Assalamualaikum.. Jadi, hampir sudah 2017 melabuhkan tirainya.. Pelbagai peristiwa, tak kira la manis atau kurang manis, pastinya terjadi untuk setiap individu yang bernama manusia.. Normal la tu kan??
Alhamdulillah, untuk aku di dalam tahun 2017 ini tetap bersyukur di atas segala yang telah ditetapkan oleh Pencipta.. Allah merupakan sebaik-baik perancang, walau apa pun yang kita sebagai manusia ini merencanakan..
Pelbagai pengalaman dapat ditempuhi dalam 2017 nie.. Pengalaman mematangkan hidup, kata orang la kan.. Untuk ride event, ada la beberapa ride yang dilakukan.. Ada yang aku join dengan kawan-kawan baru macam ride ke Kelantan bersama geng-geng 2 lejang (RXZ dan 125ZR) walaupun aku menunggang Y15ZR jer.. Ada yang baru kenal dengan geng Y15ZR Alor Setar & Kedah (walaupun aku nie boleh dikatakan antara orang lama dalam Y15ZR Kedah, tapi lama dah kurang aktif).. Baru kenal ke tak, tetap boleh bersama-sama ride ke Cameron Highlands.. Apa orang kata, kita rider sama sahaja.. Ah, boleh la tu..
Tahun 2017, aku ke Cameron Highlands sebanyak 2 kali.. Juga mencatat 2 kali ke Gerik (entah cari ape sebenarnya sekali tue).. Sekali ke Pulau Pinang (itu pun sebab berkursus, tak boleh nak claim milage, jadi naik motor jer la, boleh juga layan corner Balik Pulau).. Banyak kali trip ke Perak tahun 2017, termasuklah ronda Taiping-Ipoh-Sungkai (kenangan Polis Trafik di Taiping tak mungkin dilupa, termasuk kenangan Lan tak dapat join ride nie sebab patah ibu jari tangan).. Yang paling mencabar dan jauh, rasanya ride dengan geng-geng 2 lejang ke Kota Bharu tu la.. Macam mana pun, hidup kena enjoy la kan..
Ujian juga datang.. Tak dinafikan yang itu.. Kehilangan insan tersayang juga satu perkara yang mengejutkan.. Terima kasih ya Allah, kerana meminjamkan arwah abah kepada kami semua (kepada aku, untuk 35 tahun).. Semoga arwah abah ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yang soleh dan beriman.. Selama ini pengalaman hanya berdiri di belakang imam menyembahyangkan jenazah.. Kali ini, peluang akhir aku berbakti.. Akulah yang bersama-sama memandikan, mengimamkan solat jenazah, menurunkan jenazah dalam liang bersama acik dan kini memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.. Moga Allah mudahkan urusan aku..
Rezeki juga datang.. Dalam kesedihan itu, Allah jemput kami sekeluarga ke Tanah Suci Mekah dan Madinah.. Asalnya 8 orang yang nak pergi, namun Ateh terpaksa tarik diri sebab sedang sarat mengandung (masa awal tue tak perasan diri mengandung agaknya).. Jadi kami 4 beradik dan mak, serta 2 orang anak buah (anak Along) yang dijemput.. Alhamdulillah.. Syukur tue tak boleh nak kata sebanyak mana.. Terlalu bersyukur.. Doa-doakanlah semoga ada rezeki ke sana lagi.. Subhanallah, terlalu merindui suasana di sana.. Sangat-sangat..
Apa pun, semoga tirai 2018 yang bakal disingkap akan dipenuhi dengan lebih warna-warni kehidupan.. Azam baru?? Azam macam yang sebelum-sebelum ini juga la.. Nak berubah menjadi yang lebih baik, tak kira dalam apa juga perkara pun..
So, plan ride macam mana pula?? Ada masa, kita cuba la ride mana yang boleh, dengan rezeki yang ada.. Untuk diri aku, harap tahun 2018 boleh la sekurang-kurangnya sekali ke Pantai Timur dan sekali ke Selatan.. Tengok la macam mana.. Cuma dah merancang untuk ke Terengganu pada 31 Januari 2018.. Rasanya sebelum ini juga ada merancang ke Melaka dalam 2017, cuma tak terlaksana.. Mana tahu, ada rezeki dalam 2018 nanti.. in shaa Allah..
january ride: Terengganu.. in shaa Allah..
next: Melaka??
Itu aje la coretan yang rasanya sebagai penutup tahun 2017.. semoga Allah merahmati kita semua.. salam sayang untuk semua.. Assalamualaikum..