...

...

Tuesday, December 29, 2015

Yamaha Y15ZR Movistar Edition

assalamualaikum...berjumpa lagi kita...kehangatan permintaan terhadap Yamaha Y15ZR masih belum pudar...jadi, kita teruskan cerita di dalam blog ini...benda baru, semua nak cerita...dan suam-suam kuku nanti, slow juga la macam blog-blog lama aku..."Ku Biarkan Berkarat" semuanya, tapi tue bukan judul cerita di TV yer...ha ha ha...

tak selesai lagi dengan pelancaran Yamaha Y15ZR pada 8 Ogos 2015, kecoh pula isu bila akan keluar motor-motor tersebut...arakian berduyun-duyunlah orang pergi ke kedai motosikal terdekat, bayar downpayment, booking fee dan segala-gala yang lebih kurang sama la maksudnya...semata-mata nak jadi orang paling awal memiliki moped Y15ZR nie...boleh kembang hidung dan kembang pungkoq punggung sekali kot kalau jadi orang terawal memiliki, semua mata bertumpu kat motor tue dah tentu punya la...tapi aku lupa pula, bila tarikh sebenarnya motosikal pertama sampai di kedai-kedai motorsikal, mahupun keluar di jalanan...

tak lama lepas tue, keluhan lain datang pula...kali nie yang booking warna biru-perak pulak 'mengamuk' sebab production warna nie dilambatkan...akan keluar merah dan hitam sahaja untuk keluaran terawal...untunglah siapa yang dapat awal, kan???rupanya ada khabar angin baru bertiup pula, sempena nak MotoGP Malaysia, dikeluarkan satu EDISI KHAS sebanyak 2000 unit (khabarnya) Yamaha Y15ZR Movistar Edition...masa tue, aku sendiri tercakap WTF (What The Fish?) tau...

ada beberapa perbezaan iaitu yang paling ketara keseluruhan cover set warna biru la...macam gambar kat bawah nie...kredit untuk ArenaPermotoran juga la ye...aku cedok gambar nie kat sana jer...lepas tue emblem (ada 4 logo Yamaha) berwarna EMAS, sedangkan yang lain berwarna PERAK...spring monoshock berwarna kuning (yang lain berwarna hitam)...sport rim berwarna biru (yang lain warna hitam)...itu sahaja rasanya...

Y15ZR Movistar Edition...Meruntun Jiwa...Kacau-kacau...

menjadi masalah kepada aku adalah...2,000 unit sahaja...betul ke...dalam hati niat tue ada nak pakai juga moped Y15ZR Movistar Edition nie...tapi beberapa masalah melanda, plan yang boleh beli cash, akhirnya hancur berkecai...bukan rezeki aku la...bila dok baca luahan dan komen orang mengenai 2,000 unit ini, ada yang bagi cadangan nanti beli jer yang biasa, dan sarungkan coverset Movistar tue...selesai masalah...yelah cover set tue boleh dapat serendah RM300 jer kot, walaupun ada khabar angin awal harga sampai RM800...kena pandai cari la...benda baru, orang dok main harga jer, termasuklah segala bagai aksesori...

kacau punya kacau, jiwa yang kacau la semnanya...jiwa kacau...aku pun cari juga la...google sana sini cari nombor telefon kedai motor..mudah buat cara nie...pertama, tak payah bazir masa tawaf cari kedai...kedua, dapat guna allocation bill telefon aku (takde la aku bayar saja bill, tapi kurang call)...cari punya cari, rupanya ada lagi yang kacau...harga sangat berbeza...jika sebelum nie aku cakap harga asas Yamaha Y15ZR nie dalam RM8,000, yang Y15ZR Movistar Edition nie harga paling rendah aku dengar RM8,700...beza RM700 la...lepas tue bila makin payah nak cari, harga naik...naik...naik...dan naik...mungkin betullah, hanya 2,000 unit keluar kot...sampai di sini tiada stok...booking, tunggu seminggu...belum tentu ada juga...nie pengalaman orang lain la...so, aku pun call kedai motor di Ipoh...kebetulan kenal kakak tue...tanya, terus dia kata ada last 2 biji akan datang minggu depannya, belum ada owner...booking pakai air liur jer...mulanya terpaksa terima la, barang tak berapa nak ada, harga kene getah la...RM9,000...telan aje la...sebab memang sebelum nie aku tanya di ChinHin sampai RM10,000...GILE!!!setuju jer la...

akhirnya, pada 19 Oktober 2015, motosikal Yamaha Y15ZR Movistar Edition milik aku didaftarkan dengan menggunakan nombor pendaftaran yang telah aku beli sebelumnya...ape nombor dia, biarlah rahsia...tapi nombor tue ada kaitan dengan negeri kelahiran abah aku, dan juga berkaitan nama lama (nama asal) dalam Bahasa Inggeris bagi pekerjaan aku sekarang ini...sebab tue aku nak juga aksara tersebut...seminggu lepas tue, baru aku dapat rasa sendiri 'kehangatan' Y15ZR Movistar Edition nie, sebab baru dapat ke tangan aku...chewi tak sudah la seminggu dua tue...lepas tue, suam-suam kuku...biasa jer la..ha ha ha...

ape yang best???tiada yang best, selain buat kawan baru...mengenali komuniti Y15ZR nie, menbuatkan ia jadi fenomena di Facebook, Twitter dan sebagainya...menyebabkan bercambahnya orang yang dok mengajak kalau nak join group Whatsapp...ada pemilik, ada bakal pemilik, dan ada kaki sibuk yang nak join group...Alhamdulillah, aku sekarang ada 4 group Whatsapp yang melibatkan komuniti Y15ZR nie...mulanya hanya group Malaysia dan Alor Setar...kemudian group Utara dan Perak...semoga dapat berkenalan dan berjumpa sembang sembang...ala, TTS la...Teh Tarik Session...

lainkali pula sambung cerita...ada banyak lagi nak share sebenarnya...tapi ikut keadaan dan semoga masa mengizinkan aku menulis la...banyak kerja nak kena selesaikan nie...dan penat tangan aku menaip di keyboard handset aku nie sahaja...beberapa kali berhenti dah, semak ejaan dan cara penulisan...kot tak kena cara atau gaya...ape pun, terima kasih kerana membaca...assalamualaikum...






p/s: percaya tak, ada kedai di Lembah Klang nak jual Y15ZR Movistar Edition pada harga RM13,000...WHATTTT???

24 comments:

  1. dari segi performance ada beza tak antara gp edition ni dgn yg biasa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiada perbezaan dari segi Teknikal..kelajuan, prestasi, semuanya sama..cuma berbeza pada faktor luaran seperti warna hub, warna sport rim, warna spring absorber, warna benang pada seat, stiker (decal) Movistar, emblem Emas..

      Delete
    2. oww. ingt kan ada beza dri sgi prestasi.. ok tq for info.. rsa nye nk bli la satu.. black edition. hahaha

      Delete
    3. ya, blackie is beauty.. memang cantik.. good luck bro..

      Delete
  2. Aku nak pakai tp.....tapi....tapi....iter takter uit......wu...wu...wu huhuhu elan air yiur baci jew ler

    ReplyDelete
  3. Saya minat Y15R Movistar..tadi tanya kedai harga dekat RM13K+...ummph..mahal sgt..kalau ambik yg biasa tukaq coverset Movistar ok x?Rim pun kena cat biru la kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la tue..kalau ada pun yang siap convert..tak silap sekarang nie pun warna lain dalam rm9300 cash..ape pun, good luck..FYI, saya open motor saya standard Movistar 12k sekali extra coverset putih, tayar corsa r99, rim X1R, signal belakang LED..

      Delete
  4. Assalamualaikum...

    Alhamdulillah... tak sangka ada blog yang memuatkan kisah tentang motor Y15ZR ni. Saya adalah bercadang nak beli motor ni. Bila cari di internet keluar blog ni. Bagus tu Mr Icham... Pastinya akan saya selalu baca blog ni sehinggalah motor yang diidmkan ni menjadi kenyataan. Terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Tuan..

      Sekadar suka-suka menulis.. Kalau ada kelapangan, in shaa Allah saya tulis.. Cuma banyak kekangan buatkan tak sempat nak join event kawan-kawan.. Biasalah tue, apabila meningkat usia.. Cuma saya turut doakan semoga Tuan dipermudahkan segala urusan untuk merealisasikan hasrat memiliki Y15ZR ini...

      Delete
  5. Assalamualaikum bro.nak minta pendapat la kan.di antara Fz150 dan y15zr mana lagi best?.saya minat dengan 2 jentera ni.tapi masih menunggu waktu untuk memilih..harap bro ada cadangan la buat saya yg berat badan 110KG..saya guna lcv1.top speed hanya dapat 100 sahaja.GPS.standard engine

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. dua jenis motosikal berbeza.. tapi sama Jenama Yamaha dan isipadu enjin 150cc.. ikut keselesaan bro.. kalau jenis tak suka selalu buka seat untuk isi minyak,kene la pilih FZ150i yang memang menjimatkan minyak.. tapi Y15ZR pun ada keinginan tersendiri.. bagi saya sendiri, saya lebih suka Y15ZR..

      Delete
    2. salam bro, minta maaf mencelah, saya dah pakai fz150i then beralih arah ke y15zr. Ini xbermaksud yang fz150i xbagus, cuma bergantung kepada keperluan owner tu sendiri. Untuk Fz150i ni, motor ni tercipta memang untuk perjalanan yang jauh/menjimatkan minyak and xpayah nak pikir refuel banyak2 kali, nak refuel pun senang,xpayah nak buka2 seat bagai..tapi untuk kelajuan, jangan set lam mind y FZ boleh pergi laju - LC135 ley tapau pejam mata je and FZ xsesuai untuk beli barang dapur sebab raga xd kecuali la letak box belakang.

      Delete
  6. Assalamualaikum bro . Ak pakai yamaha lc 135 v2 . Baru ride setahun . Number plat BMY *** . Loan AEON . Boleh ke kalau ak nk tukar lc 135 v2 ke y15zr ? Sorry kalau soalan lari tajuk . Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh aih..jual la LC tue,then beli Y15..tapi kalau nak convert LC tue pakai coverset Y15, tak pasti la..tapi penah nampak gambaq orang ada buat..

      Delete
  7. Good info bro! Setuju dengan bro, sehingga kini belom pernah dengar lagi ada perbezaan performance antara Y15ZR GP edition dengan Y15ZR biasa.

    ReplyDelete
  8. bro... dalam geran dia ada tulis apa2 tak untuk membezakan model biasa dgn model GP edition ni.....? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. takda...warna pun tulis BIRU...takde istimewa apa pun...

      Delete
  9. nak tanya bro..di geran ada tertera movistar tak..sebagai bukti original movi

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde pun bro...dia tulis BIRU sahaja...

      Delete
    2. Xda bukti la kan..baik beli y15zr biasa..convert je movi

      Delete
    3. betul boss..saya setuju..takyah membazir semata-mata Movistar ori kononnya..

      Delete
  10. Terbaik bro, sampai 2020 dah banyak dah Y15ZR keluar. Elok baru dok tengok yang latest, keluar pulak yang lagi baru.

    ReplyDelete