Thursday, March 31, 2016

Good bye MSeki Gold

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.. Pendek sahaja cerita kali ini.. Sebagai kenangan pernah pakai dan memiliki.. Chewah..

gambar dengan coverset airbrush milik Kirin

Pada 1 Mac 2016, maka rim emas MSeki yang aku beli sebelum ini telah bertukar hak milik.. Ada orang berminat nak beli, takpelah kita jual aje la.. Mana tahu ada rezeki untuk pakai rim yang lain.. Maka sempat la aku ambil gambar rim tersebut bersama tayar baru (milik pemilik baru).. Dia tukar pakai Corsa (depan R99 belakang R93).. Memang kemas dan aku pun terus tanpa teragak-agak guna pula duit juai rim tue untuk beli sepasang tayar Corsa R99.. Tayar tue aku dapat pada 3 Mac 2016..

motor masuk rim dan tayar asal

Corsa R93 kat rim lama MSeki.. Bye..

tukar pakai set asal.. pulangkan set jerung kembali..

malam 1 Mac 2016 tue juga aku buka dan pasang kembali set asal motor (Movistar).. Dan aku pulangkan set jerung pada 3 April 2016.. Terima kasih ye Kirin sebab bagi pinjam dan bergaya sekejap.. Hehehe..

Fikir punya fikir nak pakai rim apa, akhirnya aku beli aje la rim lain dan dah tukar pun pada motor aku.. Jadi la, boleh simpan rim asal.. Ye tak.. Kali nie aku beli aje rim X1R warna biru (masuk la kot dengan warna Movistar).. Hehehe.. 

dan dalam masa yang sama seminggu lepas aku pasang rim dan tayar tue kot, jadi perbalahan sikit dalam group Kedah.. Pelik juga, kes melawak pasal sport rim pun jadi isu.. Katanya aku siap merajuk hal takleh nak advance sport rim RCB yang ada orang beli.. Pelik juga.. Memang aku pelik la.. Siapa yang buat cerita.. Huhuhu..

Kebetulan aku ada beli stiker Movistar yang lain, aku pun pasang pada coverset putih aku (buang stiker Jupiter MX King yang lama).. Jadi aku kacuk pula warna putih dan biru.. Hehehe.. Tapi sekarang nie, full coverset putih aku pakai.. Cuma tue la, takdan nak ambil gambar.. Lain kali la aku post..

ban (tayar) Corsa Platinum R99

lepas tukar tayar dan rim X1R

bagak..sangkut sikit..layankan sahaja..

besaq gedabak..

Jadi tue jer la cerita kali nie.. Nasihat aku, jangan terus terjah orang tanpa kita tahu cerita.. Jumpa, berdepan, sembang, lebih baik daripada terus terjah dan beremosi.. Kerana kalau dah buat macam tue, kesan dia memalukan.. Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.. Dan ada juga pepatah yang kata luka di kulit patutnya berbekas, luka di hati parutnya sangat sukar dihapuskan.. Maka berhati-hati dengan kata-kata.. Jangan tambah perisa, jangan memandai-mandai, jangan mengata tak tentu pasal.. Eh, panjang pulak penutup aku nie.. Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment