Friday, December 9, 2016

Y15ZR Baru...Kuala Kangsar Again!!?

Assalamualaikum.. Hari ini hari Jumaat, 09 Disember 2016.. Hari apa korang baca entry ini, takde la aku kisah pun kan.. Selamat membaca, dan terima kasih kerana sudi membaca.. Hahaha.. Baik, kalau dulu aku ada menulis mengenai Ride to Kuala Kangsar, sebab ada 2 orang kawan baik aku di office membeli motosikal Yamaha Y15ZR kat sana.. Kali nie, tiba-tiba secara tak disahkan, akan ada lagi ride ke Kuala Kangsar.. Apakah??

Kisah bermula apabila sorang lagi kawan aku yang sebelum ini join ride santai kami naik Yamaha 135LC ES.. Kira OK dah tue rasanya.. Tiba-tiba (eh, berapa banyak tiba-tiba la) dia WhatsApp aku tanya mana nak cari Y15ZR harga lebih berpatutan (kira murah sikit la).. Dipendekkan cerita, dia pun deal dan kira BELI la.. Wah, bertambah la komuniti Y15ZR kat office..

Maka pada hari Selasa, 15 November 2016 kami pun bergerak ke Kuala Kangsar.. Kami?? Yup, ada 5 motosikal yang pergi, bersama kekuatan seramai 6 orang..

RV point kami pagi tue adalah di Tol Alor Setar Selatan (Tandop).. Jam 8:30 kot, janji Melayu.. Aku ambil peluang sarapan dahulu di Kepala Batas.. Lapar katanya.. Pekena peknga+susu lekat, nasi lemak bungkus, dan teh tarik.. PADU!! Untuk menyebabkan keMENGANTUKan.. Hahaha..

sarapan pagi aku

Tengok gambar kat bawah nie, pagi tue memang sejuk.. Siap berkabus lagi, macam kat tanah tinggi.. Siap kena lap la wap air kat visor helmet..

sejuk ooo

untuk ride kali nie, abam Zul nie dah pakai Yamaha tau.. Yamaha 125ZR lagi.. Yelah, penat kot ride naik Honda EX-5 dia macam masa ride santai ke Teluk Batik.. Nie nak bagitau rahsia, motor dia nie senang-senang jer boleh dapat 170km/j.. Gulp.. Seronok sungguh dia bila pi ride nie.. By hook or by crook, nak cuti juga sebab nak pi.. Hehehe.. Last sekali, aku pun terkena walaupun awatnya rasa macam tak nak pergi pun..

abam Zul dan Yamaha 125ZR beliau

Dari Alor Setar tadi, kami sebenarnya cuma 4 buah motosikal iaitu aku, Lie, Zul dan Zaidi.. Lan naik dengan Lie sebab kami memang nak pergi ambil motor dia kat Kuala Kangsar tue.. Kami jumpa Din di R&R Juru, lepas selesai isi minyak.. Perjalanan lancar, dan tak de pun berhenti untuk minum atau ke tandas.. Semangat nak sampai cepat kot..

Kami semua sampai di Advance Vertex, Kuala Kangsar dalam 12:00 tengah hari.. Malangnya runner yang pergi buat road tax belum sampai lagi.. Tapi motor dah siap pun.. Tengok gambar kat bawah.. Puas hati kawan tue dok belek motor baru.. Warna biru-perak pulak tue..

belek motor baru dia sakan betul la

Nak tunggu runner sampai entah bila, kami pergi makan dulu kat Medan Selera Lembah.. Melantak laksa dan cendol, tersandar kekenyangan.. Selesai urusan makan, kami terus ke Masjid Ridzuanniah (sebelah MCKK) dan solat di sana.. Alhamdulillah.. Lebih happy ride dengan kawan-kawan yang nie sebab solat diutamakan.. Kita kan orang Islam.. Selesai solat, kami kembali ke kedai motor tue.. Pergh, siap tukar side mirror 125ZR dah.. Sakan Lan oooiii...




Lepas motor pun dah siap semua, isi minyak dulu kasi penuh.. Kemudian round sekitar Istana Bukit Chandan, dan berhenti ambil gambar di Masjid Ubudiah.. Memula tadi memang tak teringat nak solat kat situ, tue yang pergi Masjid Ridzuanniah.. Sebelum nak balik, ada sekumpulan pelajar-pelajar pondok dari Kulim yang baru selesai solat.. Siap minta nak ambil gambar dengan motor-motor kami.. OK saja.. Kami juga sempat minta mereka doakan keselamatan perjalanan kami..

Destinasi berikutnya, Mee Udang Kuala Sepetang.. Kami ambil keputusan untuk guna Jalan Persekutuan, malas naik highway.. Sampai di Kuala Sepetang, terus cari Salleh Stall nie.. Aku memang suka makan kat sini.. Semua order mee udang special, air masing-masing 2 gelas.. Hahaha..


Lepas dah kenyang, kami bertolak balik la.. Minyak 2T pulak kering, segan nak minta kat Zul.. Nasib baik ternampak kedai motor, beli jer la kat situ.. Naik highway di Kamunting, dan teruskan perjalanan balik.. Lepas isi minyak di R&R Gunung Semanggol, kami berhenti di tepi highway sebelum Exit Bandar Cassia.. Decide nak masuk Penang ke tak.. Last sekali masuk jer la, dah alang-alang sampai..

Sekitar atas Jambatan Penang

Nie first time aku guna Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang) nie naik motor.. Dulu masa sebelum pembukaan rasmi, masa bagi percubaan PERCUMA, dah try pun naik kereta.. Tahun 2013 dulu kot.. Lupa dah.. Sambung balik.. Masa atas jambatan, rasa macam lama sungguh nak sampai.. Yelah, jambatan nie lebih panjang berbanding jambatan lama.. Masuk jer ke Pulau, kami terus ke Queensbay.. Lepak sana sekerap, kemudian decide nak balik..

Queensbay

Lepas jer isi minyak kat Bayan Baru, langit pun hitam.. Hitam sebab nak malam, dan juga sebab nak hujan.. Hu hu hu.. Pecut cari masjid terdekat.. Solat Maghrib+Isyak, dan cuaca masa tue HUJAN.. Stuck kat sana sampai dekat 9 malam.. Masa nie memang takde gambar dah sebab bateri handset dah habis.. Charger tak bawa, powerbank pun tak bawa.. Nasib la..

Bila rasa sesuai nak teruskan perjalanan, kami pun gerak.. Berhenti di R&R Gurun.. Makan malam (dinner) kat sini.. Lepas tue kami pun balik la rumah masing-masing..

Alhamdulillah, semua OK sepanjang perjalanan.. Tapi yang nak tergelak,mungkin kebetulan juga la, setiap kali kami ride santai mesti akan mandi hujan.. Bermula dari pergi Satun, kemudian  Penang, lepas tue Teluk Batik.. Kena hujan juga sikit masa ride petang ke Perlis, dan kini ride ke Kuala Kangsar.. Takpelah, hujan kan rahmat dan anugerah Allah.. Itu jer la catatan perjalanan kali ini.. Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment