...

...

Sunday, December 4, 2016

round Penang

Assalamualaikum.. 27 Ogos 2016 punya cerita nie.. Hari nie dah 4 Disember 2016.. Punya la lama aku 'peram' cerita nie.. Korang nampak tak tahap kesibukan aku nie.. Hahaha.. By the way, korang semua apa khabar?? Harap-harap semuanya OK la ye.. Aku, Alhamdulillah OK sahaja..

Ini pun boleh kata perjalanan yang tak dirancang.. Seingat aku la.. Mulanya macam semua nak pergi, sekali Zaidi dan aku macam tak boleh nak pergi.. Rasanya macam pagi tue hujan.. Lagi la rasa malas.. Sekali dalam 8:30 pagi tue diorang pun masih belum decide.. Ada yang kata nak pergi Sungai Petani aje la.. Lepas tue tetiba, Zaidi kata dia nak pergi, walaupun kurang sihat.. Aku pun bersiap, dan setuju nak pergi sama la.. Sebab musim hujan, dan tak de la kata nak pergi Penang, aku pun bawak helmet Xdot jer.. Jumpa kawan-kawan di Hentian Sebelah Kobah, Pendang.. Lama juga la Azli, Roslan, Suhaimi, Zaidi tunggu aku.. Padan muka, ajak lagi..

Last sekali, ke Penang jugak.. Haru betul.. Follow jer la.. Memula pergi Rope Walk.. Pusing tengok barang, Zaidi pun rehat jer.. Kurang sihat kan.. Lepas tue pergi makan kat Medan Selera sebelah Stadium Bandaraya tue.. Aku tak berapa nak selera.. Makan nasi ayam pun tak habis..

Elok nak ke Batu Ferringhi, sekali hujan lebat.. Berteduh dulu kat Caltex.. Reda sikit, kami jalan.. Hujan sat lepas tue, redah jer sampai Masjid Terapung kat Tanjung Bungah tue.. Lepas solat dan rehat, teruskan perjalanan.. Nak pi layan 'kona' kat Balik Pulau kan..

sekitar Batu Ferringhi..

Cuaca pun dah mula OK.. Tak panas pun.. Terus jalan sampai Teluk Bahang.. Layan jer la.. Hehehe..

nak selfie jugak.. bagi chance la wei..

Layan 'kona' sampai lupa kawan-kawan ooo.. Memang syok kan.. Minat.. Sampai kat Balik Pulau, layan jer la durian yang ada.. nak harap Musang King, D24 dan yang tip-top, memang takdak la.. Layan jer la.. Alhamdulillah, Suhaimi belanja katanya.. Terima kasih kawan.. Moga bertambah rezeki.. Lepas tue pakat-pakat tapau sorang sebiji bawa balik.. Aku pun sama.. RM35 kot.. Tapi isi dia sedap, puas hati..

sedap juga.. nama dah lupa..

Lepas tue terus patah balik masuk bandar Georgetown.. Lepak Padang Kota sekejap.. Balik Tanah Besar naik feri.. Hehehe.. Nasib baik tunggu sekejap jer..

penat tunggu feri..

Dah sampai ke Tanah Besar, kami berhenti makan pula kat R&R Gurun.. Lapar kot.. Dalam dok pilih lauk, ternampak tanda harga tue.. Nak tergelak aku.. Ada pulak SEEKOR telur mata.. Memang la telur tue kalau nak kata mewakili seekor ayam.. Hahaha..


Balik tue terus pederaih highway.. Syok oo.. Sampai rumah, rehat jer la.. Puas juga la walaupun ride sekejap jer, pusing Pulau Pinang jer pun.. Tak jauh mana.. Jumpa lagi.. Ada beberapa cerita lagi nak upload.. Kalau korang peminat setia (eh, ada ke??) dan tunggu cerita daripada aku, bawa-bawa bersabar ek.. Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment