...

...

Sunday, March 4, 2018

2018 1st Day Ride


gambar mural di dinding ini boleh didapati di Jalan Ah Quee. Ia adalah ilustrasi bagaimana nasi kandar dijual oleh orang India Muslim (sekarang dikenali sebagai Mamak) pada masa dahulu.. Satu bakul yang dikandar berisi nasi, manakala satu lagi bakul berisi pelbagai lauk yang kebiasaannya adalah kari..


jadi, itulah kisahnya bermulanya nasi kandar.. agaknyalah.. assalamualaikum dan salam sejahtera.. aku menulis bukan kerna nama, cuma sebagai satu coretan pengalaman hidup aku.. tak salah pun, kan??

OK, trip ini adalah trip Otak Seminit, maknanya diusulkan secara tiba-tiba pada 2 Mac 2018, dan beberapa orang yang lain tidak keberatan merealisasikannya.. yang melontarkan idea ini adalah Bashir.. yang tiba-tiba ajak lunch nasi kandar pada keesokan harinya.. cuma pada mulanya bercadang ke Nasi Kandar Pelita, Sungai Petani sahaja.. tapi bila dah sembang-sembang, cadangan dipanjangkan untuk ke Pulau Pinang.. adehh..

sebenarnya aku ada urusan pada hari tersebut (pada awalnya kami bercadang ke Siam pada 3 Mac 2018, tapi tak jadi).. jadi aku pun berbelah bahagi sama ada nak pergi ke tak.. cuma urusan akhirnya selesai awal, dalam 2:15 petang aku bertolak ke RV Point di Tol Alor Setar Selatan.. sampai di sana, Bashir, Syaril (ahli baru), Lan, Lie dan Dee dah ada.. duduk tak lama sebab nak kejar masa, dan sebab Dani dah tunggu di Gurun..

Port: Tol Alor Setar Selatan

cruising tak laju pun.. kemudian refuel di Petron R&R Gurun.. aku penuhkan semula tangki, 2.41 liter (RM5.94).. sampai melimpah pula.. sabar aje la.. dah siap semua, kami pun teruskan perjalanan.. sempat lagi Bashir ambil gambar, aku tak dapat nak join.. Hahaha..

R&R Gurun

kami semua jumpa Dani di sekitar Sungai Petani.. so, kami bertujuh la yang ride petang nie.. keadaan cuaca, hujan seketika.. kami berteduh sekejap di bawah jejambat, dan kemudian teruskan juga perjalanan walaupun hujan belum berhenti sepenuhnya.. hujan cuma sekitar Sungai Petani.. masuk sekitar Bertam, tak hujan sangat dah pun.. basah sikit jer la, tak lama lepas tue kering la pakaian..

jam 4:15 petang kami di Jambatan Pulau Pinang.. kami terus ke destinasi iaitu Nasi Kandar Deen Maju, dekat Jalan Gurdwara..

Sempat lagi posing

bila dah sampai dan masa nak parking motor, punya la ramai manusia.. dari tol Jambatan Pulau Pinang ke kedai nie dalam 15 minit juga la.. dah alang-alang sampai, mesti pekana jugak la.. taknak cari kedai lain dah.. setengah jam juga kami beratur, baru sampai turn untuk pilih juadah kami.. balun cukup-cukup la sebab lapar..

30 minit beratur

antara menu yang ada

jom makan

bila dapat sahaja tempat duduk, senyap dan khusyuk makan.. semua lebih kurang lapar la.. aku awal-awal dah minta nasi tambah.. makanan aku petang nie, RM9.90 sahaja.. nasi RM8.30, lepas tue teh o ais dan air kosong la bakinya..

dah selesai makan, kami ke Padang Kota Lama.. berhenti solat dahulu di surau berhampiran.. ride tue ride la, kewajipan macam solat jangan sesekali abaikan.. dah selesai semua, baru lepak kat Padang Kota Lama.. cuma ambil angin petang.. ramai juga orang petang nie, hujung minggu la katakan.. datang beriadah..

lepak Padang Kota Lama

aku di Padang Kota Lama

aku di sekitar Padang Kota Lama

tak boleh lama sangat kat sini.. berkejar masa nak balik rumah.. 6:30 petang kami pun bergerak pulang.. cadangan petang nie nak naik feri.. Alhamdulillah, sekejap sahaja feri dah sampai..

sekitar di terminal dan dalam feri

kami sampai di Butterworth dalam 7:15 malam.. kami teruskan perjalanan dan sampai di R&R Gurun dalam 8:00 malam.. solat siap-siap kat sana.. kemudian lepak minum, sampai 9:30 malam.. borak-borak macam-macam cerita.. kemudian, kami refuel di Caltex/Shell.. kali ni aku refuel 4.56 liter (RM11.26).. Then, salam siap-siap dengan kawan-kawan sebab nak balik dah kejap lagi.. oh ya, Dani dah keluar di Gurun.. jadi kami berenam yang teruskan lagi perjalanan di highway..

Lie dan Lan keluar di Tol Alor Setar Selatan, Bashir dan Syaril di Tol Alor Setar Utara, manakala aku dan Dee di Bandar Darulaman.. Alhamdulillah sampai rumah jam 10:00 malam.. perjalanan hari ini sekitar 267 km.. semua berjalan lancar sepanjang perjalanan.. jadi jumpa lagi, kerana minggu hadapan (10 Mac 2018) in shaa Allah akan day ride ke Hatyai.. Assalamualaikum..