...

...

Wednesday, September 11, 2019

2nd Day Ride 2019 (Y15ZR Festival 2019)




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Apa khabar korang semua hari nie?? Harap sihat sejahtera hendaknya.. OK, kali nie nak cerita pasal event yang aku joint Sabtu (7 Sept 2019) yang lalu.. Event yang seantero Malaya hebohkan.. Y15ZR Festival 2019, yang diadakan di Midtown PERDA, Kubang Menerong, Tasek Gelugor, Pulau Pinang..

Baju event tersebut, aku beli pun ikut member.. Thanks Syahmi, ahli lama Y15ZR Kedah.. Sekarang nie, dah 4 tahun pun Y15ZR ada kat Malaysia nie.. Aku aktif masa mula-mula keluar motor jer, tahun 2015 dulu.. Ahli-ahli lama, masih contact juga la.. Cuma tak selalu jumpa.. Syahmi nie pangkat adik jer la.. Budak handsome, baru habis study Diploma tau.. Ha ha ha.. Jumpa malam ambil baju pun unplanned.. Kebetulan dia ada sebelah Jitra (padahal duduk di Pokok Sena jer).. Ambil baju, lucky draw coupon, lanyard dan sticker jer.. Event belum tentu lagi nak pergi ke tak..

Seminggu sebelum event, ada juga tanya kawan-kawan sama ada nak pergi ke tak.. Semua taknak.. Tak minat kot.. Aku bila nak lone ranger nie, memang malas nak pergi la.. So, Acu Wan nak bagi lucky draw coupon dia pun aku tak berani nak ambil la.. Takut tak pergi event.. Tapi malam sebelum event nie, Syahmi lagi sekali up pasal plan untuk perjalanan (dengan geng Y15 Kedah la kot)... So, aku pun ON aje la..

Esoknya, iaitu hari kejadian.. Aku pun keluar rumah dalam 9:15 pagi.. Isi minyak siap-siap di Petronas Taman Tengku Maheran.. Walaupun RON97 dah turun ke harga RM2.50/liter, sebagai rakyat marhaen aku cuma mampu mengisi RON95 aje la.. RM2.08/liter.. Ha ha ha.. Pagi tue hanya top-up RM5.30 jer.. Kemudian aku terus ke RV Point di Hentian Kobah..

solo ride, kat Alor Setar (Utara) nie

Di Hentian Kobah, baru la jumpa ramai-ramai bebudak Y15ZR atau orang panggil Ysuku nie.. Mula-mula cari Syahmi la.. Dia jer yang aku kenal.. Lama sikit, perasan Pagan, Wan Pear, Mat Ket, Don Faizal, Lan Azlan, Yon.. Yang tue jer la aku ingat pun.. Ha ha ha.. Dalam 10:15 pagi kami gerak dari Hentian Kobah.. Berhenti isi minyak di Petron R&R Gurun (S) bagi yang hendak isi minyak.. Masa nie kawan-kawan banyak dapat informasi la, mengenai road block.. So, kami semua decide turun di Sungai Petani (U) dan ikut 'jalan dalam' untuk ke Kubang Menerong.. Aku follow jer pun la.. He he he..



Dalam jam 11:15 pagi, kami sampai dah di Kepala Batas.. Berhenti re-group di Caltex.. Ada yang isi minyak, ada yang hilangkan dahaga, ada yang take fire.. He he he..


di Caltex Kepala Batas

Berpusing juga sebab terlepas simpang.. Padahal aku rasa ada short cut lain.. Mungkin diorang nak elak road block kot.. Tapi Alhamdulillah, tiada road block kelihatan sepanjang perjalanan kami.. Kami sampai di Midtown PERDA dalam jam 12:00 tengah hari.. PANAS woo!!


masukkan dahulu kupon cabutan bertuah, no 2366 aku punya..


ramai ooo...

Aktiviti pertama, masukkan kupon cabutan bertuah.. Rugi la dah datang event tapi tak masukkan.. Mana tahu ada rezeki bawa pulang Y15ZR Doxou.. Ha ha ha.. Lepas tue cari tempat untuk makan.. Aku beli ayam gunting (RM7.00), nasi lemak (RM1.00) dan air honewdew (RM3.00) untuk lunch.. ayam tak makan habis pun walaupun bagi share dengan kawan-kawan.. Lagipun aku kenyang makan pagi tue.. Takpelah pun.. Kemudian, kami dah berpecah pun.. Aku ikut jer la kawan-kawan mana yang ada.. Round semua booth sampai lenguh kaki.. Layankan aje la, kan..


antara yang aku 'rajin' nak snap gambar


NVX Aerox

Nampak juga la kelibat Achey masa dia kat booth Santai Anak Muda 1.0 yang akan dia datang di Portbike Jitra pada 5 Oktober nanti.. Tapi takde la aku gagahkan diri nak pergi ambil gambar dengan dia pun.. Bukan siapa-siapa pun kan.. Aku la.. Dia tue artis, lain.. Kemudian tak lama lepas tue Zizan Razak pun sampai.. Siap dengan launching helmet collaboration dia dengan KYT.. KYT NFJ ZR15.. Khabarnya awal Oktober nanti boleh pre-order, harga pasti mahal (kemudiannya dah dapat tau harga pre-order RM468.00)..



Lepas tue bermula acara drag.. Kawan-kawan ramai ke sana.. Kena jalan jauh juga.. Aku malas nak pergi, tengok surau pun dah tak ramai orang, maka solat dahulu la.. Selesai solat, senang tak fikirr pasal belum tunaikan kewajipan.. Lepas solat, konon nak pergi juga la tempat drag tue.. Sekali ternampak Mat Ket dan Yon lepak kat meja makan.. Aku pun lepak sama la, beli air teh o ais, minum lagi sedap.. Daripada berpanas nak tengok drag..

Kemudian ke penats utama semula, ada dapat seat (tadi masa cabutan awal, kami berdiri dalam panas).. Lega sikit boleh duduk.. Then jumpa kawan-kawan lama yang baru sampai.. Juma, Bad, Eddy.. Sempat la borak lama dengan Juma, lama tak jumpa dia.. Dalam dok ingat dabn doa ada rezeki cabutan dapat Y15ZR Doxou tue, Allah berikan aku rezeki lain.. Jadi la, dapat cabutan caliper Nissin nie.. Walaupun tahu, bukan original pun.. Tak silap aku la, harga di luar dalam RM60 sahaja (caliper RCB yang aku pakai pun lagi mahal berganda tau).. Tapi takpelah, rezeki aku setakat itu sahaja.. Tapi yang ralat, bagi camtu jer.. Kotak ape pun takde.. Jenuh nak pegang la..


caliper Nissin yang aku dapat

Kemudian dalam 6:40 petang, cabutan utama.. Nombor cabutan bertuah yang memenangi Y15ZR Doxou adalah 4362.. Tahniah brader tue, khabarnya dari Langkawi.. Rezeki la, motor bernilai RM10,000 juga tue... Siapa nak bagi FREE pun kan.. 


video cabutan Y15ZR Doxou


Selesai event, kami terus gerak balik.. Lagipun ramai dah berpecah.. Aku ikut Lan, Don, Mat Ket, Yon dan beberapa orang lagi balik terus ke Alor Setar.. Lagipun dah janji dengan wife dan anak-anak nak pergi makan.. Lepas kami isi minyak di Petron Pinang Tunggal, terus masuk highway dan balik rumah.. Aku sampai di Tol Hutan Kampung untuk solat dalam jam 8:10 malam.. Lepas solat terus balik rumah.. Sampai di rumah dalam 8:35 malam.. 9:00 malam kami keluar sekeluarga ke Aman Central.. Penat, memang penat.. Tapi takpelah, melayan minat pun mesti, melayan keluarga pun wajib.. Layankan aje la kan.. Itu aje la coretan Y15ZR Festival.. Ada rezeki jumpa lagi.. in shaa Allah aku akan turun la Santai Anak Muda 1.0, walaupun beli baju tapi cuma dapat stiker jer..Tiket cabutan bertuah semua takdak.. Takpelah pun.. Sampai jumpa lagi, assalamualaikum...