...

...

Thursday, April 13, 2017

2017 3rd Ride Event.. Gerik..

Assalamualaikum.. Salam sejahtera.. Salam pemotoran serata-rata.. Eh, macam Kedah serata-rata pulak.. Hehehe.. Apa khabar??Harap semua dalam keadaan sihat hendaknya, in shaa Allah.. Entry sebelum ini adalah 1st ride event aku, iaitu ke Cameron Highlands.. Pasti tertanya-tanya, kenapa tajuk nie adalah 3rd ride event.. Kan, kan?? Sebab ada 2nd ride event sebenarnya, ke Pulau Sayak makan mee udang.. Cuma aku tak dapat join pada saat akhir, ada urusan keluarga sikit.. Itulah dia..

Perjalanan kali ini berbeza sikit.. Sebab aku balik Ipoh atas urusan keluarga, iaitu urusan mahkamah syariah.. Kebetulan kuda putih aku tak sempat siap (padahal nak tukar barang asal sikit aje pun iaitu camshaft, ECU, sprocket dan minyak enjin), maka terpaksalah bawa pahlawan kuning nie.. Layankan aje la.. 

Aku bertolak dari Jitra dalam jam 4:00 petang pada hari Khamis, 23 Mac 2017.. Lepas kerja baru balik kampung la.. Memandangkan urusan mahkamah pada hari Isnin (26 Mac 2017), tue yang aku balik seorang.. Anak-anak tak ikut sebab Ahad dan Isnin kan sekolah.. Memandangkan ada plan nak ride ke Gerik, maka aku apply cuti hari Selasa sekali la.. Minyak motor sedia ada.. Tak pasti berapa banyak.. Tapi masa memulakan perjalanan, milage mencatatkan 11,110 km la.. Bismillah..

baru nak gerak nie

Sampai di R&R Gurun, top-up minyak.. Aku guna kad kredit supaya mudah nak pantau perbelanjaan minyak.. Harap-harap semua stesen minyak boleh pakai kad kredit la.. Di Gurun tue isi dalam RM9.70 (3.73 liter).. Kali nie niat nak pakai RON97 jer (RM2.60 seliter).. Keluar je dari Gurun, hujan lebat turun.. Berhenti tepi jalan, pakai baju hujan baru.. Beli lama dah, sebelum pergi Cameron Highlands tue.. Tapi nie baru pakai.. Sampai Sungai Petani, panas pulak.. Berhenti di Hentian Sebelah Tikam Batu, buka baju hujan.. Teruskan perjalanan sampai R&R Juru.. Tak berani nak gerak, isi minyak dulu.. Banyak juga, RM7.70 (2.96 liter).. Nak hujan lagi rasanya.. Pakai semula baju hujan.. Sambil pekena tealive (chatime) kat Shell tue..

Memang betul, hujan lebat.. Teruskan juga la sampai ke Hentian Sebelah Bukit Gantang (kene berhenti sini sebab kat R&R Sungai Perak tiada RON97).. Tapi dah takdir Allah, ada seorang Hamba Allah sedekah baki minyak dia kat aku.. Tapi RON95 jer la.. Sambut jer la.. Beliau baru balik dari Sadao Border Bike Week.. Terima kasih bro, semoga Allah merahmati bro dan memudahkan perjalanan balik KL.. Dapat extra RM3.20 (1.39 liter)..

Hujan turun usai melepasi Kilang Simen YTL.. Bro 125ZR tue aku follow ja.. Last sekali sampai di Exit Kuala Kangsar, hujan selebat-lebatnya.. Sakit tangan (aku tak pakai glove), memaksa aku berhenti berteduh.. Bro 125ZR tue pun kena berhenti, dia takde baju hujan.. Bawah jejambat tue la kami berkenalan.. Nama dia Hakim.. Umur lebih kurang aku jer rasanya.. Siap ambil nombor handset, boleh WhatsApp nanti.. Hujan reda sikit, kami pun gerak..

Bawah Jejambat Exit Kuala Kangsar

Sampai Ipoh dalam 7:00 malam juga la.. Kesejukan sungguh.. Minyak, Alhamdulillah cukup.. Sampai di Ipoh, adik beradik aku yang lain pun dah sampai.. Acik memang ada kat Ipoh, wife dia bersalin.. Hehehe.. Malam tue sempat la bawa anak buah aku si Adib dan Darwish ke masjid.. Alhamdulillah..

Hari Isnin tue, sempat lagi selfie kat Mahkamah Syariah Ipoh.. Siap ada pelaksanaan EKSA lagi kat sana oo.. Hebat.. Hehehe.. Selesai urusan dekat tengah hari dah, ingat nak pi pekena laksa telur bersarang, tapi kedai tak buka lagi.. Sabor jer la.. Kempunan..

di Mahkamah Syariah Ipoh

Masa kat Ipoh ada la jugak ronda pusing Ipoh.. Sempat juga ke kubur arwah abah.. al-Fatihah.. Dah 62 hari keluarga kami kehilangan beliau, pada hari aku pergi ziarah tue la..

Hari Selasa, 28 Mac 2017.. Hari untuk ride balik ke Jitra.. Aku keluar macam biasa jer la, lepas dah borak dengan member yang dari Alor Setar.. Kami dah pakat nak jumpa di Salim Kari Kepala Ikan, Gerik..

Sebelum memulakan perjalanan, ambil milage dulu.. 11,401 km masa nie.. Maknanya perjalanan balik ke Ipoh dan ronda sekitar Ipoh dalam 291 km la.. OK lah tue.. Minyak pun dah isi, RM12.30 (4.73 liter).. Terus bergerak la naik lebuhraya PLUS.. Keluar melalui Kuala Kangsar..

sebelum memulakan perjalanan

Sampai je tol Kuala Kangsar, WhatsApp member-member dulu.. Diorang baru kat R&R Gurun kalau tak salah aku.. So, aku memang lama tak lalu jalan ke Gerik nie.. Stesen minyak kat mana pun tak tahu.. Bila tak yakin, maka bila jumpa je stesen minyak wajib isi la.. Berhenti di BHP Kg Buaya, isi RM6.00 (2.31 liter).. Jadi teruskanlah perjalanan solo ini..

Lepas Keluar Tol Kuala Kangsar

Sampai Lenggong, berhenti ambil gambar dulu.. Cukup untuk buat kenangan.. Entah bila nak lalu jalan nie pula, bukan tahu pun.. Hehehe.. Kalau tak salah, last sekali lalu jalan nie 2012 masa pergi observe pelajar LI kat Lenggong.. Lama dah tue..

Lenggong, Perak

Kita terus lagi, kawan-kawan pun takde WhatsApp, maybe atas motor.. Sampai Gerik, rasa macam awal lagi.. Sempat lagi ambil gambar nie.. Layankan aje la.. Aku kalau solo ride, memang suka berhenti ambil gambar kenangan..

Sekitar Gerik, Perak

Aku sampai je di Kedai Salim Kari Kepala Ikan, member-member semua pun dah sampai.. Depa kata ada la dalam 10 minit lepas dah sampai.. Masa aku dok ambil gambar di Gerik tue tadi la.. Yang ada kali nie adalah Lah, Lie, Lan, Dee dan Zul.. Rupanya hari Selasa kedai tue TUTUP.. Patah balik ke pekan Gerik, melilau cari kedai makan.. Last sekali Lah yang tanya orang.. Kami makan di kedai yang ada macam-macam lauk.. Agak sedap.. Aku masih kenyang, makan sikit jer la.. Terima kasih yang belanja makan..


Di kedai makan..

Lepas makan dalam 1:00 petang, kami pun gerak ke Pantai Bersih, Seberang Perai.. Isi minyak di Shell Gerik.. Kebetulan aku habiskan minyak 2T dalam botol, aku pun isi sekali minyak dalam botol dan dalam tank motor.. RM12.25 (4.71 liter) keseluruhannya..

Laju depa nie layan kona.. aku 90km/j jer..

Masing-masing layan kona.. Sekali hujan turun.. Kami pecut dan berteduh di BHP (aku lupa kat mana nie).. Selesaikan solat siap-siap kat sini.. Dah reda hujan, teruskan perjalanan.. Sampai di Padang Meha, Kulim hujan lagi.. Berteduh kejap di BHP ape tah kat situ.. Aku tuang baki minyak dalam botol 2T (niat nak buang tong tue), dan top-up minyak juga.. RM5.40 (2.08 liter) pula kali nie.. Ingat hujan reda dah, kami pun gerak.. Sekali sebelum sampai traffic light kat Inokom, hujan selebat-lebatnya.. Nasib baik ada kedai makan tepi jalan (tapi tutup), kami berteduh kat situ.. Hampir sejam juga la.. Borak-borak dan WhatsApp..

Bila dah reda, teruskan perjalanan.. Kat Kulim Hi-Tech Park sampai ke Pantai Bersih, memang panas.. Hehehe.. So kami pun lepak Pantai Bersih.. Semua pakat lapar, dari hanya nak minum terus order makan.. Habis makan, BAYAR la.. Aku bayar minum jer la.. Makan kawan bayar.. Alhamdulillah.. Tengok langit nak balik Utara, HITAM.. Hujan nie.. MSG tanya orang kat Kedah, memang katanya hujan.. Alor Setar, Jitra, Gurun, semua hujan.. Kami lepak dulu la kat situ..

nasi goreng ayam yang hmmmmm, boleh la kunyah

cuaca gelap nie.. Pantai Bersih..

Bebudak nie, macam tak pernah ambil gambar tepi pantai.. Sakan la ambil gambar sana sini, selfie sana sini, wefie sana sini, macam orang hangat bercinta.. Lan, Lie dengan Dee la.. Aku, Lah dan Zul lepak kat medan selera tue jer..

kanak-kanak riang.. hahaha..

Hujan turun makin lebat kat sini lepas tue.. Dalam 7 malam, kami minum sekali lagi.. Trip tadi minum air sejuk (ais), kali nie air panas menjadi pilihan.. Ditambah dengan keropok ubi 2 bungkus.. Lepas selesai solat, baru kami gerak.. Mudah apabila kewajipan dah selesai.. Sampai di Shell Pantai Bersih tue, semua nampak sejuk.. Decide pakai baju hujan la.. Semua, kecuali Zul sebab dia takde baju hujan.. Kesian kawan.. Tapi dia RIDER KENTAL berkudakan Yamaha RXZ..

motor, helmet dan abam Zul kita

Masuk jer Tol PLUS Sungai Dua, Zul terus pecut.. Dalam hujan tue maintain 120-130 km/j memang aku respect la.. BERANI.. Kenapa aku tau?? Sebab aku yang dok follow dia rapat.. Aku overtake dia kat area Sungai Petani Selatan dan last sekali kami jumpa semula di R&R Gurun.. Aku dan Zul terus isi minyak di Caltex R&R Gurun.. Isi lagi RM9.30 (3.58 liter) dan kemudian lepak tepi Shell.. Kawan-kawan pun sampai tak lama lepas tue, ada yang isi minyak..

Kemudian kami teruskan perjalanan.. Zul yang kesejukan terus pecut.. Aku malas nak follow dah.. Kami berlima slow je lepas tue, cruising dalam 110km/j jer.. Di Alor Setar Selatan, Lie dengan Lan keluar.. Kemudian Lah keluar di Alor Setar Utara.. Aku dan Zaidi keluar di Bandar Darulaman Jitra.. Aku sampai rumah dalam 10:30 malam rasanya..

Alhamdulillah semua berjalan baik dan selamat sampai rumah masing-masing.. Sehingga berjumpa lagi di lain catatan.. Mungkin ride berikutnya ke negeri pantai timur, negeri Cik Siti Wan Kembang.. Akhir kata, majulah aktiviti permotoran untuk diri sendiri dan negara.. Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment