Saturday, December 10, 2016

short ride to Perlis

Assalamualaikum dan selamat pagi.. Hari ni ada kesempatan pula nak menulis.. So, jom recap @ throwback aktiviti semalam.. Macam di tajuk posting nie la, short ride to Perlis.. Dulu masa aku kerja di Perlis, nak bagi nampak international, diberi la gelaran PERTH-lis..

So, event nie takde sape nak mengaku dia yang rancang.. WhatsApp konon ditaip oleh Lan, tapi guna handset Zul.. Lantak korang la..Macam mana pun, dah janji nak jumpa di RV Point di Tol Jitra.. Jam 3:00 petang hari Jumaat, 9 Disember 2016..

Macam biasa, aku gerak sebagaimana dijanjikan la.. Aku dan Zaidi tunggu diorang kat sana.. Huhuhu.. Tak lama lepas tue, Zul pun sampai.. Kat RV Point nie, baru tengok WhatsApp.. Din suruh tunggu, dia nak ikut.. OK je la.. Tunggu punya tunggu, dalam 3:40 petang baru depa sampai.. Sabar jer la.. Nak buat rombongan nie.. Ramai la katakan.. Din, Lie, Lan dan Azhar (kawan Lan).. So, petang nie kami bertujuh la.. 5 buah Yamaha Y15ZR, dan 2 buah Yamaha 125ZR..

Permulaan perjalanan.. 14260 km..

Selfie dulu.. Hahaha..

Nak jadi cerita, tayar motor Azhar tertusuk skru.. So, kami plan nak pi tampung jer la.. Turun Jitra semula.. Banyak plak cekadak kedai tue (malas nak buka tayar la tue), menyebabkan lambat.. Rasanya 4:30 petang baru gerak dari Jitra.. Ikut jalan ke Changlun, kemudian ke Atau, sebelum keluar di simpang UniMAP.. Ikut sana sampai Padang Besar.. Sampai je Padang Besar, Azhar surrender la.. Tukar je la tayar dekat kedai bertentangan Petronas Padang Besar.. So, ambil masa tu untuk pergi solat Asar la..

Siap semua, terus ke Bazar Padang Besar.. Pekena pulut ayam, pulut mangga jer pun.. Ada yang nak pergi cari barang, depa masuk la bayar.. Aku dengan Zul duduk lepak kat kedai makan jer.. Gerak dari sana dalam 7:00 malam, isi siap-siap minyak kasik penuh balik.. Aku isi RM3.20 (RM1.90/liter) jer untuk penuhkan tank.. Depa semua minyak RON97, aku ja pakai RON95.. Hahaha..

Sekitar Padang Besar..

Kemudian ko gerak terus.. Memandangkan ada yang slow, ada yang laju, maka aku rasa tak sesuai nak berhenti solat di masjid sebelah kanan jalan (kene lintas, takut nanti ada kawan-kawan terlepas).. Cari punya cari masjid, sampai ke Kangar.. Solat la kami di masjid dekat dengan Taman Sena.. Tak pasti nama masjid tue, walaupun dulu aku selalu solat sana, tambah-tambah masa dating dengan wife dulu, back in 2006-2007.. Hahaha..

Lepas solat, terus ke Kuala Perlis.. Lepak kat tepi laut tue jer.. Minum sambil sembang-sembang plan ride yang berikutnya.. Rasanya confirm dah nak ke Cameron Highlands bulan Januari nanti.. 6 orang confirm dah.. Cuma kalau boleh dapat 10 orang, memang cun la.. Tengok la nanti.. So kumpul maklumat dahulu la.. Nanti nak cari home stay la kot.. Mudah sikit nak parking motor, berbanding di hotel..

Sekitar persisiran pantai Kuala Perlis..

Lagi.. Lagi.. Kuala Perlis..

Settle minum, terus gerak.. Kebetulan kat jalan nak ke Jeti Kuala Perlis tue, ada funfair pulak.. Sempat lagi nak ambil gambar.. Hehehe..

Funfair @ Kuala Perlis..

Kami terus gerak balik, memandangkan Din akan kerja pagi esoknya dan nak balik ke Sungai Petani lagi.. Kami balik ikut jalan Alor Setar-Kangar.. Aku, Zul dan Zaidi keluar di Air Hitam.. Yang lain teruskan perjalanan masing-masing.. Sampai di Sungai Korok, hujan mula turun.. Sampai rumah, basah sikit la.. Tapi takpelah..

Alhamdulillah, semua selamat sampai rumah.. Kesian kat Din, berhujan dari Alor Setar ke Sungai Petani.. Tapi tak kisah la kan, berpanas berhujan kan mainan rider.. Jumpa lagi dalam next ride/posting.. Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment