...

...

Sunday, May 21, 2017

2017 5th Ride Event.. Tanjung, Penang..

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera.. Salam Pemotoran.. Salam Kedah Juara Piala FA 2017.. Tapi hari nie takde la dapat cuti peristiwa, sebagaimana masa jadi Juara Piala Malaysia 2016.. He he he..

OK, sambung cerita la.. Minggu lepas, office tempat aku kerja buat kursus di Pulau Pinang.. Maka ikut senarai nama yang keluar, hanya seorang member motor yang 'lekat'.. So, ajak dia ride ke sana la.. Salah satunya sebab belum gaji (penting ke?) dan yang lebih penting adalah senang nak merayap.. Isi minyak siap-siap pagi tue sebelum ke pejabat.. RM9.15 (3.995 liter).. Hari nie harga RON97 adalah RM2.29/liter..

baru nak gerak dari office

So, boss bagi pelepasan untuk ke Penang jam 12:00 tengah hari.. Lepas selesai punch card, aku pun terus gerak la.. Lagipun dah janji dengan Din nak jumpa di Hentian Sebelah Tikam Batu.. Sebelum tue, jom selfie sekali kat Tol Alor Setar Utara.. He he he..

selfie dulu

Jumpa Din dalam 12:45 tengah hari.. Terus gerak jer, tak borak panjang.. Lagipun tengah hari, panas rembang kot.. Ha ha ha.. Aku singgah isi minyak kat Shell Sungai Dua.. Kali nie cuma top-up RM7.60 (3.319 liter) jer.. Then kami terus hala ke Jambatan Pulau Pinang, kena tol RM1.60.. Kalau naik kereta dah tentu kena tol RM7.00.. Kan jimat tue.. Masuk jer Jambatan, memang sesak sikit.. Bukan ada apa pun, cuma sebab dari 3 lorong nak masuk ke 2 lorong.. Lepas sikit dari tue, elok ja sebab 3 lorong semula..

jem jem jem...

Mulanya cadang nak kena nasi kandar Deen Maju.. Tapi bila sampai sana, belum buka lagi.. Nie 1st time datang siang.. Sebelum nie memang pergi sana masa malam.. Ha ha ha.. So, tukar plan la.. Lepak Padang Kota jer la.. Pekena ABC dengan cendol..

ABC aiskrim dan cendol

Selesai makan, terus gerak ke Hotel Sentral Seaview.. Kami sampai dalam 3:00 petang kot.. Teringat masa mula-mula dulu pernah duduk sini, tahun 2004 kot.. Masa tue nama dia masih Hotel Naza.. Aku dan Din parking motor kat basement, macam dalam gambar kat bawah nie.. So, milage dari rumah ke sini dalam 151.4 km.. Tak jauh mana pun..

penat.. park dulu la..

Roommate aku dah sampai masa nie.. So, masuk jer bilik aku terus mandi dan solat Zohor+Asar.. Then masuk kursus la.. Pengenalan untuk kursus ja petang tue.. Selesai slot petang, aku keluar sekejap pergi bank.. Sampai semula di Hotel, ambil gambar dulu la.. Ha ha ha.. Tanda motor nie dah sampai sini.. Tanda pulak, bukti la.. Ha ha ha..

sekitar hotel

Kemudian dalam 6:45 petang aku turun ke swimming pool.. Aku sorang jer yang ada.. Heaven.. Layan macam-macam kuak kat situ.. Sampai lenguh kaki (nak naik tangga pun terhoyong hayang) sebab sangat kepenatan.. Bila masuk bilik, memang terus mandi sebab cuba nak segarkan badan, lepas tue solat Maghrib+Isyak, rehat atas katil..

jom terjun kolam

Dalam 8:00 malam baru aku turun dinner.. Tue pun makan sikit jer.. Kepala tingtong sambil dok fikir nak pi Deen Maju.. Ha ha ha.. Habis jer slot malam terus terjah ke Deen Maju.. Pergi naik kereta sebab ada member nak ikut.. Rezeki la.. 4 orang makan, harga macam biasa la, dalam kemampuan rakyat marhaen macam aku nie.. Janji PUAS dan KENYANG.. Hah, jamu la mata tengok kat bawah tue..

sedapnye la bang...

Habis makan, lepak Padang Kota lagi.. Tapi takde la lama mana pun.. Malam tue takde angin, jadi tak berapa syok duduk tepi laut.. Sebelum balik Hotel, singgah minum dulu kat kedai Patani.. Layan jer la.. Sampai kat Hotel jam berapa pun dah tak ingat..

Esoknya, kursus seperti biasa la.. Aku skip lunch sebab masih kekenyangan sarapan dan minum pagi tue.. Lepas habis slot petang, terus terjah ke Kapitan.. Nak pergi yang kat Georgetown agak makan masa, sebab ada projek lagi lepas tue.. So, pergi Kapitan kat Gurney Drive jer la.. Dekat dan cepat..

Kapitan oh Kapitan

makan nie jer

Projek apa?? Selesai jer makan Roti Nan + Ayam Tandoori, kami terus ke Balik Pulau.. Nak layan selekoh jer pun.. Takde la jauh pun, satu hala dalam 40km jer dari Hotel.. Sampai sana, tengok durian.. Belum musim lagi.. Cuma ada buah di luar musim (durian Balik Pulau) harga RM40/kg, dah buah dari Thailang yang memang takde musim antara RM20/kg hingga RM40/kg..

jamu mata dan ......

singgah sat amik gambaq ja

On the way balik, singgah gerai kat Batu Ferringi.. Yang malam ada uptown tue la.. Din nak beli seluar pendek (untuk mandi pool petang tue).. Aku pun beli satu, tapi Din bayarkan.. Terima kasih Din.. He he he.. Balik jer hotel, terus turun ke pool.. Petang nie mandi behave sikit dan tak pulun macam hari sebelumnya.. Takut habis tenaga lagi.. Ha ha ha..

Malam tue ada dinner sekali BBQ.. Makan setakat mana yang mampu jer la.. Ayam, daging lembu dan kambing.. Layan jer la.. Habis makan, keluar lepak minum di Kapitan Gurney Drive.. Kali nie pergi dengan kereta juga la, dah pergi berempat.. Lepas minum, ronda kejap.. Mulanya nak cari karaoke, tapi tak jumpa.. Yang aku tahu ada di Bayan Baru, tapi diorang taknak sebab jauh katanya.. Ha ha ha.. Ikutkan lepas pergi karaoke, nak pergi Nasi Kandar Beratur.. Last sekali, balik Hotel camtu jer.. Ha ha ha..

minum malam di Kapitan

Esoknya lepas selesai slot rumusan dan penutup kursus, aku dan Din pun gerak balik Alor Setar la.. Singgah isi minyak dulu, kat Shell Tanjung Tokong.. Saje sesekali isi V-Power Racing RM9.85 (3.219 liter).. V-Power Racing nie harga dia RM3.06/liter.. Ha ha ha.. Sesekali takpe la kot..

tunggu nak masuk feri..

Takde singgah kat mana-mana pun lepas tue.. Dalam jam 12:30 tengah hari aku dah sampai rumah pun.. Badan pun rasa letih sangat, tak tau kenapa.. Kurang rehat kot, atau mungkin penat sebab ride motosikal.. Ape pun, yang penting aku enjoy dan menjimatkan perbelanjaan berbanding naik kereta.. Lagipun outstation/kursus yang ini, tak boleh claim apa pun.. He he he.. 

Perjalanan yang tercatat di odometer adalah 360.20 km.. Alhamdulillah, semuanya OK dan terkawal.. Jumlah perbelanjaan minyak adalah RM26.60 ataupun 10.533 liter.. Purata jarak dan penggunaan adalah lebih kurang 34.2km/liter (RM7.39/100km).. Jumpa lagi nanti.. Assalamualaikum..

360.2 km total...

Wednesday, May 10, 2017

Balik Kampung

dimulakan dengan BISMILLAH

assalamualaikum dan salam permotoran.. harap kau orang semua dalam keadaan bagus, baik-baik sahaja, ceria hendaknya.. aku, Alhamdulillah sihat..

hari ini, 10 Mei 2017 (Rabu).. cuti umum sempena perayaan Wesak.. aku ambil peluang untuk balik kampung.. hoorayy.. balik naik kuda putih tersayang (Y15ZR tue la).. disebabkan lepas solat Subuh tadi aku tertidur, maka lambat la aku bersiap.. kemas beg, terus gerak.. 9:00 pagi aku keluar rumah..

Dekat Kolej Heights Utara

Sampai di traffic light Kolej Heights Utara, aku sempat la WhatsApp group motor.. Ajak ride sama.. Takdak sambutan.. Diorang ingat aku tipu kot bila malam sebelumnya aku ajak ke Johor balik hari.. Ala, takyah Johor pun takpe semnanya.. Ipoh pun jadi la.. Tue pun dah lenguh pinggang.. Hahaha.. Aku berhenti sarapan dulu di gerai Miss Janda.. Jangan tanya aku kenapa nama gerai camtu.. Aku tak pernah ambil port.. Pekena dahulu Roti Jala.. Dah kenyang, terus gerak..

menyelerakan

Macam biasa, di kala harga Petrol yang kompetititf, aku guna RON 97 la.. Seliter RM2.39 buat masa nie.. Malam nie ada la pengumuman lain pula berkaitan harganya.. Tunggu.. Kat Caltex Kepala Batas aku isi RM4.20 (1.757 liter) sebab dah isi minyak pun hari Ahad baru-baru nie.. Terus masuk highway PLUS di Alor Setar (U) dan menghala ke Ipoh.. Semenjak pagi tadi memang cuaca mendung.. Sampai di Gurun hujan turun.. Lebat kot.. Aku berteduh dulu di bawah jejambat exit Gurun.. Macam dalam gambar kat bawah nie..

hujan

Mulanya ada sebuah motosikal jer berhenti situ, sampai ada banyak la lepas tue.. Aku pun fikir nak pakai raincoat ke tak.. So, decide malas.. Teruskan perjalanan bila ada beberapa motosikal dah gerak.. Memang dalam 500m tue takde hujan dah.. Lepas tue rupanya lagi lebat.. Basah juga la jaket dan jeans aku.. Berhenti lagi sekali di jejambat sebelum exit Sungai Petani (U), yang ada macam bangunan Pagoda tepi highway tue (Sungai Lalang).. Kat situ pun jumpa semula dengan motosikal yang sama berhenti dengan aku di jejambat Gurun tadi.. Walaupun dah basah, nekad la nak pakai raincoat.. Selesai pakai, terus gerak.. Hujan makin lebat.. Sampai di Bertam, semakin renyai.. Bila kat Seberang Jaya, dah berhenti pun hujan..

Disebabkan pulas throttle tak ingat dunia, sebelum sampai R&R Juru dah berkelip meter minyak.. Sampai di Petron, kene refuel la.. Tengok milage, baru 105.6 km (dari Caltex Kepala Batas ke Petron R&R Juru).. Jem lah macam nie, serupa macam fuel consumption masa pakai ECU ApiTech dulu.. Kali nie isi RM10.15 (4.247 liter).. Betul-betul penuh tangki nie.. Hahaha..

Petron Juru.. Mendung..

Masih pakai raincoat, teruskan perjalanan.. Dalam 83 km lepas tue, berhenti lagi di Caltex Hentian Sebelah Bukit Gantang (S).. Kena berhenti sebab kat sini jer yang ada RON 97.. Isi lagi la jawabnya, kali nie RM7.35 (3.075 liter).. Tengok cuaca ke Ipoh mendung jer.. Tapi nekad nak buka raincoat dan pakai jaket (yang tadi dah basah lencun kat Sungai Petani).. Dah lipat raincoat, pakai jaket, teruskan perjalanan..

Caltex Hentian Sebelah Bukit Gantang (S)

Alhamdulillah, sampai tol Jelapang pun cuaca cerah.. Jaket dan jeans pun kering sepenuhnya.. Cuma kasut jer la yang tetap basah.. Huhuhu.. Sampai di rumah, check milage bagi perjalanan pagi nie lebih kurang 241.3 km (Caltex Kepala Batas - Ipoh).. Kalau dari rumah aku di Jitra, dalam 250 km.. Hehehe..

sampai Ipoh dah

Masuk rumah, salam bonda (mak aku la).. Terus ke dapur.. Alhamdulillah ada mee goreng.. Bedal je la dengan ayam masak kicap.. Tambah 2 kali.. Sebab sedap dan juga ditambah dengan lapar bila kene hujan tadi..

mee goreng @ Ipoh

Balik Kedah, in shaa Allah Jumaat pagi bila semua urusan di sini selesai.. Harap semua urusan dipermudahkan la.. Jumpa lagi.. Assalamualaikum..

-------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, aku OK.. Korang semua macam mana?? Harap² OK juga la ek..

Hari ini, 12 Mei 2017 (Jumaat).. Aku sambung jer la entry hari tue, malas nak buka entry lain.. Eh, suka hati aku la kan.. Blog aku.. Tak kacau orang lain pun..

Balik Ipoh, aku menyelesaikan beberapa perkara.. Hari Khamis tue dari pagi sampai petang aku "kerja".. Pagi² dah ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ipoh untuk memperbaharui cukai jalan (road tax) kereta yang atas nama arwah abah.. Takaful dah buat online (ikut website motortakaful) tetapi sangkut dalam MyEG katanya "pemilik telah meninggal dunia".. Di JPJ mudah ja, perbaharui macam biasa jer, cuma dihadkan setakat 6 bulan sahaja (maksimum 3 tahun - dalam masa nie patut dah settle tukar nama).. Lepas tue terus ke kedai tinted cermin, untuk letak stiker kat road tax tue, tahan lama dah tak payah lekat direct ke cermin nanti susah bila nak buang.. Free jer pun, cuma sebab lapik belakang tue takde kene beli la.. Nie kes malas nak ke Yik Foong la.. Kat sana lagi banyak design.. Nie takat design AGARD jer.. RM2 jer pun, kena beli 2 sebab ada 2 road tax.. Aku terus ke kubur arwah abah.. Lepas tue pekena sarapan dulu kat Warung Manjoi.. Roti kosong 2 keping, telur setengah masak 2 butir, teh tarik.. 

sarapan di Warung Manjoi

Then aku balik rumah, ambil kereta Persona dan pergi servis.. Tukar palam pencucuh, minyak enjin, minyak transmisi, penapis minyak, penapis angin.. Balik rumah dah Zohor..

servis Persona

Lepas Zohor bawa mak pergi uruskan saham² (nak tutup@jual saham yang ada - bukan banyak pun).. Balik rumah, bawa MyVi pergi tukar tayar hadapan pula.. Amik Bridgestone Potenza RE003.. Jadi la.. Safety purpose..

Tukar tayar MyVi

So, pagi nie dah janji dengan mak nak pergi kubur.. Hujan dari jam 2:00 pagi.. Alhamdulillah 7:00 pagi dah berhenti.. Tapi tanah lembab la.. Basah juga la seluar aku.. Balik rumah, kemas barang.. Terus keluar.. Dah janji nak sarapan dengan Din, kawan masa Diploma dulu.. Pekena mee rebus kat Bulatan Labu, Silibin.. 10:30 pagi aku dari Ipoh.. Minyak tinggal 3 bar, jadi isi di Petronas Jelapang.. Oh ya, harga minyak dah turun sikit.. RON97 sekarang RM2.29/liter.. Pagi nie isi RM5.35 (2.335 liter).. Teruskan perjalanan.. Gambar kat bawah nie milage aku sebelum memulakan perjalanan dari Petronas nie..

jom gerak...

Berhenti refuel di Petron R&R Bukit Merah, sebab nak cuba RON100 kat situ.. Baru jer dalam 77.5km gerak dari Ipoh..  Tapi sebab tadi ada main full throttle lama juga, cuak juga kalau minyak tak cukup untuk sampai ke Petronas Juru.. So, isi la RM6.40 (2.192 liter).. Oh ya, RON100 berharga RM2.92/liter.. Tapi tiada pilihan pun, sebab kat Petron tue ada Diesel, RON95 dan RON100 jer..

dah penuh, jom gerak..

Terus gerak lepas tue.. Sampai di Juru baru turun 1 bar.. So, decide terus gerak jer sampai R&R Gurun secara SANTAI.. Memang jimat bila nak pulas full throttle nie.. Sampai Caltex R&R Gurun ada lagi 2 bar, tapi tak berani la sampai Alor Setar.. Kena refuel la, kali nie isi RON97 sebanyak RM7.50 (3.276 liter).. Jarak antara R&R Bukit Merah dan R&R Gurun nie dalam 115 km jer.. Tak jauh pun..

dah alas perut, teruskan perjalanan..

Kat R&R Gurun nie aku pun beli MILO, chocolate bar, dan air mineral.. Lapar kot, dahaga lagi.. Settle minum+makan, baru gerak.. Oh ya, lama juga aku berhenti kat R&R Gurun nie tadi sebab ada juga masalah pam minyak..

On the way balik masa kat Kepala Batas, terjumpa kawan pula.. Baru balik kerja kot.. Dia pun bergegas nak pergi solat Jumaat.. Bila aku sampai rumah, badan pun melekit, kena mandi dulu.. Tengok jam macam tak sempat nak ke masjid dah.. So, solat Zohor di rumah jer la..

Alhamdulillah.. Sampai rumah dah..

Itu jer la catatan perjalanan aku.. Kali nie mencatat 518.6km.. Jauh juga tue.. Macam jauhnye dari Jitra ke Seremban, satu hala la.. So, jumpa lagi nanti.. Assalamualaikum..

Monday, May 8, 2017

saje bila bosan

Assalamualaikum.. Apa khabar anda semua?? Harap sihat sejahtera hendaknya.. Pasti ketika ini ramai yang siapkan jentera Y15ZR masing-masing untuk diperagakan di Mega Gathering 2.0 Y15ZR di Taman Tasik Kamunting pada 13 Mei 2017 ini.. Aku?? Tak dapat nak join la kot, ada kekangan.. Apa pun semoga semuanya berjalan lancar la ye..

Kali nie sebab aku boring, aku sengaja la belek-belek handphone.. So terjumpa la semula gambar-gambar ini.. Boleh juga la tengok perubahan motor, kosmetik aje la.. Hahaha..

Yang mula-mula nie adalah keadaan ORIMOTO.. Sebagaimana keluar kilang dan kedai.. Keadaan asal.. Yamaha Y15ZR Movistar yang aku pergi ambil di Ipoh pada 23 Oktober 2015.. Diam tak diam dah 18 bulan aku pakai motor nie.. Milage pun dah hampir 18,000 km.. Coverset Movistar masih tersimpan rapi dalam kotak.. Cuma ada beberapa bahagian yang aku gunakan pada hari ini, yang warna biru..

23/10/2015 - Yamaha Y15ZR Movistar

Tak lama lepas tue mula rimas.. Ramai yang kelihatan suka sangat dengan Movistar.. Jadi pada 08 Januari 2016 aku menempah coverset Yamaha Exciter warna Putih-Merah.. Harga, aku lupa.. Tapi memang KERAS juga la.. Aku siap beli Balancer, Carrier (untuk box), Signal LED.. Seminggu lepas tue aku pasang sendiri coverset nie dengan jayanya.. Alhamdulillah.. Pengalaman buka-pasang sendiri.. Aku gunakan decal Jupiter MX King (Indonesia) yang dibeli online dalam RM80.. Dalam masa yang sama, tukar sport rim MSeki warna emas.. Gambar macam kat bawah nie la.. Tayar masih standard kilang (Dunlop).. Hehehe..

23 Januari 2016 - Yamaha Jupiter MX King

Dalam bulan Februari 2016, kebetulan kawan Crew Y15ZR Kedah dah tak pakai coverset yang dia buat airbrush macam kat bawah nie.. Aku ambil kesempatan untuk pinjam.. Ada entry berkenaan pemilik coverset nie dalam BLOG aku nie.. Godek-godek la posting lama ek.. Memang agak kemas la hasil kerja airbrush nie..

16 Februari 2016 - Yamaha Movistar Monster

Tak lama lepas tue, ada budak berkenan kat sport rim MSeki aku tue.. So dengan berat hati aku pun jual, dan pakai semua yang asal semula termasuklah coverset Movistar, rim dan tayar.. Sampai membawa diri ke Cameron Highlands dan Sabak Bernam la.. Hahaha..

Tapi tak lama.. Nafsu kosmetik masih ada.. Berbekal duit jual sport rim MSeki tue, kesemuanya digunakan untuk beli tayar Corsa Platinum R99.. Tayar depan pakai saiz 90/80, belakang pakai saiz 130/70.. Kena keluar duit sikit lagi la untuk beli pula sport rim X1R warna biru.. Kemudian aku beli decal local Movistar.. Hasilnya macam kat bawah.. Boleh la kot memuaskan hati buat masa nie.. Oh lupa, mudguard depan aku pakai Yamaha 135LC punya.. Lebih kemas, bagi aku la..

01 April 2016.. Kacukan putih-biru.. Gedabak tayar..

Dalam masa yang sama juga, aku tukar pakai ekzos Uma Racing.. Bunyi macam garang sikit la.. Tapi dia punya 'pergi', takde best mana pun.. Oh ya, rim X1R dan tayar Corsa Platinum R99 tue aku sempat pakai dalam 7 bulan ja.. Lepas tue ada pulak yang berminat nak beli rim dan tayar tue.. Jual pulak rim dan tayar tue dalam bulan November 2016.. Aku jual pukal, murah pulak tue.. Mungkin sebab itu la kawan tue ambil.. Dia pun baru beli Y15ZR, elok ja aku tengok dia pakai.. Aku pula, kembali pakai rim dan tayar asal (Dunlop).. Meleper sekali lagi ke Cameron Highlands bersama kawan-kawan..

13 Januari 2017.. Cameron Highlands..

Simpan duit sikit demi sikit, akhirnya aku beli pula sport rim RCB SP522 dan tayar Michelin Pilot Street.. Tayar depan size 80/90, tayar belakang size 110/70.. Kecil sikit la sebab sport rim pun memang kecil sikit.. Hasil dia macam kat bawah nie la.. Lebih kurang jer pun.. Hahaha..

04 April 2017

Serabut pula bila dah lama pakai decal local Movistar tue.. Aku pun buang beberapa bahagian decal tue.. Yang ada tulisan dan logo Movistar, semua aku buang.. Hasilnya jadi macam kat bawah.. Nampak macam 'suci', sebab putih kan.. Tapi ada juga nampak macam motor lebih 'gemuk'.. Hahaha.. Pandangan peribadi berdasarkan penglihatan sendiri la..

06 Mei 2017

Itu aje la yang aku nak kongsikan.. Modal belum ada untuk tukar kepada warna yang aku teringin nak pakai.. Mula-mula keluar nampak macam tak lawa.. Tapi lama-lama lepas tue jadi minat pula.. Moga dipermudahkan urusan dan rezeki aku la, in shaa Allah.. Warna nie yang aku teringin nak pakai..

Yamaha Y15ZR Ungu-Kelabu

Itu aje la kot.. Jumpa lagi nanti.. Assalamualaikum..