...

...

Sunday, February 7, 2016

mini TTS @ Mergong





Assalamualaikum.. Aku tengah boring nie.. Sementara nak tunggu 5 petang nak balik rumah.. Cuti lagi 2 hari sempena Tahun Baru Cina.. Layankan aje la..

Semalam (06 Februari 2016) sempat buat TTS kecil-kecilan dengan kawan-kawan sekitar Alor Setar.. Kami lepak di kedai makan adik Naza berdekatan Maybank Mergong, dekat Hotel Grand Alora dan Tesco Mergong..

Aku, Tat dan Fizi gerak sekali dari Jitra dalam 9:30 malam.. Untuk mengasah jarum takometer dan meter digital, serta tayar-tayar Dunlop, maka laluan highway menjadi mangsa.. Seronok kadang-kadang tue, melepas gian.. Yelah, superbike mana ada kan..

Sampai di Mergong, ada kawan yang dah tunggu.. Ada yang hadir lambat sikit.. Janji puas hati dapat jumpa dan berborak.. Bila lagi nak kenal-kenal dalam kelompok macam nie...

Dalam 11:15 malam kami beransur sebab nak hujan.. Singgah ke kedai pomen Mizi kejap.. Aku nak pasang balancer (lama dah beli, belum pasang sebab takde Allen Key).. Siap pasang, aku dan Tat pun balik Jitra.. Fizi balik awal lagi, tak sudi nak tunggu kawan-kawan dia yang 'slow' nie.. Hehehe..

Tue jer cerita aku.. Takde ape yang best pun.. Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment