...

...

Wednesday, April 10, 2019

Y110SS Restoration

assalamualaikum.. salam sejahtera.. salam permotoran semua.. terkejut tengok tajuk?? saje jer tue.. kekadang bosan juga asyik cerita pasal Y15ZR jer.. kali nie aku cerita tentang motosikal pertama aku.. motosikal ini la yang berbakti pada aku masa di tingkatan 4 dan 5 dahulu.. masih ada sampai hari ini, Alhamdulillah..

kalau nak imbau kenangan dengan motor nie, memang banyak la.. ride, accident, pass kepada adik, ambil balik lepas tue, guna masa belajar, guna masa praktikal, guna masa kerja, pengalaman motor ini hampir dicuri pun pernah dilalui.. semua mematangkan hidup..

selama ini aku cuma pernah pakai coverset warna biru dan merah.. yang di bawah nie adalah coverset pertama HLD, sebelum² nie semua coverset HLY/orimotor.. coverset HLD nie tak berapa matching, mungkin sebab Y110SS aku nie pernah accident.. lagipun harganya murah jer, dalam RM150 jer masa beli tahun 2015 aritu.. 


sekitar pertengahan 2018

dalam bulan november 2018, aku teringin nak restore semula.. hantar motor kat pomen, member aku rekomen.. dia centre fork semula, pastu cat casing enjin, fork, swing arm kepada warna perak (silver) ala² asal motor.. dalam bulan disember, aku beli sport rim RCB SP522 untuk Yamaha Lagenda.. harga untuk cat dan centre fork dalam RM310 hari tue.. sport rim RCB tue dalam RM280 juga la..

dalam bulan mac baru ada modal sikit.. motor sebuah lagi salin tayar baharu, maka tayar lama tue nak pasang di Y110SS nie.. kira tayar nie FREE la.. kos pasang dengan kepala tiub cuma RM15 sahaja..

jadi, mula berangan nak salin.. barang di tayar belakang tak cukup.. kena pula beli hub getah untuk hold sprocket, lining brake, dan drum Lagenda/135LC.. semua tue dalam RM110 juga habis..

operasi salin sport rim

operasi berjaya

menjelang petang, selesai la pasang sport rim.. menambahkan semangat nak restore.. terpaksa tunggu gaji Mac.. masuk jer gaji, terus order coverset kat online seller.. dia claim original HLY.. kali nie berminat nak cuba warna hitam.. ada stok.. jadi, import la coverset tue dari Segamat.. harga termasuk pos, RM320 tau.. takpelah..

tak lama bila dah dapat coverset, petang tue juga buka.. nak buka part bawah di kepala motor paling lama.. sambil cuci bahagian dalam handle motor.. 2 jam selesai.. pasang semula, dan cuma sempat pasang kepala dan mudguard petang tue.. rumah aku takde lampu luar, dah lama terbakar.. 

kotak coverset

esoknya pagi² bersemangat.. terus pasang coverset belakang.. tapi ada masalah getah kat area rectifier tue.. tanya dalam group SS dalam FB, tapi tak berapa dapat sambutan.. tapi beli juga la.. cari benda lain, dapat benda lain.. sabor jer la..

tak puas kalau tak lengkap

so, dapat la benda 3 serangkai nie dan besi + getah tue.. kos termasuk pos, RM35 jer.. dalam masa yang sama, aku beli bateri Koyoko baharu dan getah di lubang kunci seat.. RM60 pulak.. hahaha.. dah alang² di kawasan kedai motor, buat nombor plet pula la.. habis RM31 pula petang tue.. sabor jer la.. 

yang mana tak pakai  buat spare part aje la

akhirnya setelah pelbagai cabaran, dapat pasang sepenuhnya coverset.. memang original HLY, cuma ada part yang kena paksa masuk juga.. alhamdulillah selesai.. tapi macam tak puas bila dah tua² nie tak berapa nak layan bunyi ekzos paip dah.. sekali lagi aku roger seller yang aku beli coverset tue.. dia suggest ekzos EJM, biasa punya jer.. aku order sekali lens signal depan.. kena keluar belanja RM180 pula.. huhuhu..

siap pasang, tanpa stiker

keesokannya, mood nak pasang stiker pun datang . jadi macam kat bawah nie la hasilnya.. alhamdulillah.. ada banyak lagi nak buat sebenarnya, hajatnya bercadang nak overhaul enjin dan ganti semua bearing yang lama.. 

alhamdulillah  buat masa ini

harap ada rezeki untuk repair dan refurbish pada masa hadapan.. kerana minat dan sayang, keperluan diri letak tepi dulu.. senyum meleret bila tengok motor dah siap.. setakat ini, jumlah yang dah dibelanjakan untuk restore adalah RM1341.. banyak lagi nak kena buat nie.. so, jumpa lagi nanti.. assalamualaikum..