Sunday, April 23, 2017

2017 4th Ride Event.. New Castle..

Assalamualaikum.. Masih belum hilang penat lagi.. Tapi ape pun, aku ENJOY la.. Sihat Alhamdulillah jer diri ini.. Harap-harap korang semua pun dalam keadaan sihat hendaknye.. Penat oo, nak upload 26 keping gambar yang dah aku buat dalam 'photogrid' nie..

So, pada 21 April 2017 aku join dengan kawan-kawan Zul.. Geng-geng RX-Z nie.. Eh, korang ada nak juai RX-Z murah-murah tak?? Mai la penuhi hajat aku nak pakai juga.. Ha ha ha.. Sebenarnya aku baru balik dari Putrajaya.. Ada sedikit urusan pada 19-20 April.. Aku sampai di Jitra pun dalam 11:00 malam 20 April tue.. Penat tak hilang, esok pagi nak ride to New Castle.. Ala, Kota Bharu la maksudnya.. Takkan itu pun tak tahu.. Adehhh..

Seawal 6:40 pagi aku keluar rumah.. Zul tunggu di SK Teluk Malek.. Lepas jumpa Zul, member dia tak mai lagi pulak.. Kene turut ke rumah la.. Nama gelaran dia PakSu.. Tak siap lagi bila kami sampai di rumah dia.. Tunggu je la.. Nak kata apa kan.. Dari rumah PakSu tu kami gerak dalam 7:15 pagi.. Kami naik highway, kemudian ke Jalan Datuk Kumbar.. Ingatkan RV Point kat Petronas Datuk Kumbar tue.. Sekali ke rumah kawan Zul yang lain.. Dalam hati dah PANAS!! Takkan nak pi konvoi nak kene turut sorang-sorang kat rumah.. Nak aje aku patah balik, duduk rumah makan tidur pun BEST!! Tapi sabar aje la.. Sebab nak sangat ride ke Kelantan, dan layan selekoh (kona) di jalan timur-barat tue..

Kat rumah Naim (kawan Zul juga), PakSu nak tukar ekzos lak.. Yang dia pakai masa tue tak berapa best katanya.. Tukar pulak ekzos.. Sambil tunggu kawan-kawan lain.. Kebetulan Bobo mai pulak, kata nak follow dengan Nissan Navarra.. Kira ada ESCORT CAR la.. Hebat hebat.. Yang naik Navarra maybe 5 orang.. Rider yang dah kumpul masa nie Naim, Din (adik Naim), Kecik dan Nabil (Yamaha 125ZR).. Selain tue yang ada tadi tue la, Zul, PakSu dan aku.. Diorang cuba call sorang lagi (malam sebelumnya motor dia problem) nama Jem..

Aku memang tak tahan dah, tambahan tidur tak cukup.. Lapar pulak tue.. Hampir terlena kat situ juga.. Last sekali dalam 9:30 ke kedai makan.. Pulun kaw-kaw la.. Nasi lemak sepinggan, roti kahwin, kuih 3 biji, teh tarik.. RM7 kena.. Hahaha.. Isi minyak motor di Petron sebelah kedai tue.. Alhamdulillah ada RON97, masa nie harga dia RM2.54/liter.. Isi penuh, dalam RM6.80 (2.68 liter).. Masa nie sorang lagi dah sampai, yang nama Jem tue la.. So, ada 8 orang yang tunggang motor, lagi 5 orang naik Navarra.. Kami gerak dalam 10:00 pagi..

harga runcit minyak (20-26 April 2017)


antara sarapan pagi aku

Nak mula perjalanan di Petron

Kami ikut jalan 'dalam' (jalan persekutuan) jer, Pendang-Jeniang-Beris Jaya-Baling.. Kemudian terus berhenti di Caltex Baling.. Ada yang refuel.. Konvoi kali nie ikut suka.. Nak berhenti, berhenti.. Nak isi, isi.. Takda paksaan.. Tapi yang pasti, akan ada banyak berhenti la.. Ha ha ha.. Aku duduk belakang sekali, memang 'makan asap dan minyak' la jawabnye.. Dah la motor aku coverset putih.. Huhuhu..

depan Buraq Oil Jeniang

Teruskan perjalanan, dan aku ambil keputusan nak refuel minyak di BHP Padang Lengkuas.. Tahan kot sampai Caltex Jeli (lama sangat tak ke Kelantan naik motor, maka tak ingat kedudukan stesen minyak).. Gambar-gambar di bawah sekitar perjalanan nak ke Kelantan.. Layankan aje la ek.. Jangan tiru ape aku buat, bahaya.. Kecuali ada kemudahan macam GoPro la.. Em, Navarra masa nie belum gerak kot.. Masa kat rumah Naim tadi, diorang ada kata 11:00 pagi baru nak gerak.. Di BHP Padang Lengkuas aku refuel.. Sekali isi dalam tong minyak 1 liter, khuatir kot tak sampai Caltex Jeli.. RM8.00 (3.15 liter) kali nie isi..

