assalamualaikum...gambar di atas menunjukkan sebahagian berita mengenai kejadian yang menimpa adik Siti Nuraisyah Sahrin... boleh klik gambar tersebut untuk baca berita sepenuhnya...kalau Utusan masih ada link tersebut lagi la...ape pun, sampai hari nie aku masih berasa terkesan dengan sikap tidak bertanggungjawab pemandu yang telah menyebabkan kejadian tersebut berlaku...OKlah, kita move on...
jadi memang perancangan dah lama dibuat pun...malah semasa TTS geng Utara di Alor Setar pada 25 Januari pun dah buat kutipan untuk adik ini...kalau tak percaya, baca kat SINI la...maka tarikh 5 Mac 2016 dipilih untuk buat konvoi amal ke rumah adik Siti Nuraisyah ini...kebetulan, adik ini hanya dibenarkan keluar daripada Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang pada 4 Mac 2016...Alhamdulillah...
untuk konvoi ini, beberapa pit stop telah terjadi...sebab ada pelbagai manusia dari pelbagai tempat...asalkan hasrat asal nak konvoi sekali tercapai, dah Alhamdulillah...aku tak pasti la geng dari Penang bertolak jam berapa...tapi last pit stop adalah kat Tol Behrang...jadi, kalau gambar yang banyak tue, biasalah...yang tue datangnya daripada group Whatsapp kami yang nak ke konvoi ini...ada gambar berulang, ada gambar yang bercampur-campur...sebab tak tahu yang mana datang dahulu, sebab dah nama pun forward dalam group jer...gambar mana masuk dulu, diberi nama dahulu la...ha ha ha...
di hentian sebelah Taiping...
lihat semangat dan kegembiraan di wajah masing-masing...awal pagi lagi kan...semua semangat...ha ha ha...kemudian diorang meneruskan perjalanan ke simpang pulai...mungkin isi minyak kat sini kot, dan jumpa Wan...
sepanjang highway...
sepanjang highway...
sepanjang highway...
sepanjang highway...
hentian sebelah Simpang Pulai
sementara tue yang dah menunggu di R&R Tapah isi la minyak siap-siap sementara tunggu geng besar sampai...so, aku kebetulan jumpa V-Power Racing (dan minyak pun tak mahal sangat) pun isi full tank...he he he...ko ada???
V-Power Racing
minyak masih banyak...
kemudian, ada nampak la geng-geng yang nak ke perhimpunan motosikal retro kat Sungkai...layan borak dengan diorang dahulu la...dan juga masa nie aku pekena roti, aiskrim dan air...alhamdulillah...cuaca panas kan...
RX-S
cantik ooo...
geram tengok...
lepas kumpulan besar konvoi sampai, maka diorang pun isi minyak dan berehat sekejap...layan aje la...
kami teruskan perjalanan ke Tol Behrang di mana kat sana ada geng yang akan bawa ke rumah adik Siti Nuraisyah tunggu...
panas lit lit dah nie
baguih Atok Zaki nie...
dalam panas terik, tetap teruskan perjalanan...kami berhenti makan dalam perjalanan...masa nie nak dekat sampai dah...cuma takkan la nak makan kat rumah adik tue pulak kan...kena makan siap-siap la...taknak menyusahkan...kami berhenti makan di Restoran Selera Rimba...kebetulan masa nak sampai tue, kami nak susun motor, owner kedai suruh lapangkan kawasan tue...ada helikopter nak turun...akur jer la...memang lepas tue helikopter turun pun...wah, kelas kauuu...datang makan naik helikopter...sorry la, aku tak kena la Tan Sri / Datuk Seri / Datuk mana nie...tapi dia memang baik hati, siap sudi bergambar dengan kami lagi lepas tue...sebab tue ada wujud gambar macam kat bawah nie...cuma kalau dia belanja makan semua hari tue, memang lagi A la...tapi tak berlaku camtu la...lepas makan dan kami gerak, diorang naik helikopter siap ambil gambar dari atas lagi (katanya la, tak tahu betul ke tak)...layankan aje la...
makan kenyang-kenyang wei...ayam kampung...
susun, jangan tak susun...
konvoi kami...
akim sempat lagi pelekat stiker group Y15ZR Utara
kecik jer...tapi hebatlah kalau ada kan...
kokpit dia...
nak jugak selfie...ha ha ha...
sebelum nak pergi rumah adik Siti Nuraisyah nie, kami isi minyak dulu kat BHP (kampung style aje)...lepas isi tue, dan lagi aku pekena air mangga asli...sedap sungguh...tapi tak amik gambar la...lepas selesai semua, solat dulu la...Alhamdulillah, masih ada yang ingat pada Allah...
ambil gambar dulu...
sampai jer kat rumah adik Siti Nuraisyah, kami disambut dengan penuh meriah...macam rombongan orang kenamaan pulak...dan terima kasih kepada tuan rumah kerana sudi menyambut kami semua...siap jamu minum lagi...
ayah dia...
adik Siti Nuraisyah
kenangan
nak selfie jugak...
kami gerak dari rumah adik Siti Nuraisyah dalam 5 petang...kami berpecah lepas tue sebab ada yang nak balik Utara terus (ada la dalam 7 motosikal, manakala bakinya ke Kuala Lumpur nak TTS dengan geng Klang...aku memang nak ikut, cuma sebab fikirkan esoknya (Ahad) kerja, maka tak dapat nak ikut la...baru gerak dalam 5 km, hujan pun turun...basah kuyup juga la, sorang pun tak bawa baju hujan...redah aje la...
pecut dan pecut, serta seronok memulas throttle kat hghway, tak sedap seseorang dah kehabisan minyak...nasib baik brader Christopher ada belakang dia...diorang berdua keluar ke Sungkai isi minyak...masa nie kami 5 orang dah ada kat R&R Tapah...lama juga menunggu diorang, dalam 30 minit juga kot...kemudian kat Ipoh jumpa pulak dengan geng-geng RX-Z yang baru balik dari perhimpunan retro tue...aduhai, tak matang perangai...ada pulak nak menganjing...tahu tak beza RX-Z dengan Y15ZR???jangan banding kapasiti CC jer boleh tak...sabor jer la...kami 6 orang pun lepas tue pecut macam tadi juga la...terpecah dengan Christopher...aku pula terpecah dengan group sebab diorang masuk R&R Sungai Perak, padahal dah janji nak isi minyak kat Hentian Sebelah Bukit Gantang...kat Bukit Gantang memang minyak aku cukup-cukup jer (tinggal minyak dalam injector jer)...isi 4.2 Liter...kena gerak solo la lepas tue, cari geng pun tak jumpa dah...
lepas aku selesai solat kat R&R Gunung Semanggol (Bukit Merah), nampak 5 orang nie sampai...masa tue baru aku tahu diorang berhenti kat Sungai Perak...patut la aku pulas laju mana pun tak jumpa diorang...so, tunggu diorang solat dulu la...kemudian terjumpa pulak Atie Ketod (budak Y15ZR Langkawi) yang dalam jelajah pusing Malaysia dengan pakwe dia...nasib baik la aku tak salah tegur orang...pergi makan kat kedai makan lepas tol Bukit Merah tue...lama juga lepak sana...dalam 9:45 malam baru gerak dari sana...aku yang jauh lagi nie, nak balik Jitra...yang lain setakat Perai aje...sebelum belah, salam salam dulu la...kemudian masing-masing buat hal di highway la...aku cuba kejar Hazim, pun memang tak dapat la...kawan dah buat motor kot, tak mampu aku nak kejar...solo ride balik sampai kat Gurun la...di Gurun terjumpa Atie Ketod balik, tapi aku tak tegur la...masa nie 11:00 malam dah...mengantuk tak usah cakap la, badan pun melekit seharian tak mandi...mandi hujan tadi jer...masa nie pakaian pun dah kering habis la akibat hujan tadi...
Alhamdulillah, sebelum 12:00 malam aku dah sampai rumah...bersihkan diri dan terus tidur la...Alhamdulillah, perjalanan semua selamat...cuma tue la, tak tahu berapa minyak habis untuk perjalanan kali nie...jumpa lagi di lain trip...Assalamualaikum...
No comments:
Post a Comment