...

...

Sunday, February 21, 2016

dayride to Tanyungpo

assalamualaikum dan selamat pagi.. hari nie lapang sikit rasanya.. baru ada masa nak upload aktiviti pada 13 Februari yang lalu.. hehehe.. seperti mana kat tajuk tue.. itulah perancangan yang kami buat, diketuai oleh Rashidi (Eddy) sejak malam new year hari tue rasanya.. layankan aje la.. janji jadi, janji ada minat..

 
Gambar sekadar hiasan

Kami berkumpul di Petronas Kuala Sungai dalam jam 7:30 pagi.. lepas isi minyak (bagi yang nak isi la), kami pun bertolak.. sebab Abang Amin (dari Penang) tak sempat nak buat insuran, kami masuk Kangar dulu.. sekali kedai buat insuran tutup (masih mood raya), kami pun pergi makan dulu di area stesen bas ekspres Kangar.. kene KETUK la, dekat RM60.. kami masa nie 12 orang (11 motosikal).. lepas makan terus ke Wang Kelian.. lama gila aku tak lalu sini, jalan masih sama.. tapi tak layan corner pun la, aku bawa slow jer.. berhenti isi minyak sepenuh-penuhnya di Caltex Wang Kelian.. sementara tunggu Pokyeh sampai, aku pergi ke Masjid Wang Kelian dulu (masjid Nurul Iman kot nama dia).. buatlah apa yang patut.. selesai solat, aku join balik kawan-kawan kat Caltex lepas aku isi minyak.. lewat sikit, Pokyeh pun sampai.. dia la tourist guide kami nak bergerak ke Tanyungpo nie..

Masjid Wang Kelian

urusan di sempadan tak lama.. sebab tak ramai orang.. beza di sini dengan Pos Sempadan Sadao dan Padang Besar adalah nak cop pasport tak wajib pun bagi RM1 tue.. kalau dah terbiasa bagi, maka bagi jer la.. cuma kat sini nak buat Custom Form, kena charge RM5 (kat Sadao dan Padang Besar FREE jer).. nasib badan..

Bye Malaysia

CIQ Wang Kelian

CIQ Thailand

Dah masuk Thailand nie...

syok layan jalan di Thailand.. jarang nak jumpa jalan tak sekata, berlubang sana sini, macam di Malaysia.. ini HAKIKAT yang kene terima la.. walaupun jalan kat sana kebanyakan jalan kecil sahaja (2 lane la maksudnya).. kami berhenti di Yamaha Satun.. kebetulan Pokyeh nak servis motor dia, dan kawan-kawan lain ambil kesempatan nak beli barang di situ.. aku?? cuci mata jer la.. kewangan tak berapa baik.. hehehe.. dan lagi susun motor depan kedai, sebab orang kedai nak ambil gambar dan konon nak bubuh dalam Facebook diorang.. layankan aje la.. diorang punya PR memang bagus.. orang jauh datang, siap dijamu air kosong dan kopi panas lagi.. nak dapat kat Malaysia?? pusat servis kereta mahal-mahal mungkin ada la..

posing dulu...

BLUE CORE...


Susun..

Susun lagi..

Masa dalam proses susun...

meriah...


selesai semua urusan, kami pun teruskan perjalanan.. tak jauh pun dari situ.. dan paling penting, minyak macam tak luak jer.. jimat betul Yamaha Y15ZR nie kalau setakat ride santai dan tak memecut melulu..

Yeah!!!

Cantik pemandangan...

Hoorayyy!!!

akhirnya sampai ke tempat makan.. masing-masing penat, berpeluh, lapar, semua ada la.. tapi susun motor dulu, ambil gambar dulu (kalau lepas makan nak ambil gambar, tak jadi cite la kot).. lepas tue sejuk mata, sejuk hati tengok laut.. dari sini nampak Langkawi dan line telefon boleh dapat la.. jangan risau, Celcom, Maxis, Umobile semua boleh dapat data H+ kat sini.. hehehe..

Susun lagi.. Kali nie di Tanyungpo..

Nie la bikers bajet kental..

Aku, Syahmi dan Jumaat...

Korang memang best!!!

Bersama kuda putihku..

Selesa.. Segar..

Keindahan pantai ciptaan Allah..

damai...

Langsung tak faham signage tue..

kami serahkan pada Pokyeh untuk order makanan.. biasalah, dia dah sampai sini beberapa kali.. kami order ikan (4 ekor), kerabu telur belangkas, ketam masak cili (10 kg).. makan sampai lebam.. eh, makan sampai kenyang..

Aiskrim..

Ikan siakap..

Kerabu telur belangkas..

Ikan lagi..

Ketam masak cili..

Lagi lagi ketam..

sampai jer makanan.. lepas Syahmi baca doa.. semua tak panggung kepala dah.. layan makanan.. semua lapaq.. hahaha.. beberapa orang surrender awal dah.. ada yang sebab tergigit cili padi, ada yang kemenangan (eh, dia makan ape sebelum tue??), ada yang bukan selera dia kot.. hehehe.. aku yang sebelum nie allergic ketam, jadi pantang tengok pulak.. sampai lebam bibir dok gigit ketam tue.. sangat sedap.. Alhamdulillah..

lepas makan, aku solat dulu.. gunalah rukhsah yang diberikan Allah.. solat qasar dan jamak takdim la.. selesai solat, baru minum air manis (kopi, teh, nescafe dll tue la).. kene ingat, kat Thailand nie air manis memang mahal harga.. segelas dalam RM5 duit kita (40 Baht camtu).. selesai makan semua (yang last sekali Pokyeh la kot) tengok la hasil tinggalan kami kat bawah nie..

Licin..

Brrppp.. Alhamdulillah..

bila sampai bill, amik kau orang.. view sendiri la.. tapi puas hati la, makan 15 orang kot.. sorang bagi dalam 520 Baht (lebih kurang RM65).. layankan aje la, bukan selalu kan.. janji puas hati dan sedap..

inilah bill kami..

Kami tak singgah mana-mana lepas tue.. lagipun nak kejar masa nak keluar sempadan (border post tutup 7 malam waktu Malaysia, 6 petang waktu Thailand).. sampai di border, Pokyeh blah dulu sebab rushing nak masuk Sadao ikut Padang Besar.. kami berhenti isi minyak di Caltex dulu.. kemudian berhenti ambil gambar di atas (ada hentian camtu, cantik pemandangan kat sini).. nie la gambar dia.. hahaha..

Subhanallah.. nampak tak Tasik Timah Tasoh??

Subhanallah.. cantiknya..

Nak enterframe jugak..

12 motosikal Yamaha..

kemudian kami ucap selamat tinggal kat Abang Amin dan isteri.. diorang nak ke Danok (masuk ikut Padang Besar).. yang aku dengar last sekali sampai ke Krabi diorang berjalan.. jalan sakan oo, honeymoon.. romantik gitu.. kami pula teruskan perjalanan pulang.. berhenti minum kat Taman Sena, Kangar.. dan la aku solat dulu kat masjid.. lepas minum kami pun berpecah.. ada yang ikut jalan lama Kangar-Alor Setar, ada yang ikut Kodiang.. Alhamdulillah semua selamat sampai, termasuk Jumaat yang paling jauh (kena balik ke Bertam malam tue juga, sebab hari Ahad nak kerja) yang sampai jam 12:00 tengah malam rasanya.. aku sampai rumah pun dalam 9:15 malam.. fuh, tadi keluar jam 7:15 pagi.. 14 jam jer pun.. tak jauh mana..

penat, memang penat la.. walaupun tak jauh.. rasanya dalam 250 km jer pergi dan balik.. janji pengalaman berharga bersama kawan-kawan, tue yang best.. jumpa lagi.. nanti next trip maybe ke Air Panas Ulu Legong tak pun ke Air Terjun Bukit Hijau.. in shaa Allah.. jumpa lagi.. Assalamualaikum..

Sunday, February 7, 2016

mini TTS @ Mergong





Assalamualaikum.. Aku tengah boring nie.. Sementara nak tunggu 5 petang nak balik rumah.. Cuti lagi 2 hari sempena Tahun Baru Cina.. Layankan aje la..

Semalam (06 Februari 2016) sempat buat TTS kecil-kecilan dengan kawan-kawan sekitar Alor Setar.. Kami lepak di kedai makan adik Naza berdekatan Maybank Mergong, dekat Hotel Grand Alora dan Tesco Mergong..

Aku, Tat dan Fizi gerak sekali dari Jitra dalam 9:30 malam.. Untuk mengasah jarum takometer dan meter digital, serta tayar-tayar Dunlop, maka laluan highway menjadi mangsa.. Seronok kadang-kadang tue, melepas gian.. Yelah, superbike mana ada kan..

Sampai di Mergong, ada kawan yang dah tunggu.. Ada yang hadir lambat sikit.. Janji puas hati dapat jumpa dan berborak.. Bila lagi nak kenal-kenal dalam kelompok macam nie...

Dalam 11:15 malam kami beransur sebab nak hujan.. Singgah ke kedai pomen Mizi kejap.. Aku nak pasang balancer (lama dah beli, belum pasang sebab takde Allen Key).. Siap pasang, aku dan Tat pun balik Jitra.. Fizi balik awal lagi, tak sudi nak tunggu kawan-kawan dia yang 'slow' nie.. Hehehe..

Tue jer cerita aku.. Takde ape yang best pun.. Assalamualaikum..

Y15ZR Utara TTS Alor Setar
















Assalamualaikum.. 25 Januari 2016 telah berlangsung satu event kecil-kecilan yang bertempat di Dataran Masjid Zahir, Alor Setar..

Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan dari Pulau Pinang, Sungai Petani, Kulim, Perlis dan sekitar zon Utara yang sudi memeriahkan Teh Tarik Session (TTS) ini.. Acara utama adalah sesi berkenalan kerana komuniti Y15ZR ini adalah untuk mencari kawan, dan bukan mencari lawan.. Selain itu ada sesi menyerahkan stiker Group Y15ZR Zon Utara.. Siap lekat kat mudguard depan bang.. Hehehe.. Ada juga dibuat kutipan untuk sumbangan derma kepada Adik Siti Nuraisyah dari Sabak Bernam.. in shaa Allah kami juga akan buat konvoi (jika ada rezeki) menyerahkan bantuan tersebut nanti...

Terima kasih kepada yang sudi datang.. Next TTS event rasanya akan dibuat pada malam ini (7 Februari 2016) di Pantai Queensbay, Pulau Pinang.. Tapi aku tak boleh join la sebab ada urusan keluarga.. Itu sahajalah.. Assalamualaikum..