Thursday, August 15, 2019

4th Ride 2019 (Nasi Kandar Deen Maju & Iwan Char Kuew Teow)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Fuh, cerita la nie.. Bersawang dah rasanya blog nie.. Serius, aku tak berapa ada masa nak mem'bawang' kat sini.. Kesibukan tugasan harian, barangkali... Ala, tapi ini sebenarnya pun untuk tatapan aku jer pun.. Kenangan aku ke mana-mana dengan Y15ZR atau bahasa hari ini, Ysuku.. Ha ha ha..

memulakan perjalanan

Kali nie, buat ride dekat-dekat aje.. Plan pun tak ingat bila.. Cuma plan nak buat short trip ke Nasi Kandar Deen Maju, sebab last kami semua ride pun ke Kelantan sebelum Ramadan aritu.. 

So, 21 Jun 2019 kami pun laksanakan program kami.. Memandangkan aku tak sempat servis motor (nak tukar minyak enjin dan penapis minyak aje pun), maka aku kena keluar awal la.. Aku gerak dari rumah jam 2:15 petang, lepas solat Jumaat.. Terus ke kedai tempat Jan kerja.. Banyak pula kereta petang tue.. Tapi minta tolong Jan cepatkan sikit memandangkan 3:30 petang dah nak gerak dari Tol Alor Setar (Selatan), secara rancangan asalnya la.. Terima kasih Jan..


Jan tengah salin minyak enjin

Kami berkumpul di Tol Alor Setar (Selatan) dalam jam 3:45 petang kot.. Aku antara yang paling lewat.. Maaf ye kawan-kawan.. Masa aku sampai, yang dah ada kat situ adalah Lah, Lie, Acu Wan, Mairzar dan Rahman.. Nasir sampai tak lama lepas tue.. Sempat la kami minum dahulu.. Jam 4:00 petang kami semua bergerak..

Kami sampai di Tol Sungai Dua dalam 5:15 petang.. Kami solat Asar di sini.. Lepas solat terus ke destinasi.. Kami sampai di Nasi Kandar Deen Maju dalam jam 6:00 petang.. Tak berapa ramai orang, mungkin sebab umat Islam masih dalam mood Raya Aidilfitri.. Tak pun sebab tengah tunggu gaji, jadi kurang modal.. Agaknya la....

Berbaris tak sampai 15 minit dah dapat makanan.. Ini adalah menu aku, tak silap RM8.00 jer.. Jadi la, lepas gian orang kata.. Kami makan sekenyangnya.. Hehehe.. 

ini menu aku


kenangan kami sampai lagi di sini

Selesai makan dalam 6:45 petang.. Kami terus ke Padang Kota Lama.. Lepak ambil angin petang kat sana.. Tak jauh pun, 10 minit pun boleh sampai dari Nasi Kandar Deen Maju tue la.. Ramai juga orang pada petang Jumaat tue, mungkin sebab esoknya cuti hujung minggu kan.. 

Padang Kota Lama

Kami solat kat surau area Padang Kota Lama tue.. Senang bila dah buat solat qasar dan jamak.. Memudahkan urusan.. Selesai solat, kami pun gerak.. Dalam 8:30 malam juga kami gerak dari situ.. Plan nak balik naik feri.. So feri dalam 9:15 malam.. Dalam feri, ligat fikir nak ke mana lagi..


dalam feri

Jadi, kami decide nak ke Iwan Mee Udang & Char Kuew Teow kat Bertam.. Masuk jer highway di Sungai Dua, masing-masing cuba mesin.. Berpecah terus.. Aku, Mairzar dan Man tertinggal di belakang.. Yelah, motor kami standard jer.. Sempat la buka Maps kat traffic light Bertam tue.. Dekat aje pun, kan.. Elok malam tue, tak berapa ramai kat sana.. 


char kuew teow

Aku terasa lapar pula.. Jadi order char kuew teow pula la.. Semua pekena menu yang sama, kecuali Acu Wan pekena daging bakar Danok.. Overall, OK la rasa makanan kat sini..

ON X ON

Dalam jam 11:00 malam, kami pun gerak pulang..  Isi minyak dahulu kat Petronas Bertam, dsn kemudian shoot balik ke Alor Setar la.. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik dan selamat sampai di rumah masing-masing..

Itu jer la catatan perjalanan hari tersebut.. Sekian, dan jumpa lagi di masa akan datang.. 

No comments:

Post a Comment