...

...

Sunday, February 10, 2019

2nd Ride 2019 (Satay Semeling)

ini betul perancangan tergempaq.. hahaha.. jam 1:00 tengah hari, time aku dok bersiap nak pergi kenduri.. boleh pulak ajak ride ke Satay Semeling.. jarang tak ON..

assalamualaikum dan salam sejahtera.. sementara nak tidur nie, ambil mood mengarang sikit.. tengah hari tadi Bashir boleh ajak ke Satay Semeling pulak.. ada la beberapa orang yang nak join.. JOM sajaaaa..


long story cut short, jam 5:30 petang jumpa di Tol Alor Setar (Utara).. aku lewat 5 minit dari masa yang dijanjikan, Bashir 5 minit lewat daripada aku, Amir lewat 5 minit selepas Bashir.. hahaha.. 5:45 petang dah semua ada, gerak ke Tandop.. jumpa Lie kat sana.. terus ke rumah Lan.. kat sana rupanya Bob dah tunggu.. so, kami gerak ikut jalan dalam (jalan negeri) jer.. yang join ride nie 6 orang jer la.. aku, Bashir, Amir, Lie, Lan dan Bob..



lepas sikit dari Yan, kami singgah sebentar di Pantai Murni.. masa nie jam lebih kurang 6:45 petang.. bukan buat apa pun kat sini, melihat gelagat dan ragam manusia jer.. dalam 7:00 petang kami pun gerak..


dan lagi kami lajak ke Tanjung Dawai.. pusing buang minyak jer kat sini, tak singgah pun.. sampai di kawasan gerai/kedai makanan, kami patah balik dan hala ke Semeling..

hampir 8:00 malam, kami solat di masjid berhampiran pekan Semeling.. selesai solat, kumpul duit makan dahulu.. hahaha.. lepas tue, baru ke kedai At Satay Semeling.. orang punya ramai.. Alhamdulillah  masih ada tempat walaupun terpaksa bersesak sikit.. kami order makanan, kebanyakan menu yang sama.. epal asam boi, yee mee sizzling, satay ayam dan daging 100 cucuk.. lama juga tunggu, tapi Alhamdulillah kenyang.. kebetulan jumpa member kami, Azhar kat sini.. dia mai bawak family, tak dapat nak join kami ride.. takpe, kena la utamakan family juga kan.. nak boleh lesen ride lain kali.. hahaha..




jam 9:45 malam, kami pun bergerak pulang.. kami berhenti refuel di Shell R&R Gurun (U).. kami sampai di sini dalam 10:05 malam.. aku cuma top-up minyak sebanyak RM5.00 sahaja.. lagipun masa keluar dari rumah tadi, minyak memang penuh dalam tangki.. dah selesai isi minyak, kami pun bergerak pulang..


aku dan amir keluar akhir sekali di exit Kepala Batas.. kemudian, terus pulang ke rumah masing-masing.. Alhamdulillah, aku sampai rumah dengan selamat lebih kurang jam 10:50 malam.. perjalanan hari ini cuma sekitar 180.5 km sahaja.. 


elok tak berapa lama sampai rumah, ada insiden yang jadi pulak.. dalam cuak tak cuak, takut tak takut, aku pun ambil langkah keselamatan la.. harap takde ape yang buruk terjadi la..

itu aje la catatan kali ini.. terima kasih kawan-kawan yang sudi atur ride nie.. lega sikit serabut kepala bila dapat ride.. jumpa lagi nanti.. assalamualaikum.. 

No comments:

Post a Comment