dimulakan dengan BISMILLAH
assalamualaikum dan salam permotoran.. harap kau orang semua dalam keadaan bagus, baik-baik sahaja, ceria hendaknya.. aku, Alhamdulillah sihat..
hari ini, 10 Mei 2017 (Rabu).. cuti umum sempena perayaan Wesak.. aku ambil peluang untuk balik kampung.. hoorayy.. balik naik kuda putih tersayang (Y15ZR tue la).. disebabkan lepas solat Subuh tadi aku tertidur, maka lambat la aku bersiap.. kemas beg, terus gerak.. 9:00 pagi aku keluar rumah..
Dekat Kolej Heights Utara
Sampai di traffic light Kolej Heights Utara, aku sempat la WhatsApp group motor.. Ajak ride sama.. Takdak sambutan.. Diorang ingat aku tipu kot bila malam sebelumnya aku ajak ke Johor balik hari.. Ala, takyah Johor pun takpe semnanya.. Ipoh pun jadi la.. Tue pun dah lenguh pinggang.. Hahaha.. Aku berhenti sarapan dulu di gerai Miss Janda.. Jangan tanya aku kenapa nama gerai camtu.. Aku tak pernah ambil port.. Pekena dahulu Roti Jala.. Dah kenyang, terus gerak..
menyelerakan
Macam biasa, di kala harga Petrol yang kompetititf, aku guna RON 97 la.. Seliter RM2.39 buat masa nie.. Malam nie ada la pengumuman lain pula berkaitan harganya.. Tunggu.. Kat Caltex Kepala Batas aku isi RM4.20 (1.757 liter) sebab dah isi minyak pun hari Ahad baru-baru nie.. Terus masuk highway PLUS di Alor Setar (U) dan menghala ke Ipoh.. Semenjak pagi tadi memang cuaca mendung.. Sampai di Gurun hujan turun.. Lebat kot.. Aku berteduh dulu di bawah jejambat exit Gurun.. Macam dalam gambar kat bawah nie..
hujan
Mulanya ada sebuah motosikal jer berhenti situ, sampai ada banyak la lepas tue.. Aku pun fikir nak pakai raincoat ke tak.. So, decide malas.. Teruskan perjalanan bila ada beberapa motosikal dah gerak.. Memang dalam 500m tue takde hujan dah.. Lepas tue rupanya lagi lebat.. Basah juga la jaket dan jeans aku.. Berhenti lagi sekali di jejambat sebelum exit Sungai Petani (U), yang ada macam bangunan Pagoda tepi highway tue (Sungai Lalang).. Kat situ pun jumpa semula dengan motosikal yang sama berhenti dengan aku di jejambat Gurun tadi.. Walaupun dah basah, nekad la nak pakai raincoat.. Selesai pakai, terus gerak.. Hujan makin lebat.. Sampai di Bertam, semakin renyai.. Bila kat Seberang Jaya, dah berhenti pun hujan..
Disebabkan pulas throttle tak ingat dunia, sebelum sampai R&R Juru dah berkelip meter minyak.. Sampai di Petron, kene refuel la.. Tengok milage, baru 105.6 km (dari Caltex Kepala Batas ke Petron R&R Juru).. Jem lah macam nie, serupa macam fuel consumption masa pakai ECU ApiTech dulu.. Kali nie isi RM10.15 (4.247 liter).. Betul-betul penuh tangki nie.. Hahaha..
Petron Juru.. Mendung..
Masih pakai raincoat, teruskan perjalanan.. Dalam 83 km lepas tue, berhenti lagi di Caltex Hentian Sebelah Bukit Gantang (S).. Kena berhenti sebab kat sini jer yang ada RON 97.. Isi lagi la jawabnya, kali nie RM7.35 (3.075 liter).. Tengok cuaca ke Ipoh mendung jer.. Tapi nekad nak buka raincoat dan pakai jaket (yang tadi dah basah lencun kat Sungai Petani).. Dah lipat raincoat, pakai jaket, teruskan perjalanan..
Caltex Hentian Sebelah Bukit Gantang (S)
Alhamdulillah, sampai tol Jelapang pun cuaca cerah.. Jaket dan jeans pun kering sepenuhnya.. Cuma kasut jer la yang tetap basah.. Huhuhu.. Sampai di rumah, check milage bagi perjalanan pagi nie lebih kurang 241.3 km (Caltex Kepala Batas - Ipoh).. Kalau dari rumah aku di Jitra, dalam 250 km.. Hehehe..
sampai Ipoh dah
Masuk rumah, salam bonda (mak aku la).. Terus ke dapur.. Alhamdulillah ada mee goreng.. Bedal je la dengan ayam masak kicap.. Tambah 2 kali.. Sebab sedap dan juga ditambah dengan lapar bila kene hujan tadi..
mee goreng @ Ipoh
Balik Kedah, in shaa Allah Jumaat pagi bila semua urusan di sini selesai.. Harap semua urusan dipermudahkan la.. Jumpa lagi.. Assalamualaikum..
-------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum.. Alhamdulillah, aku OK.. Korang semua macam mana?? Harap² OK juga la ek..
Hari ini, 12 Mei 2017 (Jumaat).. Aku sambung jer la entry hari tue, malas nak buka entry lain.. Eh, suka hati aku la kan.. Blog aku.. Tak kacau orang lain pun..
Balik Ipoh, aku menyelesaikan beberapa perkara.. Hari Khamis tue dari pagi sampai petang aku "kerja".. Pagi² dah ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ipoh untuk memperbaharui cukai jalan (road tax) kereta yang atas nama arwah abah.. Takaful dah buat online (ikut website motortakaful) tetapi sangkut dalam MyEG katanya "pemilik telah meninggal dunia".. Di JPJ mudah ja, perbaharui macam biasa jer, cuma dihadkan setakat 6 bulan sahaja (maksimum 3 tahun - dalam masa nie patut dah settle tukar nama).. Lepas tue terus ke kedai tinted cermin, untuk letak stiker kat road tax tue, tahan lama dah tak payah lekat direct ke cermin nanti susah bila nak buang.. Free jer pun, cuma sebab lapik belakang tue takde kene beli la.. Nie kes malas nak ke Yik Foong la.. Kat sana lagi banyak design.. Nie takat design AGARD jer.. RM2 jer pun, kena beli 2 sebab ada 2 road tax.. Aku terus ke kubur arwah abah.. Lepas tue pekena sarapan dulu kat Warung Manjoi.. Roti kosong 2 keping, telur setengah masak 2 butir, teh tarik..
sarapan di Warung Manjoi
Then aku balik rumah, ambil kereta Persona dan pergi servis.. Tukar palam pencucuh, minyak enjin, minyak transmisi, penapis minyak, penapis angin.. Balik rumah dah Zohor..
servis Persona
Lepas Zohor bawa mak pergi uruskan saham² (nak tutup@jual saham yang ada - bukan banyak pun).. Balik rumah, bawa MyVi pergi tukar tayar hadapan pula.. Amik Bridgestone Potenza RE003.. Jadi la.. Safety purpose..
Tukar tayar MyVi
So, pagi nie dah janji dengan mak nak pergi kubur.. Hujan dari jam 2:00 pagi.. Alhamdulillah 7:00 pagi dah berhenti.. Tapi tanah lembab la.. Basah juga la seluar aku.. Balik rumah, kemas barang.. Terus keluar.. Dah janji nak sarapan dengan Din, kawan masa Diploma dulu.. Pekena mee rebus kat Bulatan Labu, Silibin.. 10:30 pagi aku dari Ipoh.. Minyak tinggal 3 bar, jadi isi di Petronas Jelapang.. Oh ya, harga minyak dah turun sikit.. RON97 sekarang RM2.29/liter.. Pagi nie isi RM5.35 (2.335 liter).. Teruskan perjalanan.. Gambar kat bawah nie milage aku sebelum memulakan perjalanan dari Petronas nie..
jom gerak...
Berhenti refuel di Petron R&R Bukit Merah, sebab nak cuba RON100 kat situ.. Baru jer dalam 77.5km gerak dari Ipoh.. Tapi sebab tadi ada main full throttle lama juga, cuak juga kalau minyak tak cukup untuk sampai ke Petronas Juru.. So, isi la RM6.40 (2.192 liter).. Oh ya, RON100 berharga RM2.92/liter.. Tapi tiada pilihan pun, sebab kat Petron tue ada Diesel, RON95 dan RON100 jer..
dah penuh, jom gerak..
Terus gerak lepas tue.. Sampai di Juru baru turun 1 bar.. So, decide terus gerak jer sampai R&R Gurun secara SANTAI.. Memang jimat bila nak pulas full throttle nie.. Sampai Caltex R&R Gurun ada lagi 2 bar, tapi tak berani la sampai Alor Setar.. Kena refuel la, kali nie isi RON97 sebanyak RM7.50 (3.276 liter).. Jarak antara R&R Bukit Merah dan R&R Gurun nie dalam 115 km jer.. Tak jauh pun..
dah alas perut, teruskan perjalanan..
Kat R&R Gurun nie aku pun beli MILO, chocolate bar, dan air mineral.. Lapar kot, dahaga lagi.. Settle minum+makan, baru gerak.. Oh ya, lama juga aku berhenti kat R&R Gurun nie tadi sebab ada juga masalah pam minyak..
On the way balik masa kat Kepala Batas, terjumpa kawan pula.. Baru balik kerja kot.. Dia pun bergegas nak pergi solat Jumaat.. Bila aku sampai rumah, badan pun melekit, kena mandi dulu.. Tengok jam macam tak sempat nak ke masjid dah.. So, solat Zohor di rumah jer la..
Alhamdulillah.. Sampai rumah dah..
Itu jer la catatan perjalanan aku.. Kali nie mencatat 518.6km.. Jauh juga tue.. Macam jauhnye dari Jitra ke Seremban, satu hala la.. So, jumpa lagi nanti.. Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment