Sunday, February 7, 2016

Y15ZR Utara TTS Alor Setar
















Assalamualaikum.. 25 Januari 2016 telah berlangsung satu event kecil-kecilan yang bertempat di Dataran Masjid Zahir, Alor Setar..

Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan dari Pulau Pinang, Sungai Petani, Kulim, Perlis dan sekitar zon Utara yang sudi memeriahkan Teh Tarik Session (TTS) ini.. Acara utama adalah sesi berkenalan kerana komuniti Y15ZR ini adalah untuk mencari kawan, dan bukan mencari lawan.. Selain itu ada sesi menyerahkan stiker Group Y15ZR Zon Utara.. Siap lekat kat mudguard depan bang.. Hehehe.. Ada juga dibuat kutipan untuk sumbangan derma kepada Adik Siti Nuraisyah dari Sabak Bernam.. in shaa Allah kami juga akan buat konvoi (jika ada rezeki) menyerahkan bantuan tersebut nanti...

Terima kasih kepada yang sudi datang.. Next TTS event rasanya akan dibuat pada malam ini (7 Februari 2016) di Pantai Queensbay, Pulau Pinang.. Tapi aku tak boleh join la sebab ada urusan keluarga.. Itu sahajalah.. Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment