Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Apa khabar?? Salam Ramadan 1440H.. Hari ni dah masuk hari ketiga kita berpuasa.. Syukur bagi yang masih diberi nikmat kesihatan dan kehidupan.. Bagi yang telah meninggalkan kita, kita sedekahkah al-Fatihah kepada mereka..
2 dan 3 Mei 2019, telah diatur satu ride ke negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan Darul Naim.. Alhamdulillah, penyertaan agak menggalakkan.. Awalnya lebih ramai, macam biasalah ada yang tiba-tiba ada hal tak dapat dielakkan.. Maka 14 orang kami la.. Peserta kali ini adalah:
1. Syam Y15ZR
2. Dee Y15ZR
3. Lan Y15ZR
4. Lah Y15ZR
5. Lie Y15ZR
6. Mie Y15ZR
7. Naim Y15ZR (ahli baharu)
8. Bashir Y15ZR
9. Amir RS150R
10. Syahril 135LC
11. Basri 135LC
12. Nasir 135LC
13. Mizi 135LC (ahli baharu)
14. Chop 135LC (ahli baharu)
sebelum bertolak dari rumah
Aku, Dee dan Amir kumpul di Shell Kepala Batas.. Minyak motor aku memang kering, jadi refuel di sini.. Kali nie aku sepenuhnya isi RON95 sebab harga RON97 terlalu mahal bagi poket aku.. Di sini aku isi RM12.46 (5.99 liter).. Sampai melimpah, sebab nie 1st time isi tangki nie.. Tapi refuel yang nie aku tak kira untuk fuel consumption la sebab nak kira lebih tepat lebih baik penuhkan tangki dahulu di awal perjalanan, dan penuhkan semula tangki di hujung perjalanan..
Kami berkumpul di Tol Alor Setar (Selatan) dalam jam 8:00 pagi.. Cuma Mie yang terlepas ke Hentian Kobah.. Kami yang 13 orang bersarapan dahulu.. Nasi goreng, kuih, minuman, macam-macam ada.. Terima kasih Ustaz Mizi belanja makan pagi nie.. Kemudian kami buat kutipan RM100/orang bagi ride kali ini..
di Tol Alor Setar (Selatan)
sarapan pagi
Kami bergerak dalam jam 8:30 pagi dari Tol Alor Setar (Selatan), rasanya la.. Terus jumpa Mie di Hentian Kobah, dan terus gerak ke R&R Gurun (S).. Kawan-kawan refuel dahulu di sini.. Aku ambil ruang untuk solat Dhuha, tak lama pun cuma 10 minit.. Dalam 9:30 pagi kami pun bertolak dari R&R Gurun (S)..
layan video di kawasan Teloi
posing dulu, sekitar Kupang
Kemudian kami berhenti refuel di BHPetrol Padang Lengkuas.. Masa nie motor Lie jadi problem pula.. ON kunci, tak naik ape.. Jenuh cuba tukar bateri dan lain-lain.. Last sekali boleh juga hidup, mungkin ada short circuit kot motor dia tue.. Lama juga kami berhenti di sini.. Takpelah, asalkan semua OK..
BHPetrol Padang Lengkuas
video di bukit Baling
video di bukit Baling (sumber: Chop)
Kami berhenti refuel lagi di Shell Kg Bendang Riang, Gerik.. Kat sini aku isi minyak RM8.40 (4.039 liter).. Sempat la juga aku beli air dan roti, untuk alas perut.. Masa nie dah 12:00 tengah hari pun.. Panas membahang.. Kami layan ikut suka dan minat masing-masing.. Jadi, layankan aje la video nie..
layan perasaan di Jalan Raya Timur Barat
Kemudian kami regroup di Hentian Titiwangsa.. Memang cuaca elok, dingin, tapi panas membahang.. Berhenti ambil gambar di sini dahulu.. Layankan aje la..
Hentian Titiwangsa
Hentian Titiwangsa
Hentian Titiwangsa
Hentian Titiwangsa
Hentian Titiwangsa
Kami berhenti sekejap di Petron Batu Melintang untuk refuel.. Dah selesai, kami teruskan perjalanan.. Plan untuk berhenti makan di Selera Tepi Sungai, Tanah Merah.. Kami sampai di sini dalam 3:00 petang dalam keadaan yang sedang kelaparan.. Isi perut dahulu la.. Dah makan, semua tersandar kekenyangan.. Total makan kat sini RM160.00 sahaja.. OKlah tue, purata RM11.50 setiap orang..
lunch di Selera Tepi Sungai
Dah selesai makan, kami meneruskan perjalanan ke homestay di area Pasir Pekan.. Kami ambil 2 unit homestay, RM380.00 jer pun.. Ada 8 bilik la.. 2 bilik takde aircond.. Aku terpaksa la ambil bilik yang takde aircond, dah semua pun nak rebut bilik yang ada aircond.. Ikut suka korang la.. Hahaha..
di luar homestay
Selepas dapat rehatkan badan, mandi, solat, kami pun keluar.. Aku tumpang motor Amir jer malam tue.. Mula-mula kami lajak ke Pantai Cahaya Bulan (PCB).. Kemudian kami makan di Restoran KST berdekatan Wakaf Che Yeh.. Malam tue kami makan ikut selera masing-masing.. Total belanja makan malam nie RM325.00, Alhamdulillah kekenyangan.. Aku cuma makan nasi goreng ayam kunyit, pulut mangga dan air tembikai.. Hehehe..
Selesai makan, kami ke Wakaf Che Yeh.. Aku cuma jadi penunggu motor.. Malas nak jalan, lagipun takde ape nak cari.. Duit pun tak berapa nak ada.. Selesai kawan-kawan shopping, kami pun pulang ke homestay.. Aku terus bersihkan diri dan tidur.. Kawan-kawan tidur jam berapa, aku tak tahu la..
Esoknya, dalam 6:00 pagi aku dah bangun.. Lepas solat Subuh, aku pun layan Facebook dan YouTube jer.. Perut pun lapar.. Tunggu kawan-kawan entah bila nak bangun dan bersiap.. Aku pun start motor, pergi Shell Wakaf Bharu.. Isi minyak bagi penuh, RM9.80 (4.712 liter).. Kemudian aku lajak ke Kopitiam Kita.. Sampai je, ada meja kosong.. Rezeki.. Terus order teh tarik dan 2 keping roti titab.. Makan sendirian, kenyang Alhamdulillah.. RM12.50 jer sarapan pagi aku..
Suhu pagi ini
di Kopitiam Kita
Lepas makan, aku terus pulang ke homestay.. Bila sampai jer, diorang baru susun motor nak bergambar depan homestay.. Lepas ambil gambar, kami pun gerak pulang.. Dari sini kalau tak silap dalam 9:30 pagi..
depan homestay
Kami ikut kedai makan yang Bashir bawa.. Berhadapan Balai Bomba dan Penyelamat.. Tengok kawan-kawan makan nasi kerabu, teringin pula.. Tue pun sebab penangan daging bakar, manis lembut elok ja.. Makan juga la.. Itu pun tak habis aku makan, sebab dah kenyang pun.. Hahaha.. Total sarapan kami pagi ini, RM115.00 rasanya.. Aku pun dah lupa..
sarapan lagi
cuaca di Kota Bharu jam 10:45 pagi
Kami kemudiannya ke Pasar Siti Khadijah.. Aku tak membeli apa-apa, maka aku tawarkan diri untuk jadi jaga motor la.. Selesai kawan-kawan shopping, kami pin gerak.. Dalam 12:00 tengah hari juga dari sini.. Kami plan nak ambil jalan Rantau Panjang untuk keluar dari Kelantan..
Bertugas sebagai jaga motor
Sampai di Petron Rantau Panjang, kami berhenti refuel.. Aku pun berhenti untuk beli aiskrim dan air.. Panas, cepat rasa dahaga tau..
berehat di Petron Rantau Panjang
Kemudian kami masuk ke kompleks bebas cukai di Rantau Panjang.. Saja pusing bazar satu round, alang-alang dah sampai.. Kemudian, kami berhenti ambil gambar kenangan.. Panas wooo...
Rantau Panjang
kawan-kawan
kenangan di Rantau Panjang
Kemudian ada paparazzi sibuk ambil gambar aku.. Maka terjadi la aksi di bawah ini.. Entah aku buat aksi tunjuk ape pun taktau la sebenarnya.. Masa nie Bashir, Syahril dan Basri tertinggal di belakang sebab motor Syahril rosak, diorang pergi tukar dahulu bearing tayar tue.. Kami teruskan perjalanan dan berhenti solat di masjid berhampiran.. Aku siap mandi lagi kat situ.. Hahaha.. Masa nie Bashir dan 2 orang lagi tue terus ke Jeli, tak berhenti kat masjid tue..
tengok tue woiii
Kami jumpa kembali di Petron Batu Melintang.. Kami refuel kat sini.. Aku isi RM8.20 (3.942 liter), beda nak layan bukit Gerik.. Hehehe.. Sempat beli Nescafe Rose Latte Limited Edition kat sini, dahaga.. Hehehe..
di Petron Batu Melintang
layan bukit Gerik hala balik, part 1
layan bukit Gerik hala balik, part 2
Lepas layan bukit Gerik, kami refuel kat Shell Kg Bendang Riang.. Aku refuel RM5.14 (2.417 liter) kat sini.. Kami terus gerak layan Bukit Baling.. Ada kawan yang refuel kat BHPetrol Padang Lengkuas.. Terus kami pergi makan kat kedai berhampiran simpang ke Kuala Pegang.. Kami ambil makan 3 set ikan.. Total dinner kami RM177.00 malam tue.. Alhamdulillah kekenyangan..
lapaq ooo
dinner time
lauk kami
Selesai makan, kami salam-bersalaman.. Sebab Mizi, Chop, Mie dan Nasir nak chow di Jeniang.. Lepas Jeniang, kami 10 buah motor meneruskan perjalanan ke Alor Setar.. Kami berhenti solat di Shell R&R Gurun (U).. Selesai solat, terus memecut pulang.. Aku dan Dee yang last sekali keluar highway di Bandar Darulaman.. Untuk tau purata penggunaan minyak, aku refuel di Petronas Taman Tengku Maheran.. Kali nie isi RM10.00 (4.808 liter), maka penuh kembali tangki.. Hehehe.. Alhamdulillah, aku sampai rumah dalam jam 10:45 malam..
Aku lupa nak set jarak bagi perjalanan kali nie.. Sebab tue takde gambar meter motor macam kebiasaan.. Huhuhu.. Tapi rasanya perjalanan mencatat 750km.. Penggunaan minyak adalah sebanyak (4.039 + 4.712 + 3.942 + 2.417 + 4.808) = 19.918 liter.. Purata penggunaan minyak adalah 2.656 liter/100 km, ataupun 37.65 km/liter.. OK lah kot tue kan..
Itu sahajalah untuk kali ini.. Jumpa lagi di lembaran akan datang.. Ride akan datang, mungkin ke Melaka, in shaa Allah.. Assalamualaikum..