Assalamualaikum.. Kosmetik?? Itulah terma apabila menyatakan mengenai perubahan tertentu merubah yang asal dengan harapan, ianya akan menjadi LEBIH CANTIK.. Maka, setelah melepaskan sport rim dan tayar terdahulu kepada sahabat yang baru beli Yamaha Y15ZR (harga memang murah la aku rasa - kurang 50% berbanding masa aku beli dulu), aku pakai dulu la sport rim dan tayar asal (stock).. Lama juga, dalam 4 bulan baru aku tergerak hati nak beli sport rim dan tayar yang baru..
So, pilihan aku kali ini adalah sport rim SP522 Racing Boy (Thailand) warna MATTE BLACK.. Yang nie mudah, sebab dibekalkan dengan bearing terus.. Size aku kecilkan sikit, plan juga nak pakai tayar yang profile kecil sedikit.. Rim hadapan 1.85" dan rim belakang 2.50". Terima kasih kepada kawan satu office, Acu Wan yang tolong belikan di Perlis..
So, tayar yang dipilih kali nie adalah Michelin Pilot Street.. Tayar hadapan pilih size 80/90-17 dan tayar belakang 110/70-17.. Harga kedai mana-mana pun lebih kurang jer, so aku beli di kedai yang dekat dengan rumah.. Siap pasang dan buat imbangan (balancing) sekali..
Jadi nie la rupa bentuk yang terkini.. Plan nak salin baju dia, tapi belum muktamadkan lagi.. Sama ada beli coverset baru, atau masuk balik coverset orimoto Movistar 2015.. Lama sangat dah pakai coverset kacukan Exciter Putih dan Movistar Biru..
latest look
sapa la curi-curi ambil gambar ni
simpan semula yang orimoto
Tengok dah la, tak payah komen-komen la.. Ha ha ha.. Assalamualaikum..
1.85 depan and 250 blakang boleh pasang dekat lc tak... Mksud saye tayar tak jejak murgart ke
ReplyDeletesorry boss, tak pasti.. sebab biasanya untuk model lain, perlu modifikasi.. beli rim yang memang dibuat untuk LC, paling mudah dan tak pening kepala..
DeleteAssalamualaikum pakai tayar blakang saiz 110/70 ok ke? Sbb banyak org kata x sesuai.
ReplyDeleteOK jer.. Takde masalah pun.. Sekarang dah tukar pakai tayar belakang 80/90 jer..
Deleteberat x boss rim size ni?
ReplyDeletebiasa je boss.. rasa OK je masa pakai dulu.. sekarang dah pakai rim Kozi..
Deleterim belakang 250 kan paling saiz berape boleh masuk?
ReplyDeleteayat ape awak pakai nie?? kalau tanya pasal saiz tayar, saya pun tak pasti.. ikut minat masing² la.. dulu saya pakai tayar 110/70.. ada member yang pakai 100/80..
Delete