Tuesday, May 9, 2023

Solo Ride?

7 sebab mengapa perlu RIDE SOLO

Assalamualaikum.. sementara tak berapa nak ada kerja nak buat.. aku pun godek-godek telefon lama.. sebabnya, posting ride aku yang terakhir (yang ke Melaka) tue gambar-gambarnya dalam telefon lama.. yelah, tahun 2020 kot.. aku kena track semula ape event yang aku belum sempat kongsikan.. dan kebetulan ada gambar-gambar nie yang aku save dari FB Michelin sebenarnya.. aku kongsikan aje la, sebab-sebab mengapa perlunya menunggang sendirian (RIDE SOLO) sebab aku pun ada kalanya suka buat perkara nie.. ha ha ha..


mentang-mentang sebab ada pandemik Covid-19 dulu, ada pulak dia kata sebab penjarakan sosial.. ha ha ha.. tapi sebab sekarang (masa aku menulis nie) kita dah di dalam fasa endemik, ke mana-mana kita pergi walaupun solo ride, tetap akan berjumpa dan bergasak dengan orang juga terutama di tempat tumpuan (kedai makan dan stesen minyak)..


yang nie betul.. terpulang pada korang sama ada nak laju atau perlahan.. tak perlu nak terkejar-kejar sangat.. cuma aku biasanya tengok Google Maps, Apple Maps dan Waze untuk kaji keperluan nak berhenti next pitstop untuk isi minyak.. so, tahu matlamat.. jarak boleh tahu, anggaran masa pun boleh dapat.. dan bandingkan dengan norm bagi tangki aku punya penggunaan.. boleh agak, maka lebih baik la berbanding semboro jer berhenti.. kadang-kadang badan penat lain macam, baru gerak 50 km dah nak berhenti lagi.. padahal minyak masih banyak dan tak memerlukan refuel.. ha, itulah sebabnya.. ha ha ha..


kot-kot lalu kawasan yang cantik, korang tak teragak-agak nak berhenti ambil gambar kenangan.. nanti boleh upload dalam media sosial korang.. kalau beramai-ramai ride, aku ada juga buat aktiviti nie.. cuma aku akan pastikan aku yang di belakang sekali.. so, orang tak perasan aku berhenti.. aku snap ape yang patut, terus kejar kelompok diorang semula.. tup-tup, ada gambar kenangan.. tapi jangan la amalkan selalu.. ha ha ha..


dalam ride berkumpulan, kadangkala ada ahli baru.. yang mungkin kita tak kenal cara dan corak tunggangan beliau.. pernah la juga, tak pasal-pasal kena 'mengasuh' sebab dia nie tak biasa ride malam dan mata pun tak berapa nak 'cerah'... tapi kalau aku la, baik follow rapat kawan korang jika mata tak cerah.. dia terjun lubang, kita pun terjun sama.. daripada orang kena mengasuh kita, payah juga kalau terlalu perlahan..



lebih selamat?? mungkin la.. sebab kita kurang cenderung (less tendency) untuk bersaing sesama rakan (jika ride berkumpulan).. kita stay put dengan kita punya own pace.. so, takde la risau sangat.. lebih selamat, jika kenderaan korang tue diselenggara dengan baik.. kalau tak, ia kembali jadi bahaya juga.. aku pernah ride berkumpulan, dan motor aku rosak.. injector lingkup.. nasib baik ada kawan-kawan.. dah la ride ke Terengganu.. rosak pulak kat Jeli, Kelantan.. masih jauh perjalanan kot masa tue.. TQ kawan-kawan yang sabar dan setia membantu..


kadang-kadang, kita ada perasaan nak cuba jalan yang lain dari yang kita pernah lalu.. inilah masanya.. contoh, dah biasa naik Cameron Highlands dari Tapah mahupun Simpang Pulai.. mungkin boleh cuba laluan dari Sungai Koyan, atau pun dari Gua Musang.. explore la sendiri, masa korang rancang perjalanan tue.. solo ride sekalipun, kena buat rancangan tau..


kita boleh asah kemahiran kita, dan tak terikut-ikut dengan orang (jika ride berkumpulan).. kemahiran nie terutamanya masa ambil selekoh.. kaji selekoh dan sesuaikan dengan kelajuan kenderaan kita.. ingat, 4 roda dan 2 roda adalah sangat berbeza pengendaliannya.. masuk selekoh, dan tengok macam mana.. kalau overshoot, macam mana nak kawal supaya tak berlaku bencana (jatuh dan sebagainya).. overshoot sangat mudah berlalu di laluan turun bukit sebenarnya berdasarkan pengalaman aku la..

so, itu jer la.. kalau korang rasa ada pendapat, boleh nyatakan melalui komen.. sekian, terima kasih.. assalamualaikum..


#RideWithPride #RideWithPassion

No comments:

Post a Comment