aku dan jalanraya

aku dan Zul

kawan-kawan konvoi

Sampai di Gerik, nampak Shell.. Caittt, ada stesen minyak lagi.. Tapi takpelah, aku yakin sampai Caltex Jeli.. Sekali ada kawan terperasan tayar motor PakSu kurang dah.. Rupanya jerap (keluar angin sikit demi sikit).. Call Bobo, diorang baru kat Gurun masa tue.. Alamak.. Aku pun Waze ke Hentian Titiwangsa, ada dalam sejam juga ke sana.. 60 km kot.. Aku pun lupa dah.. Kebetulan ada geng-geng skuter V100, dan diorang ada pam angin.. Pam dulu la tayar motor PakSu.. Pam di Shell tue rosak, itu masalahnye.. So, kami decide nak ke Hentian Titiwangsa.. At least boleh makan dan rehat di sana..

di Shell Gerik

Di KM yang beritahu Kota Bharu lagi 148 km, akhirnya tayar motor PakSu kehabisan angin lagi.. Duduk la tepi jalan.. Aku tengok aje la dan ambil gambar.. Diorang masukkan rumput ke dalam tayar untuk bagi tahan sikit.. Tayar tubeless kan.. Cuba gerak semula, sebab Hentian Titiwangsa tue tak jauh dah, dalam 10 km jer.. Din yang bawa motor PakSu sebab dia paling kurus dan ringan.. Kira PakSu swap motor dengan Din tue la.. Masa nie dalam 2:15 petang kot..

konvoi tersadai seketika..

Kami teruskan perjalanan perlahan-lahan.. Akhirnya sampai di Hentian Titiwangsa dalam 2:45 petang.. Rehat, makan, dan borak-borak.. Ambil peluang nak kenal-kenal kawan-kawan Zul tue.. Aku makan nasi ayam jer.. Lepas borak, pergi solat.. Rukhsah ada, maka buat secara qasar dan jamak la.. Lepas solat, Bobo pun sampai.. Diorang repair la tayar motor PakSu lepas tue.. Tak sure gerak pukul berapa.. Maybe 4:15 petang..

Hentian Titiwangsa

Blog aku, motor aku la banyak

Check minyak, baru turun 1 bar.. Cukup kot sampai Caltex Jeli.. So, aku tuang minyak dalam tong tadi ke dalam tangki.. So, penuh semula la.. Tuang tue sebab aku yakin, perjalanan balik pun minyak akan cukup (aku nak buang tong yang isi minyak tue).. Motor kami semua pun dah OK, jadi teruskan perjalanan.. Sampai satu tahap aku tak tahan dah nak gerak slow dan 'makan asap dan minyak'.. Aku pun pecut solo la layan kona.. Sampai di Caltex Jeli jam 5:00 petang.. Siap isi minyak dan buang air lagi.. Refuel RM5.00 (1.97 liter) jer pun.. Diorang sampai dalam 5:15 dan kami teruskan perjalanan.. 

Caltex Jeli

Tiba-tiba hujan turun.. Nasib sempat berteduh kat Shell Jeli.. Diorang refuel kat sini.. Kami decide nak terukan perjalanan.. Jauh lagi.. Satgi malam pula, lagi  haru biru..

Shell Jeli

Kami ikut jalan Rantau Panjang.. Sebelum nie aku dah pernah Waze, memang jalan ni yang paling dekat.. Dan beberapa kali dah lalu sini semnanya.. Tapi masa naik kereta la.. Kami sampai di Rantau Panjang dalam 6:30 petang.. Teruskan ke Pantai Cahaya Bulan (PCB).. Akhirnya sampai situ dalam 7:45 malam.. Semua kepenatan.. Then diorang call homestay, dan tuan homestsy tue ambil kami dia PCB.. Sampai homestay, memang selesa la.. 3 bilik tidur (air cond), 2 bilik air.. Cukup selesa untuk 13 orang.. Masjid pun dekat, kat hujung jalan jer.. Harga?? RM160/malam.. Elok je tuan homestay balik, seorang daripada kami perasan bilik utama bocor bilamana air tangki oveflow.. Habis basah master bedroom.. Call pemilik homestay, dan dia tak halau kami pun.. Cuma dia cadangkan ke satu lagi homestay (rumah lot kampung).. Pindah pulak.. Tapi banyak la kekurangan rumah nie.. Air cond kat master bedroom jer.. Bilik ada 2 jer.. Adoii.. Hadap je la.. Untuk mandi dan tidur je pun..

Dalam 11:00 malam baru kami selesai urusan, so keluar makan.. Melilau pusing, last sekali makan kat tepi pantai jer.. Bengang je rasa.. Sebab ramai nak tunggu makanan sampai, aku pergi solat dulu di surau dekat PCB tue.. Di homestay takde sejadah rasanya, tu yang aku solat siap-siap.. Balik nanti, boleh terus tidur.. Makan nasi goreng ikan masin jer malam tue, dengan kopi o ais.. Mahal gak rasanya makan, RM9 tue.. Ha ha ha.. Balik rumah,  tengok odometer dah catat 409 km hari tue.. Jauh jugak, kan??

sekitar PCB

Balik rumah, aku memang terus tido.. Beralaskan tikar sahaja.. Takpelah.. Nak demand ape pun.. Alhamdulillah tak berapa panas malam tue.. Bangun Subuh, terus mandi.. Lapar, nak cari makan.. Kebetulan Zul pun bangun awal.. Ajak dia pergi sarapan kat Kopitiam Kita, yang famous tue la..

himpit-himpit park motor di homestay

kat depan homestay

So, dah sampai Kopitiam Kita.. Jom la kita makan dulu.. Sedap ke tak, satgi kita cerita..

posing dan posing lagi

Seperti biasa, menu pertama order adalah ROTI TITAP la.. Zul follow ja.. Sebab sedap, dia order satu lagi.. Telur separuh masak, pulut pagi.. Banyak dia makan.. Aku cuma ambil nasi lemak dan tepung pelita.. Tapi last sekali pulut pagi tu aku yang habiskan.. Zul kata takleh blah, sebab memula tue dia ingat pulut sambal.. Ha ha ha.. Kira upah Zul teman aku sarapan dan pi isi minyak, aku belanja la.. RM28.40 kot sarapan.. Gulp.. Takpe, sedap.. Berbaloi-baloi makan pagi tue..

sarapan kami

Jenuh juga pusing Kota Bharu, aku pun ingat-ingat lupa jalan.. Last aku datang dan pusing, 2012 rasanya masa pergi observe student praktikal (masa dok jadi lecturer lagi).. Jumpa Petron tepi KB Mall yang ada RON97.. Isi minyak RM8.60 (3.39 liter) dan balik homestay.. Sampai di homestay, ada yang masih tidur.. Aku check minyak enjin motor, khuatir kot kering.. Member Y15ZR la pesan.. Tapi OK je lepas check tue, Alhamdulillah.. Lepas semua bersiap, kami pun keluar dari homestay dalam 12:00 tengah hari..

Terus ke area Pusat Kraftangan (Pasar Siti Khadijah) sebab PakSu dok ajak makan di Restoran Nasi Ulam Cikgu.. Aku kekenyangan lagi, minum teh o ais aje la..
  
susun motor dan pergi makan

Kemudian jalan kaki ke Masjid Muhammadi (rasanya Masjid Negeri nie).. Solat qasar dan jamak siap-siap.. Lagipun masa nie tengok langit mendung nak hujan..  

Masjid Muhammadi

Sebelum gerak dari situ, semua letak beg dalam Navarra.. Tak gaduh nak galas beg.. Sempat lagi ambil gambar macam kat bawah nie.. Layan..

lagi  lagi bergambar

Teruskan perjalanan.. Masing-masing tak pasti mana paling dekat jaraknya.. Tanya orang Kelantan pun macam-macam cadangan, yelah sebab depa akan cakap jalan yang biasa dia guna kot.. Kalau ikut Waze, memang ikut jalan semalam paling dekat.. Sampai dekat-dekat Salor, hujan lebat turun.. Aku bergegas sarung baju hujan.. Rupanya depan sikit tue, diorang berhenti minum sambil berteduh.. Takdan minum habis pun, kami gerak sebab ingat hujan dah reda.. Dalam 2-3 km gerak, hujan turun semula tapi renyai-renyai la.. Baju hujan masih dipakai..

Di bulatan nak ke Tumpat-Rantau Panjang-Pasir Mas, ada construction.. Entah macam mana aku boleh terkehadapan.. Aku ingat diorang nak ikut jalan semalam, rupanya diorang ikut jalan lain.. 10 minit aku tunggu tepi jalan, aku decide teruskan perjalanan.. Baju hujan pun tak buka lagi.. Aku WhatsApp Zul untuk jumpa di Shell Jeli sahaja.. Aku pun pecut solo ride, ikut Rantau Panjang.. Tak lama lepas tue, hujan yang sangat lebat turun.. Tapi aku sorang, kan.. Risau juga.. Nak tak nak, kena teruskan perjalanan la.. Masa ni tengok signboard, Jeli masih 60km kot.. Lebat pun redah, Alhamdulillah takde yang tak diingini terjadi..

Jam 4:30 petang aku sampai di Bukit Bunga.. Baru tengok WhatsApp (handset pun basah sikit), Zul cakap diorang ikut jalan lain (jalan ke Pasir Mas).. Aku pun teruskan perjalanan ke Shell Jeli.. Minyak memang turun macam air, sebab aku pecut.. Dalam fikiran aku dok bayang diorang tinggal aku, sebab mungkin jalan diorang lebih pendek, dan aku buang masa tunggu diorang 10 minit tadi.. Rupanya aku yang ada kat depan pada masa tue.. Aku singgah di Bukit Bunga dan Politeknik Jeli semata-mata untuk bergambar.. Yelah, diorang kat belakang kan..

tempat kebiasaan orang shopping di Bukit Bunga

Politeknik Jeli

Aku sampai di Shell Jeli dalam 4:45 petang.. Isi minyak sebab masa nie sebab dah tinggal 2 bar jer.. Memang takkan sampai Shell Gerik la kalau tak refuel.. Isi RM8.70 (3.43 liter) kat sini.. Baru terasa lapar, sebab kesejukan redah hujan.. Lagipun kan aku tak lunch.. So ke kedai makan sebelah Shell tue.. Wan Tomyam Special..Order Nasi Goreng Pattaya dan kopi o panas.. RM5.80 bagi aku kira OK, banding makan di PCB malam sebelumnya.. 

di Jeli

Dalam 6:20 petang baru diorang sampai.. Terus gerak la.. Khuatir sikit nak lalu jalan timur-barat tue bila dah gelap.. Aku gerak dengan Zul, lepas tu tak larat la nak tunggu dia slow.. Aku pecut.. Aku rekod video masa nie.. Aku dapat kejar Navarra lepas 5 minit pecut (kat sempadan Kelantan-Perak), then dapat kejar group motor 2 minit kemudian.. Kami sampai di Hentian Titiwangsa dalam 7:00 malam.. Bila Zul sampai, kami terus gerak.. Masa nie kenderaan semakin banyak.. Lori la yang banyak.. Nasib baik la naik motor, jadi takde la teruk sangat nak tunggu peluang memotong..

kotor setelah bergelumang tanah merah/selut

Masa menghala ke Shell Gerik nie, Kecik follow aku rapat.. Kami dua terus laju sebab cuaca makin gelap.. Aku memang agak risau kalau lalu jalan tue bila gelap.. Risau jumpa haiwan yang besar macam gajah, harimau dan lain-lain lagi..

Dalam 7:40 malam kami dah sampai Shell Gerik.. Aku terus isi minyak jer.. Kat sini tiada RON97, maka TERPAKSA la isi RON95.. Baru la sedar, bila gerak laju minyak memang laju juga.. So, isi juga la dalam RM8.20 (3.61 liter).. Lepas tu, aku pun tunggu giliran nak solat.. Solat siap-siap lebih mudah.. Selesai solat, semua kawan-kawan pun sampai.. Kami terus gerak ke Baling.. Nak makan area sebelum ke Kubur Panjang..

Aku takde la lapar sangat.. Tapi order juga la mee goreng dan teh o panas.. Selesai makan, terus gerak balik.. Cuma kali nie dari Jeniang kami naik highway PLUS Gurun.. Berhenti isi minyak lagi di Shell R&R Gurun.. Aku isi RM4.00 (1.76 liter) jer, tue pun hampir penuh dah.. Gerak jer dari R&R Gurun tue, aku terus pecut.. Maintain kelajuan dalam 115km/j jer.. Ada juga try top speed, dapat 132 km/j jer, takleh lebih laju dah.. Diorang keluar kat Pendang rasanya, sebab langsung tak nampak diorang lepas tue.. Anyway, semoga safe ride semuanya ek..

Aku sampai rumah dalam 12:40 malam.. Terus check milage.. Oh, mencatat 858.4 km.. Jauh juga perjalanan kali nie.. Sebab banyak berhenti (motor rosak dan hujan), tapi tak kisah la janji semua selamat.. Kalau nak ikutkan purata penggunaan minyak, aku refuel sebanyak 19.99 liter.. Lebih kurang 43km/liter.. Quite impressive..

So, rasanya itu jer la entry kali ini.. Ride keempat bagi HSB Rider.. Next ride tak tahu lagi ke mana.. Mungkin Putrajaya atau Port Dickson atau Melaka.. Dengan geng mana nak pergi konvoi pun tak tahu juga lepas nie.. Tak kisah la tue, asalkan boleh ride.. Jumpa lagi.. Assalamualaikum..

858.4 km overall

2 comments:

  1. Story yg menarik...blh ambil petua bg rider2 baru nk ke kelantan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini hanya merupakan catatan peribadi saya..mana yang baik boleh ambil, mana yang kurang baik kena nilaikan dahulu..cuma kerana hobi saya adalah permotoran, jadi penulisan ini juga salah satu kenangan untuk saya pada masa hadapan..syabas,teruskan membaca!!

      Delete