand.. jadi sebab risau sesat dan tak jumpa jalan (buang masa pusing-pusing), aku pun beli juga la pass sehari data roaming.. RM38 juga untuk 500MB data.. ye, 500MB jer.. layankan aje la..

beli data roaming, masa di sempadan

kami pun mula isi borang (White Card dan TM2 Form).. White Card nie pengenalan diri, TM2 untuk kenderaan yang dibawa.. kat sini pun banyak buang masa dah, walaupun orang tak ramai.. semua selesai declare dan cop pasport/border pass masing-masing dengan jayanya.. dekat sejam juga kat sini, sekali masa untuk ambil gambar.. hahaha..

banprakop immigration

ambil gambar dahulu

destinasi pertama macam dalam gambar di atas yang ada navigation map tue.. ke Coco One Beach.. cantik tempat tue.. tapi nie pun aku terpaksa juga navigate GPS bila aku dah mula hilang pedoman dan takut salah jalan.. masa dalam perjalanan, budak yang baik Y125ZR tu tak tukar duit rupanya.. mana nak cari money changer pun.. last sekali masa dia nak berhenti isi minyak (mungkin tak isi di Kuala Nerang tadi), dia ambil dahulu duit aku yang THB1000 tue.. ingatkan nak bahagi dua, sorang ambil THB500, rupanya tak.. dia bagi terus gantian RM125 kat aku.. ah, sudah..

sampai sesat juga la masuk kampung mana tah (silap simpang jer pun), sebab kebetulan jalan dia hampir sama.. setahun lepas kot aku ke sana kali pertama, nie baru kali kedua.. memang tak berapa ingat la.. akhirnya jumpa Coco One nie jam 12:15 tengah hari.. panas tidak menghalang sesi bergambar dan santai kami.. layankan aje la.. jangan muntah tau..

Coco One Beach

Coco One Beach

25 minit jer kami kat situ.. perut dah mula lapar.. yelah, pagi tadi sarapan masing-masing jer.. singgah di kedai makan, dan order sendirian berhad.. aku order nasi goreng daging kot, sekali green tea.. OK lah dari segi rasa.. masa nak bayar, kedai nie tak terima RM.. so pinjam duit Dee la THB100.. makanan aku cuma THB80.. hehehe..

makan tengah hari..

dalam jam 2:00 petang, kami berhenti solat jamak & qasar di sebelah stesen minyak.. ada surau.. kami berjemaah dengan orang dari Pattani.. selesai solat, isi minyak la.. tak tahu RON apa.. pakai isi aje la.. THB70 juga la masa nie.. tak ingat pula berapa harga seliter.. aku memang takde duit dah masa tue, dah budak yang naik Y125ZR tu ambil semua tadi.. terpaksa pinjam kat Lie THB100.. hahaha.. layankan aje la..

nak sampai Songkhla dah

masa isi minyak tadi, jarak perjalanan dari rumah aku ke situ cuma 144.6km jer.. takde la jauh mana pun kan.. dalam jam 3:30 petang, kami sampai di Samila Beach.. masing-masing buat aktiviti sendiri la.. ada yang bergambar dengan patung duyung, ada yang menunggang kuda, ada yang mencuci mata membeli belah.. aku?? lepak sekejap, lepas tue pekana aiskrim nyior (kelapa) macam gambar kat bawah.. harga, tak silap aku THB35 kot.. aku lupa la.. memang kewajipan la kalau ke sini, untuk pekena ais krim nyior nie..

sedap tak??

lepas semua dah selesai urusan, kami menuju ke Khlong Hae Floating Market.. kami sampai di sana dalam 5:15 petang.. parking motor di tempat berbayar, habis baki duit aku THB20.. hehehe.. kat Khlong Hae nie, aku kena 'puasa' la.. apa pun tak beli, dah duit takde.. nak pinjam duit kawan-kawan pun jadi malu dah.. takpelah pun..

Khlong Hae Floating Market

aku cuma borak dengan PakDee jer la last sekali.. dah boring borak, kami pun menuju ke tempat parking motor la.. jumpa dengan yang lain, geng Penang+Kulim decide nak bermalam di Hatyai.. jadi, kami berpisah kat situ je la.. aku cuma bagi panduan macam mana nak ke Haytai (tatau diorang dengar dan ikut ke tak).. Kami yang lain, geng Alor Setar, tak silap 7 buah motor balik ke Malaysia.. elok sampai di Dannok jam 7:30 malam.. kami terus ke Daging Bakar Abang Don.. kat sini aku lega dah, boleh makan sekenyangnya sebab dah boleh pakai RM kat sini.. order nasi goreng kampung, daging bakar, tomyam dan teh ais.. kenyang tersandar semua lepas makan.. hahaha..

Daging Bakar Abg Don & Kak Zainab

sedap dan kenyang

selesai makan, kami pun bertolak pulang ke Malaysia.. ini first time aku balik Malaysia ikut Bukit Kayu Hitam lepas pembukaan CIQ baru.. nampak lebih tersusun dan luas la.. cuma kaunter tak banyak buka, jadi sesak juga la.. bila dah masuk Malaysia, terus ke Petronas Bukit Kayu Hitam.. aku isi minyak di sini, RM8.10 RON97 (3.28 liter).. kemudian terus solat jamak & qasar di surau Petronas tue.. dah selesai semua kat situ, kami bertolak pulang ke rumah masing-masing.. masa nie pun dah 9:30 malam kot..

traffic light changlun.. dan lagi ambil gambar..

last jumpa kawan-kawan di lampu isyarat Changlun.. lepas tue, semua memecut membawa haluan motosikal masing-masing.. Dee keluar dahulu di persimpangan Malau, kemudian aku di persimpangan Bandar Darulaman.. yang lain pun Alhamdulillah selamat sampai.. total perjalanan hari tue, 330.8 km sahaja.. semua selamat, itu yang penting..

kawan-kawan yang bermalam di Hatyai, malam tue dan esoknya masa on the way balik, depa dok panggung gambar sahaja.. suka la tue, bagi orang geram.. hahaha.. apa pun, semua pun selamat pulang lepas tue..

itu sahaja cerita 2nd Day Ride 2018 aku untuk kali ini.. sejak itu, sampai ke hari ini (24 Jun 2018), tiada apa-apa ride event yang aku join.. ikutkan 3-5 Mei 2018 nak ke Melaka, tapi sebab hampir dengan Pilihan Raya Umum ke 14, terpaksa tunda.. tunda punya tunda, ingat nak buat minggu nie (28-30 Jun 2018), tapi nampak gaya macam tak jadi juga la.. Melaka nie semacam susah nak atur pulak, tahun lepas (kalau tak silap bulan Ogos) pun ada plan nak ke Melaka, tak jadi juga.. dan ditukar plan tersebut ke Terengganu (Januari 2018).. apa pun, perancangan Allah adalah yang terbaik.. in shaa Allah, Januari 2019 akan ke Johor.. layankan aje la.. itu jer la, panjang pula penutup nie.. jumpa lagi nanti.. assalamualaikum..