...

...

Sunday, August 20, 2017

2017 7th Ride Event.. Castella Cafe..

21/8/2017 (Isnin)
Ride to Castella Cafe, Gerik, Perak
RV Point: Roti Celaru, Simpang Kuala (8:00 am)
Ahli:
1. Zul KDY
2. Lie JRJ
3. Lah JRJ
4. Lan AKN
5. Din KDE
6. Syam MCS
Sekian, laporan buat masa ini.. Entry dibuat sebelum event.. Dah selesai event, akan update kemudian..

------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum.. Hari ini (27/08/2017) baru sempat nak update mengenai perjalanan kami ke Castella Cafe, Gerik pada 21/08/2017 (Isnin) yang lepas.. Em, dari 19/08/2017 (Sabtu) pun dah bersemangat.. Masing-masing sibuk menyiapkan jentera.. Basuh dan polish.. Bukan siapkan untuk lumba pun.. Jentera bersih, baru seronok nak ride..

jenuh nak cuci rim..

Hari perjalanan adalah hari bekerja.. Aku dan kawan-kawan lain memang ambil cuti dah.. Keluar macam biasa la, 7:20 pagi dan hantar anak-anak ke sekolah.. Kemudian terus ke tempat perjumpaan (RV Point) di Gerai Roti Celaru.. Aku sampai kat situ dalam 8:10 pagi.. Lewat sikit.. Sebab pagi tue aku singgah beli susu UHT kotak Goodday kat Kedai Mesra.. Murah, 2 kotak cuma RM3.. Minyak dah isi penuh siap-siap, senang balik nanti nak kira penggunaan minyak..

milage motor, dari rumah..

Di Gerai Roti Celaru, Zul dengan Lie dah sampai.. Siap dapat makanan dah.. Aku pun order roti dol double.. Air minum susu UHT tue la.. Kene parang jugak la, RM3 kot.. Hahaha.. Tak lama lepas tue, Lah dengan Din pun sampai.. Lan jer yang lambat, apehal tah.. Hahaha.. Dekat 9:00 pagi baru Lan sampai.. Padahal takde la jauh mana pun dari rumah dia.. Rupanya dia dah sarapan, baru nak datang.. Patut la lambat..

Sedap juga.. Boleh tahan la..

Menu aku.. Roti Doll Double..

Selesai makan, kami pun gerak.. Isi minyak di Petron dahulu.. Aku tak isi la.. Sebab minyak masih penuh lagi.. Sempat lagi Zul pekena aku supaya jadi cameraman dia.. Bawah nie la hasilnya.. Aku dan Zul jer yang tak isi minyak kat sini..

Otai Zul..

Kami teruskan perjalanan dan berhenti di Shell R&R Gurun.. Selesaikan ape yang patut, dan sembang-sembang lagi.. Takde ape nak kejar pun.. Aku isi minyak kat sini, RM3.30 (1.36 liter).. RON97 masa minggu nie RM2.43/liter.. Kami gerak dari R&R Gurun dalam 10:00 pagi..

ambil gambar dahulu..

Kemudian kami keluar dari Lebuhraya Utara Selatan di Gurun.. Kami tak laju, bergerak kelajuan malar 90km/j melalui jalan Gurun - Jeniang - Beris Jaya - Parit Panjang - Kuala Pegang - Kupang.. Akhirnya jam 11:00 pagi, kami sampai di BHPetrol Padang Lengkuas.. Aku dan Din tak isi minyak pun.. Yang lain semua isi.. Selesai isi minyak, kami terus gerak ke Castella Cafe..

rehat sebentar di BHPetrol Padang Lengkuas

11:50 pagi kami pun sampai di Castella Cafe.. Harapkan Zul yang lead jalan, memang pelupa la pakcik nie.. Nasib aku ingat dan tahu jalan.. Sampai juga la.. Terus ambil gambar..

sudah sampai.. alhamdulillah..

Kemudian kami parking motor kat rumah di sebelah Castella Cafe.. Alhamdulillah la tak kena marah.. Hahaha.. Perjalanan lancar, cuaca elok.. Dari rumah aku, cuma sejauh 184 km sahaja..

kami tumpang parking ye..

Takde orang pun hari tue (sebab tue kami ride weekday) masa kami sampai.. Kemudiannya baru ada yang datang.. Tapi tempat tak la jadi crowded sebagaimana hujung minggu.. Tambah² apabila Castella Cafe nie dah masuk dalam Majalah 3 pada 07/08/2017 yang lalu..

Terus ambil gambar, kejap lagi nak mandi dah tak pegang handphone.. Dahulu masa pakai Sony Xperia Z2 memang best la mandi pun boleh pegang handphone.. Tapi apakan daya, dah rosak.. Huhuhu.. Jadi jangan muntah la tengok gambar² kami ek..

muka masih kepenatan..

rehat sebentar

Masa sampai kat Castella Cafe nie, Lah masih lagi busy urusan pejabat.. Kami yang lain-lain nie dah santai-santai jer.. Tapi line tak berapa kuat la kat sini..  Ada tue, ada la line.. Tapi takde la 4G coverage..

cantik tak??

OK, OK.. Jom mandi.. Semua pun dah tukar pakaian.. Aku dah mandi sungai pun masa ride ke Sungkai bulan Julai yang lepas.. Aku sorang² jer yang mandi di Lata Ulu Chepor 07/07/2017 yang lalu.. So takde la jakun sangat.. Hahaha..

selfieeee duluuuu

layankan ajeee

main rakit nie yang syok!!!

Hampir satu jam juga kami mandi, sementara tunggu makanan disediakan.. Jam 12:45 tengah hari, kami pun makan.. Semua tengah kelaparan.. Sedap menu yang Zul tempah, ikan talapia Norway.. Memang mantap.. Sekali dengan masak lemak, air lawa, sambal local, sambal belacan, ikan pekasam, ulam (petai, pucuk putat, dll).. Nasi bamboo pun ada.. Siap dengan air oren bancuh.. Sedap sungguh.. Kekenyangan kami..

jom makan..

layan ooo...

talapia Norway tinggal kulit jer la

Selesai makan, rehat sebentar di atas rakit.. Kemudian kami sambung mandi sampai 3:00 petang.. Ada yang dah siap awal lagi.. Yang last naik adalah aku, Din, dan Lan.. Naik jer terus pergi bersihkan diri, tukar pakaian dan solat.. Selesai semua, bayar la.. Kemudian gerak balik.. Dalam 4:00 petang kot kami gerak dari sana..

Baru masuk jalan nak ke Baling dalam 3 km, hujan turun.. Kami patah balik dan berhenti minum di Salim Kari Kepala Ikan.. Ada yang makan, ada yang minum.. Dalam 5:15 petang, hujan pun reda.. Kami teruskan perjalanan pulang..

larat lagi depa nie makan..

Kami isi minyak di BHPetrol Padang Lengkuas.. Kat sini aku isi RM9.00 (3.70 liter).. Terus balik ikut jalan yang kami datang tadi.. Din terus balik ke Sungai Petani, berpisah dengan kami di simpang ke Kuala Pegang.. Kami teruskan perjalanan dan singgah di R&R Gurun.. Layankan Zul nak pekena burger Ramly..

R&R Gurun, depan Burger Ramly..

layan oblong dahulu..

Lepas makan, terus bertolak pulang.. Aku sampai di tol Hutan Kampung, Dalam 8:00 malam.. Solat siap² dan terus ke Petronas Bandar Darulaman lepas tue.. Isi minyak penuh semula sebanyak RM7.00 (2.88 liter).. Sampai di rumah, milage mencatatkan 357 km.. Jadi jumlah perbelanjaan minyak bagi perjalanan kali ini adalah RM19.30 (7.94 liter).. Secara purata, 1 liter RON97 untuk jarak 45km.. Sebab kami tak laju pun, dalam 90km/j jer..

357 km

Masuk rumah terus mandi dan bersihkan diri.. Kemudian layan perlawanan bola sepak Sukan SEA, Malaysia lawan Myanmar.. Menang 3-1 pulak tue.. Puas hati..

Next ride?? in shaa Allah akan ke Melaka pada 28-30 September 2017.. Sama² nantikan sama ada jadi atau tak.. Jumpa lagi.. Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment